Google+ Followers

Thursday, June 21, 2018

PEMIMPIN AMAL POLITIK BIAWAK..

Lidah bercabang. .

Pernah kah biawak dijemput masuk rumah.. 
Biawak yang masuk ke rumah tanpa dijemput,  biasanya senyap² datang sendiri,  menyelinap,  tiba² muncul depan tuan rumah. . 

Kalau tetamu diundang atau disenangi kehadirannya,  awal² lagi tetamu ditunggu depan rumah,  depan pintu dengan senyuman yang paling manis.. Berpelukan salam tangan digenggam erat dan lama. 

Bila balik pun,  dihantar dengan senyum dan mesra,  selfi,  muat di fb,  twitter,  instagram... 

Kalau tetamu adalah biawak,  ada ke semua itu. 

KALAU TUNGGU MENTERI MENGONG KARUAK MEMANG JANGAN MIMPI KADAR BOLEH TURUN...


ZAHID PERLU PECAT NAJIB UNTUK MENANG PRESIDEN


http://m.thesundaily.my/news/2018/06/21/najib-assumes-people-are-stupid-says-dr-m

Wednesday, June 20, 2018

CALON PRESIDEN UMNO DISEKOLAHKAN..


ZAHID WARISI DNA NAJIB - TAK SAHUT CABARAN. KU LI BERDEBAT..

Ku Li cadangkan debat.. 
Kj kata ok.. 
Zahid kata.. Itu hanya cadangan Ku Li.. 


Zahid masih kuat DNA Najib.. N2h

Tuesday, June 19, 2018

MB JOHOR, N9, KEDAH, PERAK - KALAU SERABUT, BANYAK ISU, BAGILAH PADA ORANG LAIN (?)

Jadi MB biar harmoni dengan rakan² komponen,  layak dan dihormati kawan dan lawan. 
Kalau kedudukan bagai telor dihujung tanduk dan berjawatan atas "ehsan" sukar juga membuat keputusan yang berwibawa. 

Prestasi pun suam² kuku. 


JAMAL BAKAL DIMAKAN HARIMAU..

Yang lari ke rimba adalah dia sendiri.. 



LIWAT KEWANGAN DAN EKONOMI NEGARA, PEMBONGKARAN LGE TEPAT...

Semua kementerian atau jabatan sepatutnya boleh mengesan dan membongkar sendiri korupsi di kementerian mereka. 

SPRM hanyalah pelengkap dan formaliti untuk tindakan undang² selanjutnya. 


DEMI MELAYU, DEMI BANGSA, DEMI UGAMA... OLEH ITU... U

Gambar hiasan shj

Undilah saya... 


Itu je tujuan sebenarnya,  memang bangsat sangat teruk

Monday, June 18, 2018

ADA YANG MARAH BILA KITA BINCANG PARTI MEREKA DAH REPUT

Kahkahkahkah...

Hanya yang pandai menjarah layak bertanding.. Blogger antara yang tak layak.
Hanya yang pandai menjarah dikatakan ada kredibiliti.
Setuju sangat.







Sunday, June 17, 2018

LARI (?) HANYA TAMBAH PENYAKIT


"BERANI KERANA BENAR" ITU LEBIH MAHAL

BOLEH KE SAYA TANYA SOALAN SENSITIF PADA TUN? PASAL ANWAR?

TSUNAMI RAKYAT PADA PRU 14 MENGIKUT KACAMATA SAYA

Saya merupakan penyokong BN sejak dari bangku sekolah. Asal Johor.

Setiap PRU, kita di Johor selalu berseloroh..

‘Kalau letak calon selipar pun orang Johor masih akan pangkah BN’

Sokongan saya berubah bila skandal duit derma RM2.6 billion mula didedahkan pada rakyat.

Pada mulanya DS Najib menidakkan laporan itu sehingga menggunakan nama arwah TG Haron Din.

Seperti banyak pembohongan, ia tidak mungkin dapat disembunyikan sebegitu lama. Laporan berita luar dan Sarawak Report mula tular mengenai derma ini.

Tan Sri Muhyiddin dipecat tidak lama selepas itu selepas mempersoalkan derma tersebut.

Pada masa itu, saya dan beberapa netizen lain sudah mula bersuara dalam FB mengenai ini dan juga skandal 1MDB.

Macam mana nak percaya pada DS Najib bilamana dia tidak menunjukkan sebarang bukti..? 

Media sosial masih kebanyakkan menyokong PM Najib dan kami yg meragui hal ini selalu diherdik dan diugut.

May 2016. Saya dan beberapa netizen diajak berjumpa TSMY di majlis Hari Raya. Kami cuba bertanya dia beberapa soalan. (Gambar 1)

‘Apa Tan Sri nak buat sekarang..?’ saya dan rakan-rakan bertanya.

‘I don’t know. Ada jugak rancangan nak buat parti baru tetapi belum diputuskan. Saya sedang mengkaji beberapa opsen..’

June 2016

Parti PPBM dilancarkan. Lagi beberapa netizens dipanggil berjumpa Tun Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya (Gambar 2).

Saya tanya penganjur..

‘Boleh ke saya tanya soalan sensitif seperti Anwar Ibrahim..?’

‘Tanya aje dia..’ Ketua penganjur menjawab.

Tun turun tidak lama selepas itu. 

Tun segak turun memakai sut Nehru macam nak jumpa dif-dif terhormat. Ade netizen pakai tshirt aje.

Bayangkan baju suit Nehru yg Tun pakai berjumpa Sultan Brunei, Tun pakai berjumpa netizens.

Inilah antara contoh leadership yg dipamirkan oleh Tun.

Najib jumpa netizen UMNO pakai t-shirt atau kemeja. Dia simpan suit cantiknya jumpa Donald Trump yang tidak boleh menyelamatkan nyawa politiknya di Malaysia. Bodoh kan.?

‘Tun nak jumpa orang penting ke..?’ saya bisik lagi dengan penganjur.

‘Dia jumpa kita je..’

Tun bercakap mengenai kepentingan kita bersatu melawan Najib, supaya kita berani bersuara dan jangan memberikan Najib peluang berjaya memerintah negara.

Lepas itu soal jawab. Saya tanya..

‘Susah kita nak pertahankan Tun sekarang jika Tun bersama Anwar..’

Dalam hati bimbang kalau-kalau Tun tetiba marah.

‘Anwar sekarang di dalam jel bukan saya masukkan dia. Najib yg masukkan dia. Lagipun sampai bila kita nak cakap perkara silam..? Kita perlu bersatu melawan Najib. UMNO nak kita berpecah belah supaya kita lemah..’

Pung pang pung pang netizens tanya soalan pada Tun.

Tun menjawab semua soalan. Classic Tun, semua jawapan tepat dan jitu.

Mesej dari perbincangan..?

SELAMATKAN NEGARA.

Tun makan bersama netizens. Pertama kali dapat makan semeja dengan Tun.

Tun makan lebih banyak dari saya.

Selepas dari itu, netizens sering dipanggil berjumpa pimpinan tertinggi seperti Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin utk bertanya soalan dan mengetahui perkembangan terbaharu.

Ramai tak tahu bahawa, Tan Sri Muhyiddin dan team yg banyak memberi sokongan kepada saya dan kengkawan netizens dari awal hingga akhir.

Team Tan Sri Muhyiddin yg menyatukan netizen-netizen menjadi satu team yg kredible.

Yg paling utama dengan netizen adalah access pada pimpinan tertinggi.

Info kita first hand bukan second atau third hand.

Info UMNO adalah apa yg dicantikkan oleh pejabat PMO yg terdiri dari kroni-kroni bergaji tinggi yg hanya hendak memuaskan boss mereka.

Ini seperti nak mencantikkan muka yg hodoh dengan cat rumah. Superficial sahaja. Tidak boleh bertahan melawan hujah yg bernas.

Pimpinan tertinggi PPBM sering memanggil kita berjumpa. Ada kalanya saya nampak beberapa bas parking depan Yayasan Perdana. Yang turun budak-budak muda. 

Bagaimana Team UMNO..??

Saya nampak adalah DS Najib datang sekali dua nak belanja makan team netizens UMNO dlm majlis tertutup. 

Bagi handphone Samsung A10 dan dedak-dedak yg lain.

Tetapi dalam majlis itu tak boleh bersoal jawab mengenai duit derma atau 1MDB.

Yg penyokong kerajaan mendengar hanyalah khutbah DS Najib sorang diri atas pentas.

