Friday, March 23, 2018

KAMU MENTEKEDARAH LAH DUIT TU.. SALLEHEN MUKHYI




Sesiapa yang mentekadarah duit  secara terangan atau sembunyi,  atau masih menafikan - setepek kena ke muka secara langsung atau tidak berdasarkan intipaTi umum ucapan Sallehen kerana ia soal amanah - ucapan tersebut ada kaitan dengan peruntukan exco Selangor.




Doa laknat yang diadakan PAS juga mampu kembali kepada diri sendiri atau orang lain,  yang berdoa bukan jaminan lebih suci dari mereka yang didoakan. 




Doa yang baik ialah doa yang memohon kesahjeteraan kepada semua pihak dan yang tersasar diberikan hidayah. 
Mereka yang zalim,  tanpa doa pun,  Allah sudah menjanjikan kebinasaan kepada mereka walau sebesar mana rumah mereka,  walau segunung mana duit mereka, nowhere to hide. 







45 comments:

  1. Teruk dah blog ni tabur fitnah ..ingat lah dosa dn pahala jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memfitnah blog ni tabur fitnah. Jadi kaulah pemfitnah.

      Delete
    2. Selesai pru14 ni.. senyap le blok ni.. menang belum pasti... kalah sudah pasti

      Delete
    3. Orang bodoo mcm burung tiong...ulang cakap tuan yg bagi makan ...burung tiong tak reti ape2...hehehe

      Delete
    4. Burung tiong lebih mulia drpd puak2 yg 24jam tabur fitnah n budayakan politik kebencian.

      Delete
    5. Burung tiong mcm tu lah bila tuan dia ajar sebut fitnah....burung tiung akan sebut fitnah...boleh ke tanye ape bukti fitnah....

      Delete
  2. Anon 1130, sebelum beri komen, hayati post sepenuhnya..
    1) jangan kalut macam professor kangkung
    2) jangan pakai baju warna hijau

    Di mana yg fitnahnya?

    ReplyDelete
  3. Jadi dgn smua org anda bergaduh sape lg lah yg akn mengundi anda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami berhujahh dengan minoriti dan saki baki terpencil yang sokong perompak.

      Delete
    2. Bergaduh dengan pensubahat kpd prompak....islam suruh tentang yg mungkar...

      Delete
  4. Doa Laknat PAS terhadap musuh Islam dari Kaum Munafiq dan Kapir Harbi sememangnya tepat untuk Pakatan tiada Halapan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai juga untuk gabungan Barisan hampir bernisan.

      Delete
    2. Untuk perompak doa supaya banyak kan lagi merompak...yg bersubahat doakan terus bersubahat hingga ke liang kubur...

      Cakap ikut ajaran ugama tapi buat yg haram...tak munafik?...

      Delete
    3. Aoe plak doa untuk presiden pas dan pimpinan pas yg bedal 90 jota duit haram dari najib?...

      Delete
    4. Biar nama bapuk.. jgn perangai bapuk

      Delete
    5. Bapuk bukan sebarang bapuk tanye cikgu kejora geng ko yg selalu tenggek meracau di blog budin...hihihih...

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Dulu doa ko bn kt stadium banjir terus!

    ReplyDelete
  8. Pas yg putuskan hubungan dengan pkr...pas bukan sebahagian kerajaan lagi...azmin tak tendang jawatan dan gaji exco pas....memang patut peruntukan wakil rakyat di stop...pas kelantan pon tak bagi bajet wakil rakyat kpd pembangkang...adil lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis pru 14... senyap le puak2 ni.. BN menang bergaya.

      Delete
    2. Ade orang curi buku taqdir dah tahu BN menang bergaye......

      Delete
  9. Subahat dengan yg mungkar pon kerja mungkar jugak...doa yg mungkar di makbul?....

    ReplyDelete
  10. Laporan PAC Jelas Najib Tidak Lakukan Kesalahan Atau Ambil Wang 1MDB
    KUALA LUMPUR, 23 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

    Najib turut menegaskan bahawa tidak terdapat mana-mana ayat dalam laporan tersebut yang menyatakan bahawa beliau telah mencuri wang dari syarikat tersebut atau pun duit derma daripada kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB.

