Friday, October 20, 2017

APA UNTUNGNYA SOKONG NAJIB (?)

Sebahagiannya sokong kerana dapat habuan dan cari makan, ada pun yang sudah mengaku.
Apa kategori gOlongan ini.

Ada sebahagian menyokong kerana dipaksa, bimbang dan takut. Semoga mereka diberi kekuatan.

Sebahagiannya, menyokong dengan ikhlas atas dasar parti yang sudah banyak berjasa. Mereka suci dalam debu.

Rakyat bukan sahaja setakat menyokong Najib tetapi telah mrmberinya mandat sebagai ketua kerajaan, PM tetapi apa yang dia buat atas amanah yang diberi.

Hari ini rakyat yang sama, bangun untuk menilainya sekali lagi dipeti undi. Teruskanlah ugutan, hasutan dan gula² pilihanraya jika kerajaan rasa tergugat dan tidak punya kekuatan dan rekod perkidmatan yang baik.

Lakukanlah segala kemungkinan untuk menyelamatkan diri selagi mampu.
Teruskan...



24 comments:

  1. Apa pula untung nya sokong Lim Kit Siang dan DAP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dpt jatuhkan pemimpin bangsat kleptokrat yg hari2 duk laung demi melayu

      Delete
    2. Tak habis-habis lagi ke tersedak DEDAK bro?

      Delete
    3. Buat masa ini, Lim Kit Siang & DAP disokong sbb mereka ada pendirian. Bukan Lim Kit Siang/DAP yg cetuskan skandal 2.6b, 42j, FGV & 1MDB.

      Delete
    4. Buat masa dulu dn kini.. DAP adalah Lim Kit Sial dn Lim Kit Sial adalah DAP yg konsisten ahli dn partinya beragenda kianat Islam.. Kianat Melayu dan Raja Raja Melayu..

      Luaskn kpd sudut pandangan yg lebih besar dn penting.

      Adakah jika duit negara bertambah tp Islam dihina.. Dipermain mainkn hukumnya dan diperlekehkn Nabi Nabinya ITU lebih utama dn terpenting?

      Jika benar Najib curi duit sekalipun.. Adakah kafir harbi yg menjadi ketua kpd puak kianat Islam tersebut adalah lebih baik?

      Delete
    5. MO1 & Jho Low laknatullah mentekedarah Wang Rakyat dan Negara malahan seluruh dunia mengetahui perkara ini.

      Delete
    6. Bukti-bukti yang diberikan oleh macai-macai Madey kepada pihak berkuasa negara-negara seperti Amerika, United Kingdom, Switzerland, Singapura dll gagal untuk mengaitkan penglibatan Najib dalam pengubahan wang haram kononnya wang daripada 1MDB.

      Macamana tidak gagal? Bukti-bukti yang diberikan merupakan bukti-bukti auta. IPIC yang mengadu kehilangan wang, mengapa hendak mengaitkan Najib dan 1MDB. Jadi itu merupakan satu fitnah yang terancang!



      Delete
  2. Jangan dukong dan sokong kemungkaran tanpa pilih bulu, warna, kaum dan ugama.

    Jangan kompromi pada yang mungkar sekadar sekulit dengan kamu.

    ReplyDelete
  3. Betul gak...apa untong nya sokong DAP ngan Madey...ya sgt anak dia semua tak sampai separoh abad harta dah macam Qarun..22 keturunan tak habis

    ReplyDelete
  4. Apa la korang ni.Dok ceter hal keburukan orang jer. Cer tengok macam mana DS Najib sedang bekerja untuk kesejahteraan rakyat dan negara.walau dikutuk dan dicaci DS Najib tetap istiqamah bekerja membangunkan negara.DS Najib pun ada anak dan keluarga. Tak kan ler DS Najib nak tinggalkan negara yang kacau bilau dan tak stabil untuk anak cucu dia. Negara yang stabil juga ler yang akan diusahakan dan ditinggalkan untuk kita semua.Sudah ler bercaci maki, mari ler kita bekerja untuk kesejahteraan Malaysia.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Sesetengah orang dengan yakinnya akan berkata 'sekiranya aku hidup di zaman Nabi Musa a.s dan Firaun sudah tentu aku akan menyokong Nabi Musa dan menentang Firaun". Benarkah kata-kata itu atau sebenarnya hanyalah kepalsuan semata.

    Mari kita renung balik hakikat duniawi di antara Nabi Musa a.s dan Firaun.

    1. Firaun amat berkuasa. Seluruh jentera kerajaan tunduk di bawah perintahnya. Ada pula Nabi Musa hanyalah seorang manusia yang kaumnya sendiri pun diperintah oleh Firaun. Nabi Musa tidak mempunyai apa-apa kekuasaan duniawi pun. Apabila Nabi Musa dan Harun berdakwah mereka berkata "patutkah kami percaya kepada dua orang manusia seperti kami sedangkan kaum keduanya tunduk kepada kami?"

