Friday, January 26, 2018

CARILAH TEMPAT BERKECUALI UNTUK TIGA PENJURU MAUT.....


Hadi - Tun - Najib

Muhyiddin - Zahid - Tuan Ibrahim

Mukhriz - Hishamuddin - Nik Amar

Jika dikawasan majoriti Melayu - sudah tentu Hadi, Tuan Ibrahim dan Nik Amar akan menang mudah dan dengan tiga kerusi ini dapatlah mereka membentuk kerajaan baru..

Ko guano !






Servis Komuniti: Beriklan di sini secara percuma - sila emilkan ke dotmaikay@gmail.com


35 comments:

  1. Mana mungkin membina Malaysia "Baru" dengan mengambil orang "Lama" sebagai PM. Majoriti rakyat Malaysia sekarang pun terdiri dari generasi X dan Y, bukan lagi generasi dapur kayu dapur arang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa rasanya kenyataan ini tak berapa nak kena dengan fakta bahawa generasi Y dan X pun begitu ramai yang menyokong 'orang lama' ni sbg next PM ya?

      Malahan duta-duta negara Eropah pun mahu bertemu dengannya untuk mendengar polisi-polisinya apabila menjadi PM kelak sedang kaki spin mula menuduh ia mahu menghasut duta-duta ini supaya menghasut pula pemerintah dan komuniti perniagaan di negara mereka masing-masing agar tidak membeli minyak sawit, dan orang-orang yang lemah akal akan percaya terus kepada tuduhan kelakar ini.

      Bekas PM sebagai bakal PM. Bunyinya pun sudah luarbiasa, tapi di zaman Najib di mana pak Arab dogol sanggup menderma berbilion-bilion ke akaun peribadi dan tanah Felda boleh hilang seperti biskut Chipsmore dan 1001 keanehan lagi maka tiada lagi apa-apa yang luar biasa.

      Delete
    2. Jondo, generasi yg awak maksudkan itulah yg sekarang ini pakat2 kempen undi kasi rosak. Mereka awalnya memang nak ubah kerajaan kerana kesal dgn najib, tapi mereka lebih kecewa kerana tun mahathir akan diangkat menjadi pemimpin jika najib tewas. Oh tidak! Zaman autokratik sudah berlalu. Zaman memali biarlah menjadi sejarah, zaman bailout biarlah berlalu dan mereka tidak mampu hidup dalam kongkongan isa seperti pemimpin2 terdahulu semasa zaman tun menjadi pm. Fitnah pak arab dogol ke, fitnah derma 2.6 bilion ke tidak memberi impakpun kepada hidup mereka. Tapi stail autokratik dalam demokrasi bukan idaman anak muda. Lebih baik tinggal di korea utara jika perlukan pengalaman dikongkong pemerintah.

      Delete
  2. Hj Hadi cabar sesiapa shj utk lawan dia di Marang
    Najib cabar sesiapa shj utk lawan dia di Pekan
    Dr Mahathir cabar sesiapa shj utk lawan dia di Langkawi.

    Nampaknya PRU 14 ni, semuanya setakat nak jd jaguh kampung je laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakata kesemua mereka bertanding di Putrajaya memandangkan tiada siapa boleh mendakwa Putrajaya adalah kampung mereka. Kawasan ini belum pun melahirkan generasi kedua.

      Oh ya setakat hari ini hanya Tun M yang menyatakan kesediaan untuk bertanding di situ, selain Langkawi yang dekat di hatinya dan Kubang Pasu yang pernah diwakilinya.

      Najib takkan mahu tinggalkan Pekan setelah jumlah pengundi di situ 'berjaya ditingkatkan sekali ganda' olehnya dan setelah kampung-kampung Kemboja baru diwujudkan.

      Hadi Awang pula tidak mahu meninggalkan Marang, tempat di mana wujud masjid yang ia gunakan untuk menabur ketaksuban penduduk kepada dirinya selama ini.

      Maka jaguh kampung adalah Najib dan Hadi. Tun yang mengatakan kesediaan bertanding di Putrajaya sudah tentu bukan jaguh kampung.