‘Kita lawan mereka..kita serang mereka..’ DS Najib menasihati penyokongnya.

Sampai pertengahan 2017, suara-suara pada media sosial mulai dimenangi netizen-netizen penyokong Pakatan Harapan.

Penguasaan media sosial BN sudah mula goyang kerana recycle hujah yg sama sahaja.

Duit derma datang dari pembesar Arab.

Laporan DOJ (200 lebih mukasurat) pada masa itu sudah mengesahkan duit itu datang dari pelaburan 1MDB yg diseleweng masuk ke Tanore. Nombor akaun pun ada.

Bukan itu sahaja, senarai barang kemas isteri DS Najib pun tersenarai.

Apa team Najib ada.?

Sekeping surat Arab. 

Kini setiap posting PM Najib menerima kritikan hebat sehinggakan admin-admin PM kena menggunakan akaun-akaun palsu untuk memberi anggapan yang rakyat masih menyokongnya.

Akaun twitter PM dikesan mempunyai hampir 50% pengguna palsu.

Satu lagi laporan menyebut PM Najib antara yg paling banyak menggunakan akaun-akaun palsu di dunia.

Pada tahun 2017 onwards, rakyat sudah tidak percaya kepada media cetak atau TV kerajaan.

Mereka lebih percaya kepada ulasan-ulasan mengkritik kerajaan serta media bukan kerajaan.

Netizens yg mengkritik kerajaan kini bukan sorang dua malah ribuan.

Penguasaan media sosial dimenangi PH menuju pertengahan 2017 dan 2018.

Saya dapat kad keahlian akhirnya dan bergambar dengan TSMY. (Sorry muka sun-burn, baru turun memanjat Annapurna di Nepal).

Pada awanya saya masih sangsi takut-takut kemenangan dlm media sosial tidak diterjemah kepada kemenangan pilihanraya. Ini terbukti tidak tepat kerana rakyat percaya media sosial lebih dari media perdana.

Ramai berkata Tun ‘Master Strategist’.

Ramai tak tahu betapa Tun dan pimpinan lain turun padang.

Menuju tahun terakhir sebelum PRU, Tun dan pimpinan lain sering melawat dan berceramah di UMNO ‘heartlands’ seperti di Felda dan kampung-kampung.

Tempat-tempat ini merupakan ‘fixed deposit’ UMNO menjelang PRU.

Kalau jatuh kawasan-kawasan kubu Melayu ini maka terkuburlah UMNO.

Apa Najib buat..?

Bagi dedak lagi.

Rakyat tak nak dedak. Rakyat nak harga diri dan maruah.

Rakyat juga sedar dedak-dedak ini adalah duit mereka dari kutipan GST yg kini dibelanjakan seolah-olah duit itu adalah duit tabung DS Najib.

Apa lagi Najib buat..?

Dia pergi bercuti bawak anak beranak ke Australia dan Bali pakai jet kerajaan.

Satu demi satu kesilapan mereka kita tularkan.

Menjelang PRU14, media sosial dimenangi oleh penyokong PH.

Anihnya, Najib serta penyokong begitu konfiden menang dimalukan setelah keputusan PRU keluar.

Jutaan wang ringgit yg digunakan semasa kempen BN tidak dapat menyelamatkan parti itu dari ditolak pengundi hampir secara total.

‘Cash’ atau dedak hanya dapat membeli pengikut mereka tetapi tidak dapat merasuah keseluruhan rakyat Malaysia yg bertekad mahukan perubahan.

Tepat Al Quran surah Al Rad ayat 11

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

DS Najib setelah kalah kini merungut bahawa dia hanya mempunyai ekses kepada media sosial.

Dia lupa bahawa sewaktu BN berkuasa, pembangkang yg diketuai Tun juga tidak mempunyai akses kepada media arus perdana seperti tv, radio dan surat khabar.

Hanya di media sosial dan pentas ceramah.

Kenapa pulak pembangkang boleh menang..??

Mereka menang kerana berjaya mempengaruhi ‘hearts and mind’ pengundi.

Sewaktu DS Najib melancarkan kempen GE14, ini yg dia katakan kepada pengaruh media sosial.

“Social media plays a pivotal role in disseminating information to Malaysians, the portal is key in determining BN's success in the coming general elections”

Sudah lupa ke dia.?

Sebenarnya apa yg Najib rindukan adalah zaman pemerintahannya dimana imej dia dan isteri dimana-mana.

Itu semua kosong belaka jika rakyat tidak menyokong.

Apa susah nak buat kempen jika baget jutaan ringgit..?

Kalau dah kalah masih tak faham-faham, logik betul lah Najib dan kuncu-kuncu tewas PRU walaupun mereka mengusai media perdana dan mempunyai duit yg banyak.

Dan itulah apa yg berlaku PRU14.

And the rest is history.

KJ AKUR SARANAN TUN?






Saturday, June 16, 2018

MANA YANG LEBIH PARAH?

Antara

Pemilihan umno yang akan mengujudkan dua team kecuali Zahid menarik diri
Atau
Pergeseran Anwar dan kumpulan yang menyokong Tun,  penyokong Tun nampaknya kurang senang dengan butir cakap dan pergerakan Anwar.

JANGAN PANDANG RENDAH KEMAMPUAN ZAHID... SEKURANG KURANGNYA DIA MERENDAH DIRI JUMPA TUN..




Kurang sopan untuk Ku Li sebagai ahli menempelak Zahid selaku Presiden (memangku) yang dianggapnya "merangkak" jumpa Tun. Sekurang kurangnya Zahid tidak membubarkan UMNO sepertima Ku Li surrender dengan Tun membubar Semangat 46



NAK JADI PRESIDEN, JANGAN HARAP DIBERI LALUAN..

Ku li sah bertanding.

UMNO memerlukan perjuang dan penyelamat untuk menjadi pembangkang,  bukan pembangang yang kuat.

UMNO mesti lebih bersih dar PH dan PAS,  jangan pilih,  kena buang pendedak dan pecacai. Jika tidak,  umno mungkin perlu puluhan lagi tahun untuk mendapat kepercayaan melayu dan rakyat.

Mereka yang masih berfikiran Najib masih bersih,  perlulah menyokong,  memberi undi dan menenangkan Zahid. 
Jika Ku Li menang, najib akan seperti jatuh ditimpa tangga,  dia akan menjadi sah sebagai penyebab dan faktor tunggal BN kalah PRU14.

2018-2023 adalah tahun² satu demi satu pemimpin umno akan diseret ke mahkamah dan mungkin juga rayuan demi rayuan, tangguh demi tangguh akan menjadi proses untuk tempoh tersebut.

Satu proses pembersihan yang baik dan sihat untuk umno.

Singkirkan pecacai yang tiada hujah,  yang sarat dengan maki hamun,  yang dengki dan busuk hati pada Tun.


Friday, June 15, 2018

CUKUPLAH RAYA SATU HARI SAHAJA, FOKUS BERSIHKAN NEGARA DARI SAKI BAKI KRONI REGIM LAMA YANG MASIH BERTENGGEK

Sebahagian sudah tidak membersihkan lagi diri kerana dulunya menyokong kleptokrasi melebihi had hakiki. 

Ada sebahagian lagi,  cepat² bermuka muka,  salin kulit,  uturn serta merta,  musang berbulu ayam ini elok dipupuskan dari reban,  jangan simpan. 

Puak ni makan dedak bukan sikit,  tujuh keturunan tak habis,  jadi muka mereka mungkin berubah,  bertukar baju tapi kiblat mereka tetap duit. 

Bersihkanlah,  itu lebih penting dari janji 100 hari yang tidak menepati sasaran kerana bobroknya kerakaan dahulu,  bukan biasa biasa. 
Blind robbery kata lim guan eng. 

Thursday, June 14, 2018

TINDAKAN LEBIH TEGAS DAN KERAS PERLU DI AMBIL KEPADA MEREKA (DARI PH) JIKA KORUP

Benih² dan dna awal korup perlu dicantas dari sekarang sebelum bertelur dan bersarang. 

SEGERA BERTINDAK Klik apa kata Syed Saddique.. 

APA TOPIK ROYO TAHUN INI (?)




# Adalah lebih baik umno dibubarkan bagi membolehkan pendaftaran semula dibuat dengan nama "Semangat 46" dan Ku Li sebagai Presiden Penaja dan Mat Hassan Timbalan Presiden. 

# umno johor desak zahir berundur,  beri laluan pada ku li - kenapa umno takut pada pertandingan. 
Banggakah umno kalau Ku Li jadi Presiden secara bukan anak jantan. 



