Tuesday, September 19, 2017

TIDAK PERLU JADI HERO, MEMADAI JADI NETIZEN YANG BERANI TANGGUNGJAWAB....U CAN RUN BUT U CANNOT HIDE..

Apabila seseorang itu berkhidmat 15 tahun di tempat yang sama dan sepanjang perkhidmatan, tidak ada isu vokal yang dikaitkan dengannya, ianya satu petanda perkhidmatan yang baik walaupun mungkin tidak cemerlang.

Najib sendiri belum pun 10 tahun, politik Malaysia huru hara..jutaan rakyat menyebutnya setiap hari antara dipuji atau disumpah..
Lebih teruk dari era paklah.



Bagi penulis sendiri, pada satu ketika dulu, di era paklah, ada juga satu dua isu tentangnya disentuh dalam blog ini.

Apa yang menarik tentang perletakan jawatannya sebagai Timbalan
Pengerusi Khazanah adalah di tengah tengah keadaan kerajaan umno memerlukan sokongan walau dari seorang otai seperti mad taib di usia 72 tahun, masih laku.

Terima kasih pada Tun, 92 tahun yang dulunya dianggap sudah layak tunggu di tepi lubang kubur tetapi rupanya mampu menggoncang sebuah parti yang disangka kuat dan pernah membuatkan pemimpin utama dan isteri tidak tidor lena. Hari ini otai otai politik sudah ada harga.



Perletakan jawatan Nor Mohamed Yakcop juga hebat dalam ketika semua orang memperkata dan mengagung agungkan DUIT SEBAGAI RAJA. Tidakkah Nor Mohamed Yakcop rasa kehilangannya.

Ketika negara luar kehairanan melihat rakyat Malaysia yang begitu bersabar dengan sebuah kerajaan yang tercalar integritinya, kemunculan seseorang seperti Nor Mohamed agak melegakan, memberi harapan jutaan lagi rakyat akan membuat keputusan yang betul pada PRU14.




Apapun yang paling menarik ialah beliau mengambil peluang untuk bercakap bagi pihak dirinya di RCI Urusniaga Forex BNM, sangat berbaloi dan indah di hujung usia dan akan dikenang seperti itu.




111 comments:

  1. Tabek hormat aku kepada TS Mohamed Noor Yakcop....TS adalah hero yang sebenar dan seorang penyelamat Negara yang ikhlas.Segala keikhlasan TS pastinya diangkat darjat yang amat tinggi disisi ALLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berani bertanggungjawab itu nilai seorang pemimpin.

      Ada pemimpin musibat tu wujudkan investment fund lantik diri sendiri jadi penasihat emeritus, letak bawah kementerian sendiri, pilih kawan anak tiri dia jdk dia punya penasihat..
      Lps berlilit hutang salahkn org lain sbb buat spekulasi.
      Ada pac kena kacau.
      Ada task force kena ugut.
      Ada laporan audit kena osa.
      Dabik dada masuk bakul angkat diri jdk pahlawan bugis panglima islam negarawan.

      Abata dilongkangkan.
      Melayu dibodohkan.
      Islam dipilihan rayakan.
      Pembodek dpt habuan raya sakan.
      Anak malaysia xcukup makan.
      Anak amerika yg disusukan.
      Kononya nasib rohingya yg diceritakan.
      Seperti biasa temberang pekan.

      Mike tyson masuk dpt semangat baru.
      Husni berenti semua diam membisu.
      Ke arah malaysia baru.
      Penyeludup duit dan pencuri duit di pwtc mereka bersatu.

      Delete
    2. Bila Najib menubuhkan 1MDB, banyaklah jasanya 1MDB kepada rakyat jelata:

      1. Biasiswa diberikan kepada beribu-ribu pelajar.

      2. 8 kem tentera lengkap dengan kemudahan dibiayai sepenuhnya termasuk 750 ekar lapangan terbang tentera udara di Sendayan.

      3. Tajaan mengerjakan haji kepada beribu-ribu jemaah.

      4. Perjanjian PPA pertama yang telah melibatkan kerugian wang rakyat dianggarkan sebanyak RM100 bilion dimansuhkan.

      5. Perjanjian PPA kedua berasaskan yang pertama berjaya disekat. Kalau tidak, ia bakal merugikan wang rakyat yang dianggarkan RM200 bilion untuk tempoh 20 tahun berikutnya.

      Delete
    3. Yer ker abis kenapa banyak orang marah.kira banyak orang tak pahamla..ooooo..yg bank tutup kt singapre sampai staff kena penjara bukan psal 1mdb ker..

      Delete
    4. Takziah diucapkan kepada kem najib yg telah kematian akal dlm usaha menegakan kebathilan. Mereka terpaksa bertungkus lumus mencari ruang yg semakin menyempit tetapi setiap kali berbuat demikian, kebenaran jualah yg terserlah. Atas kedunguan yg paling maksimum, mereka cuba pula beralasan menutup kebenaran tersebut sehingga menimbulkan kebodohan yg mengalahkan pemikiran seekor kaldai. Sekali lagi mereka mencuba utk menutup kebodohan mereka dgn tindakan yg akhirnya menunjukan bakat sebenar mereka sebagai seorg pelawak sehinggakan rancangan mahaaraja lawak mega terbitan astro tidak lagi mendapat sambutan.

      Begitulah putaran tersebut akan berulang ulang sehinggakan penonton menjadi muak dan jijik dan akhirnya mereka sendiri terkulat kulat malu.
      Salah satu contoh seperti yg tertera diatas. 1mdb yg menanggung beban hutang yg tinggi dan menaikan nama malaysia sbgai negara kletokrasi yg juga punca segala petaka bumi dimana gst diperkenalkan mengutip cukai dari semua termasuk bayi yg baru lahir sehinggakan ke org org tua, kaya atau miskin termasuk org org gila, semuanya x terlepas. Gst nilah yg menyebabkan peningkatan harga barang yg berlipat kali ganda yg akhirnya menyebabkan perbelanjaan sara hidup org org melayu terutamanya tidak seimbang. Semua yg dinyatakan diatas hanyalah utk mengaburi mata rakyat dari permasaalan yg sebenar. Hakikatnya daun nyiru tidak akan dapat menutupi bangkai seekor gajah yg sedang mereput!

      Delete
  2. Salam Bro. Beliau membuat pilihan tepat. Mahu dikenang sebagai manusia yang berpegang pada kebenaran dan menjunjung ajaran agamanya.

    ReplyDelete
  3. Senjata makan tuan- sesuatu alat yg digunakan untuk mencederakan pihak lawan terkena pada diri sendiri- tujuan asal utk mengenakan tun tidak mencapai matlamat, tapi sebaliknya menampakkan sifat dendam kesumat pemerintah yg bergelumang dgn skandal penyelewengan. Kebenaran mengatasi kebathilan.

    ReplyDelete
  4. Kelebihan DS Najib bukan hanya boleh memberi pukulan aktif tetapi juga pukulan pasif. Terserlah satu lagi kebijaksanaan beliau menggunakan buah pasifnya, kali ini TS Nor pula meletakkan jawatan tanpa disuruh. Sebelum ini Tun M, TS Shafie Apdal dan beberapa orang lagi yang menjadi gunting dalam lipatan telah dinyahsendiri terlebih dahulu.

    Inilah kelebihan DS Najib, seorang sabar, tabah, teliti dan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukulan coward is more like it! A crook is at work again. Khazanah is his next target! One after another!

