Monday, June 4, 2018

APAKAH APANDI AKAN BERHADAPAN DENGAN TUDUHAN MELINDUNGI JENAYAH (?)

Kegagalan Apandi mengheret Najib ke mahkamah atas syor SPRM merupakan kegagalan besar yang disengajakan kepada sistem keadilan dan perundangan mengakibatkan negara rosak teruk hingga sekarang kerana dibiarkan pada tangan yang salah. 

Apandi menjadikan dirinya sebagai mahkamah untuk membuat keputusan "tidak bersalah ke atas Najib" tanpa mengambilkira gesaan persekitaran dan tanda bukti² di luar negara, sangat tidak bertanggungjawab malah menolak kerjasama dengan badan kehakiman Switzerland dan Amerika. 

1mdb dan Jho Low berulangkali dalam sebutan di mahkamah Singapura juga tidak diambilkira oleh Apandi dalam pertimbangannya membuat keputusan. 

Harapan rakyat, Tommy Thomas wajar mendahulukan situasi Apandi kemuka pengadilan untuknya mempertahankan diri. 



23 comments:

  1. AG baru boleh study kes keengganan Apandir dakwa najib..
    .kalo ade kes dgn bukti kukuh tapi Apandir yg enggan jalankan kerja boleh lah caj makan gaji buta...cuai laksanakan tugas...bersubahat dgn prompak..

    ReplyDelete
  2. Ini saat yg menakutkan Apandir..berakhir bukan dlm husnul khotimah....

    ReplyDelete
  3. Kesilapan paling besar yang dilakukan Apandi Ali yang akan menjerutnya kembali bukanlah keengganannya untuk mendakwa Najib tetapi kegagalannya untuk respon kepada permintaan Switzerland di bawah MLA.

    Yang pertama itu Apandi boleh beralasan ia adalah 'budi bicara' dan pandangannya sbg peguam negara. Alasan budi bicara ini terletak di dalam 'grey area' dan mungkin boleh mewujudkan keraguan munasabah.

    Tapi untuk tindakannya yang kedua itu ia benar-benar membuktikan kewujudan 'mala fide' pada keputusan2nya yang berkaitan dengan Najib dan 1MDB.

    Kini tidur malam Apandi tidak lagi akan lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendakwaraya tolak kes lemah yg tak cukup bukti kukuh dan saksi...kerana sure akan kalah dan buang masa saja...ini budibicara pendakwaraya..

      Tapi kes melalui dukumentasi dan bukti pemindahan wang melalui rekod bank adelah adalah bukti kukuh untuk pendakwaan..
      Pegawai src jugak terlibat bersubahat...namun begitu pegawai src boleh menjadi saksi kerana terima arahan...

      Dlm kes permohonan pihak swiss yg memohon maklumat 1 mdb apandir boleh bagi alasan beliau diarahkan oleh najib supaya tidak bagi kerjasama..

      Delete
    2. Sdr KBB,

      Sebab itu saya katakan ia berada di grey area, dan pelakuan menolak permohonan AG Switzerland itu adalah 'de facto' yang mengubahnya kepada 'black area'. Sabitan adalah hampir pasti.

      Komen sdr adalah hujahan bagi pihak yang mengatakan pelakuan pertama Apandi adalah bukti pelakuan melindungi jenayah. Ini juga pendapat saya.

      Walaubagaimanapun terdapat undang-undang yang melindungi keputusan2 yang dilakukan oleh seseorang penjawat awam selagi ia menurut undang-undang dan dibuat di atas budibicara yang masih berada di dalam ambit perlindungan.

      Walaubagaimanapun perlindungan ini tidak terpakai apabila 'mala fide' atau niat tidak suci dapat dibuktikan melalui tindakan-tindakan orang itu yang terkeluar daripada ambit undang-undang, contohnya keengganan untuk melaksakana kewajipannya di bawah undang-undang.

      Mala fide ini adalah bukti 'mens rea' atau niat melakukan jenayah di pihak tertuduh.

      Dan di situlah kesilapan Apandi yang menolak permohonan AG Switzerland akan menjerutnya daripada apa2 pembelaan di bawah apa-apa undang-undang yang melindungi seseorang penjawat awam daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

      Sebab pelakuan menolak permohonan AG Switzerland ini dibuat 'di luar' peruntukan undang-undang.

      Sdr KD sbg bekas pendakwaraya sudah tentu lebih arif.

      Delete
    3. Kebenaran sedang tenngelamkan kebathilan Regime Umno.
      Regime yg melaga2kan rakyat, dibelakangi pihak berkepentingan yg melondeh agama dan bangsa. Regime yg perintah ala komunis,berpaksi mirup Zionist yg menganggap mereka kuat samseng,dan suci mewakili tuhan.
      Gabungan PH adalah pemangkim pada pembersihan ini. Inilah penentuan Allah yg masih tidak dpt diterima, rata2 oleh sakibaki Melayu yg labelkan dirinya Islam.