Wednesday, June 13, 2018

ADA DENGAR BARANG NAIK HARGA?

Ada tak orang komplain gila²

MALU SIKIT BILA MASIH BERCAKAP BENDA YANG REMEH SEDANGKAN APA KATA DUNIA TENTANG KERAJAAN SEKARANG


APA BENTUK KERJASAMA JHO LOW?

Kerajaan sedang memburu untuk membawa balik wang rakyat ysng ducuri,  sebahagiannya dari 1mdb dan Jho Low dikaitkan (?)

Ertinya kalau Jho Low dapat pulangkan satu angka yang manasabah sebagai bentuk kerjasama apakah bermaksud dia akan dibebaskan atau tindakan undang² yang minima,  selebihnya menjadi saksi kerajaan - melepaskan tengkuknya sendiri. 

Dan ada tengkuk lain yang disabit. 

Ada ceritanya di SINI

Tuesday, June 12, 2018

RAMADHAN KALI INI SANGAT BANYAK FITNAH SESAMA KITA...

Antara pemimpin dengan pemimpin agak berkurangan... Tetapi antara penyokong dengan penyokong sesama penyokong sangat banyak,  sangat mudah melemparkan tuduhan...

Apakata Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita...


MUKADDIMAH SPRM - 1MDB


Link MUKADDIMAHNYA DI SINI



Monday, June 11, 2018

KERETA NASIONAL YANG DICURI

Penat lelah Tun dan pioneer team mengujud dan membina sebuah industri kereta nasional musnah kerana dendam dengan mudah Najib jual nilai maruah negara,  kebanggaan negara,  khazanah negara pada investor China dengan alasan rugi dan beban. Padanya soal duit semata mata.

Oleh itu tegasan Tun untuk kereta nasional adalah soal mengembalikan maruah negara,  menunjukan iltizam,  enthuaism dan azam semangat tinggi rakyat Malaysia Boleh.

Kereta Nasional yang baru di peringkat penegasan memerlukan sekurang kurangnya dua tahun untuk dilaksanakan,  ianya bukan soal "kereta" sahaja tetapi lebih kepada "teknologi" yang merangkumi hybrid dan elekrik sepenuhnya.
2030 kenderaan tanpa asap boleh direalisasikan.

Sampingan dari itu adalah pertumbuhan industri sealiran dan peluang² pekerjaan untuk netizen serta perkembangan bandar baru,  prasarana pengangkutan baru.

POODAAH....DAH LAMA ORANG SURUH SAMAN KAU TAK NAK... BANYAK PULA CAKAP

Ratusan kali Tun tuduh penyamun penyangak perompak lanun kawaq... 
Ribuan kali rakyat suruh Najib saman Tun kalau berani kerana benar.. Kenapa tak buat? 

Sekarang pun masih ada masa, just do it.. 
Besok selasa. 




MP DAP KUMPUL RM300,000.00 UNTUK SUMBANGAN KE TABUNG HARAPAN..

PAS berlumba pungut zakat fitrah di Kedah, yang authoritinya Majlis Agama Islam Kedah.

Sunday, June 10, 2018

RAYA TAHUN INI, NAJIB TAK LAH SEDIH SANGAT

Setakat hilang jawatan,  duit masih berkepuk,  baju raya masih boleh beli,  zakat mampu dikeluarkan.

Sesuai dengan keluhan ikhlas najib,  dapat banyak masa dengan keluarga,  dengan cucu. Nak buat jamuan raya setakat 100 ribu pengunjung,  masih ada pengaruh,  masih ada yang nak cium tangan.. 

Dari segi politik, lepas raya boleh aktif semula,  alang² pertahan KB Pekan,   najib boleh bangkit semula,  bertanding Presiden untuk pegang jawatan secara menang,  lagipun umno sedang bengong dengan ketandusan pemimpin. 
Nak tunggu didakwa pun mungkin tak ada,  apa nak takut,  najib berani kerana benar.  

Najib hanya hilang jawatan,  kemewahan masih ada. 

Bagaimana dengan nasib pendedak dan cai. 
Nasib baik banyak barang fix price dah turun,  alhamdulillah.. 
Jualan kereta sehari meningkat 5 kali ganda,  wow hebat.. 
Nak makan kfc 0 gst hari² pun boleh.. 


KEARAH UMNO KELANTAN SDN BHD (?)

Kalau berdasar angin dan perancangan yang sedang diviralkan,  berikut potensi yang ada pada umno dalam pemilihan kelak.. 

Presiden: Ku Li
Timbalan Presiden: Anuar Musa
Naib Presiden:
Majlis Tertinggi: Tok Pa
Ketua Pemuda: Asyraf Wajidi


Pencalonan Anuar Musa sebagai Timbalan Presiden mungkin merencatkan keinginan Ku Li untuk bertanding Presiden atau kompromi Anuar Musa hanya bertanding Naib Presiden. 




Story Ku Li akan bertanding,  ditawarkan sebagai Presiden atau PM bukan cerita baru,  namanya timbul setiap kali ada krisis mencari calon pemimpin. Tetapi semua itu cerita separuh tahyol. Tidak ada satu pun jadi kenyataan. 

Kali ini sekali lagi namanya disebut sebut.  Sebagai nama besar yang tewas di tangan Tun,  apakah dia hanya berani bertanding dengan Zahid yang boleh diiktiraf geneasi anak didiknya, bekas budak Anwar dan Najib. 

Risiko sangat tinggi untuk ku li bertanding dan bukanlah style politik Ku Li untuk membina sebuah parti politik yang sedang runtuh. 





Saturday, June 9, 2018

PRN TIDAK MUSTAHIL DI KEDAH DAN PERAK (?)

Supaya kestabilan berpanjangan sepanjang lima tahun akan datang tanpa sepak terajang politik adalah wajar PRN di adakan semula di Kedah dan Perak bagi rskyat menentukan semula siapa yang layak memerintah negeri tersebut dengan jelas. 

Dalam situasi ini,  PH dikatakan takut untuk berbuat demikian kerana tidak yakin boleh menguasai semula. 

PAS mempunyai potensi untuk menguasai Kedah dan UMNO berpotensi untuk menguasai Perak. 

Kedudukan kerusi DUN di Kedah 18 PKR 15 PAS 3 BN
kedudukan kerusi DUN Perak  29 PKR 27 BN 3 PAS






#Kerusi MB Selangor juga panas !!! 
1@lebih nama dihantsr ke Istana juga tidak dapat dipastikan

ADA NETIZEN TANYA, KENAPA ZAMBRY ENGGAN PINDAH SEGERA DARI RUMAH RASMI MB PERAK, ADA APA YANG DISOROKNYA (?)


Kenapa MB Perak dari BERSATU sangat lembab dalam hal² sebegini - bersikap pilih bulu dan berkompromi bukan pada tempatnya. 

Antara faktor lain,  mungkinkah Zambri mempunyai harapan untuk merampas semula kerajaan Perak jika ada ADUN yang menyertai BN lebih dari tiga orang. Kemungkinan besar boleh berlaku jika pusat masih dikuasai BN. 
Perak mempunyai rekod tersendiri peralihan kerajaan negeri. 

ISU PENDEDAHAN KADIR APA KATA RAFIZI DAN INVOKE (?)

Kebebasan bersuara kadang² hanya boleh di satu pihak sahaja.

Kebebasan bersuara membawa Rafizi hingga ke reman,  digari dan nyaris dihumban ke sungai buluh.
Akhirnya dibebaskan...

Rafizi explain keputusan itu tiada kaitan denga PH menang (!) tetapi rakyat memilih PH tetap ada kaitan dengan simpati pada Rafizi.
Jika BN menang,  apakah Rafizi yakin boleh menghirup udara segar diluar.

Justice of people tidak berubah sebelum dan selepas PRU tetapi perkara yang sama tidak berlaku ke atas pemimpin. Mereka sudah bercakap dua bahasa.
Ertinya Lim Guan Eng pun sudah boleh jangka tuahnya!! !

Status Rafizi dan Anwar hampir sama..
Rafizi selamat dari Sungai Buluh..
Anwar diselamatkan dari Sungai Buluh..
Agar sukar jika faktor politik tidak dibarangkalikan..

Rafizi dan Anwar bukan Ahli Parlimen..
Jika dikatakan Nurul akan kosongkan Permatang Pauh untuk membolehkan Anwar bertanding,   takkan tidak ada calon kosongkan untuk Rafizi...