      Delete
    2. Yaaah! Hebat !!!
      Next RCI 1MDB, then Memali, tgen Pink Diamond Kerr?
      Pasif power , Yaah.1035...kem oonnn

      Delete
    3. Pukulan aktif adalah menunggu pengumuman cik minah, pukulan pasif pula adalah menunggu pengumuman najib bahawa beliau dah jumpa semula telo dia yang hilang.

      Delete
    4. Jawapan balas kepada 10:35

      Kah kah kah..

      Delete
  5. Bila terasa dirinya seperti 'datang tak dijemput, pergi tak dihalau', ia merasakan dirinya ibarat kaca, bukannya emas. Boleh dilihat di riak wajahnya yang kecelaruan di kaca TV. Maka ia meletakkan jawatannya dengan penuh tidak mulia. Pergi, pergi dan pergilah.

    DS Najib memang bijak dengan penangan pasifnya. Bukan dia yang mengusulkan penubuhan RCI ke atas BNM Forex tetapi Lim Kit Siang dan DS Anwar. Pasti kedua-duanya kini menangis tidak berlagu. Seorang membawa diri ke puncak bukit Mertajam dan seorang lagi bertapa di Sungai Buloh meratap kebodohan diri masing-masing kerana berbuat sesuatu dengan emosional tanpa rasional.

    Macai-macai Tun sudah meraikan seolah-olah kemenangan milik mereka, tetapi RCI ini baru selesai dua-pertiga perjalanannya, masih berbaki sepertiga lagi.

    Kini RCI tiba ke fasa rumusan, setiap hasil siasatan ke atas 25 orang saksi dan 42 buah dokumen termasuk yang telah diOSAkan sebelum ini akan diperhalusi, difailkan, dirumuskan, disyorkan dan dipersembahkan kepada YDPA untuk tindakan yang seterusnya sebelum 15 Oktober depan.

    Tunggulah hasilnya nanti...

    Yang pastinya DS Najib, seorang yang sabar, tabah, teliti dan tenang; pastinya sedang meniti laluan untuk kemenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss.
      Pasif seterusnyaa.
      RCI 1MDB.
      RCI MEMALI,
      PINK DIAM9ND LEO, KERR
      Mdm X belum serah balik brg curi.
      Pasif power..jom

      Delete
    2. "sedang meniti laluan untuk kemenangan.."

      Sedang meniti laluan kekalahan, sg buluh menanti, macai kena sumbat ke dalam sekali

      Delete
    3. Maaf yer, macai untuk kem najib. Kj minta semua pemuda sedia menjadi macai untuk pertahan presiden

      Delete
  6. PAS pula sedang galak mengusulkan RCI untuk Memali, yang mengorbankan 18 nyawa yang tak bersalah. Pastinya ramai yang menunggu-nunggu untuk penubuhannya bagi meluahkan kebenaran yang terbuku dijiwa-dijiwa yang teraniaya dan yang ditelan mati emak, diluah mati bapak.

    Satu persatu dibongkar supaya keadilan dapat ditegakkan. Ironinya, setiap RCI yang telah ditubuhkan dan dicadangkan bukan cetusan daripada DS Najib...

    Tanpa kemaluan, maaf malu, macai-macai seperti biasa menghebah-hebahkan bahawa ia angkara DS Najib. Bukankah penubuhan RCI adalah perkenan YDPA? Tanpa perkenan YDPA, tiadalah RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Satu persatu dibongkar supaya keadilan dapat ditegakkan"

      Kah kah kah kah...

      Delete
    2. Anon 11:36

      Mohon kopipes komen balas sdr..

      Kah kah kah kah...

      Delete
  7. DS Najib pasti menunggu-nunggu pakatan pembangkang mengusulkan penubuhan RCI ke atas 1MDB. Masa masih ada lagi untuk dua RCI, Memali dan 1MDB, sebelum Mei tahun hadapan jika dapat perkenan YDPA.

    Setelah usaha pembangkang di Amerika, England, Switzerland, Hong Kong, Singapura dll menemui kegagalan mutlak kerana ketiadaan bukti melainkan yang direka-reka berdasarkan maklumat-maklumat yang sengaja dipilih-pilih untuk menampakkan yang tidak bersalah itu bersalah, maka hanya RCI lah harapan terakhir pembangkang untuk menjatuhkan DS Najib.

    Manakala DS Najib pula menunggu-nunggu RCI 1MDB yang diusulkan pembangkang untuk membuat pukulan maut terakhirnya ke atas pembangkang.

    Sama-sama kita doakan kejayaan penubuhan RCI tersebut.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Syabas tuan.. Kasi sekolahkan sikit macai Tun Mahazalim, Ainina pun dah cabut.. Apa lg yg ada??fikir2kan..

      Delete
    2. Semua yg boleh berfikiran secara waras tahu bahawa selagi kuasa ditangan najib, rci terhadap 1mdb tidak mungkin sesekali akan diadakan. Org yg dungu shj yg beranggapan org lain pun dunggu sepertinya memutar belit ayat ayat untuk menunjukan bahawa najib sebenarnya rela dirinya disiasat. Org umno mungkin boleh diperdaya tapi tidak untuk majoriti rakyat malaysia!

      Delete
    3. Kalau berdasarkan kajian ke atas 30,000 responden sahaja, 'majoriti rakyat' itu sebenarnya adalah minoriti 'majoriti rakyat', majoriti 'majoriti rakyat' tetap dan semakin ramai di belakang Najib, insyaAllah.

      Delete
    4. Bukti yang direka-reka?

      Kah kah kah..

      Delete
  8. Najib tau gerak langkah pembangkang yang lebih gertak daripada buah. Nampak susuk badan padu, tetapi ilmu di dada kosong ibarat maskot plastik yang diisi angin supaya nampak gah tetapi cukup sekadar dicucuk dengan sebatang jarum terus kempis melepeklah ia.

    Mengapa pengaduan-pengaduan yang dibuat oleh macai-macai di Amerika, England, Switzerland, Hong Kong, Singapura dll langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada DS Najib?

    Ada bukti ke tidak ada bukti? Ada bola ke tidak ada bola? Lelaki sejati ke eunuch?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki sejati ialah seperti Tun. Yg berusia 92 tahun sanggup berhadapan dgn panel rci dan terbukti kerugian bukan hasil tangan beliau, dan eunuch ialah yg bersembunyi dibelakang peguam negara yg beliau sendiri lantik dan juga akta rahsia rasmi yg disalah gunakan!

      Delete
    2. Setuju dengan bro Macy

      Tapi diorang ni muka tak malu tahap gaban. Mengaku superman padahal hampas.