      Islam kah mereka ini?

      Syukur Ya Allah.
      Syukur Ya Allah.
      Syukur Ya Allah.

      Delete
    4. Hilang Gelap Terbitlah Terang - Sweet Charity

      Diam-diam mulai nampak bertijar
      Hati yang redup kini bercahaya
      Aku telah menerima
      Aku telah mendapatkan
      Erti kehidupan

      Titik air jatuh di sudut mata
      Tak kuasa daku untuk menahannya
      Oh Tuhan, syukur hamba
      Yang hanya dalam hayal
      Kini telah jadi nyata

      Telah ku peluk telah ku dakap cita-cita
      Telah ku genggam kau dengan cerita lara
      Rasa bangga ku rasakan dalam hati
      Tak percaya
      Kenyataannya tiada bermimpi

      LAGU ROCK KELASIK KEGEMARANKU
      Paduan 2 legend guitaris Rosli Mohalim & Wan Ahmad

      Delete
  4. bak kata mat salleh. it is as sure as night n day appandi akan menghadapi pertuduhan.

    insya'allah. kita tak payah pergi jauh kerana 'kes prima facie' sudah ujud.

    tapi dlm system ala perundangan barat, kes bolih d buang jika terdpt 'doubts'. bukan senang utk pendakwa raya membuktikan nya jika mereka berdpn dgn peguam bela yg amat pintar.

    serupa lah mcm kes pembunuhan yg melibatkan oj simpson ( national sports icon) d usa. hanya kerana sarong tangan dia terlepas drpd pertuduhan membunuh.. ungkapan 'it does not fit, masih lagi segar d ingatan saya.

    'beyond any reasonable doubt' adalah kunci utk segala pensabitan kesalahan.

    saya percaya kes 1MDB n lain2 kes pecah amanah akan mengambil masa yg lama (bertahun tahun) utk d muktamad kan. mungkin bukan dlm masa hayat saya n tun m.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak rahman jpc,

      Tidak lewat rasanya untuk saya ucapkan salam Ramadhan.

      Seperti sdr KD saya juga merasa berbesar hati mengenali dan bersahabat dengan seseorang seperti pak rahman jpc walaupun hanya di alam maya.

      Semoga dirahmati Allah.

      Delete
    2. sdr john doe. sama2.

      saya percaya bahawa kita semua tiada berkepentingan. "kita bukan mewarisi Negara tercinta ini tapi hanya 'meminjam' nya drpd anak cucu kita". itu lah sebab nya kita sama2 wajib memastikan ia nya akan terus d urustadbir dgn baik.

      insya'allah.

      Delete
    3. Dato ...kita pon ada kepentingan langsong iaitu terima akibat......kerana jenayah rompakan 1 mdb kita tanggung kos hidup yg sentiasa meningkat...jenayah yg dilindongi....
      .

      Delete
    4. Pak rahman, saya cuma nak komen sikit aje. Saya pernah terbaca ungkapan undang2, justice delayed is justice denied dan juga justice hurried is justice buried. Saya beranggapan mesti ada keseimbangan di antara keduanya dan tak perlu sy huraikan dgn detail. Cuma apa yg sy nak tekankan, selagi proses keadilan itu dilakukan dgn teliti, lambat atau cepat ianya berakhir bukanlah satu masalah. Yg penting mesti ada titik noktah. Sama ada bersalah atau tidak. Yes or no. Tk.

      Delete
    5. bersetuju dgn pandangan.

      saya masih ingat lagi kes liwat anwar yg tidak melibat kan maruah Negara tlh d tangguh (atas permohonan peguam bela) lebih drpd 60 kali (kalu ingatan saya betul).

      fikirkan lah betapa berat nya tugas hakim yg akan mengadili kes2 ini d hari2 mendtg.

      "not only must justice done, it must also b seen 2 b done".

      Delete
    6. Reformasi DSAI tak wujud jika tidak ada dukungan anak2 muda reformis 20 tahun dulu.

      Reformasi pimpinan DSAI & keluarga yg mendesak dgn keganasan 4 kali gagal untuk menumbangkan Kerajaan UMNO-BN pd PRU 1999, 2004, 2008& 2013.

      Dgn restu Illahi, gabungan PPBM yg setahun jagung & dianiayai oleh Najib, ROS & SPRM - kemunculan Tun Mahahathir di saat2 akhir mendukung perubahan menyeluruh & reformasi sekali gus memimpin tanpa anarki/keganasan tapi dgn kebijaksanaan & pengalaman sebagai tokoh pemimpin taraf Wprld Class... akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan BN-UMNO yg perkasa.

      Kejayaan ini amat menggemparkan membuat satu dunia terpegun bagaimana seorang tua yg lanjut usia boleh melakukannya.