      Delete
    2. Hj Hadi cabar sesiapa shj utk lawan dia di Marang
      Najib cabar sesiapa shj utk lawan dia di Pekan
      Dr Mahathir cabar sesiapa shj utk lawan dia di Langkawi.....🤤🤤🤤eeerrrr... chop..chop.... bukan langkawi...errr mana eh....errr.... nantilah tak tau lagi....

      Delete
    3. Da macam budak2 boleh main chop.. chop.fuh tinggi kau standard pak arab ni...

      Delete
    4. Bro MN,

      Kenyataan sdr Suharli di atas tu bukan saja tak betul, malah tak mungkin betul dan amat aneh sekali.

      Tak betul sebab Tun M tidak pernah mencabar sesiapa pun untuk bertanding dengannya di mana-mana pun. Maka 'chop chop' sdr Suharli itu adalah rekasaya dirinya sendiri. Kuat berkhayal rupanya sdr kita ni, patutlah percaya habis ia telah 'menerima hidayah terus secara langsung melalui tali Allah yang ia miliki' tanpa dapat terlintas langsung di fikirannya barangkali 'ilhamnya' itu adalah perdayaan syaitan.

      Tidak betul ialah sebab Tun tidak pernah mencabar sesiapa pun utk bertanding di mana pun. Kecuali pada satu ketika di mana Tun hanya menjawab cabaran H2O agar Tun bertanding di Pekan lawan Najib dan demikian Tun telah menjawab balas bagaimanana kalau H2O sendiri yang melawan Tun di Kedah? Ia bukan cabaran pun melainkan jawab balas kepada satu cabaran ke atasnya.

      Eleeeh, Hisham nak cabar pun gi cabar orang tu bertanding di tempat incumbentnya orang lain, tapi takut utk cabar orang tu bertanding di tempat dirinya sendiri adalah incumbent. Apa punya pencabar daaa dia ni. Buat-buat berani padahal takut.

      Tidak mungkin betul dan aneh adalah disebabkan Tun M bukanlah incumbent di mana-mana kerusi Parlimen pun. Maka kesediaan Tun M untuk bertanding bukanlah satu 'cabaran kepada sesiapa' disebabkan yang dinamakan 'cabaran' itu di dalam konteks yang sedang kita perkatakan (konteks jaguh kampung laaa), dari sudut bahasanya adalah bermaksud satu cabaran yang datang daripada seorang incumbent.

      Oh ya, by the way, Tun M telah mengatakan kesediaannya untuk bertanding di Putrajaya ataupun Langkawi ataupun Kubang Pasu. Boleh sesiapa jelaskan mengapa sehingga hari ini tidak seorang pun di antara 'incumbents' ketiga-tiga kerusi ini yang mahu menjadi hero kepada dua yang lain dan 'mencabar' Tun M agar lupakan yang dua lagi sebaliknya bertanding saja di tempat mereka.

      Sama macam H2O, jawapannya ialah takut ler tew..

      Delete
    5. Bodoh piang.... aku copy balik org cakap pun kau kata aku yg cakap.... tahap dewa benci hang noooo.... meroyan sebab aku tak lagan sorang ostad retarded.

      Delete
    6. Sdr Suharli

      Mereka2 yg kononnya mengaku sebagai pejuang kebenaran diblog ini sebenarnya adalah RBA yg diberi peranan memecah belahkn Melayu.

      Tujuan utamanya adalah supaya pemimpin2 Melayu ini saling membunoh karier politik sesama mereka.

      Ini harus dilakukn utk survival kuasa Tuan Besar DAP menjadi semakin mutlak apabila Melayu ketanduSan Pemimpin yg berwibawa.

      Inilah tugas2 RBA pemakan dedak harami disini.

      Tak Percaya?

      Cuba anda cuit sedikit saja kepentingan Tuan Besar DAP penabur dedak mereka tu. Pasti pemakan2 dedak harami akan bersusah payah karang berkajang2 demi mempertahankn Tuan mereka itu.

      Delete
    7. Oh, sdr Suharli yang mengaku berjuang di atas tali Allah tetapi tidak mahu berhujah balas mahupun membuka gelanggang apa yang ia mahu bincangkan, dan kemudian menuduh saya meroyan dan membenci pula walaupun saya sedang cuba membantunya melihat.