      Delete
    3. Beranilah dia pergi depan..... kalau dia pucat leai pun bukan orang perasan... dah tua dah Tuan... siapa aja yang tak berani kalau kat depan ada kambing hitam.... kambing tak kira tua atau kecil.... bunyinya tetap sama... embekkkkk.... jadi kalau dain ker anwar ker atau nor yaakob dah kata embekkkk (tun tak tau apa)... maka embeekkk (Tun tak tau apa)lah ...jadinya... bila panel RCI tanya... Tun pun jawab EMBEKKKKK!! (Aku pun tak tau).... bodohh piang.. hampir 5 tahun urusan forex berjalan..... tang untung ajer ker PM tau... tang Rugi aku tak diberitahu.... korang pun sama gak...EMBEKKKK..(kena tipu ngan Tun)

      Delete
    4. Dah la wak gendut, x payahla sampai mengembek ngembekk kat sini! Buruk benor nampak org tua gendut mengembek macam beruk...ehhhhh kambing

      Delete
    5. asalkan tak menepati kemahuan MO1, pengakuan org dikatakan kambing hitam. yang pasti en suharli, pengakuan TNMY adalah konsisten. Tak kan le dah mengaku sebelum ini, sampai sanggup meletak jawatan, bila RCI tak mengaku pulak..nak mcm tu ke? atau pun ada statement dari saksi2 cakap Tun M yang bertanggungjawab..itu yang en suharli dan cai2 lain nak sebenarnye..dah org tak inform dia mcm mana nak tahu..itu pun pelik ke en suharli? yang pelik, ada org tahu tandatangan je, tapi tak tahu isi kandungan surat. ada org duit masuk akaun dia, tapi dia cakap tak tahu, dalam tak tahu boleh belanja duit tu jugak. itu baru pelik en suharli

      EX umno JERAI

      Delete
  9. Tiga kali cuba mengelak dan menangguh, tiga kali juga dia gagal. Malah dokumen-dokumen yang dia OSAkan sebelum inipun tak lagi menjadi rahsia di RCI yang merupakan titah YDPA. Setelah itu barulah dia muncul.

    Kecelaruan antara kenyataan berbolak-balik MAD pasti menjadi asas kepada rumusan RCI ini. Ditambah lagi dengan bukti-bukti yang ada dirakamkan, dibukukan dan dibahaskan.

    Saksi ke-3 memberitahu inilah rekod dunia dalam sejarah kerugian perbankan yang melibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM34.5 bilion sehingga 1994. Jumlah itu kini nilainya lebih kurang RM96 bilion andainya disimpan dalam simpanan tetap dengan kadar faedah 5% setahun.

    Bagaimana sebagai seorang Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan sebagai ketua kerajaan boleh lalai dan cuai untuk perkara sebesar begini yang boleh saja menjerumuskan negara ke lubuk kemuflisan?

    Pastinya tak siuman orang-orang yang ingin mengangkatnya kembali sebagai perdana menteri lantaran pula dia mudah lupa akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  10. Walaubagaimana hebat pendedak menipu dan spin dan tidak kira berapa pun dedak yang dibayar kepadanya untuk kerja-kerja menipu pada akhir hayatnya dan di hayat berikutnya ia akan menyesal semenyesal-menyesalnya tapi sudah tak boleh berpatah balik ataupun undo segala autanya dahulu.

    Walaubagaimana kehilangan habuan duniawi pun semata-mata untuk menyatakan kebenaran di akhir hayatnya dan pada hayat yang berikutnya seseorang yang menyatakan kebenaran akan merasai kemanisan berkata benar itu jauh melebihi apa-apa kehilangan kemanisan semasa di dunia akibat dari berkata yang benar.

    Syabas kepasa TSNMY dan semua yang memilih untuk berkata benar berbanding memilih dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buang ketayaplah bro.... masih aku ingat sewaktu berbicara dengan seorang sahabat pengajian KIK yang di kenali.... kata ku.."kalau orang yang berketayap kita tak boleh percaya... orang macamana lagi yang kita nak percaya?".... jawab sahabat tu sambil menghirup kopi "kalau orang tu tak ada kepala pun kita tak boleh percaya..."
      P/s : "berketayap" saya maksudkan seorang yang alim dan warak punya pengetahuan am yang baik

      ... mudah untuk kita faham kalau bank pusat luar menyedari apa yang dilakukan oleh bank negara melepasi batasan fungsi bank pusat ketika itu hang rasa mungkin kah Tun tidak menyedarinya?.... 1998 tun berkata Soros adalah penyangak yang menyusutkan nilai matawang negara.... dia boleh tahu... dan 1993 pergerakan saham kerajaan ke BNM berlaku... Tuan... usahlah raikan penipuan ini Tuan.... Tun tak rugi nenipu dan tak untung pun mengaku... usah sebut soal takkan Tun tak takut dosa.... Dia dah kata saya mungkin buat dosa... tapi saya masih Islam.

      Delete
    2. Orang berketayap tu zaman belum ada internet. La ni, yang berketayap pun buang ketayap ganti serban, serban ganti songkok, iman itu tak pasti bro. Ustaz sekarang pun tolak ajaran ustaz lama, lama dah mati ustaz tu, tak dapat nak pertahankan ajaran dia. Ikut luncai la bro

      Delete
  11. Apa yang susah sangat nak mengaku fakta kebenaran..
    Nor mohamed kata dia tidak memaklumkan kepada Tun dan Anwar..
    Tun dan Anwar kata mereka tidak dimaklumkan..

    Ada bukti lain yang RCI dapat kesan?..semua mereka bercakap bohong..?

    ReplyDelete
  12. Yang mengangkat seseorang jadi PM adalah Allah, manusia merancang..

    Hari ini A jadi PM, besok kalau Allah nak B jadi PM, jadi..tiada siapa boleh halang..

    Kalau Allah kata Najib terus jadi PM selepas PRU14, jadilah..apa nak bising

    Kalau Allah kata Tun, siapa kamu nak berlagak kata tidak..

    ReplyDelete
  13. Benar tuan semua pilihan Allah....

    Mcmana pun jika tuan redha dan tak bising bising nasihat pada pemimpin yg buat kerosakan....adakah itu ok....mungkin tuan akan dikira bersubahat dlm dosa

    Jika tuan tidak bising bising kepada pemimpin yg adil....baru lah ok..

    Mcmana pendapat tuan?

    ReplyDelete
  14. Apa pun kehilangan RM 32 billion ini adalah tersangat besar dan terbesar dalam sejarah perekonomian dunia terutama yang melibatkan bank negara.Baik dari negara-negara semiskin spt Papua New Guinie sampai lah sekaya-kaya negara seperti Amerika tidak pernah berlaku kejadian seteruk ini.Apa yang lebih pelik rakyat disorok dari mengetahui kehilangan yang teruk ini.Pelik nya Perdana Menteri yang masa kejadian mendakwa dia tidak tahu menahu kerugian ini tapi masih pula mengaku dia lah yang terbaik.Kini dia ber impian untuk menjadi PM balik.Banyak betul yang teruk dan pelik tentang sosok manusia 92 tahun ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wei mangkuk..Nor Yaakob dah terangkan secara terperinci kenapa BNM terlibat dalam forex. Tujuan dia sudah tentu yang paling utama BUKAN untuk dilselewengkan..tetapi untuk menyokong Ringgit pada masa. Penerangan terperinci telah diberikan oleh Nor Yaakob berkenaan SEBAB2 keterlibatan BNM dalam forex.
      Kehilangan ini langsung tidak ada kelihatan unsur jenayah..tak mcm satu company tu...memang ditubuhkan untuk menyelewengkan wang negara...apa yang berlaku dalam kes forex adalah bad business decision dan misjudgement. Bank2 Pusat negara lain termasuk Britain pun terjebak dalam kehilangan forex disebabkan mereka ingin mempertahankan nilai matawang mereka.
      Walaupun 32b (kalau betul lar angka ni), rakyat tidak pulak dikenakan GST untuk menampung kerugian tu..tak macam sekarang. Takder lak subsidi dirasionalisasi kan pada masa itu. Takder pulak timbul money trail diserata dunia seperti 1MDB tu..takder pula siasatan jenayah seperti 1MDB tu...

