Friday, June 23, 2017

NAJIB TIADA KEYAKINAN DIRI




Menjadi seorang PM dengan ehsan Muhyiddin yang memberi laluan atas sokongan Mahathir selepas paklah berundur kini teserlah pula ketiadaan jati diri dan yakin diri untuk memajukan proton. 

Jalan mudah - gadai,  jual,  hutang atas nama usahasama. 

Kalaupun proton rugi,  itu adalah risiko perniagaan tetapi kemahiran dapat dibina terus. Kerugian bukan dalam bentuk duit masuk akaun peribadi,  hilang dalam transaksi, salah masuk transaksi.

Belum ada aduan,  engine proton tak ada timing chain,  timing belt atau airbag berbanding dengan duit 1mdb bertukar jadi cincin,  rantai dan beg tangan.. Seperti diviralkan dan dakwaan DOJ. 

Belum pernah Tun lari dari sebarang dialog proton,  betul² n2h, dan belum pernah kecut berdepan wartawan hingga terpacul "no more statement"

Lebih penting tidak pernah ada dakwaan dari DOJ,  aktiviti haram proton untuk membeli hartanah dan penggubalan wang haram. 

Proton tidak pernah disiasat dalam dan luar negara,  kewangannya telus tanpa perlu OSA. 
Proton walaupun belum setanding buatan Jepun tetapi tidaklah sampai memalukan negara di mata dunia. 


6 comments:

  1. Haramjadah bagi mereka yg dok komen pasal proton tapi mereka sendiri tak guna kereta proton... Dimana jati diri... Bagi aku mereka yg bawa dan bangga dgn kereta import tu yg haram jadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishk ishk, bawa kereta import pun boleh jadi haram jadah. Hairan sungguh fatwa ni.

      Lainlah kalau fatwa yang kata haramjadah tu bagi mereka yang pakai kereta mewah melalui duit curi. Yg tu saya setuju bebenor. Kalau duit curi bukan saja kereta import, pakai Proton pun haramjadah juga.

      Proton memang bukan produk import, tapi di bawah Najib proton pun bukan lagi hak mutlak negara kita, apa cer?

      Apa pun saya sendiri adalah pengguna setia Proton selama lebih daripada 15 tahun.

      Cuma terkini tidak berapa lama selepas Proton dijual hampir separuh kepada komunis China,
      saya tiada lagi kereta Proton di rumah tapi masih ada Perodua.

      Kalau guna analogi sdr, nampaknya saya lebih berjati diri drpd semua orang yang terus menggunakan Proton selepas hampir separuh pemilikannya dijual kepada komunis China. (Saya tak setuju analogi ini, cuma apply kpd analogi sdr shj)

      Proton hampir menjadi Ploton di bawah Najib tapi Perodua masih jauh dari dijadikan Pelolua. Makin lama Najib di Seri Perdana, makin real risiko Perodua menerima nasib yang sama dengan Proton.

      Apa pun saya ada juga sebuah kereta import yang digunakan untuk mencari rezeki, dan penggunaan kata haramjadah oleh sdr kepada pengguna kereta import langsung tidak memberi kesan kepada saya, sebab itu saya ceritakan saya juga punya kereta import.

      Sokong KD.

      Delete
  2. Al nujum ni pandai sungguh, dia pakar dlm semua subjek. Semuanya dia tahu. Tawar la diri jadi PM sebab Anwar Ibrahim dah tolak, Dr Mahathir pulak dah berumur 92 tahun. Mahyuddin pulak not seen clean. Mukhriz masih boboy.

    KD sorang je yg " clean and seen clean".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sdr.

      Saya pun sokong KD jadi PM.

      Sebab dalam UMNO semua dah nampak lingkup.

      In shaa Allah next PM adalah bekas UMNO yang tinggalkan UMNO selepas melihat UMNO melingkup di bawah Najib.

      Hidup KD..

      Delete
  3. Siapa pun jadi PM, manusia pendedak tetap sokong asal bekalan dedak kepadanya tidak dihentikan, inilah parasit yang mempercepatkan negara lingkup.

    Ciri ciri untuk menjadi seorang PM sangat mudah, berakhlak dan amanah, beriman dan bertaqwa, meng amal kan ilmu Allah.

    Kat sini najib failed, pasangannya lagi failed teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan pendapat tuan. Nak ambik kesempatan sikit, mohon maaf zahir batin drpd kami sekeluarga kepada seluruh umat islam di malaysia dan seluruh dunia. Selamat menyambut hari raya.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...