Sunday, June 3, 2018

SIKIT FAKTA TENTANG TUN, DIDOAKAN BELIAU PANJANG UMUR DENGAN SIHAT DAN DIBERKATI ALLAH UNTUK MENGURUS NEGARA YANG TENAT DAN RAKYATNYA (SEMUA SEKALI) YANG SAKIT..


Masa org tua 93th tu dlm umno.. kita2 yg dlm blok pembangkang.. spjg bertempur dgnnya.. kita kalah memanjang.. dia tetap menang.. 22thn bro.. ini fakta!! 

Ketika dia berjuang sbg pembangkang... kita2 yg dlm block krajaan pulak bertempur dgnnya.. kita kalah.. dia still menang.. pm lg dia bro.. ini pn fakta!! 

Maknanya.. walau di blok mana pun kita pernah menentangnya.. kita tetap kalah.. habis tu kita nk sembang yg kita lg bijak berpolitik dr dia dn nk mengajar dia itu ini?

PAS puluh thn lwn org tua tu.. dr org tua tu dlm umno hingga join pembangkang.. sampai ke sudah pas kalah.. habis tu.. kau nk ckp Hj Hadi tu lg pndai brpolitik dr Tun dn nk ajar dia itu ini

Lim kit siang dr muda sampai tua dok nk jatuhkan Tun.. tk prnah dpt.. disini cerdik nya LGE dn Mat Sabu bila buat keputusan utk bersama dgn org tua tu.. hah skrg tgk.. tak pasal2 mrk berdua jd menteri.. habis.. kau nk ckp LGE dn Mat Sabu tu bodoh..?

Anuar ibrahim... yg ni aku ulas kemudian,  k.i.v sehari dua.. hehe

Najib n the gang yg ditampuk kuasa pn ghuyup baham tanah dek krn org tua tu.. ada yg biol... ada yg nganga.. ada yg lari rentas desa sbb trkejut.. habis tu.. kau nk ckp politik najib lbh hebat dr org tua tu.. ?

Jd kau rasa "gang JASA", "gang i love pm", "gang respect my pm", "kami gang najib", "gang telor trkepit zip", "gang sembang babi terbang" dan terbaru lokman adam  talam bermuka muka,  pelesit,  Presiden Penaja Pemantaua yg dok claim kata najib lbh terer dr Tun tu masih relevan ke tak..? 

Bro.. klau nk umno bangkit.. umno tdk blh lg dgn " Old habits die hard".. pls move on dr sentimen "najib hebat" tu.. rkyat tk suka..  Harap Warlords di bhgian dn pusat yg gila dok susun atur jwatan serta muka2 yg dicop panglima bingai olh rakyat tu.. pakat2 la bw mrk berubat.. lalok sgt dh aku tgk.. 

Moral dr cerita ini ialah.. sama ada kita dr blok pembangkang mau pn krajaan.. wlau pun kita benci.. marah.. meluat.. kecewa.. waima suka atau tidak.. kita kena terima hakikat dn berlapang dada bahawa :

Org tua 93thn itu adalah Raja dlm prtempuran politik negara kita dn cukup layak utk digelar wairiwarawiramardana -(penunduk segala musuh)!!.... maafkan sy.. salam perjuangan!!!!
Sekadar renungan dan ayat penangkis....

Dah kalah buat cara orang kalah dan bersalah,  tunjuk insaf sedar diri dulu bangang,  banyakan sedekah dulu penjarah pendedak.. 

Bina kekuatan dengan bercakap benar bukan teruskan fitnah,  emosi dan kecewa. Dulu cakap pun orang tak percaya,  sekarang lagi le orang hakkkttuuiii.. 


# Kena ingat ye,  kehebatan Tun bukan kerana dia pandai tapi kerana itu Allah bagi dan kelemahan itu datang darinya sebagai manusia. 




Sumber dari media sosial yang diedit.
Iklan: SINI

25 comments:

  1. Bernas sekali...tak sabar rasanye bab anuar.....hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa bro (if you are a Muslim) Allah "TENGGELAMKAN FIRAUN" yg bongkak/sombong. Anda anggap PM PH Hebat sangat ke? DIA NI manusia Biasa bro. Pernah penjara musuh politiknya tanpa bicar tu, berapa ramai TPM dibawah dia "bungkus tikar bantal". Jgn nak merpulah bro!