      Delete
    2. Betul tuan....hanya yg makan dedak je @ yg sengaja kaburkan mata

      Delete
    3. Boleh tak sesiapa kasi tau ketika tu nilai Ringgit berapa yek???? Rasanya yg dia sebut nak sokong nilai ringgit tu alasan .... abistu yang sebut BNM buat keuntungan RM5b tu apa cerita sebelum rugi.... itu satu... yang paling syok dengar ialah bila blog2 goblok sibuk kata..."weii walaupun BNM rugi... itu biasalah mesti ada untung atau rugi....kenapa masa untung tak cerita.."... kata mereka...emmmm so nak kata apa ni... ni nak protec Ringgit ker atau main judi ni?... adehhhh.... benda belit macam ni pun korang dah senak gelakkan orang.

      Delete
    4. EN SUHARLI,

      istilah RUGI, selalu digunakan dalam perniagaan. FGV pun rugi, Kwsp pun rugi. CURI pulak lain..banyak beza. Main judi kena tanya reza aziz dengan jho low le. sudah2 le en suharli. org dah tak nak umngok sbb pertahankan penyamun terbesar didunia..

      Delete
    5. Rugi dan lesap berbeza. 32 billion rugi. 2.6billion lesap masuk akaun peribadi, bayar billion lesap ke syarikat palsu, bayar lagi sekali, kira hangus duit tu. Bagi pinjam, duit lesap, tinggal unit, unit lesap pasal bank tutup. Beli logi, harga mahal, jual murah, lesap bukan rugi. Dapat tanah harga murah, jual tanah harga mahal, lesap bayar hutang bukan rugi.
      Jadi harap macai bezakan rugi dan hilang. Forex ada yang bertanggungjawab. 1mdb hilang lesap orang yang bertanggungjawab.

      Delete
  15. anon 529. terima sahajalah kenyataan bahawa kerugian urus niaga (judi?) forex adalah sesuatu yang AMAT TERUK kepada ekonomi dan kewangan negara suatu masa dahulu. kalau dah rugi, mengaku sahajalah rugi, tak perlu nak kaitkan dengan 1mdb rugi. dimana ruginya 1mdb? hutang berbayar, cukai berbayar. janganlah gunakan taktik "kalau kau boleh berak tengah jalan, akupun boleh". akuilah kesilapan pemimpin sanjungan kau tu, bukan sokong membabi buta, buat salahpun dianggap betul. kalau kau rasa pm 22 tahun itu bijaksana, kenapa terlalu naif dengan potensi rugi berbilion duit negara dengan bermain forex?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berniaga mesti ada untung rugi, amik perumpamaan sebuah syarikat yg mengalami kerugian, tapi akhirnya berjaya dipulihkan dan sekaligus bersaing diperingkat global. Sepanjang mengalami kerugian, kebajikan pekerja tak terjejas, gaji x dipotong, bonus seperti biasa dan semua peruntukan x terjejas. CEO baru masuk berniaga, company rugi, gaji dipotong, elaun dipotong dan juga didapati duit syarikat masuk akaun peribadi CEO. Andai CEO lama ingin masuk dan memperbetulkan keadaan, apakah pekerja syarikat bersetuju atau membantah? Kalau pekerja yg waras sudah tentu akan bersetuju kecualilah pekerja yg mengalami masaalh mental atau yg betul betul bodoh yg tidak bersetuju! Get it?

      Delete
    2. Tuan itu untung rugi berniaga Tuan..... Rugi2 pun biasanya masih ada aset.... untuk beroperasi.... itupun sekadar rugi... bukan bankrap.... sebab kalau bankrap... sehelai kertas pun tak boleh bawak keluar untuk jual hokeyyyy.... ni kes forex.... memperjudikan aset negara... duit rakyat.... dalam bentuk matawang.... persoalannya... forex adalah biasa bagi syarikat kewangan... itupun pada jumlah yg terhad agar tidak timbul masalah kerugian.... ni bank pusat saudara... sehingga diberi teguran kalauoun bukan amaran... dan apa yang berlaku adalah bukan kerugian semata2... malah bankrap terus.... jadi Tuan... tang mana nak kagakan kerugian BNM tu sama macam berniaga.... org berniaga tak labur semua duit.... yang ni sampai kering dikerjakannya.... sudah2lah nak menipu orang ramai bro... buang ketayap tu...

      Delete
    3. Kering? Wak..wak! Ada ker dlm finding rci tu kata sampai kering? Kalau ada tlg attach kat sini nak tengok...x ada kata bangkrap pun, ada ke rci finding kata bangkrap! Sudah sudahla menabur fitnah tu wak! X baik! Nanti mengembek macam beruk! Eh sori unta! Eh sori sori kambing!

      Delete
    4. Jadi malaysia dah bangkrap le waktu tu en suharli..sampai dah kering. teruk kan? tapi org2 yang hidup pada zaman tu terjejas ke? rasanya pada waktu tu, subsidi diberikan seperti biasa, tiada pengurangan biasiswa, projek2 pembangunan berjalan seperti biasa, banyak pelabur masuk melabur, peruntukan kewangan kepada kementerian2 diberikan sama seperti yang dibentangkan dalam belanjawan. sekarang?

      Delete
    5. Dahlah... susah cakap ngan korang neh.... tapi bagus gak kalau pakai cakap kidang ni.... so ... terua terang aku nak tanya berdasarkan dapatan korang .... tang mana 1MDB rugi?... tang mNa berpuluh bilkion duit rakyat di curi?... cakap tak serupa bikin kan?....

      Delete
    6. John Doe... anon 9:35.... saya kata kering.... bukan kering kontang.... bacalah hati2 dapatan oleh RCI tentang kedusukan BNM ketika itu..... berapa banyak yang hilang sehingga hampir di istilah muflis kalau bukan kerana pindahan saham milik kerajaan. Kalau nak cerita yg lain bangak lagi hasil usaha tun yg merugikan sehingga kena bail out... merugikan... yg akhirnya terpaksa guna duit petronas...kwsp dan memacam lagi.... Ambil satu contoh dewasa ini... 1MDB kena bail out tak?....

      Delete
    7. Maaf... tulisan ini bukan untuk john doe..... maksud saya MACY tp untuk ingatan john doe gak....

      Delete
  16. Dalam isu BNM forex ni satu je rumusannya..

    Atok tua 92 ni dgn sengaja dn sedar (bukan "tak tahu" ye) menipu seluruh Rakyat Malaysia diketika itu utk mengekalkn jawatan PM nya..

    Atok tua 92 ni dh hilang kelayakkn dn kreadibiliti sebagai Perdana Menteri ketika itu..

    -NAFIKAN DENGAN FAKTA-

    ReplyDelete
  17. Saya setuju negara kerugian besar dalam urusniaga forex BNM.

    ReplyDelete
  18. Hehehe

    Di tujukkn kepada Atok Tua 92 sebenarnya posting KD ni..

    U CAN RUN BUT U CANNOT HIDE

    ReplyDelete
    Replies
    1. BNM forex RUGI tetapi bukan MEROMPAK MENYAMUN DAN BERBOHONG (merata rata plak tu) seperti skandal 1MDB.

      perbezaan BESAR diantara kedua dua kes ini.

      Delete
    2. Bnm forex rugi atau hilang, negara lain pun rugi/hilang juga kerana mereka turut bermain matawang mereka, tiada kawalan atau regulation antarabangsa berhubung pelaburan matawang forex.

      TSNMY sudah mengaku bertangunggjawab, Negara dan rakyat tidak pula dibebankan dengan bnm forex ini.

