Monday, February 23, 2015

Penjarakan Anwar - Malaysia dapat balasan cuaca panas..

Nak tahu kenapa cuaca panas sekarang ...ini semua gara-gara salah UMNO kerana memenjarakan Anwar Ibrahim Al-Anu-Gerah...

Usaha pembangkang untuk membebaskan Anwar sangat di alu-alukan demi kesejahteraan rakyat...

Any komen !!

Sunday, February 22, 2015

Ukur kredibiliti mereka..

Anwar Ibrahim - bukan setakat bohong, nafi tapi auta, sebab dia berkawan dengan Lim Kit Siang bapa kepada Lim Guan Eng.

Nurul Izzah - terbukti pembohong juga.

Najib - (?)


Sirul - (?)

Mahfudz - (?)

Bloggers - lagi lah tak boleh dipercayai (?) hanya sebahagian kecil yang ada kredibiliti, yang lain makan gaji ikut cakap tuan, yang bebas - syok sendiri.

Pengomen anon - hahaha ...lu fikirlah sendiri..

Elok kita lebih banyak jadi pemerhati dari pengomen sebab mereka ni pakar dalam bidang masing-masing

Politik bukan saja kotor tapi utter rubbish..

Ramai yang tidak berkesempatan.

Alangkah baiknya kalau belanja 1MDB digunakan untuk membina banyak lagi tol membolehkan ramai lagi rakyat berjihad.

Bagaimana kalau pembayar tol itu bukan Islam, nak sebut apa pula...

Aduh..nanti dituduh rasis pula.
....
Kalau nak berjihad semasa jem di tol..jangan merungut..kurang pahala jihad.

Kalau mati accident semasa berebut-rebut di pintu tol atau bawa laju sebab nak segera sampai tol untuk berjihad..itu mati syahid kot !!!

Apapula status GST !!! Jihad first class.. (?) 

Bagi mereka yang sokong bayar tol itu satu jihad,  dengan alasan mereka sendiri, silakan...teruskan... yang penting jangan paksa orang lain setuju dengan pendapat mereka !!! Tak perlu kepedasan..  


# Bagi mereka yang cari kebenaran dan ketenangan hadirlah ke forum KJ/Shafie dalam majlis liberal membuka aib..




Saturday, February 21, 2015

Jika mahkamah sudah hilang integriti, di manakah penyelesaian terbaik..balik ke hutan (?)

Mahkamah di Malaysia bukan jalan penyelesaian terbaik kini memandangkan timbul pelbagai persaolan selepas seuatu hukuman dijatuhkan.

Mahkamah memberi ruang dan peluang kepada masyarakat luar untuk menghidu kelemahan mereka.

Seolah mahkamah tidak diberi gambaran yang betul oleh pihak pendakwa dan peguambela malah dalam satu tahap mahkamah juga seolah tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Lebih rela membiarkan diri disuap. Tanggungjawab kepada masyarakat seolah bukan menjadi tanggungjawab mahkamah.

Jika mahkamah sudah hilang integriti, di manakah penyelesaian terbaik..balik ke hutan (?)

Friday, February 20, 2015

Tanpa Anwar - UMNO macam kaku..Sudah muak bro !!!

Sebelum dan selepas dipenjarakan - lagu "Anwar" masih dimainkan walaupun dalam nada yang
berlainan. Cerita lubang kunyit masih mendapat tempat pada semua penyokong dan pemimpin UMNO untuk dibacakan dan diulangtayang tanpa jemu.

Mungkin itu sahajalah perjuangan UMNO sehinggakan Pemuda UMNO sanggup menjajanya sekeliling negara sekadar untuk menceritakan berapa panjang, berapa keras, berapa besar atau macam-macam lagi tentang zakar Anwar.... Sekadar itukah pengisian KJ selaku Ketua Pemuda UMNO yang dipilih !!! Bekalannya untuk menjadi 3 Naib Presiden Kanan pada masa hadapan..

Suara tentang perjuangan untuk peniaga kecil Melayu bagaimana? Pembelaan tentang usahawan Melayu yang bangkrupsi bagaimana? Malah masih ada lagi ratusan isu dan perjuangan yang berkualiti perlu diberi perhatian..

Orang Melayu dan Islam tidak akan bangun berkembang maju sekadar didendangkan dengan lagu anwar itu dan ini...sudah muak bro..




Thursday, February 19, 2015

KJ wajib bersihkan nama PM..

Memberi satu dua penjelasan dalam satu dua majlis berhubung perbicaraan anwar boleh dianggap logik dan perlu.

Selebihnya biarlah skirp penghakiman menjadi saksi untuk sama-sama dinilai.

Apabila tiba-tiba KJ cuba menjuarai bersama Shafie untuk satu konsert mengaibkan individu yang bernama anwar yang sudah dipenjarakan tentunya sesuatu yang pelik. Anwar telah melakukan satu kesalahan yang telah dihukum..apapula satu lagi hukuman pencercaan yang sedang dijalankan atas nama UMNO?

Sedangkan dari awal lagi UMNO menafikan ada konspirasi politik untuk menjatuhkan anwar tetapi kenapa pula sekarang pentas politik dipergunakan. Macamana nak percaya tidak ada konspirasi?

Apakah Shafie menerima jawatan Timbalan Pendakwaraya dalam satu bentuk bayaran pakej iaitu mewakili kerajaan di mahkamah kemudiannya diikuti dengan majlis penerangan.