    “Laporan tersebut membuat kesimpulan bahawa 1MDB merupakan satu model perniagaan, di mana ia tidak mempunyai asas yang kukuh kerana suntikan modal yang diberikan oleh kerajaan hanya sebanyak RM1 juta sahaja.

    “1MDB mempunyai program yang besar dan telah membuat pinjaman berjumlah RM42 bilion. Bagi jumlah pinjaman RM42 bilion, kadar faedahnya lima peratus setahun atau RM2 bilion setahun,” katanya pada sesi dialog bersama rakyat pada Majlis Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, di sini hari ini.

    ------------@@@@@@@@@-----------

    GEMPAR!!! 1MDB TELAH MEMBUAT BAYARAN SEBANYAK RM4 BILLION KEPADA SYARIKAT GOOD STAR LIMITED YANG DIMILIKI OLEH JHO LOW!!!

    Tony Pua: Bank Negara sahkan Good Star Limited kepunyaan Jho Low. Klik di sini

     Jika anda merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada mukasurat 25 dan 26 ada tertulis begini: 

     "Pada 30 September 2009, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan pindahan dana ke dalam akaun usaha sama di J.P Morgan SA dan RBS Coutts Bank Ltd. (Geneva). Seterusnya pada 30 September 2009 juga, sejumlah USD300 juta telah dipindahkan ke akaun 7619400 di J.P Morgan (Suisse) SA, iaitu bank 1MDB Petrosaudi Ltd (syarikat usaha sama). Bagaimanapun, baki USD700 juta telah dipindahkan ke akaun 11116073 di RBS Coutts Bank Ltd. milik sebuah syarikat lain yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini. 

    Berdasarkan dokumen yang dikemukakan oleh Datuk Shahrol Azral pada 5 Jun 2015 dan kenyataan beliau semasa mesyuarat PAC pada 25 November 2015, akaun tersebut adalah milik Good Star Limited yang merupakan subsidiari (anak syarikat) Kumpulan Petrosaudi sejak 1 September 2009. 

     Semakan Jabatan Audit Negara (JAN) juga mendapati tiada kelulusan Lembaga Pengarah 1MDBuntuk pemindahan wang ini ke dalam dua akaun yang berasingan." 

     PEMBOHONGAN DATUK SHAHROL AZRAL KONONNYA GOOD STAR ADALAH ANAK SYARIKAT PETROSAUDI TERDEDAH APABILA BANK NEGARA MALAYSIA TELAH MENGESAHKAN MELALUI SEPUCUK SURAT KEPADA PAC BAHAWA GOOD STAR LIMITED ADALAH MILIK JHO LOW DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN PETROSAUDI 

     Download : Laporan DOJ di sini 

    Kandungan surat tersebut sepatutnya dimasukkan ke dalam laporan PAC tetapi Pengerusi PAC iaitu YB Hasan Arifin telah bertindak memadamkan maklumat tersebut pada saat akhir, ini menimbulkan protes dari 5 orang ahli PAC dari parti pembangkang antaranya YB Tony Pua dan Dr Tan Seng Giaw

     

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi kandungan surat tersebut telah didedahkan oleh akhbar Wall Street Journal (Pastinya ia dibocorkan oleh orang dalam BNM sendiri yang tidak tahan melihat kerakusan Najib dan Kuncu utamanya Jho Low merompak wang rakyat). Malaysiakini ada melaporkan tentang pendedahan WSJ tersebut namun tidak dapat menunjukkan isi surat berkenaan kerana ianya berstatus "SULIT".

      Kesahihan surat itu terbukti apabila kerajaan Malaysia MENGAKUINYAtetapi biasalah di Malaysia ni walaupun surat itu dengan jelas menunjukkan bahawa NAJIB RAZAK BERSUBAHAT DENGAN JHO LOW ROMPAK RM4 BILION WANG RAKYAT MELALUI 1MDB tetapi orang yang jenayahnya telah terbongkar TIDAK MAHU LETAK JAWATAN dan pihak-pihak yang sepatutnya menangkap dan mendakwa beliau semuanya TAKUT KEPADA NAJIB TAPI TAK TAKUT KEPADA ALLAH SWT. Kerajaan Najib sebaliknya berusaha mencari siapa yang membocorkan maklumat  tersebut untuk diambil tindakan.
        
