Monday, June 4, 2018

BERI RUANG UNTUK ANWAR DAN RAFIZI BERCAKAP


Kebebasan seperti pihak lain, memberi pandangan samada positif atau negatif, membina atau merosakan kerana pandangan mereka dinilai oleh audience yang tidak lagi "can buy" dengan mudah APA KATA DAIM DI SINI dan kerajaan sekarang cukup bersedia mendengarnya.

Anwar dan Rafizi mempunyai saluran langsung yang lebih dekat dengan kerajaan tetapi jika tidak berkesan mungkin mereka lebih suka membuat teguran terbuka seperti pihak lain atas nama check and balance ke atas kerajaan.

Rafizi mengulangi bahawa perlantikan kabinet Tun tidak melalui perundingan dengan PKR (?) apa maksud sebenarnya?  Tidak melalui Anwar,  tidak melalui Wan Axizah atau tidak melalui Majlis Presiden (?)
Azmin dan Zuraidah dilantik secara menyerah diri atau melalui pintu belakang (?)

Ini dianggap masalah dalaman PH yang rakyat biasa kurang berminat.

Rakyat ingin melihat Rafizi dan Anwar bercakap soal dasar² perlaksanaan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat berjalan dengan lancar.

Kebenaran tetap disokong.  Rakyat tolak politik yang berlebihan.








............

 🇲🇾 BEKAS Ketua Hakim Negara Zaki Azmi berkata dari segi undang-undang, Yang di-Pertuan Agong perlu melaksanakan syor kerajaan agar melantik peguam kanan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

"Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya enggan atau melewat-lewatkan memberi perkenan baginda...Saya yakin kerajaan sudah membuat pertimbangan tentang peribadi Thomas sebelum mencalonkan namanya bagi jawatan itu," katanya hari ini

Zaki berkata beliau mengenali Thomas sejak sekian lama dan pernah mengendalikan kes mahkamah bersama-sama peguam terkemuka itu.

Memandangkan tiada khabar daripada Istana tentang pemilihan AG oleh kerajaan, Raja-raja Melayu dijangka membincangkan perkara itu, esok.

Zaki, yang pernah menjadi peguam sebelum dilantik menjadi presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, berkata demikian apabila diminta memberi pandangan tentang cadangan pelantikan Thomas sebagai peguam negara baharu.

Sementara itu, peguam terkenal, N. Sivananthan pula berkata sebagai seseorang yang berada '’di luar sistem'’, Thomas merupakan pilihan terbaik untuk mengisi jawatan itu kerana beliau akan mempunyai perspektif berbeza tentang perkara yang sedang dihadapi.

"Beliau memiliki kelayakan yang cukup hebat dan lebih lurus daripada pembaris. Secara umumnya, beliau tidak terlibat dengan politik dan amat menghormati  kedaulatan undang-undang. Saya rasa beliau adalah seorang yang tidak boleh dibuli atau dipengaruhi supaya melakukan sesuatu yang tidak beretika atau menyalahi undang-udang oleh sesiapa jua," katanya.

Sivananthan berkata pengetahuan Thomas tentang undang-undang sukar ditandingi dan komen yang mengatakan beliau tidak fasih tentang undang-undang jenayah adalah mengarut kerana beliau boleh mengeluarkan perintah kepada peguam swasta untuk mendakwa sesuatu kes bagi memastikan pertuduhan  dilakukan secara adil dan bebas daripada tuduhan bersifat berat  sebelah kerana peguam swasta yang mengendalikan kes itu tidak mempunyai sebarang ikatan  kesetiaan dengan peguam negara.

"Tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang litigator yang mahir dan saya berpendapat beliau adalah pilihan paling tepat untuk menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan secara jujur, mujurlah saya tidak dikehendaki memikul tugas berat dan besar yang perlu beliau pikul itu (sekiraya dipilih menjadi  AG)," katanya sambil menjelaskan bahawa seseorang yang menerima jawatan itu perlu memiliki keinginan yang amat mendalam "untuk memperbetulkan keadaan".

Peguam perlembagaan Malik Imtiaz Sarwar pula berpendapat Thomas merupakan pilihan sesuai kerana beliau seorang peguam yang cukup berpengalaman serta memahami secara mendalam tentang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Tiada calon lain yang lebih ideal. Orang ini perlu mempunyai kekuatan dalaman seperti diharapkan serta memiliki integriti yang tiada taranya," kata beliau. – *Bernama, 4

16 comments:

  1. saya adalah mantan kb ppbm bhg Pekan. saya tlh meletak jawatan sungguhpun arwah ts sanusi n beberapa pemimpin pusat kurang setuju dgn tindakan saya tersebut.

    dia juga amat kecewa bila saya tidak sama2 menyambut Tun M apabila beliau membuat lawatan singkat k Chini, Pekan pd 28 feb yg lalu.