    2. Firaun bukan saja amat berkuasa tapi juga amat kaya raya. Dedak? Jangan cakaplah, boleh ditabur bila-bila masa pun. Asal mahu ikut perintah Firaun jangan dirisaukan tentang harta duniawi. Pedulikan penindasan Firaun ke atas rakyat teramai, yang penting Firaun punya dedak yang banyak yang boleh ditabur. Hatta ahli sihir pun bertanya tentang 'ganjaran' sekiranya dapat mengalahkan Nabi Musa as. Malah Qarun yang kaya-raya itupun adalah pengikut Firaun. Stok dedak yang berkekalan ada di pihak Firaun. Ada pula Nabi Musa hanyalah seorang petani yang hidupnya cukup-cukup makan saja, tak punya sebarang dedak untuk ditabur bagi mendapat sokongan.

    3. Bukan saja dedak, malah kekuatan ketenteraan Firaun juga amat hebat. Dengan Perdana Menterinya Haman boleh memerintahkan tentera yang hebat ini, hukum akal mengatakan bahawa Nabi Musa dan Nabi Harun tak mungkin akan memenangi pertarungan dengan Firaun dan konco-konconya.

    Maka sesiapa saja yang memilih dedak duniawi berbanding memilih kebenaran, sedang ia tahu dan sedar akan hakikag itu, dan cuba memujuk dirinya untuk berkata sebaliknya, konon alasannya ialah 'demi agama Islam aku rela' maka sesungguhnya ia tidak layak untuk mengatakan 'aku pasti akan bersama Nabi Musa menentang Firaun.'

    Bukankah Allah telah berkata; "Apakah manusia menyangka Allah akan membiarkan mereka berkata; kami beriman padahal mereka tidak diuji."

    Nah, apabila diuji dengan dedak duniawi yang tidak seberapa pun mereka tewas, apakah hak mereka lagi untuk berkata "kami pasti akan memilih Nabi Musa as dan menentang Firaun".

    Dan apabila golongan yang memilih dedak ini dibinasakan maka tiadalah mereka berhak untuk memberi apa-apa alasan pun kerana sesungguhnya apabila mereka diuji mereka telah pun membuktikan bahawa pilihan mereka adalah dedak berbanding kebenaran.

    Dan secara analoginya keputusan ujian meeka ialah sekiranya mereka hidup di zaman Firaun, maka mereka pasti akan memilih untuk bersama Firaun. Wal'ayazubillah.

    Sekadar peringatan untuk akal dan jiwa. Sesal kemudian tiada gunanya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak habis habis dgn sifat kianatnya menjual agama Islam lg..

      Perenggan pertama merenung hakikat duniawi antara Nabi MUSA dn Firaun telah menunjukkn sifat kianatnya terhadap Nabi Musa a.s

      Pendusta ini berkata Nabi Musa hanyalah seorang manusia dn tidak punyai apa apa kekuasaan duniawi? Pengkianat ini telah berdusta diperenggan pertama lg tentang Nabi Musa a.s... Seorang Nabi atau manusia biasa? Tak punyai apa apa atau punyai mukjizat dn Taurat?

      Penjual agama ni seperti biasa dgn mood bercerita mengikut citarasanya sendiri semata mata utk permainkn kisah Nabi ini mengikut citarasa niat sebenarnya yg akn fitnah dn memaksa org lain utk tidak membantahnya dn semakin percaya dgn kata katanya dgn memanipulasi kisah Musa ini.. Niatnya kianat....

      Tak perlu baca sampai habis pun perenggan pertama pun dh tau niatnya..

      Ini la wajah pengkianat agama yg mendewakn MahaFiraun dn Kafir Harbi DAP.

      Jika kau ni benar wahai Doe Pendusta agama.. Cuba kau beri satu sahaja kisah Nabi atau sunnah rasul ataupun dalil nas yg memperbolehkn bekerjasama dgn kafir Harbi utk menjatuhkn kerajaan Islam? Tunjukkn kreadibiliti kau dipihak yg benar bila sejamaah dgn kafir Harbi utk menjatuhkn penguasa Islam itu ada dlm nas atau hadis...?

      Harap kali ini Doe tidak bersumpah lg tanpa menjawap utk melarikn diri...

      Delete
    2. Virgo pendusta narsisis yang obses dengan saya telah menjawab tetapi seperti biasa ia tidak menyangkal melainkan memutar belit. Memang benar sekali sumpah laknat saya bbrp bulan dahulu bahawa ia memiliki lidah Yahudi.