      Delete
    2. PUTRA CHUBADAK

      Bila masa yang Admain sombong / Bongkak ? Apa yang yang ditulis adalah semata- mata fakta dan bukan auta . Ada kah Admin , mengagongkan Tun ? Tidak pun.

      If you are muslim , think before you made comment .


      If you are a Muslim , kepapa tak comment bila

      1) Najib memaki dan menghina Tun

      2) Bila Hadi mencaci dan menghina Tun

      3) Bila Hadi mengeluarkan fatwa2 yang lariu dariu ajaran Islam ?



      Janganlah comment kalau pendapat yang tal adil . If you are a Muslim Allah will guide you to be fair with your judgement

      Delete
    3. Putra Chubadak

      Please live n reality, accept facts and uphold truths. Jauh diri superficiality dan hypocrisy.....

      Wallahuaklam

      Delete
    4. Sdr Chickenfeet,

      Ikhlasnya saya memang berharap Anwar tidak akan menentang Tun M kerana Anwar akan gagal.

      Di sebalik segala penghinaan ke atasnya, Tun M adalah benar-benar orang yang dirahmati.

      In shaa Allah Tun M akan menang kesemua pertempurannya sehingga ke akhirnya.

      Delete
  2. Kelantan jatuh ke tangan pas pd tahun 1990, masa Tun PM Malaysia, ini fakta.

    Kelantan kekal di bawah pas, dan Tun gagal rampas balik sehingga beliau letak jawatan, ini fakta.

    Setelah tun M buat comeback dan jd PM atas tiket PH, Kelantan masih kekal di bawah PAS, sedangkan banyak negeri ikut jejak Tun M memilih PH, ini fakta.

    Terengganu humban UMNO dan rujuk balik dgn pas dan tidak berminat utk bersekedudukan dgn PH pimpinan Tun M, ini juga fakta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai yang menang kecik² main guli pun kau nak kira.. Kau lupa kalau lobai kau cakap, bukan setakat media, kunci dyurga pun dia pegang..
      Yang itu kau tak nak cerita..

      Yang songlap 90j sebab mak lawan Tun, bukan fakta ke?

      Delete
    2. mahkamah mana yg dah putuskan pas songlap (songlap ertinya curi) 90 juta?
      kalau kena kat org lain cepat je tuduh, tanpa bukti pun tak apa,
      tapi kalau kena kat muka sendiri, kawan sendiri, kroni sendiri pandailah pulak tanya mahkamah mana yg putuskan? double standard & double bangang.

      Delete
    3. Mahkamah mana hadi dan pas dah saman husam musa yg dakwa dia ade bukti hadi dan lobai pas dah baham 90 jota..?

      Delete
    4. 90 juta yg xdw bukti langsung dicanang2 mcm betul peminum kencing dap ni..boss besar dap dah ad akew mahkamah pula nampak suci murni..keadilan berpilih tp xpelik la dap minum kencing dap kan semuanya bagus..tuduh org makan dedak diaorg hirup kencing dap ok pl..baghal..

      Delete
  3. masa dia dalam umno, orang umno lawan pun kalah.
    bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali.. ini fakta

    Anonymous Sunday, June 03, 2018 4:43:00 PM, kalo tun m jadi ketua pembangkang negeri kelantan, agak-agaknya ada peluang ke pas kekal kuasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada peluang utk PAS menang dengan majoriti dan kerusi yg lebih besar.

      Delete
  4. Calon bukan Melayu tetapi berakhlak, calon bukan Islam tapi amanah.

    Ada masalah ke untuk pilih calon tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada masalah langsong.
      Lebih baik jadi waras. Kalau nk ikut permainan jarum sakibaki pihak umno dan Pas , melayu boleh digambarkan sebijik Zionist totok jumud.
      Jarum ini juga dimainkan oleh pihak yg tgh panas , sbb telah pernah termakan Taek 1mdb.
      Walhal perkhimatan Thomas pernah pun diguna oleh parti suci taek di trg,kelantan dulu.
      Wpi, mangkok. aG tak berkait dgn u dang syariah pun...apa bising2.
      PH dh menang. jgn ganggu org tgh buat kerja rakyat.
      Dh kalah ,buat cara kalah,tunggu pru15.
      Tak suka?
      Boleh keluar dari malaysia !!!

      Ehhh, pernah kudengari ungkapan inik? Dimanak yak?..

      Delete
    2. Sejarah menunjukkan ketiga-tiga khilafah monarki iaitu Bani Ummayah, Bani Abbasiyyah dan Bani Uthmaniyah pernah melantik orang-orang bukan Muslim ke jawatan2 penting kerajaan seperti Menteri, Ketua Perang dan bahkan juga Gabenor.