    Apabila d tanya mengapa? jawapan saya kpd beliau rengkas saja - to practice what we/u preach i.e "prinsip perjuangan tidak bolih d kompromi" (ini pesan dia kpd saya). Arwah tidak membangkit nya lagi dgn saya lagi selepas itu.

    moral of d story is that principled people (hope 2 b one) do not live only 4 d moment but has 2 b consistent no matter how bitter n difficult d situation is. In d end 'truth never lie'.

    wallahu'allam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan kerana memberi komen di blog kerdil ini.
      Lebih menarik jika ada lebih sikit kupasan sebab² perletakan jawatan.
      Sepanjang saya tahu tuan menawar diri untuk bertanding di Pekan sejak awal penubuhan BERSATU tetapi di penghukung tidak mendapat restu pucuk pimpinan.
      Betulkan hujah saya jika silap.

      Arwah TS Sanusi sentiasa bersama kita.

      Dan sedikit kupasan di para akhir tulisan?

      Terima kasih.

      Delete
    2. Tak paham apa maksud perjuangan yg dikatakan Dato Rahman jpc...jugak tak paham kenapa Dato letak jawatan sedangkan tiada perebutan jawatan di Pekan...

      Delete
    3. hi hi ! panjang cerita.

      bolih buat buku.

      apa yg saya ramalkan tlh menjadi kenyataan d mana wakil ppbm tidak menang satu pun kerusi yg d tandingi.

      ia nya perlu d rombak secara total. seorang rakan (tan sri) tlh menunjukkan minat utk memimipin ppbm Phg. Insya'allah PPBM Phg akan bangkit semula. PRU 15 will b ours.

      saya tlh membuat keputusan utk meneruskan perjuangan sahimgalah tlh bersetuju utk menjadi wakil calun kpd sdr zahid yg d pilih sendiri olih tun m.

      saya tlh memberi tahu tun m yg saya berbuat demikian semata mata kerana amat menghormati nya.

      Delete
    4. p/s. saya rasa selesa dgn blog ini olih kerana ia nya 'topical' n pembahas jarang memberi ulasan yg 'off topic'.tk.

      Delete
    5. Admin telah mengambil langkah2 menyekat komen sampah dari penyokong2 puak yang telah kalah tapi tak percaya dah kalah kerana rasa mustahil kalah...

      Delete
  2. Dua2 ekor tu bengong nak mampus...gunting dalam lipatan.

    Mari kita pakat2 tunggu dan tengok apa kesudahan mereka berdua ini.Saya amat berharap mudah2an selepas ini Rafizi akan dipenjarakan terhadap kesalahan2 mahkamahnya yang akan dibicarakan.Selagi dia tidak dihjkum maka selagi itulah dia merasakan dia kebal dari undang2 dan semua orang takut kepada dia termasuk Tun.

    Pada pandangan saya Rafixi ni mengidap penyakit OTAK dan perlu mendapat rawatan doktor pakar jiwa.

    Pada mulanya Rafizi menyangkakan Tun akan melantik dia menjadi Menteri Kewangan ,tetapi amat kecewa bila angan2nya itu meleset dan akhirnya beliau berdendam dengan Tun.Apa Rafizi ingat Tun tu bodoh ka??..setiap cakap dan buah fikiran Rafizi Tun perhati tetapi akhirnya Tun membuat penilaian sendiri bahawa Rafizi sebenarnya tak lah secerdek mana!!...tak boleh dibuat kira,pengacau dan otak senget.

    Saya percaya Tun akan menawarkan jawatan kepada Rafizi dalam senarai kabinetnya akan datang dan saya percaya Rafizi akan menolaknya.Dan saya juga percaya yang selepas itu Rafixi akan lebih terok lagi berani mengutok Tun.Diharap kementerian dalam negeri jangan berlengah2 lagi tangkap sibangsat ini kerana dia telah menjadi pengacau kepada ketenteraman negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucapan Rafizi sangat berfakta dan sederhana.
      Kerajaan boleh menguruskannya malah kerajaan akan dikira berfikiran terbuka.

      Jika hal parti, itu politik namanya. Rafizi akan "mati" kalau tidak benarkan dia bercakap.

      Banyak cakap, banyak silap dan salah.

      Delete
    2. Tiada jawapan mudah.
      Kalau kritikan berkaitan polisi dan keputusan kerajaan kita lihat dari sudut logik dan fakta.
      Tapi kalau kritikan berkaitan politik harus dilihat dari 3 faktor.
      1. Motif
      2. Tindakan
      3. Kesan

      Case study
      Rafizi kritik perlantikan 3 jawatan penting tanpa kelulusan pkr.

      1. Motif
      Demi parti atau individu?
      Jikalau demi parti bukankah presiden/timb presiden parti yg bersuara?
      Apa jawatan rafizi dan apa fungsi ketua umum parti?

