Sunday, April 18, 2010

Kamalanathan tidak terkejar Zaid..

TERKINI DAN KEMASKINI:
Beberapa pemimpin atasan BN menyeru supaya serangan peribadi berhubung 'kaki minum' ke atas Zaid diredakan sertamerta -
kenapa???

ASAL:

Pengakuan Zaid mampu mengaut ribuan dan majoriti jumlah undian meninggalkan calon BN.

Bolehkah Kamalanathan mengikut jejak Zaid ...

Contoh: memeluk Ugama Islam

Melayu dan Islam adalah faktor penting yang harus di ambilkira oleh pengundi Hulu Selangor yang kehausan calon dari PAS atau UMNO.

HULU SELANGOR 18 April - Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat. Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa berkempen dari rumah ke rumah di Kerling di sini.

Zaid berkata, apa yang membezakan antara beliau dengan pemimpin lain ialah beliau tidak bersikap hipokrit.

"Kalau orang tanya kes-kes tertentu, mereka kata terlalu kecil. Tetapi bagi saya, saya jawab. Saya percaya rakyat Hulu Selangor boleh menilai manusia Zaid Ibrahim ini sama ada dia layak jadi wakil rakyat. Kalau layak saya menanglah, kalau tak layak, tak layaklah,” katanya.

Zaid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beliau adalah seorang kaki botol tegar seperti dilaporkan oleh beberapa blog. - Bernama

TERKINI
http://khairulryezal.blogspot.com/2010/04/terkini-dan-sensasi-dr-halili-akan.html
http://justread-whatever.blogspot.com/2010/04/independent-chandran-to-pull-out.html

Palani dan Dr Halili adalah dua watak yang sama, merajuk bila tak dapat sesuatu.
Chandran adalah watak lama dan basi yang 'masih laku'

15 comments:

  1. Rasa nye dia berkata begitu nak tunjuk ikhlas lah. Apa pilihan lain yang dia ada? Nak nafikan daah tak boleh lagi.

    ReplyDelete
  2. salam Kluangman (diamond ?? masuk MLM ke ? )

    Zaid buat macam penganut Kristian, kalau dah mengaku kesalahan, kira 0-0 balik ah. Bodoh punya Melayu..

    ReplyDelete
  3. adf5650 dan dinturtle: Tolak isu politik dan Zaid.
    Dalam pemahaman saya, apabila seorang Islam bertaubat nasuha atau memeluk ugama Islam, maka segala dosa lamanya atau kesah lamanya sudah tidak boleh dipertikaikan lagi.

    Cuma soal samada taubatnya diterima atau tidak, samada dia ikhlas masuk Islam atau tidak, itu antara mereka dengan Allah S.W.A

    Tetapi bila kita silang rujuk dengan politik dan Zaid...terseliuh lidah dibuatnya.

    (MLM - Menulis Larut Malam):)

    ReplyDelete
  4. kalau zaid ibrahim,boleh timer.tapi kalau calon BN,hantam sampai mati walaupun mungkin dorang da bertaubat...maksudnya...aku boleh buat,ngko tak boleh.TINDAKAN MENGHALALKAN CARA....inilah kehebatan ALJUBURI...KOKOK BERDERAI-DERAI,EKOR BERGELUMANG TAHI...

    ReplyDelete
  5. Dalam Pakatan Pembangkang - mereka ada Nik Aziz sebagai stabilizer, pakar rujuk - termasuklah masuk syurga ke tidak.

    Dalam BN - siapa yang seperanan Nik Aziz?

    ReplyDelete
  6. Hypocrites like to point fingers at others while not correcting themselves. We say that Datuk Zaid likes to drink; well that is his sin with Allah SWT unless he does it in public with a nonchalantly attitude. But most of the BN Leaders (Party and Divisional) specially u know who; have sinned against Allah and the Rakyat. Why don't they insaf!!!!!!!!. So don't talk big. Insaf 1st then talk. No wonder we Muslims especially (50 - 70)% and Asians for that matter has no ehsan.

    ReplyDelete
  7. Anwar bila nak taubat.. nak bersumpah pun takut

    ReplyDelete
  8. Dalam BN , Nik Aziz setaraf dgn Samy Vellu jer.

    ReplyDelete
  9. Who are those in BN that you meant. Name them! We are all ears and eyes here.

    ReplyDelete
  10. Bukankah fitnah, zina, rasuah, judi dan alkohol itu antara dosa besar dalam Islam..

    ReplyDelete
  11. Kluangman..berkatalah secara jujur..kerajaan BN lantik ramai mufti-mufti yang menjadi pakar rujuk..bukan dalam PR hanya seorang saja jadi pakar rujuknya..itu pun..kata-ktata nya ikut keadaan..kalau BN untung kata haram..tapi kalau PR rugi..salah..dikatanya juga halal..Allah swt maha mengetahui..hjidup ini hanya sementara saja..semantara kita boleh bertaubat..taubatnya sebelum pintu ttaubat di tutup oleh Allah..

    ReplyDelete
  12. Ada orang kata bila Anwar nak taubat. Taubat apa? Adakah awak tahu apa dosa dia dan adakah dia belum taubat. Jangan jadi "silly". Taubat is not yours to question!!!! it belongs to Allah SWT. For those in the BN we can see clearly some of their errors, unexplained or non explainable wealth period. Insaf!!!!! kepada Allah SWT dan Rakyat.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih kepada semua.

    Apa yang berlaku di Hulu Selangor, saya anggap 'huru hara' di kedua belah pihak terutamanya di Pakatan Pembangkang sangat ketara kerana asakan yang bertalu dibuat oleh BN.

    Serangan peribadi secara melampau ke atas Zaid hampir makan diri ke atas BN dan kini beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya perkara ini diredakan.

    21hb April adalah 'tarikh keramat' untuk Pembangkang kerana Nik Aziz akan datang berkempen untuk memberi sokongan moral yang berbentuk fatwa dan panduan khususnya kepada tenaga kerja PAS yang masih berpeluk tubuh. Tanpa suntikan Nik Aziz, undi Melayu masih berlegar di atas pagar.

    Ketika pembangkang ketandusan modal berkempen kecuali APCO, Kamalanathan bagai seekor kambing yang terlepas tali, begitu galak masuk kampung keluar kampung, masuk ladang keluar ladang, habis segala rumput, segala pucuk, segala ulam diragutnya. Pengantin terlebih berhemah. Ini tidak mampu dilakukan Zaid dengan gaya 'elitnya'.

    Kekuatan BN kini ialah kerana dapat menjinakkan Samy Vellu dan Najib dilihat begitu unggul dipatuhi sedangkan di PKR sendiri, Anwar dalam krisis identiti dan keyakinan.

    Sepatah kata Hadi, keputusan di Hulu Selangor adalah bakal mencerminkan keputusan PRU13 dan senario sekarang akan membuatkan pemimpin PAS sudah bersiap sedia untuk beransur berundur ke belakang dan secara senyap2 menghilangkan bayang dan diri.

    ReplyDelete
  14. kamu main ngelat lat kluangbird.
    kalau kamu kluangdiamond, abis aku remgold macam mana? dah jatuh status ni!
    camni kena tukar nama blog: remplatinum.
    heehee.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...