Kalau nak pangkat datuk , pemimpin Pas pun berebut nak pergi depan istana-Mat Sabu
'Kalau Pas tak ambil, Umno akan ambil'-MalaysiakiniPAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu.
"Bila
 kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap 
(Datuk Seri) Najib (Razak) bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna 
dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal.
  
"Maknanya
 bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di
 Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu 
temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Mohamad 
menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan 
masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik 
Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan.
ADUN, exco tak boleh pohon tanah 
"Dari
 segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada Tok Guru 
(Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang 
vokal terhadap pentadbiran PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa
 di negeri itu pada 1990.
Penceramah popular itu juga menegaskan,
 PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi 
meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai.    
"Misalnya
 anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, 
berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon 
dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh 
PAS. 
 
"Setengah bercakap kalau 
PAS tak ambil, Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda 
macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya
 lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan 
beliau dilihat sebagai "pro-DAP."
  
Mohamad
 yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata 
demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber
 balak di negeri berkenaan. 
Berebut untuk dapat 'Datuk' 
  
Satu
 lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan 
pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada istana – sikap yang 
dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme.
"Penyanyi
 menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P 
Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh 
kepala Datuk.  
"Kalau gelaran 
Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang 
depan istana', saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana,"
 katanya.
 
Mohamad yang popular 
dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini 
menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat 
keperluannya. 
  
"Saya tolak 
buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat 
masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak 
tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak 
dua kali.
Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad.-Malaysiakini

No comments:
Post a Comment