      Tak apalah. Mudah2an ia tetap akan beroleh petunjuk yang sebenar di akhirnya.

      Delete
  3. ADMIN,JAMAL YUNUS MASUK HOSPITAL, MARILAH KITA BERDOA SEMOGA BELIAU CEPAT SEMBUH.

    ReplyDelete
  4. Tajuk bro KD mudah ja iaitu carilah tempat berkecuali untuk 3 penjuru maut.

    Maka jawapan paling mudah ialah Putajaya. Ia satu-satunya kerusi Parlimen di mana para pengundinya tidak ada yang sudah masuk generasi kedua mengundi di situ. Ini baru betul-betul kerusa berkecuali.

    Malah secara simboliknya ia adalah satu-satunya kerusi Parlimen yang membawa maksud kuasa pusat utama.

    Setakat hari ini hanya Tun M saja yang menyatakan kesediaan bertanding di kerusi ini.

    Najib dan Hadi jangan haraplah.

    Siapa jaguh sebenar dan siapa jaguh kampung telah pun jelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agenda RBA melaga lagakn pemimpin Melayu.

      Mungkin dedak harami telah mengKITOLkan diri macai macai yg perasan serba tau dn menyangka2 dirinya maksom tanpa menyedari ia sebenarnya Sekedar Macai.

      Delete
  5. #undirosak
    #kamitakmaumahathir
    #kamitakmauisa

    #janganpaksakami
    #saynototm

    ReplyDelete
  6. 16 Duta dari negara negara EU boleh di iktiraf sebagai mencampuri hal ehwal politik dan hal ehwal domestic Malaysia kerana membuat perjumpaan dg Tun M. Katakan Pakatan Harapan kalah dlm PRU 14 nanti. Tak malukah negara negara tersebut? atau memang dasar muka tak malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ishk ishk, buat perjumpaan dengan seseorang, tanpa membuat sebarang kenyataan bersama pun boleh dikatakan mencampuri urusan dalaman? Ikut protokol mana pulak ni? Sah haru biru dah ni.

      Betul cakap saudara sekiranya PH kalah mereka itu tentu akan malu besar. Habis, mengapa mereka lakukan juga?

      Jawapan yang mudah, sebab mereka sudah amat yakin BN yang akan tumbang dan sebab itulah mereka tak kisah pun membuat pertemuan dengan 'PM on course'.

      Ini dengan sendiri menjawab kata-kata seorang anon bahawa saya kelihatan over confident BN akan tumbang. Kalau saya yang berstatus discreet ini dikatakan over confident, maka bagaimanakah pula duta 16 negara Eropah itu? Mereka pun over confident jugakah? Tidakkah label itu agak keterlaluan bagi negara-negara itu terutamanya 3 negara pentig dunia.

      Selepas ini harap saudara tidak sesak nafas sekiranya (saya tak kata pasti tetapi hanya sekiranya) Presiden Erdogan of Turkey atau Presiden Putin of Russia ataupun delegasi OIC, ataupun NAM ataupun G14 mahupun delegasi ASEAN pula yang memohon untuk bertemu Tun. Kalau golf buddy Jibby yang mahu bertemu Tun pulak camna?

      Biarlah Jibby sorang ja yang sesak nafas.

      Delete
    2. Gang EU yg jumpa MahaKutty semuanya adalah pejuang LGBT!

      Memang bak sodom ni sesuai dengan puak PH MahaKutty

      Delete
  7. Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara tak perlu membuat kenyataan bersama. Tindakan berjumpa dengan tokoh parti pembangkang di negara sendiri pulak tu pun sudah menterjemah maksudnya. Saya bukan jenis nak sesak nafas. Peduli apa saya kalau Tun M jadi PM pun, perjalanan hidup saya sama jugak. Sebagai contoh saya bermastautin di negeri Selangor dah berpuluh tahun, BN perintah dan PKR/DAP perintah sama saja, cuma sekarang pusat karaoke, pusat mengurut lagi banyak, land premium lagi tinggi dan habis gerai penjaja2 Melayu dirobohkan .

    ReplyDelete
  8. Ini blog KD ke blog John Doe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr anon, janganlah marah dan janganlah pula keliru.

      Mesti la ini blog KD. Saya hanya penyokong blogger di kalangan para peserta.