       (Dibawah saya sertakan gambar kepala surat tersebut yg disiarkan oleh sebuah Laman Web (Laman Web ini telah disekat oleh SKMM))

       Juga disertakan gambar Najib bersama Jho Low, Putera Turki Bin Abdullah Pengasas Bersama syarikat Petrosaudi serta keluarga Najib yang dikatakan diambil diatas sebuah kapal layar mewah beberapa bulan sebelum mereka melaksanakan "operasi merompak" RM4 bilion daripada 1MDB melalui projek penipuan Petrosaudi. (Laporan DOJ Amerika Syarikat yang diterbitkan kemudiannya memberikan butiran terperinci bagaimana Najib dah Jho Low merompak kira2 RM20 bilion wang rakyat Malaysia melalui 1MDB) 

       #HANYA KUASA RAKYAT MAMPU MENGAJAR NAJIB, JHO LOW, RIZA AZIZ, ROSMAH MANSUR DAN KUNCU-KUNCU MEREKA TERMASUK PENJILAT2 TEGAR MEREKA DARI PARTI PEROMPAK UMNOBN DAN KHADUMB MEREKA PARTI PAS 

      Delete
    2. Syarikar modal 1 jota nak niaga billion billion hingga berhutang 42 billion...akhirnye Edra dan tanah kerajaan dijual untuk bayar hutang...

      Adekah penjualan aset negara kerana rugi niaga ato wang hilang kerana di rompak?...

      Laporan PAC memang tiada kaitkan najib ambil wang 1 mdb kerana wang 1 mdb najib masukkan ke akaun jho lo di luar nrgara sebagaimana lapora PAC...PAC tidak siasat akaun jho lo di luat negara yg memasukkan balik wang tersebut ke akaun jho lo sebagaimana siasatan FBI...

      Najib nak klentong....kalo OAC siasat najib tidak ambik wang 1 mdb najib boleh cabar DOJ bersihkan namanye dari dikaitkan dengan saman gubah wang haram hasil rompak 1 ndb..


      NAJIB ADE BRANI?...

      Delete
  11. Tertengok tv3 tadii..pm najib ckp janji utk bina 1juta rmh mampu milik tercapaii..biar betul..? Rekod kata byk rumah mampu milik jadii rumah mampu tgk jerr..sembang karii lebih ko jibb..

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Dengki khianat mmg ckp kelintong.. Dr dulu kini selamanya bn mesra rakyat.. Syabas pm bina rmh mampu milik..

      Delete
    2. Dengki amendenye...memberi penjelasan kpd pembaca supaya tidak tertipu dengan klentong...

      Contoh- najib cakap laporan PAC tak pernah sebut 1 mdb kasi duit kpd najib...sedangkan najib bagi duit 1 mdb kpd jho lo di luar negara...PAC tak perbah siasat akaun jho lo di luar negara lepas tu pusing balik...pandai najib klentong...

      Delete
    3. Peduli apa aku dgn pac ke 10 mdb ke jji pm dh tunaikn buat rmh kos remdh tuk rkyt.. Bn terbaik

      Delete
    4. Sape suruh ko jangan peduli najib nak buat murak untuk ko...hihihihi..

      Delete
  13. KD...
    Tak ada org lain ke...
    Bapok dan Ted Kentut je dlm blog...
    Patut la sdr ada catit komenx adalah sebagai penghibur...
    Jadi...ehem..sdr anggap dua orang ini BADUT laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai tak mampu lawan hujjah?...kalo,tak mampu ikut jer ato duduk diam2...

      Delete
    2. Yg aku nampak jd badut adalah puak umnu... Tak bokeh nak lawan hujah..
      Kihkihkih

      Delete
  14. Kerajaan beri komitmen penuh bina 1 juta rumah mampu milik - Najib
    Tarikh kemaskini: 24/03/2018

    KUALA LUMPUR, 24 Mac -- Kerajaan memberi komitmen penuh untuk membina satu juta rumah mampu milik untuk rakyat bagi memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata ia selaras dengan dengan hasrat kerajaan untuk membina rumah mampu milik khusus bagi kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan kumpulan berpendapatan sederhana (M40).