      Skandal 1MDB pula, wang rakyat dirompak disamun dan pembohongan dilakukan oleh najib untuk menutup kesalahan jenayah dilakukan. Aset dan harta negara milik rakyat seperti KWAP, Tabung haji,IPP, tanah TRX, TUDM digunakan, dijual sesuka hati untuk menutup hutang 1MDB.

      Hari ini rakyat dibebankan dengan kos saraan hidup yg amat menggila tinggi, dianaya, dizalimi oleh najib, malahan sudah ada yg membunuh diri.

      Dimanakah faktor "wow" dan "feel good" yg dicanangkan oleh najib dan pencacainya?

      Delete
    3. Anon 6:51, 7:10

      Bagi la fakta kalau 1MDB itu satu skandal dan wangnya disamun. Jangan sembang kosong saja.

      Delete
    4. 8.01, fakta? salah satu fakta, hari ini 1mdb berhutang lebih 50 billion.

      Siapa perlu menanggung hutang ini? Najib atau rakyat?

      Delete
    5. 8.01
      1 lagi fakta ialah laporan PAC di OSA kan. kalau tak de pe2, knp nak disembunyikan dari rakyat.

      1 lagi fakta, tuan tolong post kat sini laporan audit tahunan 1mdb yang telah disahkan oleh firma audit? ada ke? kalau company tak de masalah pe2, kenapa laporan audit syarikat tak siap2? Kenapa syarikat yang mengaudit, menarik diri?

      Delete
    6. Berapa banyak fakta nak beri? Dah lebih 10 fakta diberi diseluruh dunia termasuk malaysia. Nampak sangat la buta lagi tuli. Mungkin baru dapat a9 kot.

      Delete
    7. Semua hutang-hutang jangka pendek dan pinjaman-pinjaman bank 1MDB telah selesai dibayar. Kini ada 1 pembayaran balik wang IPIC yang diberikan kepada 1MDB pada Jun 2015 susulan pembatalan pertukaran aset-liabiliti berjumlah RM5.04 bilion (USD1.20 bilion). Pembayaran dipersetujui sebanyak 2 kali iaitu RM2.52 bilion (USD0.60 bilion) pada 31 Julai 2017 yang telah dilunaskan pada 31 Ogos 2017 dan separuh lagi pada 31 Disember 2017; dan 4 hutang jangka panjang yang kena dibayar pada tahun 2022, 2023, 2024 dan 2039 berjumlah RM34.7 bilion yang telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB dengan lebihan tunai sebanyak RM3.0 bilion.

      Tetapi dengan perkembangan terbaru di mana ada syarikat yang tersenarai dalam ‘Global Fortune 500 companies’ yang berminat untuk menjadi rakan kongsi 1MDB dalam pembangunan Bandar Malaysia dengan nilai dana sebanyak RM44.1 bilion, pastinya 1MDB akan mempunyai lebihan tunai yang lebih tinggi setelah ditolak hutang-hutang jangka panjang tersebut.

      Hutang 1MDB bukan lagi lebih RM50.00 bilion seperti yang diwar-warkan oleh tuan macai, bukan lagi RM42 bilion tetapi RM37.22 bilion yang dipadankan dengan aset-aset bernilai tinggi 1MDB dan RM44.1 bilion.

      Tak siuman orang yang mengatakan 1MDB rugi. Kalau BNM Forex, memang benar-benar rugi dengan kerugian bernilai RM34.5 bilion pada tahun 1994 yang kini nilainya lebih kurang RM96.0 bilion jika dikira simpanan tetap dengan kadar faedah 5%.

      Kesimpulannya DS Najib dengan 1MDB menguntungkan; tuan macai dengan BNM forex merugikan bahkan hampir menjerumuskan negara dalam kancah kebankrapan.

      Delete
    8. Bila kita membeli saham amanah daripada sebuah bank dan transaksi itu telah diterima oleh bank tersebut melalui cetakan deposit di buku pelaburan atau penyata, dana tersebut dan cara pengurusannya adalah tanggungjawab bank sepenuhnya. Apa yang kita tahu, di akhir tahun wang tersebut bertambah jumlahnya dengan keuntungan dividen.

      Begitu juga pelaburan 1MDB dalam BSI Bank sebanyak USD1.56 bilion. Jika berlaku pecah amanah atau penyelewangan dengan dana BSI Bank di cawangan Singapura misalnya, itu adalah masalah dalaman BSI Bank. Samada pihak berkuasa Singapura nak menutup bank tersebut ke atau memenjarakan pegawai Bank BSI itu adalah hak mutlak Singapura. Tiada kaitan langsung dengan DS Najib dan 1MDB.

      Begitu juga buat apa AG Apandi nak bersusah payah bekerjasama dengan AG Swiss untuk kes yang tiada kena mengena dengan Malaysia, 1MDB dan DS Najib. Tiada beban, batu digalas buat buang beras sahaja.

      Buktinya semua pengaduan-pengaduan yang tuan macai dan macai-macai adukan di Amerika, England, Switzerland, Singapura, Hong Kong dll tidak ada langsung dapat mengaitkan DS Najib dan 1MDB. Kalau ada di antara negara-negara tersebut mengeluarkan waran tangkap kepada DS Najib, sila kongsikan maklumat itu.

      Delete
    9. 5 wakil pembangkang dalam PAC telah mendapat akses sepenuhnya kepada laporan audit dan laporan PAC. Mereka pastinya telah membaca setiap patah perkataan dalam setiap laporan tersebut dan pastinya telah mengetahui segala butiran-butirannya secara terperinci. Maka laporan-laporan tersebut secara tidak langsung telah menjadi rahsia umum.

      Jadi apa masalahnya? Bukankah 5 wakil pembangkang yang dipilih itu lebih cerdik dan bijak daripada macai-macai sekalian.

      Delete
    10. Alhamdulillah tuan2 anon si atas.... kebenaran inilah yg langsung tak di nilai oleh pendokong TUN.... mereka tetap nak agungkan TUN.... sampai tak dapat nak bezakan antara pelaburan strategik dengan strategi perjudian.syabas anon 11.50 hingga 12.18
      Mulut pendedak basi bertambah busuk dengan ungkapan rompak... curi... rasuah ajer..... perai2 fitnah.

      Delete
  19. Walaupun setuju dengan kerugian forex BNM ianya bukan berunsur rasuah sebaliknya ada justifikasi,

    Tetapi 2.6b dalam acc seseorg pm mana negara pun x boleh justify

    Yang pro umno nk senyum sangat bila pembangkang setuju dengan kerugian forex tu nape?

    Takat megah menang hujah forex tapi masih pertahan fakta 2.6b ape hal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau benar-benar ingin membuktikan daripada mana puncanya RM2.6 bilion yang masuk ke akaun DS Najib yang beliau telah nyatakan daripada Raja Arab bukannya 1MDB, buatlah kajian secara menyeluruh tentang 1MDB. Bukannya maklumat-maklumat yang terpilih untuk mengelirukan orang ramai.

      1MDB menegaskan ia tiada kehilangan wang, tetapi IPIC ada; dan penyelewangan wang di BSI Bank bukannya ada kena dengan 1MDB.

      Jadi macai, jangan dok nak sembang kosong la. Buat la pengaduan di Amerika, England, Switzerland dan Singapura lagi supaya DS Najib ditangkap, didakwa dan dipenjara kalau benar-benar ada bukti la.

      Delete
  20. Anon 6:51

    Kalau aku kata kerugian forex adalah disebabkn adanya unsur kecurian yg dilakukan.. Kau percaya tak?
    Tentu kau akan menyalak menafikannya kan?