      Cer tengok blog2 lain. Kebanyakannya admin langsung tak masuk bagi komen sebab dia sendiri dah bagi entry dan buka gelanggang.

      Kalau blog DAKJ pulak, admin hanya akan bagi 1 atau paling banyak pun 2 komen balas saja ke atas komen para peserta.

      Hanya blog KD saja adminnya turut aktif di ruang komen dan itulah keistimewaan blog ini yang saya suka sebab peserta dapat berinteraksi bukan saja sesama sendiri bahkan juga berinteraksi dengan adminnya sendiri.

      Kalau blog pro UmNo pula, bukan saja admin tak komen balas, nak harap komen kami ni disiarkan pun hanya akan tinggal harapan ja.

      Jangan marah ek..

      Delete
  9. Naji akan menang
    Hadi akan menang
    Madey akan kalah

    PH lingkup
    BN/UMNO akan menang besar

    ReplyDelete
  10. Najib akan menang
    Hadi akan menang
    Madey akan kalah

    PH lingkup
    BN/UMNO akan menang besar

    ReplyDelete
  11. Madey tak relevan...
    kesilapan besar PH ialah mengangkat madey jadi calon PM
    Bn dah menang sblm bertanding
    Org muda, otai reformasi, penyokong tegar PKR - menolak madey

    ReplyDelete
  12. org tua tu sepatutnya duduk rumah
    pergi surau atau masjid
    belajar agama

    Bukan buat fitnah, kutuk hina orang dan asyik jilat balik ludah dia sendiri...

    Manusia jenis apa si tua ni??

    Merosakkan negara..

    Orang muda dan rakyat - menolak dia!!

    ReplyDelete
  13. Tengku Razaleigh berkata Tun M telah menunjukkan sifat sebenarnya selama 22 tahun menjadi PM. Sekarang umur beliau sudah 92 ke 93 tahun. Adakah beliau akan berubah pada umur tersebut?
    Apa yg di ungkapkan oleh Tun M di ceramah2nya hanya luaran, siapa tahu yang tersirat dihati nya?
    Anak anak serta isteri Tun M rasanya lebih mengetahui sifat dan sikap beliau tapi memilih untuk mendiamkan diri.

    ReplyDelete
  14. Pelaburan China Di Malaysia - Terbongkar Akhirnya?



    Sejak akhir-akhir ini tular di media sosial mengatakan banyak projek mega dalam negara kita dibiayai oleh China. Wujud kebimbangan bahawa Malaysia akan tergadai dengan pelaburan-pelaburan dari China.

    Tapi apabila mendengar penjelasan dari pakar hubungan antarabangsa barulah saya sedar. Hakikatnya mesej yang tular tersebut palsu atau dibuat tanpa semakan fakta (Bandwagon) Berikut saya gariskan apa kata Profesor Madya Dr. Azmi Hassan Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    1) Sudah lama Malaysia - China bekerjasama, tapi kenapa baru sekarang timbul isu? Sebab pembangkang tahu China boleh jadi sasaran mudah untuk dimanipulasi.

    2) Pembangkang menjadikan China sebagai 'kambing hitam' untuk menentang kerajaan sekarang. Strategi sama digunakan pada PRU13, jadikan Amerika Syarikat sebagai kambing hitam.

    3) Peningkatan pelaburan China ke Malaysia bukan bermakna kita dijajah, tetapi ia memberi manfaat kepada pembangunan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).

    4) China boleh melabur di mana sahaja, tetapi kenapa pilih Malaysia? Sebab Malaysia -China ada hubungan diplomatik yang kukuh sejak dulu lagi.

    5) China pilih Malaysia kerana sedar potensi pelaburan dapat dicapai dan ia petunjuk baik bagi ekonomi Malaysia untuk tahun-tahun akan datang

    6) China melabur dengan banyak dan sekarang ramai tidak tahu Malaysia merupakan negara ketiga paling besar mengeksport solar panel selepas China dan Taiwan. Ini manfaat.

    7) 1MDB juga ialah sasaran mudah pembangkang sebab tadbir urusnya lemah. Sepatutnya bila isu ini timbul, bukan PM yang perlu jelaskan, tapi CEOnya terdahulu yang perlu memberi pencerahan.