    "Komitmen kerajaan bagi membina rumah telah dipenuhi, di mana 139,338 rumah mampu milik atau 12.5 peratus telah siap dibina, manakala 311,281 buah rumah atau 28 peratus kini berada dalam pelbagai peringkat pembinaan," katanya pada sidang akhbar selepas mengunjungi Ekspo Jualan Perumahan Edisi Nasional anjuran Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), di sini, hari ini.

    Najib turut menjelaskan baki sasaran pembinaan rumah mampu milik itu kini sedang dalam proses perancangan, pra-kelulusan dan sebagainya.

    Di bawah PR1MA, sebanyak 16,000 rumah mampu milik di seluruh negara dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM4 bilion telah berjaya dijual.

    Bagi Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), sasaran pembinaan rumah bagi penjawat awam adalah sebanyak 200,000 unit dan sehingga kini 141,774 unit telah diberikan kelulusan.

    "Dalam masa tidak lama lagi, sebanyak 200,000 unit akan dapat disiapkan, dan ini adalah termasuk 10,000 unit dikhaskan untuk anggota Polis Diraja Malaysia," kata Perdana Menteri.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sehingga hujung tahun ini, sebanyak 300,000 unit rumah dijangka diberikan kelulusan.

    ReplyDelete
  15. Saturday, 24 March 2018

    *Datuk Zaid Ibrahim yakin PH akan menang pada PRU14 kerana Umno semakin tenat.*

    Rakyat sudah faham dan meluat kepada UmnoBN. Hanya beberapa kerat saja pemimpin Umno yang kelihatan menyokong Najib dengan kenyataan-kenyataan terbuka (Salleh Keruak, Rahman Dahalan, Nazri Aziz)

    Umno sendiri sudah buntu & tidak mampu menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

    Seluruh dunia sudah tahu apa yang berlaku di Malaysia. Mereka hairan kenapa Malaysia boleh ada seorang PM yang menyamun duit yang begitu besar.

    Kalau di negara lain PM ini tidak boleh bertanding pun hari ini & tidak boleh menjadi ketua parti pun.

    Apa sebab bila negara lain mengambil tindakan undang-undang tapi kita tak mahu ??

    Kenapa bila peguam negara lain bertindak tapi peguam negara kita kata tak ada apa-apa?

    UNDANG2 APA YANG KITA PAKAI ??

    Bila orang luar bercakap tentang Malaysia, mereka bercakap tentang orang Melayu.

    Kalau kita orang Melayu tidak berasa malu & tidak membela maruah bangsa kita, siapa yang nak bela ??

    KALAU GOLONGAN AGAMA TIDAK MEMBELA APA YANG BERLAKU, MEREKA NAK BELA APA ??

    PRU ini bukan saja untuk menentukan siapa yang menang atau kalah. Dunia sedang melihat Melayu ni bangsa yang macam mana ??

    Adakah Melayu ini betul2 BANGSAT & PENAKUT sehingga benda2 yang jelas pun mereka buat2 tak nampak ??

    Tun Mahathir yang sudah berumur 93 tahun sanggup berusha keras mahu menjatuhkan pemerintah Najib UmnoBN. Tun bukan saja mahu mengembalikan wang kita yang telah hilang tapi juga mahu membela maruah kita sebagai orang Melayu.

    Kita laungkan Malaysia adalah negara Islam. Najib laungkan semua yang kita buat mesti kena dengan syariat. Tapi apa yang Najib buat ??

    Siapa yang nak tegur & ubah penyamun2 yang berleluasa ini kalau tidak orang Melayu itu sendiri ??

    MALAYSIA ADALAH NEGARA MELAYU !!

    Sepatutnya orang Melayu tidak perlu bimbang tentang undi orang2 Melayu kerana ini melibatkan maruah bangsa Melayu.

    Sebaliknya, kita tidak bimbang undi2 orang bukan Melayu yang berpihak kepada PH tetapi kita bimbang tentang undi orang2 Melayu.

    MENGAPA MELAYU SUSAH SANGAT NAK TUKAR UMNO SEBAGAI PEMERINTAH ??

    Alasan-alasan yang diberikan langsung tidak munasabah...tidak masuk akal !!