Apapun Rafizi kena stand on its own dalam isu,  tidak pilih kasih,  tidak pilih bulu,  sanggup ke penjara sekali lagi?
Takkan nak biarkan Lateefa Khoya mendahuluinya dalam isu DAKJ @ pun memang benar Rafizi sudah jadi budak suruhan (?)

TAHNIAH DAN SYABAS DAKJ



Melepaskan jawatan bagi mengelak conflict of interest,  kekeliruan dan lebih penting perjuangan dan kebebasan bersuara. 




Friday, June 8, 2018

APAKAH PECACAI PEMANTAU TALIBARUT JIBAN BUTA HURUF (?)

KOMPOM

TAK

BACA





MOHON BACA.. 

ZAHID PALING LAYAK PRESIDEN UMNO

Berapa ramai ketua cawangan tarik diri?
Berapa ramai Ketua Bahagian, Ketua Wanita,  Ketua Pemuda,  Ketua Puteri tarik diri. 
Berapa ramai Ahli Majlis Tertinggi tarik diri. 
Pucuk pimpinan Najib,  Hishamuddin dan Sharizat sahaja yang tarik diri tetapi tidak secara total. 
Hishamuddin kalau dia bertanding apapun,  tanpa sepupunya yang sudah hilang kuasa,  akan kalah. 

Yang paling kartun,  Presiden dah tarikh diri..tetapi orang yang dilantiknya Setiausaha,  Bendahari dan Ketua Penerangan dengan muka tak malu tak faham² tak tarik diri lagi. 

Jadi apa perubahan yang orang luar sebok² bercakap.
Dan sejak bila pula umno dengar cakap?
Ku Li nak ke kotorkan tangannya membina semula umno?

Jadi,  memang layaklah zahid pimpin.
Yang cerdik sikit. Mad Hassan,   tapi salah parking pula,  setakat Timbalan Presiden.








KUALITI MENTERI DAN KERAJAAN / JANJI JAM MELAYU JANGAN PAKAI



MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (empat dari kiri) pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: "Jalankan program dengan cepat dan sederhana supaya lebih banyak kerja boleh dibuat."

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, hari ini mengingatkan penganjur program supaya memberi masa yang tepat dan sama bagi kehadiran menteri serta jemputan sesuatu majlis.

Beliau berkata, peringatan itu selari dengan saranan pentadbiran kerajaan baharu yang mengutamakan ketepatan masa.

"Ketepatan masa adalah nilai yang ditanam Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sebagai menteri kabinet, saya akan berusaha menepatinya tanpa membuang masa.

"Bagi program dianjurkan kementerian atau swasta, saya harap dapat dijalankan dengan cepat dan sederhana. Kita boleh buat lebih banyak kerja tanpa perlu tunggu dua tiga jam untuk satu program.

"Saya harap nasihat ini diterima semua pihak termasuk kakitangan kementerian dalam menganjurkan majlis pada masa depan," katanya berucap pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Shaharuddin Khalid; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Rosli Isa; Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn Bhd, Datuk Jim Khor dan Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong.

Terdahulu, Siew Fook memohon maaf kepada hadirin kerana lewat hadir pada majlis itu.

"Saya memohon maaf kalau tadi ramai yang menunggu kerana saya dimaklumkan oleh pemandu saya kena hadir pada jam 9.50 pagi.
Saya ingatkan saya dah awal, saya sampai 9.45 pagi tetapi apabila rupanya program bermula 9 pagi
"Saya rasa kebanyakan penganjur biasanya memberikan 'waiting time' (masa menunggu) kepada hadirin.

"Saya harap dan nak ingatkan semua penganjur apa-apa majlis, sama ada dengan saya, kementerian dan badan kerajaan, berikan masa yang sama.

"Kalau hadirin tiba jam 9 pagi, beritahu menteri pun hadir jam 9 pagi.

Saya tak suka orang tunggu saya lama-lama sebab ini seolah-olah saya membuang masa orang lain

Selepas ini, saya harap penganjur buat program tak perlu ada 'waiting time'. Ini cara baharu kita, kerajaan baharu kita, menteri baharu, cara pun baharu," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

DULU MASUK JEL SIAPA YANG BERANI SENTUH...HATTA SPEAKER PUN SELEPAS DAPAT JAMBAN BARU KATA PREJUDICE UNTUK BINCANG..

Kapir yang macam ni boleh pula sepinggan sebantal..pecacai kena tipu hidup²..
Inikah wira mereka yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam.. .



PEMIMPIN YANG PENGECUT, BERSEKONGKOL DENGAN PENYAMUN PUN BERAT UNTUK DILEPASKAN(?) - APA PUNYA UMNO (?)


Ummo bagai habis madu  sepah dibuang. 
Habiskan boreh... 

Apa sumbangan Hisham sepanjang cari makan di umno dan kerajaan? 


Klik APAKAH SELEPAS INI UMNO ZAHID SDN BHD


Thursday, June 7, 2018

YANG SELALU BERTANYA, INI JAWAPANNYA..







Yang lain² tu,  coming sooon..

RAMADHAN TANPA POLITIK HIPOKRIK DI PERSEKITARAN..

Tanpa umno,  tanpa GST,  tanpa kenaikan harga petrol, orang Melayu lebih rasa lega.

Rakyat tidak lagi rasa takut dan kehidupan yang lebih bebas berasas semua orang sama di sisi undang², rule of laws.

Rakyat kena kerja kuat untuk meningkatkan ekonomi dan sosio budaya masing² seterusnya majukan negara. Tidak ada lagi cukai gila yang menipu dan mencekek rakyat. Hutang negara dibayar secara mengawal ketirisan dan mencegah korup serta saki baki memburu penyamun² untuk kembalikan wang negara.

Tanpa umno, Melayu kembali dihormati.

LIM GUAN ENG TAK PERLU TUNGGU JADI MENTERI KEWANGAN ASIA TERBAIK..

NAK TUNGGU MENTERI KEWANGAN KAFIR HARBI JUGA BARU KERAJAAN PAS KELANTAN DAN TERENGGANU DAPAT NIKMATI ROYALTI MINYAK TERUS KEPADA KERAJAAN NEGERI..!!?


TAKDIR
Nordin Pahang

LAGI CABARAN RULE OF LAWS PROFILE TINGGI

Ada dua isu utama yang berlegar sehari dua ini yang menyentuh SPB Agung dan menarik perhatian netizen untuk mempetkatakannya secara meluas. 

1) Berkaitan jumlah dan butiran perbelanjaan SPB yang menjangkau 250 juta dalam tempoh 16 bulan. 

Alhamdulillah PDRM telah mengambil langkah segera membuat siasatan dan sekurang²nya melegakan masyarakat dan Istana. 

Apapun diharap,  tidak seperti sebelum ini, siasatan lebih kepada menyejukan keadaan,  disimpan dan di alaskan dengan "siasatan masih berjalan" tanpa tahu penghujungnya. 

Dengan semangat baru TT sebagai AG diharap surung papan tarik papan kertas siasatan juga tidak berlaku. 

2) Isu kedua,   Lebih menarik kerana dikatakan Pengampunan Diraja ke atas Anwar tidak mengikut procedure yang sempurna. 
Pendedahan ini dibuat melalui blog OTB yang mendapat perhatian (hit view)  seluruh dunia. 
Sudah tentu ia akan diperbahaskan netizen dan setakat mana pula ia dibawah bidangkuasa PDRM untuk mengekangnya,  adakah juga di bawah Akta Hasutan. 
Ia juga ada berkait rapat dengan pandangan peribadi bekas Ketua Hakim Negara yang menyentuh antaranya keadilan kepada Saiful? 
DETAIL CARI DI SINI

Sudah tentu info ini juga mempunyai asas dan kekuatan tersendiri lebih lebih lagi ia mampu membuatkan Anwar gigit jari. 
Proses pengampunan dilihat begitu laju dan tergesa-gesa?

Inilah antara cabaran dan isu yang sangat penting untuk kerajaan bukan sahaja telus tetapi mesti dilihat terus dalam rule of laws. 


Perkara dua bukan sahaja sekadar isu perundangan dan procedure tetapi berkait rapat dengan imej bakal Perdana Menteri menanti yang kini sudahpun dibayangkan oleh sesetengah pihak sebagai terganggu,  berintangan dan terhalang kelancaran kerana tindak tanduknya sendiri. 

Wednesday, June 6, 2018

APAKAH ROS SEKARANG LEBIH TELUS DARI DARI ROS SEBELUM INI??


