Saturday, September 10, 2011

Pengguna masuk perangkap dan dipermainkan...

KUALA LUMPUR 10 Sept — Syarikat telekomunikasi (telco) diminta mempertimbangkan semula cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar sebelum isu itu dibawa ke Kabinet, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya sudah janji bawa perkara ini ke Kabinet tetapi saya harap telco mempertimbangkan dulu sebelum perkara ini dibangkitkan (dalam mesyuarat Kabinet),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bank Rakyat di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, isu menaiktaraf perkhidmatan telco telah berkali-kali dibangkitkan tetapi ia masih tidak diambil berat malah secara tiba-tiba telco mahu menaikkan bayaran perkhidmatan itu kepada rakyat. — Bernama

Telco pula sengaja menyerapkan cukai perkhidmatan bagi 'menjinakkan' pengguna untuk mengguna prabayar dengan pelbagai promosi dan hari ini jumlah jutaan pengguna telah terperangkap dengan keputusan ini? Adalah wajar hanya pengguna mudahalih prabayar yang berdaftar selepas 15hb september sahaja dikenakaan.

1 comment:

  1. Kerajaan boleh bantu rakyat jika slogan rakyat diutamakan menjadi pegangan. Caranya liberalkan industri telekomunikasi di negara kita. Jangan bagi lesen kepada 3-4 peserta sahaja. Jemput syarikat-syarikat asing masuk menyertai. Dalam keadaan sekarang, 3-4 peserta ini seolah-olah diberikan perlindungan sebab itulah tamak haloba menguasai entiti mereka. Mereka boleh "charge" apa saja sebab pengguna prabayar tidak ada pilihan.
    Kesimpulannya, kerajaan berilah peluang kepada pengguna untuk ada pilihan daripada tidak ada pilihan.

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...