    Sama la jugak dgn ape yg kau tuduh menyamun.. Merompak dn berbohong dlm skandal 1mdb tu.. Takde bukti pun la hanjing..

    Court mane yg dh buktikn NAJIB bersalah?? Cuma kt COURT KANDANG MUGHALAZAH je kot yg bersidang hari hari selama lebih 3 tahun..

    Siasat ape yg tak habis habis ni?
    Bodoh dn bebal la penyiasat cerita kartun kau ni..

    Hehehe...

    ReplyDelete
  21. Kita kena setuju BNM rugi amaun yang besar (belum dirumuskan oleh rci) dalam urusniaga forex dan pihak yang terlibat sudahpun dikenakan tindakan.

    Kita juga kena setuju 1MDB membawa risiko yang sama besar disamping isu 2.6B yang masuk ke akaun peribadi Najib.
    Kita kena bersetuju rci perlu diujudkan untuk 1MDB jika kita benar rasional untuk mencari jawapan dan adil pada semua.

    Kita tidak mahu RCI 1MDB ditubuhkan 5 tahun lagi, sudah terlewat seperti kesilapan dalam kelewatan menubuhkan rci forex.

    Kenapa kita tidak bersetuju rci 1mdb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah kerugian 1MDB lebih besar daripada BNM forex yang satu ketika hadnya mencapai RM700 bilion? Adakah 1MDB boleh membankrapan negara berbanding BNM forex?

      Pada permulaannya 1MDB ada RM51 bilion aset berbanding RM42 bilion hutang, kini hutang-hutang jangka pendek dan pinjaman-pinjaman bank telah selesai dibayar. Ada berbaki pemulangan wang IPIC sebanyak RM2.52 bilion pada 31 Disember 2017 dan 4 hutang jangka panjang berjumlah RM34.7 bilion yang perlu dibayar pada 2022, 2023, 2024 dan 2039 tetapi itu telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB yang bernilai tinggi berserta lebihan tunai RM3.0 bilion.

      Kalau termeterai perjanjian dengan rakan kongsi untuk Bandar Malaysia dengan dana RM44.1 bilion, 1MDB akan mendapat lebihan dana/tunai.

      Bukankah 1MDB menguntungkan? Dan dah tentu-tentunya BNM forex rugi yang berkali-kali ganda banyaknya seperti yang dinyatakan dalam RCI iaitu sebanyak RM34.5 bilion pada 1994.

      Perbandingan di antara 1MDB dan BNM Forex seperti berikut.

      1MDB:

      1. Menaja biasiswa untuk beribu-ribu pelajar.

      2. Menaja beribu-ribu jemaah haji.

      3. Menghentikan PPA yang pertama yang menyebabkan anggaran kerugian RM100 bilion.

      4. Menyekat PPA kedua yang berasaskan PPA pertama yang boleh menyebabkan anggaran kerugian sebanyak RM200 bilion untuk tempoh 20 tahun berikutnya.

      5. Membiayai sepenuhnya pembangunan dan menaiktaraf 8 buah kem tentera termasuk 750 ekar pengkalan tentera udara Sendayan.

      6. Dll.

      BNM Forex:

      1. Memberikan rakyat kerugian RM34.5 bilion pada 1994.

      2. Memperjudikan negara sehingga hampir terjerumus ke kancah kebankrapan.

      Delete
    2. Aku menyokong sepenuhnya RCI untuk 1MDB sepertimana RCI untuk BNM Forex yang diperjuangkan dan diusulkan oleh Lim Kit Siang dan DS Anwar.

      Tetapi pihak yang menuduh yang dikatakan mempunyai bukti-bukti yang nyata dan kukuhlah yang mesti mengusulkan penubuhan RCI tersebut.

      Bukannya berdasarkan maklumat-maklumat terpilih berdasarkan laporan-laporan pihak-pihak tertentu yang tiada asas kesahihannya.

      Delete
  22. Anon 7:13, kecurian dan kerugian perkara yang berbeza.
    Kalau itu pun tak boleh faham susah le nak berbahas.

    Forex BNM sudah ada kertas putih dan RCI, ada ke finding kerugian forex disebabkan kecurian.
    Kangan memandai..

    1MDB belum ada kertas putih dan RCI, sebab itu ada persepsi yang mungkin betul mungkin tidak..
    So, kenapa tidak setuju RCI 1mdb?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa sebenarnya yang memberi takrifan kecurian tersebut. Bukankah hanya tuan macai dan macai-macainya.

      Apa bukti yang mengesahkan 1MDB kecurian wang? Semua pengaduan di Amerika, England, Switzerland, Singapura, Hong Kong dll tidak ada satu pun yang mengaitkan bahawa 1MDB kecurian wang. Macai-macai boleh mencuba lagi untuk buat pengaduan-pengaduan di luar negara termasuk saman sivil DoJ di Amerika, mungkin boleh upah Loretta dan Sandra lagi untuk itu.

      Adakah 1MDB kecurian wang? Tidak. Yang hilang duit adalah IPIC dan BSI Bank.

      Adakah 1MDB rugi? Tidak, malah menguntungkan.

      Adakah BNM Forex rugi? Ya dan hampir membankrapkan negara ini.

      Delete
  23. Kecurian tu dah ada bukti ke atau belom..? DOJ FBI kenapa x tangkap .... lembam ssgt buat kerja... Swiss Bank.. Spork Bank...bila nak saman.?

    ReplyDelete
  24. "Kalau aku kata kerugian forex adalah disebabkn adanya unsur kecurian yg dilakukan.. Kau percaya tak?"

    Abis tu ko nak paksa kami percaya ker? TSNMY dah mengaku dan bertanggungjawab ko nak apa lagi?

    "Sama la jugak dgn ape yg kau tuduh menyamun.. Merompak dn berbohong dlm skandal 1mdb tu.. "

    Ko pergi lah baca pendakwaan pertuduhan DOJ tu, tu pasal ada pakcik google macai oiii!!!

    "Court mane yg dh buktikn NAJIB bersalah??"

    Terang dan jelas, pendakwaan dan pertuduhan DOJ merujuk MO1 adalah najib, Rahman Dahlan sudah mengesahkan.

    Kenapa tiada tindakan terhadap najib?

    Sebab beliau adalah Perdana Menteri, mempunyai KUASA, ghani patail diberhentikan, dibuang kerja, TSMY juga diberhentikan, siapa berani nak tangkap najib?

    Diluar negara DOJ tiada kuasa menangkap najib kerana immuniti kekebalan beliau sebagai Perdana Menteri, macai; ada tak mereka yg semasa memegang jawatan perdana menteri, ditangkap oleh DOJ di dunia ni?

    Ada tak? Beri satu nama macai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamak kuty iskundur suda ckp... DoJ dan FBI akan tangkap... madeyyyy nnti jawab TAK TAHU punya.... pepatah orang dolu ckp.. lu jumpa mamak.. lu jumps ular... mana satu kena bunuh dulu..? Bole jawab.?

      Delete
    2. Anon 7:34 dn KD 7:26

      Hehehe..

      Anda cuba tunjuk pandai tp sekadar memandai mandai tunjuk bodoh..

      TSNMY mengaku je dh bermakna tutup cerita?

      Baca tuduhan dn belum didakwa dh terbukti bersalah ke wahai PELIHARAAN DAPig's?

      DOJ menamakan MO1 atau NAJIB ?
      Kau percaya ke semua cakap Rahman Dahlan?

