Sunday, April 26, 2015

Yang Pro Najib Jangan Baca - Jangan Nak Mendidih Tak Tentu Pasal Lepas Tu Nak Mencarut...

KUALA LUMPUR: Mungkin ada segelintir daripada kita yang masih belum mengenali dan menyedari jasa yang dicurahkan selama ini oleh bekas Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamed kepada semua dan pastinya beliau bukanlah seperti parti pembangkang PAS kelihatannya seolah memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria.

Jauh sekali pula jika mahu dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah enak bertopeng menyokong tindakan negara Zionis atau Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamed merupakan penggerak kepada  negara-negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia dengan mudahnya.

Beliau juga telah bertindak menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu.

“Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” kata-kata beliau untuk diamati semua.

Beliau juga turut berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei pada ketika itu bagi menyediakan jumlah dana yang berjumlah berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk kegunaan tentera Islam di Bosnia.

Insan ini juga yang pernah mengalirkan air matanya ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

Tun Dr Mahathir Mohamed juga merupakan pemimpin Islam yang telah dihubungi oleh Yasser Arafat bagi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

Beliau juga turut digelar Maha Firaun kerana kelantangannya bertindak mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj atau Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

Pemimpin kita ini yang telah berusaha keras dan tidak hanya duduk berdoa tanpa sebarang tindakan biarpun ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya.

Beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun hanya memimpin sebuah negara yang kecil.

Beliau juga bukan hanya berjaya memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi turut berusaha memerdekakan negara-negara lain daripada belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya.

Pastinya kebanyakan daripada kita juga apabila berbicara mengenai pemimpin negara ini, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak mampu dibalas.


http://www.peraksilveryouth.com.my/2015/04/siapa-tun-m_24.html

Bagi mereka yang anti Tun atas dasar emosi dan tidak faham perjuangan, tak perlulah tunjukkan kebodohan diri sendiri dengan makian dan tuduhan liar (JIKA ADA MAKIAN ITU JATUH KEPADA IBUBAPA ANDA SENDIRI)

Blog ini terbuka untuk siarkan apa jua penulisan yang menceritakan kehebatan dan jasa Najib - silakan.

13 comments:

  1. Kehebatan Najib spt berikut
    ● NKRA
    ● SJKC
    ● TPPA
    ● GST
    ● JET
    ● IMDB
    ● gandingan emas hasan malek & mad maslan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kelebihan tiap seorang pemimpin

      Delete
    2. Dalam banyak senarai tu aku paling minat tang SJKC dan Ah Jib Gor

      Delete
  2. terharu membaca
    saya masih ingat peristiwa2 tersebut
    tetapi admin telah membangkitkan semangat saya apb myiarkan artikel ini
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Jawapannya mungkin begini.
    Era Tun telah berlalu.
    Janganlah bawa cerita lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tapi ramai yang bawa cerita lama lebih-lebih lagi tentang keburukan dan peribadi TDM. Bak kata orang tak dapat batu pasirpun jadi. Tak dapat pasir habuk pun jadilah. Asalkan ianya keburukan TDM walaupun 'cerita lama' ianya dijaja untuk elak isu masa kini. Kita tak perlu tipu diri sendiri, tak perlu jadi hiporit

      Delete
  4. zaman najib byk kelemahannya zaman mahathir juga byk kelemahannya.. cuma dizaman mahathir aku tak berpeluang nak hantam cukup2 mcm zaman najib.. maklumlah waktu tu takda wasap, wechat, fb dll.. kalau cakap lbh blh kena isa woo.. cuma skrg kalau aku nak ulang blk zaman mahathir adalah zaman mahazalim dgn rejim mahafiraun yg menyekat kebebasan bersuara.. menteri yes bos membabi buta.. kekayaan utk anak beranak sehingga mokhzani menjadi antara manusia terkaya d msia.. sehingga anwar jubo melalui zahid hamidi KP waktu itu membawa isu kronisme di lenjan cukup2 smpi hilang semua kepentingan termasuk pengerusi BSN. sehingga skrg kuku mahathir masih terasa mencengkam rakyat msia yg terdidik dgn sistem kukubesinya.. peristiwa berdarah memali semua org tau musa hitam yg jd kambing hitamnya sedangkan dia adalah menteri kdn. auku menjadikan mahasiswa beku dan jumud.. dizaman najib semua itu telah berlalu org bebas memaki hamun PM tanpa rasa takut bahkan mahasiswa juga sudah brani mengeluarkan suara.. apa2 pun adalah malang bg sesiapa yg jd PM selagi dia masih ada dan kalau org tu sanggup jd boneka selamatlah dia.. hidup jambatan bengkok sebengkok kote anwar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhh!..lu punyer sembanggg..kote bapok pu bole goyang!!..hidup macai!!

      Delete
    2. peristiwa memali ko pegi korek balik crita blogger blogger 'bangang' bak kata najib. Siap temu ramah bapak ibrahim libya dan mcm mane boleh terjadi pembunuhan tu..zahid hamid si liberal tu? Yg hangat hangat tahik ayam jer gertak konon nak ambil tindakan bla bla last diam jer .. Kes lahad datu ape citer skrg contohnya ? auku tu mmg patot pon ! Tgk la skrg mahasiswa mcm si adli apa ntah .. Anak anak melayu x nk sibuk blajar nak sibuk berpolitiksampai pelajara hanyut.. tun nak bdk bdk melayu fokus berjaya cemerlang antar luar negara jdi org berguna .. Kalau x wat mcm tu dulu maybe org melayu keluar negara jdi mcm pak pak endon .. Ke luar negara la jgak tpi kena jdi kuli batak . Dulu aku pon terikut ikut orgg zaman tun m ckp zalim la apa la.. Skrg baru ku tahu semuanya dilakukan demi agama bangsa dan negara.. setiap yg org canag buruk rupanya tun buat utk 30-40 thun ahead utk kemajuan anak Bangsa.. sudah sudah la nak bodek x tentu psal.. Nampak sgt najib mmg lemah dan lebih merosakkan dari membina.. Jilat barat jilat cina jilat jer kerje die.. Mcm penjilat penjilat die jgak .. Cube buka hati dan pikiran.. Nak selamatkan parti dan negara atau nk selamatkan sorang pemimpin yg majoriti rakyat dah tolak ??

      Delete
  5. Barang dh expired udah2 let..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo da expired..tak paya la risau..

      Delete
  6. Terima kasih kepada semua pembahas yan memberi komen tanpa carutan.

    ReplyDelete
  7. Bagi aku Tun Mahatir tetap terbaik dengan selogan Malaysia Boleh sampai sekarang orang luar sebut malaysia Boleh ,najib ada selogan apa?Slogan yang sungguh mengeciwakan.Aku bangga dengan Tun Mahatir sebab sampai sekarang Malaysia ada Monorail buatan Malaysia sepenuhnya tidak macam LRT dan KTM,cuma sejak kebelakangan ini Monorail memberi malu pada malaysia kerana pengurusan tertinggi yang lemah dan banyak membazir wang masa dan tenaga .

    ReplyDelete