    TAKUT PADA DAP ??

    Yang bahaya adalah Jho Low bukan Dap.

    Bangsa Cina di Malaysia hanya 22% dan jika semuanya menyokong Dap sekalipun mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa.

    Ketua-ketua kerajaan adalah berbangsa Melayu.

    Perlembagaan negara menjamin kedudukan bangsa Melayu & Bumiputera lainnya.


    PERTAHANKAN RAJA2 MELAYU ??

    Tak perlu kita nak jadi hero kononnya nak membela Raja2 Melayu. Mereka semuanya sudah kaya2 belaka, pandai2lah mereka menjaga diri. Tak ada siapa pun nak turunkan Raja2 Melayu.


    ISLAM AKAN TERJEJAS ??

    Islam akan terjejas jika kita buat perangai macam sekarang ini...malu melihat negara Islam yang menghalalkan benda-benda karut...rasuah, penyelewengan, kezaliman, salahguna kuasa.

    Kalau kita betul2 perjuangkan Islam, sepatutnya kita kena tolak UmnoBN.

    Hari ini kita dapati para ulama, mufti, ketua-ketua agama & jabatan semuanya diam sahaja.

    Kita sebagai orang bawahan tak perlu ikut dengan golongan agamawan yang macam ini...MEREKA MENCARI MAKAN DENGAN ISLAM.

    Kalau kita nak bela Islam mesti berpegang pada 'amar makruf nahi mungkar'.

    Pemimpin2 sekarang hari-hari kerja berbohong kepada rakyat...putar belit cerita 1MDB bagi mengelirukan kita.

    "Jika orang Melayu mahu maju, buanglah sifat hamba & penakut" - Sasterawan Usman Awang

    Kalau Umno nak bela bangsa Melayu & Islam, sepatutnya sudah lama Umno gulingkan Najib Razak. Tetapi dalam PAU, mereka mencium tangan Najib dan dijulang sebagai wira negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO SEBENARNYA ADALAH PARTI PENAKUT & TAMAK.

      Apa yang Najib bawa pada bangsa Melayu hari ini adalah TAMAK...menular dalam diri mereka dan merosakkan.

      Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Peguam Negara...semuanya PENAKUT & TAMAK !!

      Semua permasalahan negara hari ini hanya rakyat yang boleh selesaikan. 

      PRU kali ini adalah peluang terbaik bagi menukar kerajaan & menebus maruah bangsa Melayu & selamatkan Malaysia.

      TOLAK UMNO BN & PAS !!!

      Delete
  16. Umno kalah di Kelantan tapi Melayu Kelantan tetap hidup..
    Umno kalah di Selangor tapi Melayu tetap hidup
    Umno tak berkuasa di Pulau Pinang tapi Melayu tetap hidup
    Umno pernah kalah di Kedah tapi Melayu Kedah tetap hidup
    Umno pernah kalah di Perak tapi Melayu Perak tetap hidup
    Umno Pernah kalah di Terengganu tapi Melayu tetap hidup
    Umno tidak dibenar ditubuh di Sarawak Melayu Sarawak tetap hidup..
    Yala, Pattani, Narathiwat dan Setol bekas jajahan Kedah tapi Melayu tak pupus di sana...
    Umno tak berkuasa di Singapura Melayu tak mati dan tak pupus di sana..
    Melayu Brunei makmur di sana tanpa Umno..
    Bukti kukuh tujuh negeri tanpa Umno Melayu tetap hidup dan tak pupus serta kebulur..
    Hipotisis mengatakan "mati Umno, matilah Melayu" tak betul, khurafat, tahyul dan ditolak!!!...

    ReplyDelete
  17. Kenyataan memang pahit bagi yg kalah, sabar deh..