Bagaimana pula KJ tiba-tiba muncul sebagai Menteri Pengiring sedangkan sebelum ini dialah orang pertama yang menyambut anwar selepas dibebaskan di zaman bapa mertuanya berkuasa. Apakah KJ ingin menebus kesilapannya yang lalu.

Atau keseluruhannya mereka sedang cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu-isu yang bakal muncul kelak seperti pendedahan sirul dalam kes pembunuhan altantuya ???

Bagaimana pula tiba-tiba Najib begitu cepat responsive dan termelenting dengan pertanyaan wartawan hingga spontan mengatakan ianya satu yang karut kedua polis itu diarah untuk membunuh altantuya. Dari mana najib tahu ia bukan arahan sesiapa !!!

Kalau arahan itu datang dari Anwar - bukankah itu menguntungkan politik Najib - kenapa cepat menafikan ???

Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan minta PDRM siasat semula !!!
Bukankah sepatutnya ini perjuangan KJ mencari kebenaran siapakah 'sibangsat' itu yang tergamak membuat arahan pembunuhan. Kenapa sangat begitu penting wanita itu dibunuh, apa rahsia yang disimpannya !!!







Tuduhan Anwar bahawa ada konspirasi politik menjatuhkannya tidaklah seberat mana jika dibandingkan dengan tuduhan Najib turut terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. KJ wajib bersihkan nama Najib sekaligus mencapai cita-cita peribadinya.


Kenyataan Media
20 Februari 2015
Pendedahan Sirul, PM Usahlah Gelisah, Hanya yang Makan Cili Sahaja yang Terasa Pedasnya.
1.     Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengatakan pendedahan terbaru Sirul berkenaan kes Altantuya itu adalah “mengarut”. Sungguh menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa.?
2.     Sewajarnya, apabila Sirul berani membuat pendedahan terbaru dalam kes misteri ini maka Perdana Menteri wajar menyatakan kepentingan untuk menyiasat dan membicarakan kembali kes ini. Kita tidak boleh menafikan kebarangkalian Sirul sudah berani membuat pendedahan itu kerana dia berada di luar cengkaman dan tekanan yang diberikan oleh pihak berkuasa di Malaysia.
3.     Pihak berkuasa wajar menyiasat kembali kes ini berpandukan kenyataan Abdul Razak Baginda yang mengatakan kes Altantuya ini hanyalah kes biasa yang sengaja disensasikan sedangkan pada masa sama di dalam wawancara The Malaysian Insider itu, dia sendiri mengaku mengenali dan pernah diugut oleh Altantuya atas sebab peribadi. Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga ada berkata hanya suspek utama yang tahu motif kes ini tetapi sudah pun dilepaskan. Terbaru Tan Sri Musa juga membuat gesaan agar kes ini disiasat semula mengambilkira apa yang didedahkan oleh Sirul.
4.     Sirul juga mendakwa “orang penting yang mempunyai motif masih bebas” dan dia hanyalah menjadi mangsa kambing hitam. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat wajar menyiasat  dahulu kesahihan apa yang dikatakan Sirul ini sebelum terus menafikan sebegitu sahaja demi mempertahakan imej ketelusan dan keberanian PDRM untuk bertindak tanpa memilih bulu. Pihak PDRM boleh sahaja menghantar pegawai penyiasat ke Australia tanpa menunggu Sirul dibawa pulang ke Malaysia untuk menjalankan siasatan semula terhadap kes ini.
5.     Justeru, saya menegaskan kembali agar PM dapat membuat gesaan agar kes ini disiasat dan dibicarakan kembali demi menegakkan keadilan dan mengelakkan penindasan kepada pihak yang di bawah. Usahlah PM resah gelisah kerana bak kata pepatah “orang yang makan cili sahaja yang terasa pedasnya.
Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS


Ratusan sebab Najib tidak perlu berundur..Mesti baca


Kenapa perlu sokong Najib.

Hanya yang buta atau pekak sahaja mungkin yang tidak boleh melihat kenapa Najib perlu kekal.
Kepada mereka yang selalu sangat gesa Najib berundur, tolong buka mata luas-luas.

Setia kepada pemimpin
Najib ada wawasan
Najib pandai ekonomi
Najib adil dan samarata
Najib dipuji serata dunia
Najib ada diplomasi tinggi
Kasihan kepada Najib
Najib difitnah
Najib prihatin
Najib sayangkan bangsa
Najib dahulukan rakyat dari keluarga
Najib telus
Najib jujur
Najib amanah
Najib mendengar rakyat
Bersatu padu sesama melayu
Najib hebat
Najib tak gila kuasa
Najib tak gila pangkat
Najib bersih
Beri peluang kepada Najib
Najib bangsawan berjiwa rakyat
Najib meneruskan legasi Tun Razak
Najib bertungkus lumus bekerja untuk rakyat
Toleransi Najib Tinggi
Najib Melayu Liberal
Najib didengki kerana lebih berjaya



Banyak lagi...

Iklas
Kluangdiamond.

Jangan percaya ulasan dibawah:

#  Berdasarkan tinjauan responden Berita Semasa melibatkan ruang undian yang BS buka seperti di sini (Berpuas Hati Dengan Prestasi Datuk Najib Razak Sepanjang Menjadi Perdana Menteri Malaysia?), sejumlah 69.5% mahukan Najib Razak letak jawatan.

# Mahathir mungkin nyanyok tetapi bagaimana kalau tidak..


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...