    8) China beri tumpuan kepada Malaysia sebab ekonomi kukuh dan mereka tidak mahu kita baik dengan Amerika Syarikat, isu Laut China Selatan. China perlukan Malaysia untuk mengimbangi pengaruh AS.

    9) Rakyat Malaysia perlu berbangga bila China melabur sebab pemimpin kita mempunyai pemikiran yang strategik.

    10) Seluruh dunia ada '1MDB' untuk kepentingan strategik negara masing-masing. China ada 4. Jangan termakan permainan kambing hitam China oleh pembangkang sebab kita yang akan rugi jika menolak pelaburan dari China.

    11) Barang naik tiada kena mengena dengan GST. Tujuan GST nak tangkap syarikat2 yang menipu..tapi ia tak dapat dilakukan, sebab salah percaturan dengan memberi peranan itu kepada menteri dan bukan Kastam.

    12) Nilai tambah daripada pelaburan China dari sudut jiwa politik...kita dapat kawal China. Jangan 'buli' kita sebab kita ada AS (Isu Laut China Selatan).

    13) Ideologi Komunis tak perlu wujud pada waktu ini. Kita kena kawan baik dengan semua orang. Jangan sensitif sangat pasal Komunis waktu sekarang, semangat kita dah kuat.

    14) Bila PM bawa pelaburan RM144 billion dengan 14 MoU pada 2 Nov 2016, masa itu pembangkang lihat China sasaran paling bagus untuk dijadikan senjata politik sehingga rakyat terpengaruh.

    K7L : Dulu Jepun melabur di Malaysia, Mahathir tak kata dia jual pada Jepun?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni Jepun dan Korea dah banyak buat kontrak di Malaysia. Kini apa salahnya bagi peluang kpd China pulak. Itu pun nak bising-bising, mcm keling nak bersanding diaorang nih...

      Delete
  15. [1/27, 21:42] WhatsappOnly: Tun bakal PM untuk semua rakyat walaupun segelintir tidak menyokongnya.

    Perkembangan terkini perjumpaan Tun dengan duta² negara kesatuan eropah sangat positif.

    Prasangka buruk bakal parti² dan penyokong pembangkang menambahkan lagi keyakinan pemilihan Tun adalah tepat.
    [1/27, 22:26] WhatsappOnly: Memberi analisa kpd Tun mesti adil dari segi "dasar" pelaburan dan bukan cuba menyamakan.

    Dasar pelaburan Tun jauh beza dengan dasar pelaburan Najib.

    Jambatan bengkok adalah lambang kemerdekaan tetapi dasar najib tunduk kepada Singapura.

    Wajar Tun kembali semula sebagai PM, insyaAllah, untuk membetulkan semula atau memperbaiki bersama pemimpin² muda negara untuk membawa Malaysia dan rakyatnya lebih sejahtera, bebas kezaliman bebas kleptokrasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooohhhhh... nak jambatan bengkok rupanya...... deyyyy.... keretapi laju dan keretapi ulang alik JB singapore yg baru diperserujui tu tak cukup baik ker polisinya????.... hang tak tau ker SGP kalau boleh nak kurangkan kenderaan masuk singapore..... dan apa salahnya di berikan juga rezeki uber atau grab driver bawak warga singapore pusing malaysia.... bodohlah hangpa ni.... nak gak jembatan bengkok yang macam anu tu ek....

      Delete
  16. Samada penyokong umno atau pas, tak seorang pun berani menyokong cadangan supaya Hadi dan Najib bertanding menentang Tun walaupun saya sudah memberi kredit kepada Hadi, Tuan Ibrahim dan Nik Amar menang.

    Bagi mereka, masalah negara akan selesai selagi Najib dan Hadi mampu melarikan diri,menyembunyikan diri dari Tun..

    Mungkin saya terlepas pendang, jika mereka bertembung di Puterajaya - Hadi and the geng mungkin hilang deposit. Secara tepatnya Najib dan Hadi mana mungkin berani keluar dari Pekan dan Marang.



    ReplyDelete
  17. Suharli. Fokus pd tajuk..

    Jangan denial dan escape dengan copy paste yang tidak bertuan.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...