Tuesday, April 27, 2010

KJ ke kabinet...


Sudah sampai masanya KJ dilantik ke jawatan sekurang kurangnya Timbalan Menteri di dalam kabinet Najib yang akan disusun semula bila bila masa atas beberapa perkembangan mutakhir. Tidak memeranjatkan juga jika Kamalanathan turut dilantik ke satu jawatan yang penting.


Suka atau tidak, atas kapasiti Ketua Pemuda dan atas 'kesetiaannya' kepada Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri, KJ wajar diberi peluang dan peranan serta tanggungjawab. Adalah tidak wajar masih terus menyalahkannya atas kesilapan masa lampau dan kesilapan Paklah lalu terus menghukumnya tanpa diberi peluang menunjukkan kebolehan.

KJ adalah aset...samada UMNO mahu menggunakannya atau membiarkan orang lain menggunakannya pada suatu masa nanti. KJ adalah seorang 'askar berani mati' samada digunakan untuk menyerang musuh atau dia terpaksa menyerang tuannya untuk terus hidup.

Jika rupa bentuk dan moral Zaid yang sebegiturupa boleh diterima oleh lebih duapuluhtiga ribu pengundi Hulu Selangor tentulah 'sejarah' KJ boleh dipadamkan dan diterima baik oleh jutaan ahli UMNO dan ia terus kekal di Rembau sebagai ahli Parlimen dan wajar dilantik ke kabinet Najib.

Semuanya belum terlambat walaupun sudah lewat.

Jika isu rasuah, duit, saham, kroni, campurtangan dalam urusan Perdana Menteri masih mahu dibelengu ke atas KJ...saolannya...apakah semua itu tidak terdapat dalam kepimpinan Najib sekarang? Bukankan campurtangan sekarang lebih jelas dan terpampang setiap hari malah ada editor kanan yang meletak jawatan atas campurtangan tersebut?

Kenapa pula Tun Mahathir boleh tutup mata atas campurtangan tersebut..

15 comments:

  1. BETUL JUGAK...KITA NAK CARI YG BERSIH AJE MANA NK CARI SEKARANG.ISA SAMAT PUN ORG DAH TERIMA.KITA ASIK CARI SALAH SESAMA KITA,ORG LAIN TAK KIRA BALON AJE JANJI ADA SOKONGAN.CHUA SOI LEK PUN SELAMBA AJE
    PKR,DAP,PAS LAGI TERUK.TAPI DIA ORG TAK KIRA.BELASAH SAJE .KITA NI PULAK MEMILIH SANGAT.NAK YG BAIK2 BELUM TENTU BUAT KEJA.PENUH DGN ANDAIAN2 SAJA TTK KJ TU.AKUPUN BUKAN SETUJU SANGAT DGN KJ TU,TAPI TENGOKKAN MCA DGN GERAKAN DAN MIC,APALAH SUMBANGAN DIA ORG.UMNO PERLU KUAT DAN NAMPAK KUAT UTK TERUS DIHORMATI KAWAN DAN LAWAN.
    BURUNG TAK BOLEH TERBANG TANPA SAYAP YANG KUAT...BERTINDAK SEKARANG!

    ReplyDelete
  2. Lantiklah, lepas tu lingkup umno.

    ReplyDelete
  3. Buktikan dulu dia mampu tundukkan cina pengkhianat...baru aku syor dia jadi menteri!

    ReplyDelete
  4. Semua ketua dan naib ketua pemuda dan putri parti komponen BN mempunyi jawatan dlm kabinet.aku pun tak lah terlalu sokong sangat kat kj ni.Kita semua dah nampak kesilapan dia masa era pak lah memrintah so apa salahnya kj dimasukan dlm kabinet sapa tau di berkhidmat dgn cermerlang.Aku percaya DS Njaib dan para2 menteri senior akan memantau perkhidmatannya.
    Kalau nampak perangainya balik seperti dulu atau pun perkhidmatan tak sebagus mana buang saja.Sekurang kurangnya dia dah di beri peluang untuk membuktikan kebolehaannya.Jika berjaya kita semua juga yg untung jika tak kita suruh dia duduk diam habis cerita...

    ReplyDelete
  5. HIDUP KJ! SOKONG SOKONG SOKONG!

    ReplyDelete
  6. saya pun memamg menyampah giler gan KJ,tapi bila kita tenguk dia betul betul saya rasa dia patut di beri jawatan dalam kabinet ,saya rasa dia mesti nak buktikan apa yang orang kata itu tak betul.Hello biar betul nak cari yang bersih !!!!!!!!!!!!!! Sapa bersih ,saya pun kalau ada power pun mmg tak bersih ,besar kuman pun mesti bengkok jugak bro .Hidup kan melayu KJ,hidup kan UMNO ,kalau kau anak Jantan sahut cabaran ,jangan lah jadi MRS KAYJEE pulak huhuhuhu buktikan yang kau anak OMAK bro.