Ketua Pengarah sudah bertukar ganti.. 
Jika tidak ada perubahan keputusan (vedio)   bererti KP ROS yang lama berada di landasan yang betul,  rule of laws. 

Bermaksud tuduhan Tun sebelum PRU sekadar bermotif politik dan persepsi (?)

Di mana lawyer Hanif Kathri yang dulunya begitu sebok dengan seksyen 3a Akta ROS (?)






SESETENGAH BANGSAT MELABEL RULE OF LAWS, MEMERANGI KORUPSI, MEMBONGKAR SKANDAL DAN TADBIR URUS NEGARA SECARA AMANAH DAN BERAKHLAK DIKATAKAN TIDAK ISLAMIK








Yang Islamik nya adalah mengurus negara secara merompak duit rakyat. File merah, boros dan mewah serta rasuah sebelum ini di beri A markah dan Islamik - inilah fahaman sesetengah bangsat. 








AG (gambar di bawah)  adalah seorang kapir tetapi akan mengambil tindakan seperti yang dituntut oleh nilai Islam. 
AG lama pure Melayu dilahirkan Islam,  hanya takut pada Allah katanya. Perlaksanaan? tindakan?? 
Melindung jenayah dan tidak mengambil tindakan ke atas jenayah adalah juga satu jenayah? Sudah tentu AG baru tidak terlepas pandang? 





Sedap juga bahasa tu,  nobody complain,  mungkin sebab omputih.. 



ANWAR PATUT FOKUS KEPADA GAGASAN YANG LEBIH BESAR SECARA AMAN DALAM TEMPOH MENUNGGU DUA TAHUN

Tindak tanduk Anwar selepas sahaja dibebaskan dengan pengampunan total di lihat sebagai satu lesen untuknya bergerak bebas tanpa segan silu atau sekurang-kurangnya berehat 3-6 bulan untuk penyesuaian diri. 

Apa yang begitu mendesak sehingga perlu berlari sampai ke penghujung kampung dan masuk keluar Istana berulangkali bagai ada gunung yang dikejar. 

Hingga menimbulkan satu persepsi kurang baik di kalangan sesama sendiri,  malah alasan² Anwar begitu mudah dipatahkan secara amatur di media sosial tanpa perlu daya fikir yang tinggi. 

Apakah semua ini mengganggu urusan kerajaan sekarang,  menggugat kedudukan Tun,  menggugat kedudukan BERSATU dan lain² parti dalam PH (?)

Setakat ini TIDAK. 

Yang lebih bimbang,  kesan kepada Anwar sendiri, hilang penyokong,  hilang hormat,  hilang sanjungan kerana keseluruhan mengharap Anwar selepas bebas akan menyumbang,  memperkasa,  memperkuat penyatuan dalam PH. 
Harapan itu berkecai. 

Seterusnya masa akan memberi gambaran sebenar siapa Anwar bulan depan,  6 bulan lagi atau tahun depan. 

Seperti juga Rafizi,  Anwar mempunyai banyak kelebihan. Tetapi berbanding Rafizi,  Anwar punya track record masa lampau.. 

Satu satunya lagi gagasan besar yang belum dicapai oleh sesiapa adalah penyatuan orang IMelayu dalam satu wadah yang sama. Kekosongan ini tidak mudah diambil peranan oleh banyak pihak kerana tidak mempunyai aura dan kepimpinan yang ramai boleh terima. 

Gabungan PKR+PAS+UMNO seperti yang diviralkan telah dinafi oleh Anwar dan dianggap idea dan kerja gila (setakat semalam). 


Tun tidak punya aura membakar semangat untuk turun ke jalan,  Tun tidak mempunyai kompromi dan diplomasi bagi yang tidak di landasan. 
Sikap Tun yang berhenti makan sebelum kenyang akan lebih menyusahkan Melayu² yang buncit. 

Hadi dan lobainya sekadar menjadikan Islam memecahkan lagi penyatuan Melayu hingga ke tahap yang lebih teruk,  kapir mengkafir,  cerai berai dan sebagainya. 
Islam di tangan Hadi tampak keras dan kaku,  indah dan harmoninya pudar. 

Satu² nya yang dilihat berpotensi untuk kerja² penyatuan Melayu adalah Anwar yang lebih baik, segala masa dan tenaganya menjurus ke arah itu. Tinggalkanlah segala tungau dan nakal kepada Rafizi sebab dia masih budak baru belajar. 

Anwar sudah 70an..hayat politiknya lebih pendek dari Tun,  jangan sia² kan.. 
Presiden PERKASA untuk dua tahun mungkin cucuk buat Anwar. 
""BAPA PENYATUAN MELAYU" sekurang-kurangnya untuk dikenang. 




Tuesday, June 5, 2018

PENYATUAN MELAYU, DI MANA NAK MULA?



Orang Melayu sendiri sebenarnya tak ada idea bagaimana mahu satukan orang Melayu.

Yang ada idea nak pecahkan lagi, nak laga²kan demi nafsu. 

Dalam skala besar,  adakah menyatukan parti seperti BERSATU PAS AMANAH UMNO boleh menyatukan Melayu? 




MENGENDALI SITI KASSIM

Cukup heboh di media sosial isu temubual Siti Kassim di TV ternama yang dibatalkan dan kemudiannya diberi alasan tunda selepas Menteri campurtangan.

Pertamanya: Kenapa dan apa alasan dia dijemput di peringkat awal.

Sesiapapun kalau sudah dijemput,  diheboh tetapi tiba²  diibatalkan di saat akhir sangat menganggu,  marah, sentap dan kesal.

menteri campurtangan?!  Di sini ada persoalan perlu ke Menteri tergesa gesa campurtangan tanpa consult secara tertutup dengan agensinya (?)

Isu utama sekarang,  khususnya Melayu dan Islam menentang peluang terbuka temubual yang diberi oleh BERNAMA (?) Ada pula yang setuju dengan alasan masing masing

Dalam kes sebegini, siapakah yang patut mengendalikan manusia seperti Siti Kassim ini? Apakah Malaysia naif dalam hal² sebegini.
Apakah bercakap sonsang tentang Islam tidak diklasifikasi menghina Islam dan biadab pada  Majlis Raja²?


KDN patut melihat isu ini sebagai lebih mengganggu keharmonian dan penghinaan ke atas ugama resmi negara. Titik noktah perlu ada.

WOII MELAYU, UMNO MALULAH DENGAN LIM GUAN ENG...

Satu demi satu skandal lim guan eng korek - Melayu Umno juara  !!!

Ahli umno kalau masih ada maruah. ..Tinggalkanlah umno tanda anda tidak sokong korup.. 

Monday, June 4, 2018

BANYAKNYA DUIT DEPA, TUKARGANTI LOYAR MACAM TUKARGANTI SABUN...


https://dinmerican.wordpress.com/2018/06/05/malaysia-murder-case-cover-up/

Masa kempen PRU Tun kata Najib telah lakukan 60 kesalahan,  kata Tun lagi,  ada orang kata ada lebih 100 kesalahan... 

Satu demi satu mula dikeluarkan,  ada asas walaun pun rule of laws kata belum bersalah selagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah.. 

Justice of rakyat..  Rakyat telah membuat keputusan di PRU lepas. 

KEPUTUSAN O GST MALAYSIA MEMBERI TEKANAN KEPADA KERAJAAN SINGAPURA (?)


APAKAH APANDI AKAN BERHADAPAN DENGAN TUDUHAN MELINDUNGI JENAYAH (?)

Kegagalan Apandi mengheret Najib ke mahkamah atas syor SPRM merupakan kegagalan besar yang disengajakan kepada sistem keadilan dan perundangan mengakibatkan negara rosak teruk hingga sekarang kerana dibiarkan pada tangan yang salah. 

Apandi menjadikan dirinya sebagai mahkamah untuk membuat keputusan "tidak bersalah ke atas Najib" tanpa mengambilkira gesaan persekitaran dan tanda bukti² di luar negara, sangat tidak bertanggungjawab malah menolak kerjasama dengan badan kehakiman Switzerland dan Amerika. 

1mdb dan Jho Low berulangkali dalam sebutan di mahkamah Singapura juga tidak diambilkira oleh Apandi dalam pertimbangannya membuat keputusan. 

Harapan rakyat, Tommy Thomas wajar mendahulukan situasi Apandi kemuka pengadilan untuknya mempertahankan diri. 