      DOJ yg tuduh.. Kenapa tak dakwa dakwa lg sampai sekarang? Aku pun tunggu ni utk mendapatkn kebenaran?
      Kalau percaya dgn DOJ tu.. Tunggulah pendakwaannya.. Bukan jd menggelupur dn telah noktahkn kesalahan mutlak.. Tak semua org punyai keadilan cara Pakatan Hanjing la macai oiii..

      Sekarang ni baru kau tersedar ke? Kenapa selama bertahun Puak Puak Hanjing kau menyalak setia yg NAJIB akan ditangkap jika ke US? Bila tak ditangkap dn nmpak korang kantoi menipu.. Baru nk spin isu immunities kekebalan? Sebelum ni korang bebal ke tak tau tentang imuniti ni?

      Yg saolan last tu sepatutnya kau tanya diri kau sendiri tiga tahun lepas la bebal sewaktu fitnah NAJIB akan ditangkap klau ke US tu?

      Kau tunjuk bodoh lg..




      .

      Delete
    3. "Mamak kuty iskundur suda ckp... DoJ dan FBI akan tangkap..."

      Benar seperi dikata oleh macai,akan ditangkap, sabor2 takkan lari gunung dikejar, dengan macai2 kami akan sumbat ke dalam.

      "mana satu kena bunuh dulu..?"

      Sampai macam ni ko nak bunuh mamak, mamak mana yg ko nak bunuh dulu macai?

      Delete
    4. KD yg budiman..

      Saolan ni khas utk kau..

      Kau kata kecurian dn kerugian adalah dua perkara yg berbeza bro.. Aku setuju pandangan kau tp itu pandangan separuh masak dn kurang bijak la bro..

      Persaolan aku..

      Setiap yg rugi dlm sesuatu perjudian itu mesti ada pihak yg untungkn??

      Bagaimana jika perjudian Forex tu sengaja dirugikn utk memberi keuntungan kepada sekutunya???

      Yg rugi Negara Malaysia tp mungkin yg untung tu cuma 3-4 orang je Rakyat Malaysia.. Kita perlu tau dn siasat perkara ni?

      Jawap jika inginkn kebenaran???

      Tunjuk bijak bro..

      .

      Delete
    5. "Kau percaya ke semua cakap rahman dahlan"

      Statement kau tu menunjukkan bahawa percakapan rahman dahlan tidak semuanya boleh dipercayai.

      Kalau cakap rahman dahlan tidak semua bole dipercayai, begitu juga dgn cakap najib, tambahan lagi beliau pernah dikantoi menipu bila pertama kali diasak tentang duit dalam akaunnya!


      Game over......

      Delete
    6. "Baca tuduhan dn belum didakwa dh terbukti bersalah.."

      Apa tuduhannya?

      "Kau percaya ke semua cakap Rahman Dahlan?"

      Abis tu rahman dahlan tu sape? Bukan macai najib ke?

      "DOJ yg tuduh.. Kenapa tak dakwa dakwa lg sampai sekarang? Aku pun tunggu ni utk mendapatkn kebenaran?"

      Tuduhan sudah dilaksanakan, rampasan aset milik 1mdb sedang berjalan dan dakwaan terhadap najib sudah pasti dilaksanakan, apabila najib sudah tiada lagi imuniti kekebalan, riza aziz, anak tiri najib sudahpun bekerjasama dengan DOJ...tak kan lari gunung dikejar.

      Sekarang ni baru kau tersedar ke? Kenapa selama bertahun Puak Puak Hanjing kau menyalak setia yg NAJIB akan ditangkap jika ke US?

      Sudah pasti ada penhujungnya, Najib pasti ditangkap dan tidak boleh lari dari dakwaan dilontarkan,masa terdekat atau lama, sama2 kita berjuang menegak keadilan untuk rakyat.


      Delete
    7. "Bagaimana jika perjudian Forex tu sengaja dirugikn utk memberi keuntungan kepada sekutunya???"

      Jika memberi keuntungan, akaun peribadi siapa mempunyai keuntungan ini?

      Najib sudah disahkan mempunyai 2.6 billion dalam akaun peribadinya. Ghani patail ingin memulakan pertuduhan terhadap najib, tetapi semua rakyat dah tahu kesan dan akibat tindakan yg cuba diambil oleh ghani patail. 

      Delete
    8. Bawak bersabo Jing..

      Hehehe..

      Jgn mendahului rumusan RCI FOREX..

      Jgn menggelupur tak tentu arah sekarang ni..

      Hehehe.. Kesian Puak Puak Pakatan Hanjing ni.. Makin kuat meroyannya sejak NAJIB tak ditangkap US.. Malah diraikn pulak.. Terpaksalh Macai PELIHARAAN TUAN DAPig's ni spin isu imuniti diplomasi pulak.. Hehehe.. Apa agaknya spin Pakatan Hanjing ni pulak selepas rumusan dn cadangan RCI FOREX ...

      Delete
    9. "Jgn mendahului rumusan RCI FOREX.."

      Camni macai, segala tuduhan dan tanggapan ko akan dikira dan diadili di mahkamah dunia dan akhirat.

      Ko perlu bersedia bermula dihari ko diberi habuan oleh najib.

      Sabar bukan kah sebahagian dari iman?

      Delete
    10. Imuniti diplomasi bukan spin tapi fakta! Dah x boleh nak balas hujah, mulalah mencaci maki! Tuii kat muka manjing talibarut yahudi tiga kali!

      Delete
    11. Jing 9:27 berhujah utk meriang riakn TUAN EVENGELIS DAPig's..

      Memang la imuniti diplomasi tu satu fakta tp persoalannya mana fakta ni menghilang selama tuduhan dn fitnah NAJIB akan ditangkap klau ke US??

      Baru sekarang tersedar ke yg diri tu diperbodohkn selama 3 tahun..

      Klau NAJIB tak pergi US.. Rasa rasanya fakta imunity ni tak akan diputar putar.. Tentu akn bertambah hebat lg macai fitnah yg NAJIB takut utk ke US..

      Hehehe.. Kau bebal la Jing.. Tu sebab la setiap kali selepas PRU kau akan dikerah menyalak di jalanan pulak utk 5 tahun lg.. Setiap kali PRU Jing.. Kau pandai ke?

      Delete
    12. Jing 9:41 berhujah tunjuk bodoh lg.

      Jing.. Ape yg kau hujah tu tentang padang ke.. Pengadil ke atau games rules tu sebenarnya adalah kebejatan Atok Tua 92 semasa ditampuk kuasa..

      Jawapannya simple je..

      Akta ISA...


      .

      Delete
    13. Kau tu yg baru keluar dari gua ternakan manjing! Aku sebelum apa apa dah post kat blog budin bagi tau pasal diplomatic immunity! Kalau nak jadi bodoh tu buat senyap senyap, nanti org gelakkan kau tujuh keturunan.oppppps aku lupa! Manjing mmg x ada akal, dah upgrade ke manjing yahudi pun sama gak tahap bodohnya!

      Delete
    14. "mana fakta ni menghilang selama tuduhan dn fitnah NAJIB akan ditangkap klau ke US??"

      Pencerahan sudah diberi diatas, macai bertanya berulang kali, bukan tak faham tetapi habuan harami diberi oleh ketua penyamun menyelubungi akal fikiran nya.

      Inilah perbezaan diantara mereka yg berjuang demi kebenaran agama dan hak rakyat, manakala macai najib bersumberkan habuan pendapatan harami bekerja siang malam demi mempertahankan kemungkaran.