      Maka apa yang dicadangkan oleh Tun ini bukanlah sesuatu yang baru bagi umat ini.

      Islam dan Melayu hanyalah alasan semata-mata. Sekiranya benar Islam dan Melayu ada di hati mereka maka mereka tidak akan mengkhianati amanah kepimpinan yang diberikan.

      Hakikatnya mereka amat takutkan kekalahan di mahkamah dan disabitkan dengan pertuduhan dan kemudian memainkannya sebagai isu agama dan perkauman dan menarik YDPA ke dalam kancah konflik ini.

      Kita semua tahun DSN telah melantik John Asccroft, seorang peguam dari US untuk mewakilinya di dalam kes 1MDB, dan Tun M berpendapat Tommy Thomas adalah satu-satunya orang yang punya pengetahuan dan kemampuan yang cukup untuk bersaing dgn orang ini.

      Di antara John dan Tommy, John langsung tidak punya ketaatan dan kasih sayang kepada negara ini dan matlamatnya hanyalah duit semata-mata. Sesuai sangatlah dengan prinsip Cash is King Najib.

      Tommy pula sudah tentu telah bersetuju untuk memikul tanggungjawab ini demi kecintaan kepada negara ini. Sebagai seorang multi jutawan yang tidak bergelar, sudah tentu penerimaan Tommy di atas pencalonan ini adalah tidak bermotifkan wang mahupun bintang-bintang gelaran.

      Sayangnya ramai umat Melayu yang masih tidak dapat menilai di antara keduanya.

      Ia adalah alternatif yang lebih baik berbanding menggunakan khidmat peguam swasta seperti yang Najib lakukan dengan TS Shafie Abdullah.

      Tun M perlukan sabitan sebab dengan sabitan Tun M dapat menuntut balik tanpa sebarang keraguan bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kesemua harta hasil songlap 1MDB yang kini ditahan dan dibekukan di US. Bukan kecil anak jumlahnya dan demikian ia bukan satu urusan main-main yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja.

      Sekiranya kita mempunyai seorang yang punya legal minded dan integriti seperti Almarhum Sultan Azlan Shah, nescaya kita tidak perlukan seorang bukan Muslim untuk menjadi Peguam Negara ini.

      Bahkan melihatkan kepada kebijaksanaan Almarhum Sultan Azlan saya percaya baginda mampu mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak, Raja, Kerajaan dan Rakyat.

      Pilihan Tun M kelihatan amat pahit untuk orang-orang Melayu yang masih keliru di dalam perbandingan kepentingan, tetapi bukankah semua ubat2 yang baik memang pahit sifatnya.

      Najib telah memberi terlalu banyak gula-gula terhadap bangsa Melayu di atas dasar cash is King dan Tun sedang cuba memberi ubat kepada penyakit ini.

      In shaa Allah Tun akan berjaya di dalam misinya untuk mengubati umat ini.

      Delete
    3. Kalo kes AG bukan soal akhlak moral dan bagainye untuk di nilai...soallnye Agong tak setuju...bolehkah kita nak nyatakan kita tak setuju dgn keputusan Agong?...

      Delete
    4. Masalah kd..

      Jatidiri melayu original suka kalau ditindas.
      Nk jdk ketua kena korup.
      Pandai hulur duit.
      Tau mana nak bubuh mnyk pelincir.
      Kalau kantoi pun jgn sekali2 mengaku. Bglah alasan bodoh dangkal mana pun tapi jgn mengaku sebab berani kerana salah, takut kerana benar.

      Ini visi pengarah strategi bn dan penyokong berbayar mereka

      Delete
    5. KBB.. Ini bukan soal siapa kata

      Apa undang² bertulis yang kata?

      Delete
    6. So yg bukan islam sajala baik..maksudnya si buruk najib mewakili semua melayu islam la ya..najib buruk semua melayu islam buruk..dlm pakatan xde dah melayu islam yg boleh dilantik jd AG..ke semua dalm tu melayu haprak jg tu yg terpaksa bg kat thommy thomas tu..

      Delete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Nak share sikit perihal calon AG pilihan kerajaan PH. Mari sama² kita fikirkan apakah kewajaran kerajaan menamakan Tommy Thomas sebagai calon AG? Adakah atas kepentingan kes² mahkamah menteri PH? Jom kita redah bab kepentingan Islam di Malaysia...