HUBUNGAN PERIBADI DYMM SPB YPA DENGAN PM SECARA LANGSUNG MESTI DILIHAT MESRA

Hubungan Istana dengan Kerajaan semasa sentiasa di jajaran dua hala hormat menghormati. Sultan memberi pandangan kepada negeri.  MB menasihati Sultan.

Rakyat akan sokong mana² pihak yang memegang prinsip rule of laws. Proses kematangan dan kuasa rakyat sudah bermula.

Mudahnya Malaysia.

BERI RUANG UNTUK ANWAR DAN RAFIZI BERCAKAP


Kebebasan seperti pihak lain, memberi pandangan samada positif atau negatif, membina atau merosakan kerana pandangan mereka dinilai oleh audience yang tidak lagi "can buy" dengan mudah APA KATA DAIM DI SINI dan kerajaan sekarang cukup bersedia mendengarnya.

Anwar dan Rafizi mempunyai saluran langsung yang lebih dekat dengan kerajaan tetapi jika tidak berkesan mungkin mereka lebih suka membuat teguran terbuka seperti pihak lain atas nama check and balance ke atas kerajaan.

Rafizi mengulangi bahawa perlantikan kabinet Tun tidak melalui perundingan dengan PKR (?) apa maksud sebenarnya?  Tidak melalui Anwar,  tidak melalui Wan Axizah atau tidak melalui Majlis Presiden (?)
Azmin dan Zuraidah dilantik secara menyerah diri atau melalui pintu belakang (?)

Ini dianggap masalah dalaman PH yang rakyat biasa kurang berminat.

Rakyat ingin melihat Rafizi dan Anwar bercakap soal dasar² perlaksanaan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat berjalan dengan lancar.

Kebenaran tetap disokong.  Rakyat tolak politik yang berlebihan.








............

 🇲🇾 BEKAS Ketua Hakim Negara Zaki Azmi berkata dari segi undang-undang, Yang di-Pertuan Agong perlu melaksanakan syor kerajaan agar melantik peguam kanan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

"Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya enggan atau melewat-lewatkan memberi perkenan baginda...Saya yakin kerajaan sudah membuat pertimbangan tentang peribadi Thomas sebelum mencalonkan namanya bagi jawatan itu," katanya hari ini

Zaki berkata beliau mengenali Thomas sejak sekian lama dan pernah mengendalikan kes mahkamah bersama-sama peguam terkemuka itu.

Memandangkan tiada khabar daripada Istana tentang pemilihan AG oleh kerajaan, Raja-raja Melayu dijangka membincangkan perkara itu, esok.

Zaki, yang pernah menjadi peguam sebelum dilantik menjadi presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, berkata demikian apabila diminta memberi pandangan tentang cadangan pelantikan Thomas sebagai peguam negara baharu.

Sementara itu, peguam terkenal, N. Sivananthan pula berkata sebagai seseorang yang berada '’di luar sistem'’, Thomas merupakan pilihan terbaik untuk mengisi jawatan itu kerana beliau akan mempunyai perspektif berbeza tentang perkara yang sedang dihadapi.

"Beliau memiliki kelayakan yang cukup hebat dan lebih lurus daripada pembaris. Secara umumnya, beliau tidak terlibat dengan politik dan amat menghormati  kedaulatan undang-undang. Saya rasa beliau adalah seorang yang tidak boleh dibuli atau dipengaruhi supaya melakukan sesuatu yang tidak beretika atau menyalahi undang-udang oleh sesiapa jua," katanya.

Sivananthan berkata pengetahuan Thomas tentang undang-undang sukar ditandingi dan komen yang mengatakan beliau tidak fasih tentang undang-undang jenayah adalah mengarut kerana beliau boleh mengeluarkan perintah kepada peguam swasta untuk mendakwa sesuatu kes bagi memastikan pertuduhan  dilakukan secara adil dan bebas daripada tuduhan bersifat berat  sebelah kerana peguam swasta yang mengendalikan kes itu tidak mempunyai sebarang ikatan  kesetiaan dengan peguam negara.

"Tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang litigator yang mahir dan saya berpendapat beliau adalah pilihan paling tepat untuk menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan secara jujur, mujurlah saya tidak dikehendaki memikul tugas berat dan besar yang perlu beliau pikul itu (sekiraya dipilih menjadi  AG)," katanya sambil menjelaskan bahawa seseorang yang menerima jawatan itu perlu memiliki keinginan yang amat mendalam "untuk memperbetulkan keadaan".

Peguam perlembagaan Malik Imtiaz Sarwar pula berpendapat Thomas merupakan pilihan sesuai kerana beliau seorang peguam yang cukup berpengalaman serta memahami secara mendalam tentang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Tiada calon lain yang lebih ideal. Orang ini perlu mempunyai kekuatan dalaman seperti diharapkan serta memiliki integriti yang tiada taranya," kata beliau. – *Bernama, 4

PEMUTIHAN NEGARA


Dalam isu lantikan AG,  mereka yang menyokong kerajaan majoriti merujuk kepada peruntukan Perlembagaan. disamping menolak fahaman sempit yang menggunakan sentimen "ugama dan bangsa".

Yang tidak menyokong kerajaan sudah tentu bersandar kepada sentimen ugama dan bangsa. 

Dalam isu ini,  kenapa sentimen bangsa dan ugama dipergunakan sedangkan merujuk kepada Perlembagaan ia tidak disebutkan. 

Perlembagaan adalah satu akujanji,  dan sekarang ada yang tidak mahu patuh? 
Di Perlembagaan juga ada peruntukan tentang hak istimeea orang Melayu,  apa perasaan kalau bangsa lain kata "NO". Pandai pula melenting. 

Melayu lah yang lebih tidak menghormati perlembagaan? 
Melayu keras kepala? 
Melayu emo? 

Fahaman racist dan pelampau ugama ini,  yang tidak menyokong kerajaan sekarang dalam isu AG ini adalah regim yang sama sebelum PRU, dari umno dan pas.  

Alasan ugama dan bangsa sekadar sandaran lanjutan kecewa dan marah kerana kalah khusus pada Tun. Hatta Tabung Sedekah pun mereka tentang kerana Tun. 

Hukum bersedekah atau menderma ini apa?  Ini anjuran ugama mana? Panjang lagi soalan kalau nak tanya... 

Manipulasi,  macam mereka manipulasi pasal RUU355..
Seolah Islam ini yang beriman,  yang tebal - mereka yang tentukan. 

Sudah banyak alasan² regim ini ditangkis. 


Ada juga minoriti penyokong PH turut tidak bersetuju dengan langkah Tun. Ini sudah tentu keputusan kabinet,  keputusan Majlis Presiden.

Mempertahankan konon kerana melanggar manifesto satu alasan yang lemah kerana apabila kerajaan mengambilalih kerajaan lama,  situasi dijangka sekadar panau dan kudis tetapi rupanya kurap dan kanser. 

Kalau dulu ingat panadol dah cukup ok tapi rupanya kena sumbatkan drug yang lebih kuat untuk stabil dan kawal. 

1MDB bukan setakat Najib. Lebih dari itu!!! 

Ingatkan dulu,  lencing manis setakat potong jari,  rupanya dah tahap 4, potong tangan. 

Apa yang dipertahankan akan janji awal hanya akan jadi kemudaratan dalam situasi sekarang. 

Kena ingat siapa yang sokong Tun - rakyat di belakangnya,  dunia di belakangnya. 
Kekuatan Tun bukan berapa kerusi BERSATU yang dia ada dalam PH,  tapi kekuatannya kerana isu (kebenaran,  benda betul)  yang dibawanya akan disokong lebih ramai dan lebih kuat dari sebelumnya oleh rakyat. 

Kena cari betul² sebab why Thomas? 
Kena cari betul² sebab why Thomas? 

Kena ada keyakinan kepada pendirian Tun? 
Benda tersirat lebih jelas kalau kita terus gali. 
Kenapa tidak dikekalkan AG sekarang? 
Sebab musabab sudah dihidu?

Once media luar tahu. Akan tersebar.. Ia makin sukar dibendung kesahihannya... 

Missi memperbaaiki imej negara kena menyeluruh. Imej pemimpin korup,  rakyat korup,  negara korup tidak memadai tangkta jaws² yang sudah lemah tetapi memburu lebih dari itu. 
Inilah perjuangan Islam sebenarnya,  perangi tanpa kira status walaupun rintangannya juga mencabar. 