      Delete
    15. Manjing 956, sah la kau manjing yg x skolah! Ke blum dpt kepala taik jho lo lagi! Apa yg kau merapu manjing kurap yahudi yg kena jangkitan hiv! Hah! Aku cerita psl rci forex la ! Semuanya korang yg set, tpi x puas hati lgi! Yg kau melalut psal ISA tu nape! Supply kepala taik jho blo job dah abis ke? Ke ari dorang tipu bagi kepla taik said keruak? Tengok! Kepala taik pun dorang sebat, bgi yg x pure nyer. Dumbno at its best!

      Delete
    16. Hehehe..

      Puak Pakatan Hanjing dh sentap!!!

      Kuikuikui..

      Menjelaskn imuniti diplomasi selepas NAJIB diraikn di US.. BUKAN SEBELUM ITU !!!...

      SELAMA 3 TAHUN PAKATAN HANJING NI MENJAJA FITNAH NAJIB AKAN DITANGKAP JIKA KE US..

      Ape dh jd JING ???
      Si bebal je yg akan terus kempunan ke Putra Jaya dgn senjata FITNAH..

      Bertahun tahun hidup dlm kebebalan dn penafian... Ish ish ish.. Kesian.......

      Delete
    17. 12.09

      "Bertahun tahun hidup dlm kebebalan dn penafian... Ish ish ish.. Kesian......."

      Ko terasa ke?

      Disebabkan habuan haram, buat jugalah kerja haram kan3?

      Delete
  25. FOREX ADA UNSUR KERUGIAN DAN KECURIAN... BILA DAH RUGI CMNER NAK CURI..TIME RUGI DUIT RAKYAT BSYAR... BILA TIME UNTUNG BILLION FOREX WANG TU PERGI MANA... ADA KUTU SUDAH CURI DAN REMBAT..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huruf besar ni mcm marah jer ni! Tapi pertanyaan tu bukan utk kita kat sini jawab. Rasanya rci x jumpa pun bukti unsur kecurian dlm forex! Kalau nak melentung pun biarlah berfakta! Psssst! Ada org cakap kau b*****

      Delete
    2. Time untung tu wang forrx pergi.mana... ada org curi... ada orang rembat...atau suda bagi sama rata.. masuk account sapa..bila rugi suma cakap TAK TAHU...?

      Delete
    3. Eh eh ditanya kita lagi..apa kena ngan mamat ni? Apa tujuan rci diadakan? Utk mencari kebenaran, btul x. Stakat ni apa yg ditemui seperti mana kita semua tahu. Soalan yg kau tanya tu bukan menjadi isu sbb ianya bukan isu siapa rembat duit siapa sepertimana 1mdb!, ianya isu samada kecuaian siapa yg menyebabkan kerugian.tula...kecik kecik dulu ponteng skolah, dah besar jadi lembu!

      Delete
    4. Kecuaian... kerembatan... kerugian.. keuntungan... suma satu kali kasi jalan.... kalau suma hantam TAK TAHU sampai bila mau selesei.....

      Delete
    5. Tak tahu dan bertanggungjawab dua perkataan berbeza.

      Delete
    6. Selama 7-8 tahun kerugian forex berlaku tp masih mengaku "Tak Tahu"?????

      Dia buat ape selama tu???

      Owh.. Kita bersangka baik je la..

      Mungkin dia sedang memikirkn bgaimana nk kayakn family dn anak beranak dia kot..

      Mungkin dia tengah fikir cmne nk bangkrapkn Perwaja.. Company dn GLL lain kot..

      Mungkin dia tengah fikir strategi cmne nk bailout dgn sengaja merugikn semua Company tu..


      Hehehe.. Pelik bin ajaib..
      7-8 tahun tp masih tak tahu?

      Delete
    7. Ini 2 in 1 la bodosss... bila tak bertanggungjawab ini mamak kata tak tahu... bila tak tahu dia tak akan bertanggungjawab... mcm cucu mamak jugak klu lesbian dia bertamggungjawab angkat 'plir'kad sokong lesbian... tak kan dia mau angkay plakad SAYA SOKONG HUDUD....

      hihihi dalam tu...

      Delete
    8. Maksud "Tak tahu" jawapan Tun adalah, apabila diberi kuasa dan mandat, maka mereka yg menguruskan BNM perlu bertanggungjawab terhadap segala gerak kerja pelaburan forex BNM.

      Tiada sebarang regulation atau kawalan terhadap pelaburan forex bnm, maka pelaburan ini mempunyai risiko rugi dan boleh membawa untung.

      Rumusan keseluruhan pelaburan forex BNM ini, disahkan juga diaudit adalah membawa keuntungan kepada negara.

      1mdb ada audit dan disahkan tak?

      Delete
    9. Padang padang sendiri, pengadil dia yg lantik dan game rules pun dorang yg set kan! Last last skali gol post pulak nak dialihkan! Kalau dah rasa nak kalah tu cari benda lain la pulak! X payah nak menyalak melolong x puas hati macam budak x bersunat!

      Delete
    10. Semasa tahun 2011-2012 pentadbiran najib, lebih 200 billion "reserve" atau simpanan negara malaysia telah hilang dan lesap.

      Ianya disahkan oleh jabatan audit negara, kenapa Perkara ini boleh berlaku?

      Delete
    11. 7.36
      air liur lagi. kalau dah rembat, sertakan le bukti. dah le mulut berbau dedak. cai2 MO1 ni tahu cakap je. itu le, ini le. org nak tgk bukti. siapa yang rembat? rembat mcm mana? kasi kat siapa? org nak tahu. cakap biar le berfakta

      Delete
    12. Akta Bank Negara tidak dibrnarkan untuk Forex Trading apa lagi judi forex... baca Akta Bank Negara ....

      Delete
    13. Akta bnm tak benarkan forex trading? Ada link tak? Tahun berapakah ianya di aktakan?

      Mohon link ada tak?

      Delete
  26. Kalau berbahas setakat nak menang, fakta atas pandangan sendiri..

    Aku bagi je kau menang..

    ReplyDelete
  27. Menang sorak kampung tergadai,
    Menang forex 1mdb tergadai,
    Belajarlah wahai rakyat msia sedikit pandai,
    Supaya negara tidak ditimpa badai

    Nastaghfirullah

    ReplyDelete

  28. Hari ni takda apa-apa pengumuman nak dibuat.
    Kena tunggu Najib buat kenyataan, nak adakan PC tergempar dulu. Kan Anuar Musa ckp ada banyak buaya nak lompat ke Tong tahi. Atau, nak umumkan si SUHARLI MASROP nak bertobat sebab hampir mati tercekik dadak/h.
    Namun, saya berharap, lepas Nor Yaacop letak semua jawatan, kita takkan dikejutkan dengan berita gempar, mayatnya ditemui dalam tong dram simin atau ditembak oleh orang-orang yang tak dikenali atau hilang tanpa berita macam Altuntya, rupa-rupanya sudah diC4kan.

    Nauzubillah......semoga beliau sentiasa dalam perindungan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku harap rancangan lawak mega terbitan perdana menteri x ada ari ni! Perut cramp x abis lagi dgn lawak dorang ari tu!

      Delete
    2. Aktif itu macai menunggu pengumuman cik minah, pasif pula pengumuman najib najib dah berteloq.

      Samalah juga dengan cikgu suruh anak murid bawa kertas a4 sekeping sorang.

      Delete
    3. Bapa budak yang cikgu suruh bawa kertas A4 sekeping tu dah jadi gila disebabkan perkara tersebut.

      Perkhabaran terkini bapa budak tu sekarang sedang dirawat di hospital mental Tanjong Rambutan.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...