    ReplyDelete
  18. Yg menang tak mesti menang selamanye2... Hihihi

    ReplyDelete
  19. Kalau sudah kenal orang jahat, tangkap sahaja..
    KOMEN MALAM


    APA dirasai oleh Presiden Persatuan Kebangsaan (Patriot) Mohd Arsdad Raji mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Muhamma Fuzi Harun yang kemudian diperkuatkan oleh Menteri Pertahanan Hismuddin Hussein kononnya pihak PDRM telah mengenali pasti 1,100 individu termasuk beberapa kumpulan akan membuat kacau menjelang pilihan raya umum ke-14 adalah sesuatu yang pelik, adalah benar,

    Selalu polis mengumumkan sesuatu yang berbentuk rahsia kepada umum di mana dengan pengumuman itu menyebabkan rahsia itu terdedah menyebabkan kumpulan yang dipantau itu sempat menyelamnatkan diri. Apakah itu satu bentuk psikologis atau reverse psikoloigis dalam pasukan itu?


    Bagi Arshad kenyataan itu memelikkan kerana baginya apakah untung dan logiknya kumpulan seperti itu ingin menyerang pilihan raya pada saat akhir. Beliau berpendapat mereka yang bertindak begitu hanya mereka yang berada di bawah pengaruh dadah sahaja.

    Patrioit pertubuhan bekas-bekas tentera ini dilihat satu kumpulan yang bersuara lantang terhadap kepincangan negara dewasa ini. Patrioit berbea dengan pertubuhan-pertubuhan dianggaota bekas tentera atau polis yang lain.

    Benar kenyataan dikeluarkan Fuzi itu pelik serta tidak perlu kerana dari kenyataan itu menyebabkan orang akan membuat berbagai tafsiran dan tertanya-tanya apa sebenar peranan PDRM dalam menjamin keselamatan dalam negara ini. Tugas polis menjaga keselamatan dan bukan membuat provokasi.

    Dalam kenyataan itu Fuzi bukan sahaja menyebut jumlah individu seramai 1,100, tetapi turut sama menyatakan kawasan yang berpotesi berlaku serangan itu, yakitu 116 kawasan di Semenanjung dan 22 kawasan di Sabah dan Sarawak. Ertinya ancaman keganasan itu bakal berlaku di seluruh negara.

    Satu keganjilan belum ada kenyataan menggerunkan begini dikeluarkan oleh PDRM menjelang pilihan raya umum sebelum ini. Apa yang sering berlaku polis memberi jaminan pilihan raya akan berlangsung dalam keadaan selamat, keselamatan terjamin.

    Tetapi apabila sudah membuat kenyataan menggerunkan awal-awal ia dirasakan pelik.

    Apa lagi hampir serentak dengan kenyataan Fuzi itu, Hishamuddin pula membuat pengumuman yang polis dan tentera akan berkerjasama untuk mengatasi kekacauan itu. Kenyataan Hishamjuddin itu seakan membenarkan apa yang disuarakan Fuzi.

    Soanyanya kenapa bagi pihak tentera Hishmuddin yang membuat kenyataan bukan Ketua Turusnya. Dan kenapa pula bagi pihak polis bukan Zahid Hamidi sebagai menteri bertanggungjawab terhadap PDRM, tetapi ketua polis?

    Memang dalam suasan pilihan raya tidak boleh dinafikan ada elemen atau anasir jahat. Mereka yang tidak menerima konsep pilihan raya dan demokrasi berperlimen akan berusaha memusnahkan. Bagaimana pun bukan saat menjelang pilihan raya. Golongan atau puak menentang demokrasi ini perlu menggerakkan penentangan atau kempen mereka sejak dari awal lagi.

    Atas kemunasabah itu maka benar kata Arshad itu mereka yang mahu melakukan serangan kepada pilihan raya disaat-saat akhir adalah mereka dibawah pengaruh dadah.

    Individu atau kumpulan yang dimasukan dalam jumlah 116 itu saya tidak fikir mereka dari kumpulan yang menganjurkan kempen boikot pilihan raya. Golongan itu tidak pun memberi kesan apa-apa kerana kewunjudannya laksanakan melukut patah tiga yang berada di hujung gantang sahaja.

    Lantaran itu apa dipersoalkan oleh Arshad itu seharusnya menganggu minda ramai. Jika pihak PDRM sudah mengenali pasti kumpulan dan individu itu kenapa ia tidak diambil tindakan awal? Atau pun kenyataan Fuzi itu lebih merupakan provokasi atau ugutan yang ada motif politik.Kalau ia sebagai ugutan persifikasi PDRM dalam hal ini sangatlah dangkal.

    ReplyDelete

6ANGKA