Sunday, June 3, 2018

SIKIT FAKTA TENTANG TUN, DIDOAKAN BELIAU PANJANG UMUR DENGAN SIHAT DAN DIBERKATI ALLAH UNTUK MENGURUS NEGARA YANG TENAT DAN RAKYATNYA (SEMUA SEKALI) YANG SAKIT..


Masa org tua 93th tu dlm umno.. kita2 yg dlm blok pembangkang.. spjg bertempur dgnnya.. kita kalah memanjang.. dia tetap menang.. 22thn bro.. ini fakta!! 

Ketika dia berjuang sbg pembangkang... kita2 yg dlm block krajaan pulak bertempur dgnnya.. kita kalah.. dia still menang.. pm lg dia bro.. ini pn fakta!! 

Maknanya.. walau di blok mana pun kita pernah menentangnya.. kita tetap kalah.. habis tu kita nk sembang yg kita lg bijak berpolitik dr dia dn nk mengajar dia itu ini?

PAS puluh thn lwn org tua tu.. dr org tua tu dlm umno hingga join pembangkang.. sampai ke sudah pas kalah.. habis tu.. kau nk ckp Hj Hadi tu lg pndai brpolitik dr Tun dn nk ajar dia itu ini

Lim kit siang dr muda sampai tua dok nk jatuhkan Tun.. tk prnah dpt.. disini cerdik nya LGE dn Mat Sabu bila buat keputusan utk bersama dgn org tua tu.. hah skrg tgk.. tak pasal2 mrk berdua jd menteri.. habis.. kau nk ckp LGE dn Mat Sabu tu bodoh..?

Anuar ibrahim... yg ni aku ulas kemudian,  k.i.v sehari dua.. hehe

Najib n the gang yg ditampuk kuasa pn ghuyup baham tanah dek krn org tua tu.. ada yg biol... ada yg nganga.. ada yg lari rentas desa sbb trkejut.. habis tu.. kau nk ckp politik najib lbh hebat dr org tua tu.. ?

Jd kau rasa "gang JASA", "gang i love pm", "gang respect my pm", "kami gang najib", "gang telor trkepit zip", "gang sembang babi terbang" dan terbaru lokman adam  talam bermuka muka,  pelesit,  Presiden Penaja Pemantaua yg dok claim kata najib lbh terer dr Tun tu masih relevan ke tak..? 

Bro.. klau nk umno bangkit.. umno tdk blh lg dgn " Old habits die hard".. pls move on dr sentimen "najib hebat" tu.. rkyat tk suka..  Harap Warlords di bhgian dn pusat yg gila dok susun atur jwatan serta muka2 yg dicop panglima bingai olh rakyat tu.. pakat2 la bw mrk berubat.. lalok sgt dh aku tgk.. 

Moral dr cerita ini ialah.. sama ada kita dr blok pembangkang mau pn krajaan.. wlau pun kita benci.. marah.. meluat.. kecewa.. waima suka atau tidak.. kita kena terima hakikat dn berlapang dada bahawa :

Org tua 93thn itu adalah Raja dlm prtempuran politik negara kita dn cukup layak utk digelar wairiwarawiramardana -(penunduk segala musuh)!!.... maafkan sy.. salam perjuangan!!!!
Sekadar renungan dan ayat penangkis....

Dah kalah buat cara orang kalah dan bersalah,  tunjuk insaf sedar diri dulu bangang,  banyakan sedekah dulu penjarah pendedak.. 

Bina kekuatan dengan bercakap benar bukan teruskan fitnah,  emosi dan kecewa. Dulu cakap pun orang tak percaya,  sekarang lagi le orang hakkkttuuiii.. 


# Kena ingat ye,  kehebatan Tun bukan kerana dia pandai tapi kerana itu Allah bagi dan kelemahan itu datang darinya sebagai manusia. 




Sumber dari media sosial yang diedit.
Iklan: SINI

KJ SESUAI SEBAGAI PRESIDENT UMNO.. PANDANGAN TUN M? / THIS IS MYPM

Siapa ada link atau info untuk mengesahkan tajuk di atas? 








Undang² bukan sekadar suka² ditulis,  tetapi kena diamalkan dihormati dan dipatuhi,  nobody above the law,  tak perlu manipulasi. Terang lagi bersuluh. 

Tidak ada krisis jika semua pihak faham dan menghormati. 

Tun adalah PM pilihan rakyat melalui pilihanraya,  yang mengawalnya adalah undang² dan bukan ikut telunjuk sesiapa. 

Itulah tujuan pilihanraya, sokong selagi dia tidak langgar pada mana undang² atau salahguna undang² atau menghalang mana undang².



Perlantikan AG (should be the best AG)  bukan cap budu adalah untuk keperluan undang² negara dan jauh samasekali untuk berpolitik atau perkauman. 





APA ISI KANDUNGAN SURAT TANDATANGAN NURUL IZZAH






KITA ADA DUA SAHAJA..

Sedang diviralkan perpecahan dalam PH dan penubuhan kerajaan baru pkr+pas+umno disokong Istana. Penubuhan berjaya berdasarkan angka. 

Sekali lagi,  tidak dapat tidak, jika berjaya, yang korup akan terlepas dan cash is king masih bermaharaja lela. Ada sesiapa boleh tolak faktor tersebut. 
Kaji watak² yang ujud di parti² tersebut. 

Kerajaan yang ada sekarang sudah diwartakan,  untuk membubarkannya bukan lagi pakat² sesama parti dan serbu Istana negara untuk angkat sumpah sebagai PM. Ia kena dibuat menerusi parlimen,  undi tidak percaya kepada kerajaan atau lebih tepat undi tidak percsya kepada PM. 

Adakah ia akan semudah itu. 

Apa faktor dorongan kepada penubuhan kerajaan baru

Siapa² yang paling terdesak untuk penubuhan kerajaan baru

Ini ada dalam manifesto? Siapa yang langgar? 

Tidak dapat tidak, faktor perjuangan "peribadi" adalah agenda utama. 

Katakanlah berjaya,  semua masalah selesai? 

Apa pula manifesto kerajaan baru ni? Tak ada?  Tak sempat buat? 

Siapa pula ketua pembangkang di parlimen yang akan dihadap? 


Saturday, June 2, 2018

RASA RINDU PULA DENGAN JAMAL YUNUS DAN MUSA.... AMANKAH MEREKA

Iklan

Kadang² aku ketawa kecil sendirian bila memikirkan pelbagai ragamnya bloggers,  penganalisa politik,  pemimpin.. Begitu juga dengan pelbagai jutaan tulisan di media sosial lain.. Dalam dan luar negara,  melontarkan idea dan pandangan masing²..

Kalau semua itu Tun perlu ambilkira, hingga ke hari ini tiada satu keputusan pun dapat dibuat.. 

Bagaimanapun secara bijaksana,  keputusan Tun dalam banyak perkara mendapat sokongan rakyat. 

Penolakan cadangan AG baru oleh Majlis Raja² bukanlah satu masalah besar,  kerajaan perlu ada pertimbangan semula dengan nama² yang lain atau terus tegas dengan apa yang sudah dirancang.. Akhirnya sama²lah semua pihak patuhi rule of laws semasa. 

Meraikan kebebasan bersuara,  King of Dedak juga lebih mudah tersentuh memberi beberspa pandangan..Tidak pula kedengaran suara² panglima yang menyokongnya seperti dulu. 





RAFIZI PERLU BERHENTI JADI BUDAK SURUHAN / MOHON TUN LANTIK JADI MENTERI DI POSISI STRATEGIK / Penjelasan Anwar Meleset




Penjelasan Anwar tidak meyakinkan... 


SETAKAT MANA PENERIMAAN ANWAR DAN MUHYIDDIN MENGENEPIKAN CITA² PERIBADI SEBAGAI PM DENGAN MEMBERI LALUAN PADA AZMIN

KENYATAAN MEDIA
31 Mei 2018

GANDINGAN NIK NAZMI DAN SYED SADDIQ

Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengenengahkan anak-anak muda yang berpotensi untuk menganggotai kabinet.

Kolaborasi anak muda dan mereka dan mereka yang berpengalaman adalah perlu untuk mencapai kata maksud bagi memacu Malaysia kearah negara yang lebih berdaya saing.

Gabungan idea dan tenaga orang muda bersama pengalaman orang lama, mampu melahirkan kekuatan khususnya dari sudut pentadbiran negara.

Ahli Parlimen Setiawangsa, YB Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan selayaknya diberi peluang menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Umum mengetahui kementerian ini dahulu diterajui oleh Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaludin.