      Satu lagi rekod dunia telah dicipta oleh Tun Mahathir;

      selain tukar masa gmt Malaysia 1/2 jam awal;

      dan mengatasi serangan perdagangan matawang asing penyangak George Soros yg menyebabkan krisis Wkonomi Asia 1998.

      Delete
  5. Apabila sprm mencafangkan pendakwaan, sprm sudah ada asas prima facie..
    AG pulangkan atas alasan siasatan belum sempurna... Siasat semula
    Kertas siasatan disiapkan dan dipulangkan pada AG.. .
    AG declare tiada kes..

    Di sinilah siasatan bermula samada benar tiada kes atau jenayah dilindungi
    ...

    Kerjasama dari AG Swiss
    Syor bank negara..
    Antara yg boleh dikaitkan...

    Pembetulan: saya bukan bekas "pendakwaraya: secara jawatan hakiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong..memang ada kes...penat sprm siasat dan dilanyak oleh khalid polis yg dah pencen tapi senang2 Apandir bebaskan najib dgn alasan najib tidak tahu wang dari src....wang 42 juta milik orang pencen tidak disuruh pulangkan walo Apandir sahkan masuk dlm akaun najib..

      Pegawai2 src ghaib...khalid tidak berusaha cari dan tangkap pegawai src yg ghaib dari alam malaysia..

      Bagi kes 2.6 billion yg masuk berperingkat2 kedlm akaun najib agak rumit sedikit kerana Apandir larang sprm siasat wang pelaboran 1mdb diluar negara...polis yg siasat pon tak tahu bila akan siap..

      Tugas jawatankuasa khas mendapatkan kerjasama Doj/ fbi untuk pembuktian dan saksi bagi pendakwaan keatas najib jho lo dan riza aziz..

      Ade beberapa lagi individu yg berkaitan...pegawai 1 mdb seperti bekas ceo 1 mdb yg bersubahat dgn najib...juga khalid polis pencen..

      Delete
  6. Topik pendakwaan keatas Apandir tidak dapat sambutan cai2 dan jarum umno...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak ada sambutan, cuma dedak belum masuk.

      Delete
    2. Ada bukti cukup saksi dakwa je lah. Tak ada kepentingan apa pun bg kami rakyat biasa. Kalau dia masuk dlm kami tak rugi, dia duduk luar kami tak untung.

      Yg kami nak ialah janji ditepati,
      Bukan dicapati. Kami nak harga barang turun dan gaji naik. Itu janji PH.

      Delete
    3. Jibby dah tewas PRU. Keutamaan menabur dedak bukan lagi kepada para macai kelas bawahan yang bagi komen tanpa isi dan hanya penuh maki hamun serta auta.

      Sekarang keutamaan Najib ialah membayar dedak kepada 3 peguam berikut yang telah dilantik Najib untuk mewakili dirinya.


      1. John Ashcroft

      John Ashcroft merupakan peguam negara US ketika George W Bush jadi presiden dan mengetuai DoJ sepanjang tempoh getir selepas serangan pengganas 11 September.

      Selepas mandat presiden Bush berakhir, beliau mendirikan kumpulan lobi berpengaruh The Ashcroft Group dan firma guaman, The Ashcroft Law Firm.

      The Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden AS, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan.


      2. David Boies

      Najib juga turut mengupah David Boies, seorang peguam bicara terkenal di Amerika.

      Boies mewakili kerajaan Amerika dalam kes anti monopoli terhadap syarikat gergasi teknologi maklumat Microsoft dan tokoh kewangan yang didakwa, termasuk Hank Greenberg daripada AIG dan Andy Fastow dari Enron.


      3. Matthew Schwartz

      Beliau pernah menjadi pendakwaraya di New York selama 10 tahun dan mengendalikan kes yang menonjol termasuk penyiasatan ke atas skandal berbilion dollar melibatkan Bernie Madoff.

      Pada 2013, beliau dinamakan sebagai pendakwaraya terbaik oleh Yayasan Penguatkuasaan Undang-Undang Persekutuan. Scwartz kini seorang peguam.

      Ketiga-Tiga nama besar ini akan mewakili Najib nanti sama ada pendakwaan di Malaysia mahupun luar negara.

      Bukan setakat macai bawahan ni ja, malahan Gurdial Singh dan Hafarizam Harun pun dah tak laku lagi di sisi Najib.

      Kesiaaaaan...

      Delete
    4. Bagi bukti janji PH..dah baca buku PH?...minyak dah stabil..harga najib 2.40 seliter..barang tak naik pon ..

      Delete
    5. Bro John...najib berhak lantik peguam terbaik...peguam terbaik blm tentu dapat meragukan bukti dukumentasi dan rekod bank money trail...kalo bukti jenayah pembnuhan mungkin peguam bijak boleh meragukan bukti..

      Delete
    6. Hmmm..???? Banyak sungguh duit najib. Agak2nya berapa kos peguam2 ni ya???

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...