      2. Tindakan
      Kritikan langsung dimedia secara terbuka.
      Apa guna presiden pkr dlm majlis presiden?
      Nk selesaikan masalah, wujudkan ketegangan atau ugut mengugut?

      3. Kesan
      Menjadi bahan kritikan oleh rakyat.
      Kena tukar strategi.
      Atau tukar pendirian.

      Rafizi dan tunjuk wajah sebenar.
      Dia bukan bermain politik biasa.
      Selera lebih besar.
      Macam Tun M masa muda2.
      Tapi tun m jalan sorg bukan bercakap bg pihak org.
      Mungkin rafizi akan ada masa depan yg lebib cerah apabila terus berjuang kerana difikirkan benar bukan kerana disuruh org itu.

      Org itu dah obsolete. Dh bungkus.
      Rakyat banyak hanya melihat kebolehan pemimpin bekerja bukan bercerita. Hanya sekumpulan kecil masih minat dgn cerita retorik dan taksub jalan pintas/belakang utk berjaya.

      Delete
  3. Biarlah apa dia nak kata dan cakap. Saya akan terus bersama tun selagi dia pm kerana kepercayaan saya kepda tun dalam mentabir negara. Teapi setelah tun tidak menjadi pm saya akan menjadi pemerhati melihat gelagat pemimpin ph untuk dijadikan keputusan sama ada perlu atau tidak untuk mengundi ph dalam pru15.semoga tun sihat dan dirahmati allah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi beri peringatan kepada penyokong2 tun supaya tidak besar kepala kerana anda rakan minoriti dalam PH...

      Delete
    2. Rafizi juga harus ingat.

      Pru 12 & 13 rakyat xnak pangkah pun PKR @ PR spt mana pru 14.
      Dan rakyat yg pangkah PH bukan kerana PKR shj melainkan persepakatan PH dan kemarahan terhadap BN.
      Aura PKR?
      Xcukup nk ambil hati majoriti rakyat.
      BN tumbang di Johor Melaka dan N9 kerana kehebatan PKR?
      Cermin diri betul2.
      BN kedah dulu tumpas ditangan PAS.
      Masih nk percaya Johari lebih layak jdk MB kedah?
      Aura PKR hanya hebat di selangor. Itupun dikuasai oleh Azmin yg sailang langkah kajang demi proksi ketum.

      Siapa yg besar kepala?

      Ketua pakatan Harapan dan Ketua Kerajaan atau Ketua Umum yg penuhkan jawatan penting parti dgn ahli keluarga?

      Delete
  4. Elok juga tun m wujudkn kementerian memantau..bolehlah fizi dn anuar mengisi jawatsn tersebut..

    ReplyDelete
  5. Gaduh Gaduh Tak Selesai, Anwar Mengadap, Tommy Thomas Terus Jadi Peguam Negara


    Gegak gempita Dewataraya dengan kes perlantikan Peguam Negara yang baru. Sana bergaduh, sini bergaduh, masih tiada kesudahan. Jalan penyelesaian melalui perdebatan dan memunjuk ego di media massa gagal merungkai permasalahan.

    Terpaksa juga menunggu Superman kembali dari Planet Kripton, untuk mengadap YDP Agong untuk menyelesaikan masalah. Dengan sekali pertemuan malam semalam, Tommy Thomas secara dengan rasminya menjadi Peguam Negara. Katalah apa sahaja, itulah kehebatan DS Anwar Ibrahim bersama Raja-Raja Melayu.

    Dipetik dari blog CTS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peranan besar yg dimainkan oleh PM in the making...

      Istana2 yg kurang mesra dgn tun sudah tidak lagi menunjukkan tidak senang dengan kerajaan PH setelah anwar mengadakaan jelajah kunjung hormat kpd istana yg menimbulkan polemik dikalangan penyokomg tun yang sentiasa dlm was was dan cepat berburuk sangka.Ape saja yang di buat oleh anwar cepat dapat komen negatif...sehinggakan anwar nak jumpa semua adun dan mp PKR di kediaman rasmi TPM pon dipandang serong...terpaksalah perjumpaan di buat dihotel

      Sedangkan jika dibuat di rumah TPM boleh jimatkan kos sewa..

      Kadang2 rasa jugak meluat dengan penyokong2 tun yang merupakan rakan minoriti dalam PH...

      Delete
    2. Kikiki..
      Ini game murahan.

      Mengikut prinsip rule of law, rujuk kepada perlembagaan negara.
      Org tu xpayah dtg istana negara pun xpe. Tommy tetap jadi AG.

      Game Brader Anwar in Ibrahim ni bukan org xle baca.
      Apatah lagi geng2 BN.
      Tapi hairan cytrop BN bukan main puja lagi sepertimana memuja PAS semasa PRU 14.

      kikikikiki..
      Terlalu mudah kantoi plan BN

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...