Isu penyelewengan dana 100juta melibatkan pegawai Kementerian Belia dan Sukan adalah satu bukti kelemahan urustadbir KJ dalam menerajui kementerian tersebut.

Justeru selayaknya kedudukan ketua pemuda umno itu diganti dengan ketua pemuda pakatan harapan. 

Memandangkan pengalaman beliau sebagai setiausaha politik, timbalan speaker dan exco kerajaan negeri Selangor, tentunya beliau berupaya mengetuai kementerian belia dengan lebih baik.

Manakala Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula wajar diketengahkan sebagai timbalan menteri belia dan sukan. Seorang anak muda yang segar dengan idea-idea bernas, tentunya gandingan beliau bersama Nik Nazmi mampu memperkukuhkan peranan belia di negara ini.

Saya yakin gandingan mantap ini akan berjaya mengangkat peranan belia ke satu tahap yang jauh lebih baik dari yang sebelumnya.

Justeru itu sudah sampai masanya Pakatan Harapan mengiktiraf peranan anak muda dengan mengangkat mereka yang layak untuk berada dalam kabinet.

Sekian.


SYED BADLI SHAH B. SYED OSMAN
Pen. Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Nasional
Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Selangor


200% sokong

Friday, June 1, 2018

MAD HASSAN MEMBUAT KEPUTUSAN YANG HAMPIR TEPAT

Bekas MB Negeri Sembilan, Mohamad Hassan mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden.
Keputusan yang tepat adalah bertanding sahaja jawatan Presiden untuk menerajui halatuju Umno yang lebih bermaruah dan jauh dari bayangan Najib.

Antara kelayakan Mohamad,  track record,  dia tidak ada "rosmah" yang membayanginya sepanjang memimpin Negeri Sembilan.

Ini merupakan satu tekanan kepada Zahid untuk sedar diri - letak jawatan.


#

Terkini: azwan bro nak tanding Ketua Pemuda?? 
MALAS NAK KOMEN.. 




WAJAH SIAPA KAH INI???


PERSEPSI RAKYAT SELAMA INI MENUJU KENENARANNYA

MAHATHIR DALAM PROSES MELENGKAPKAN SEBUAH KERAJAAN YANG BERSIH....


Selain tangkap pencuri..
Selain menunaikan janji manifesto..
Selain dari agenda resolusi bayar hutang..


Agenda utama adalah sebuah negara yang patuh rule of laws dan kawalan² ke atasnya membolehkan rakyat connected kepadanya. 


Masih ada yang terfikir  jawatan politik adalah tempat untuk kayakan diri dan kroni? 
Masih ada yang sentap dan rasa terpinggir bila tidak diberi jawatan. 
Mereka lupa perjuangan asal? Cepatnya? 


Inilah antara punca Tun tidak mendapat sokongan sebahagian manusia kerana sepeninggalan Tun dari kerusi PM kelak,  negara sudah ada sistem yang mengawal ketidaktelusan mana² pemimpin kerajaan dan pembesar negara.


Tidak ada siapa lagi boleh jadi king. 


Majlis Presiden yang diujudkan bukanlah satu halangan atau satu yang menyusahkan Tun untuk mengurus negara tetapi kawalan atas kuasa politik berdasarkan jumlah kerusi,  siapa kuat,  masih boleh disalahguna,  dirasuah. 

Inilah juga punca dikatakan kerajaan sekarang tidak selamat dan boleh dicuri dan dirampas. 

Iblis sedang mencari setan yang sanggup laksanakan atas nama missi suci selamatkan negara sekali lagi???? 


.


Sekarang ini pun ada pihak yang tidak berbincang,  tidak mendapat kelulusan Majlis Presiden pun berbuat atas kapasiti suka sendiri sedangkan PM ditekan supaya patuh? 

Banyak lagi yang akan Tun lakukan supaya pemusatan dan kekebalan ada hadnya (?) dan tiada mustahil tercapai jika rakyat berdiri teguh di belakang Tun. 




*Setuju Mahathir rang berita palsu*✍️ 🇲🇾

*http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/6870-setuju-mahathir-rang-berita-palsu*

*SUBKY LATIF  31 MAY 2018*

*SAYA bersetuju dengan sikap Dr. Mahathir yang tidak setuju dengan rang undang-undang berita tidak benar yang tergesa-gesa diluluskan Parlimen sebelum ia dibubarkan baru-baru ini.*

Tentang Mahathir itu banyaklah yang saya tidak setuju tetapi penolakannya terhadadp rang yang baru diluluskan itu saya setuju sepenuhnya dengannya. Bukanlah saya suka dengan amalan dan penularan berita palsu, tetapi negara kita sudah banyak undang-undng yang boleh dikenakan terhadap kecurangan itu. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk mengekang perbuatan itu.

*Pengamal media dipercayai menunggu Mahathir membatalkannya bila Parlimen bersidang nanti.*

Sebagai pegamal media saya sudah penat pantang larang yang diberi kuasa kepada menteri mengganggu kebebasan bersuara dan berakhbar. Rang yang terbaru itu bukan saja mengerat kuku pengamal media, bahkan ia boleh mengerat jari masing-masing.

*Masing-masing berlapang dada kerana kerajaan Mahathir melalui lidah menteri Muhyiddin Yassin, banyak akta membelenggu hak dan kebebasan manusia akan dimansuhkan. Semua ini disuarakan oleh setiap pembangkang.*

Mungkin orang rasa pelik kebanyakan undang-undang zalim yang hendak dimasuhkan diterima pakai Umno dan kerajaan di bawah Mahathir dulu. Bila dia jadi Perdana Menteri kali kedua dia batalkan pula apa yang dia tidak batal dulu.

*Saya tidak bercadang unuk membelanya tetapi sepanjang sikap Mahathir terhadap media dia tidak begitu kerenah. Saya boleh kira dia antara yang tidak bermasalah dengan amalan media.*

Saya tidak banyak pengetahuan dengan pengalaman Tun Razak tentang lidah rasmi PAS. Sepatutnya sebagai parti politik/pertubuhan, pakej yang patut ada padanya ialah lidah rasmi. Itulah antara hak semua parti politik sebelum merdeka. Ia tidak perlu diminta.

*Sepanjang pentadbiran Tun Hussein Onn PAS tidak diberi hak itu. Sebelumnya, semasa pimpinan Dr. Burhanuddin/Zulkifli Mohamad PAS menerbit risalah bulanan Suara Islamdan lepas iu Suara PAS. Zaman Hussein Onn ia tidak diberi. Bahkan DAP tidak boleh menerbitkan kedua Roketnya.*

Tetapi bila Mahathir jadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, PAS diberi permit penerbitan Harakahsebagai siaran dalaman. PAS minta permit terbuka. Mahathir buktikan dia lebih terbuka. Sebelum siaran dalam pun tak, tetapi di masanya diberi siaran dalaman. Dari tidak ada lebihlah ada walau masih banyak sekatan.

*Harakah masa itu laku tetapi tidak boleh diedar dalam pasaran terbuka. Untuk kalangan bukan PAS terpaksa melalui pasaran gelap. Mamak penjual akhbar tidak menggantungnya kepada umum. Kerana ada yang mengaku polis mengganggu penjulan. Haram dijual kepada orang luar. Mamak tidak pamerkan tetapi kenal pelangan tetapnya. Polis dapat menyekat ia diberi orang. Akhir KDN setuju dicetak di muka depan UNTUK AHLI SAHAJA.*

Hingga sekarang dengan lan Untuk Ahli Sahaja ia boleh dijual kepda sesiapa. Bila DAP tahu PAS dapat permit terhadap itu ia pun dapat permit Roket.

Apa Harakah tidak kata tentang Mahathir. Timbalan Menteri Megat Junid ngeri dengan kecaman terhadap Mahathir. Dia ingatkan jangan teruk sangat. Kalau Mahathir membantah, dia akan bertindak. Saya tanya, adakah Mahathir bersungut? Jawab tidak ada.

Mahathir tidak pernah kacau, tapi polis dan kementerian selalu mengacau.

Bila dia bersara, diganti Abdullah Badawi. Permit Harakah digantung dari dua kali semingga jadi dua kali sebulan. Jelas Mahathir yang garang itu lebih liberal dari Abdullah yang lembut. Bila Najib naik diberinya semula dua kali seminggu.

*Hanya dengan Star dia gantung berbulan-bulan hingga Star setuju tulisan Tunku Abdul Rahman tidak lagi disiarkan. – HARAKAHDAILY 31/5/2018*

_AC_