    ReplyDelete
  7. Kalau kau bolih bangkitkan Melayu dan naik bangsa dan ugama kita ,caya lah AKU akan amik semua putera puteri anak anak muda di Kampung Melayu Ampang masuk UMNO .kalau lah kau bolih buktikan bro.

    Zuraidah ,pusat Dialesis kat sebelah Dewan Dato Tahir ,Ampang Kg Melayu tu ,untuk kau syok sendiri ke ,hari hari aku lalu siang malam taksapa pun masuk ,cuma kau dan pencacai kau je kat situ ,memang sah kau giler publisiti murah ,menyesal aku masuk PKR yang aku tak sengajakan ,huhuhu tgu aku balik dari UK aku withdrawl. Padan lah kau ni singaporian kiasu perasaan giler .peei dahhhhhhhhh

    ReplyDelete
  8. Poh dah....Bapak dah chow...anak bila lagi...???

    ReplyDelete
  9. 2'nd anymous said
    Lantiklah lingkup UMNO

    Rasa-rasanya UMNO sekarang dah pon LINGKUP.
    UMNO sekarang bukan lagi 'United Malay National Organisation' tetapi sekarang sudah jadi 'United Malaysian National Organisation' ,sebab itulah UMNO dah lupa Melayu.
    Sokongan Melayu sudah tidak penting lagi bagi UMNO ,undi melayu bukan undi penentu kemenangan ,pendekatan UMNO lebih kapada undi penentu 'tangapan popular UMNO' yaitu undi Cina dan India.
    Orang Melayu sekarang tidak mempunyi landasan yang sempurna dalam memperjuangkan nasib mereka,masih tercari-cari kesitu tak jadi kesini tak bolih harap.
    Orang Melayu sekarang berada dalam delima yang amat serious.

    Menyentoh soal KJ ,ada ke lagi orang Melayu yang masih serious dengan 'perjuangan Melayu' yang sampai sekarang belum sempurna penghujongnya.
    Perjuangan orang Melayu yang paling agong, mendapat kemerdekan bagi tanah Melayu dengan memberi berjuta kerayatan kapada kaum pendatang.
    Irama yang bagimana harus ditarikan !.


    1sekolah >1bahasa >1 Malaysia

    ReplyDelete
  10. Setuju! KJ is still a force, dia cerdik dan politiknya kian matang dan rakyat sudah mula teruja dgn KJ. Aku sokong KJ.

    ReplyDelete
  11. Boleh

    Bagi orang yang gelojoh tahap anuwar ni bagi pos kementerian baru. Kementerian ynag sama taraf dengan cold storage. Janji taraf menteri.

    Budak ni billionaire. Ingat tuh. Yang nak dijaga Melayu majoritinya. Melayu ni mudah kena beli dan perkataan tak apa tu masih tebal dalam kepala otak kita.

    Mula mula nak duit... dah dapat. LEpas tu nak kuasa.... suku dah dapat. Bila masuk dalam... jeng jeng jeang... setakat 50/60J di sedekahkan, impactnye besar bro.

    Anggap je Slumberjack tu masa jadi PM tidur 24/7 365 hari x 5 tahun. Budak ni yang jadi PM sebenarnya. Dah nampak kehancuran yang mampu dibuatnya, kau bayangkan dia duduk betul betul seat PM....!

    Kalau dia dapat kabinet pun, sebab telor Najib dia dah lama pegang... (itu rahsia siang hari)

    Hancus.

    ReplyDelete
  12. KJ ke kabinet ? Apa yang hang hairan, Kluangman?

    Masa Pak Lah dulu dia pun part of the cabinet yang buat keputusan.

    so what is the issue now ?

    ReplyDelete
  13. Kalian, KJ bukan yang terburuk dan sudah pasti lebih jauh dari yang terbaik berdasarkand rekodnya tetapi kalau kita ada ayam sereban, lebih baik kita sudah kenal mana musangnya.

    Dari membiarkan musang liar di luar lebih baik jinak dan tambat musang di dalam, apa apahal mudah dibedal kalau merosak.
    Kekebalan KJ, pengaruh dan kuasanya semasa di zaman Paklah telah berlalu dan dia sekarang hanya seorang anak muda yang sekadar jutawan sebagai satu kelebihan. Dalam soal membeli dan kena beli, tunjukkanlah di kabinet Najib, mana satu yang buta dan pekak pulus. Majoriti jenis pijak semut tak mati.

    Sambung kemudian..

    ReplyDelete
  14. Bye bye kluangman, barangsiapa yang bersengkokol dengan pengkhianat maka dia jua pengkhianat bagiku!

    ReplyDelete
  15. ya ya setuju setuju!! KJ jadi janitor parlimen!!

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...