Tuesday, June 4, 2013

Siapa Dalang dibelakang Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ini

SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

KETETAPAN ATAS RASA TERHUTANG BUDI DICALONKAN SEMULA DAN DILANTIK SEMULA SEBAGAI MENTERI BESAR... ???

Gendang belum dipukul, mamat ni dah berjoget, mana adat dia pakai,

Dah tanya akar umbi.... 

5 tahun sebelum pru14 adalah paling sesuai tahun ini untuk membuat apa saja perubahan drastik termasuk pertandingan di peringakt paling tinggi, kalau nak pecah biarkan dia pecah...kan mengaku UMNO dah matang, ahli UMNO dah matang...bab kena batang hidung sendiri, lain pula skripnya.

Lain-lain parti di dunia bilangan ahli mereka sangat kecil, jadi apa yg UMNO nak takutkan..kuantiti tapi berselerak macam sekarang tak gunanya..lebih baik sedikit tapi kualtiti.

Sangat pelik mamat ni takut pada bayang2 sendiri...sah jenis ni memang kaki bodek habis-habisan.Pemimpin yang tidak tahu kehendak akar umbi, semborono, mulut tak ada insuran..inilah perangai mempercepatkan umno bungkus.



SEREMBAN: Umno Negeri Sembilan pada Isnin membuat resolusi bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan pada semua peringkat akhir tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pendirian itu bagi memantapkan lagi parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Selain itu, ia juga bagi mengelak perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan.

"Gandingan ini adalah amat mantap dalam menghadapi PRU14," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan itu dan Barisan Nasional (BN) negeri di sini pada Isnin.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/umno-ns-tidak-mahu-pertandingan-jawatan-tertinggi-15551?cp

1 comment:

  1. Ada beberapa nama yg suka jika tiada pertandingan, tentulah kerana kemungkinan akan tewas atau terlalu sukar untuk bertahan. Ada juga yang merasakan pertandingan adalah perlu kali ini untuk naik pangkat.

    tanyalah zahid dan muhyiddin, takkan memadai di tempat sekarang dalam ketika peluang ada - najib dilihat 50/50.

    Jika mereka tunggu di tempat sekarang..kesukaran bertahan. Zahid sudah pasti mengidam Timbalan Presiden - mampukah Muhyidin bertahan.

    Yang tak mahu ada pertandingan tentulah najib, kj dan sharizat. tidak ketinggalan Hishamuddin.

    ReplyDelete