Saturday, March 24, 2018

JIKA BUKAN KERANA ISU SKANDAL DAN JENAYAH 1MDB, AKU MASIH PENYOKONG TEGAR UMNO DAN SOKONG NAJIB.

Ia bermula kecoh apabila tidak ada skema jawapan dari pihak kerajaan dan situasi makin goyah apabila Mukhriz dan Muhyiddin dipecat. 

Kesilapan bermula apabila nasihat dan teguran Tun dipandang enteng kerana sangat yakin cash is king. 

Jika Najib berundur dan kemudiannya bercuti ke luar negara 2-3 tahun menikmati kehidupan sederhana mewah sudah tentu penggantinys,  sispa sahaja akan terus mengemudi negara kembali ke dasar asal,  negara selamat,  umno terus dihormati dan rakyat sejahtera. 

GST tidak akan menjadi bebanan sebaliknya betul² dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk faedah jika tidak ada ketirisan,  korup dan beban hutang yang besar seperti sekarang. 

Layanan buruk kepada Tun antara faktor membangkitkan kemarahan rakyat diikuti dedahan demi dedahan skandal 1MDB nyata ada kebenarannya,  ia bukan lagi persepsi kerana kerajaan didapati tidak telus dalam jawapan,  tidak berani bersemuka,  cuba melindungi dan paling buruk,  Najib tidak berani membersihkan dirinya melalui saluran mahkamah.

Hari ini ujud individu seperti Dr Radzi, pakar forensik perakaunan mempunyai cerita paling lengkap tentang 1MDB yang semakin sukar untuk orang seperti arul kanda untuk berbohong dan menipu. 
Semoga ramai lagi muncul intelektual Phd² yang membantu bina negara dan bukannya Professor Kangkung.

1001 petunjuk menunjukan kerajaan bukan sahaja dalam situasi bersalah tetspi zalim dalam beberapa isu seperti kos kehidupan yang sangat menekan rakyat. 

Hari ini,  musuh utama yang akan menjatuhkan umno bukanlah PH tetapi ahli umno termasuk peneroka² felda yang tidak akan lagi mengundi calon umno seluruh negara.

Selamat tinggal umno. 
Ia bukan sekadar satu cerita antara Mahathir dan Najib tetapi satu pengkhianatan kepada parti,  bangsa,  ugama dan negara yang akan tercatat sebagai sejarah hitam sepertimana runtuhnya Kesultanan Melaka. 

PRU14, bukanlah sekadar soal siapa menang siapa kalah,  siapa yang jadi PM siapa yang jadi Timbalan tetapi lebih kepada ketidaksabaran menunggu "kebenaran dan keadilan". Perancangan Allah yang paling sempurna. 

Friday, March 23, 2018

KAMU MENTEKEDARAH LAH DUIT TU.. SALLEHEN MUKHYI




Sesiapa yang mentekadarah duit  secara terangan atau sembunyi,  atau masih menafikan - setepek kena ke muka secara langsung atau tidak berdasarkan intipaTi umum ucapan Sallehen kerana ia soal amanah - ucapan tersebut ada kaitan dengan peruntukan exco Selangor.




Doa laknat yang diadakan PAS juga mampu kembali kepada diri sendiri atau orang lain,  yang berdoa bukan jaminan lebih suci dari mereka yang didoakan. 




Doa yang baik ialah doa yang memohon kesahjeteraan kepada semua pihak dan yang tersasar diberikan hidayah. 
Mereka yang zalim,  tanpa doa pun,  Allah sudah menjanjikan kebinasaan kepada mereka walau sebesar mana rumah mereka,  walau segunung mana duit mereka, nowhere to hide. 







YANG PENTING RAKYAT TIDAK TERKUCIL

Dapat wassap pagi ni dari seorang kawan.. 


Rakyat nak pilih yang mana.. 
Yang jengkel itu umno banyak penyamun..
Yang mampan itu Pakatan Harapan belum pernah diberi kuasa... 
Yang satu lagi tu mona gersang.. 






Saaayyaa ttaaakk ttaakk terkkuuc cilll cilll
Kahkahkahkahkah






SILAP BESAR BN BERANGAN MENANG







PH menang PRU kecuali ditipu. !!!


SAYA TIDAK TERKUCIL kikikikiki


Aku rasa pengomen di sini lebih mantap darinya. .  

ARULKANDA TAKUT TIGA PERKARA....


1. Berdialog tentang isu 1MDB dan jolo dengan ayahanda,  kekanda dan adinda² Pakatan Harapan. 

2. Bertanding di mana² kerusi dalam PRU14.

3. Hantar memo dan bantahan rasmi kepada pihak luar negara yang kaitkan penggubahan wang haram dengan 1mdb. 


Jangan asyik berceramah dalam tempurung pada budak² tadika,  mat sajat dan lobai² yang sudah dicucuk hidung. 

POLITIK TERKINI: DAH TAK ADA ISU NAK KENAKAN TUN


Sampai takat semalam jutaan telah menyaksikan pensyarah UUM tertelan ubat gegat ketika Tun muncul di depannya.

Berapa ramai lagi tahap pensyarah sedemikian di UUM(?)

Tupasal N dan N pun tak berani muncul depan Tun,  nampak kelibat pun dah terkincit.

Jadi janganlah hairan sangat jika muncul pesakit² jiwa dan disorder mental yang mula mengaruT merapu dalam berhujah.


Bagi yang  sudah termakan dedak, bawalah apa sahaja isu agar bekalan dedak bulan depan jangan sampai terputus..
Biar nampak bodoh asal ada isu.




3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...