    7 PEKARA INI KENAPA TOMMY THOMAS TIDAK LAYAK MENJADI PEGUAM NEGARA

    Siapa Tommy Thomas ini ? Ini sejarah beliau :

    1. Beliau tegas mengatakan bahawa "Malaysia is not an Islamic State" (The Malaysian Bar, 18 Nov 2005).

    Kenapa kerajaan tegang dengan Istana ? Mana tidaknya sumpah agong itu sendiri adalah beliau akan memelihara agama Islam, sudah pasti beliau tidak akan lantik peguam negara yang akan merosakkan teras negara ini.

    2. Beliau tidak boleh berbahasa Kebangsaan dengan fasih menurut MAPIM.

    Peguam negara mestilah orang yang mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bagaimana belau akan menasihati YDPA jika beliau sendiri tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik ?

    3. Beliau adalah peguam kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Di dalam buku beliau, pada tahun 2013 beliau mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng dibawa pulang dan ditanam di Malaysia.

    Dalam buku yang sama juga, Chin Peng disifatkan sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka”.

    Sungguh ironi bagaimana orang akan dilantik sebagai peguam negara itu adalah orang yang menyanjung tinggi musuh negara suatu ketika dahulu.

    4. Beliau menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara sebagai tiada asas dalam perlembagaan dan undang-undang (Anything But The Law, 2016)

    Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang sudah jelas termaktub di dalam perlembagaan sengaja diseleweng tafsirannya untuk kepentingan golongan hak sama rata.

    5. Pada 1 Feb 2014, beliau pernah mempertikaikan kuasa raja-raja dalam krisis perlantikan menteri besar Selangor.

    6. Beliau mempertikaikan keputusan Mahkamah dalam kes kalimah Allah (Malay Mail, 25 Okt 2013).

    Ketika mana umat Islam berjuang mempertahankan kesucian kalimah Allah daripada menjadi permainan halus dakyah kristian, Tommy Thomas terus menjadi barisan hadapan yang mempertikaikan keputusan mahkamah pada ketika itu.

    7. Beliau adalah bekas peguam yang mewakili Lim Guan Eng, Menteri Kewangan sekarang dalam kes isu banglo yang disiasat oleh SPRM.

    Jika Tommy Thomas menjadi Peguam Negara, ia akan bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat. Situasi ini membabitkan kepentingan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan yang sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang mana kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara. Sudah tentu ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

    -------------------------

    Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu diisi daripada kalangan hakim-hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

    Di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan Yang Di Pertuan Agong menaiki takhta dengan bersumpah dengan nama Allah antara lain memelihara agama Islam pada setiap masa. Ia menjadi tanggungjawab berperlembagaan bagi Yang Di Pertuan Agong memelihara Islam pada setiap masa.

    Oleh itu setiap lantikan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong, orang yang dilantik itu mestilah berupaya antara lain memelihara Islam pada setiap masa.

    C/P dari Abdul Malek Othman

    ReplyDelete
  7. Sdr admin...cuba dapatkan peratus undi yg diterima oleh setiap parti yang bertanding pru 14...

    Kalau berdasarkan kerusi yg diperolehi Dap dan Pkr undi cina yg paling banyak diterima oleh PH yang dipimpin oleh tun mahathir...undi melayu kekal kepada Umno dan Pas...

    Jadi ini fakta bahawa majoriti melayu sudah kurang terima tun mahathir...

    Kalo tun bertanding sendirian tun dan partinye bungkus ...tiada lagi kehebatan tun mahathir

    ReplyDelete
  8. Aamin..
    Allah yg sedang merestui doa Rakyat, yg tidak terus sanggup dgn puak yg rakus munafiqun amal mungkar. Lesen besar jual agama dan bangsa sudah tak laku.

    Biar Zionist laknat shj yg terus taksub berpaksi pd agama dan keturunan dan bangsa.Melayu tak bodoh begitu,walau ada gerakan mentotok dan menjumudkan Melayu.

    Moga Cacai sakibaki Taek umno dan Pas yg taksub jumud totok sempat sedar.
    Hidup Tun M.

    ReplyDelete
  9. Ya.sokong kd.tun mmg hebat..itu pn perancangan Allah...tapi usia tk menongkat langit.satu hari ke liang lahat...itu pn perancangan Allah..lepas tu..siapa pula yg mengengam tmpuk pemerintahan....inshaAllah la 10 tahun..atau 15 tahun..ada ka lagi usia tun..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...