      Sebelum saya membuat perbandingan di antara Nabi Musa as dan Firaun, saya telah pun menyebut kalimah 'hakikat duniawi'. Memang benar Nabi Musa seorang Nabi dan memiliki Mukjizat tapi hakikat duniawi Nabi Musa memang seorang miskin dan tiada kekuasaan. Apa yang tidak benarnya?

      Virvo hanya memutar lidah tetapi tidak langsung menyangkal fakta-fakta saya apabila membuat perbandingan di antara Nabi Musa dan Firaun.

      Di manakah di dalam tulisan saya yang saya menafikan Nabi Musa memiliki mukjizat?

      Inilah kaedah Yahudi yang berpura-pura tidak faham maksud sebenar sesuatu cerita.

      Kemudian ia bertanya tntg kafir harbi secara sinis, sedangkan saya telah pun pernah menjawab secara terus melalui perbandingan UmNo dan DAP, UmNo adalah sebenarnya pengkhianat dan Virgo tidak mampu menjawab balas mahupun menyangkal. Malah saya juga telah bersumpah laknat ke atas keterangan ini sedang Virgo tidak.

      Pendusta ini tanpa rasa malu membangkitkannya lagi buat sekalian kali.

      Tentang menentang pemerintah juga telah saya jawab dulu melalui kaedah 'wal-baghya bighoiril haq' dan hadith Nabi tidak mengaku umat orang yang membantu penipuan pemerintah zalim dan Virgo juga tidak mampu menjawab. Malah ia telah membuat pengataan orang-orang jahil murokkab apabila mengatakan saya memilih-milih nas padahal nas tidak boleh dipilih-pilih dan ada kaedah takwilan tertentu apabila secara zabir kelihatan wujud pertentangan.

      Virgo hanya seperti parrot yang mengulangi kata manusia tanpa memahami maksud kata-kata itu.

      Apa ditanya tentang kaum kafir apabila orang Muslim sendiri yang khianat? Virgo tak mampu menjawab segala pengkhianatan UmNo yg saya bangkitkan. DAP perbandingannya adalah dgn MCA dan bukan dengan UmNo.

      Kemudian mari lihat balik tulisan awal saya di atas. Peringatan yg saya berikan tentang 'pilihan di antara kebenaran dan dedak' adalah secara umum tanpa mengaitkan kepada mana-mana kumpulan tetapi kebesaran Allah telah membuatkan Virgo sendiri berasa yang ia termasuk di dalam kumpulan2 yg tertentu di dalam tulisan saya yg berkenaan.

      Jika tidak terjun ke air masakan lemas di atas daratan, jika tidak memakan cili masakan akan terasa pedas?

      Delete
    3. Penjual agama menglipur Lara berjela jela merindui "Virgo" lg..

      Igauan "Virgo" masih menghantui ke hingga tak lekang dibibir dn difikiran sentiasa..

      Hehehe...

      Tak perlu panjang panjang tp sekadar nk bertanya Pendusta yg berlagak Serba tau tp hakikatnya serba kianat dn menipu.

      Jika benar sekalipun Najib kianat atau merompak.. Perlu ke bersekongkol dn bersatu dgn puak kianat Islam utk menumbangknnya. Mana yg utama? Melawan agenda kianat Islam kafir harbi atau melawan penguasa Islam yg zalim?

      Jawap le.. Jgn berputar..

      Delete
  7. Tazkirah dari John Doe 10:11 am di surau kluangdiamond. Ceramah dia lebih kurang macam ceramah ustaz Zamihan la jugak. Orang tu tak betul, orang ni tak betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr,

      Terima kasih kerana meluangkan masa membaca tulisan saya di atas.

      Bacanya sekali lagi, dan jawab pula soalan ini; di manakah di dalam tulisan saya itu yang saya telah menyalahkan secara khusus mana-mana golongan pun?

      'Tazkirah' saya hanya secara umum membuat perbandingan di antara orang-orang yang memilih dedak berbanding memilih kebenaran adalah sama pendirian dengan orang-orang yang telah memilih Firaun berbanding memilih Nabi Musa dan telah membuat peringatan umum mengenainya.

      Di manakah di dalam tulisan saya itu saya menyebut secara khusus golongan tertentu?

      Adakah peringatan yang saya berikan itu adalah salah?

      Mengapa kelemasan di atas daratan?

      Tepuk dada tanya iman. Sesal kemudian tiada berguna.

      Delete
    2. Adakah kata kata aku yg bersekongkol dn bersatu dgn puak kianat Islam utk melawan dn menumbangkn penguasa Islam harus dibiarkn saja dn mempercayai kata kata aku yg bertopengkn Islam.. Sedangkn sahabat utama aku adalah kafir harbi kianat Islam..

      Aku bermati matian mempertahan dn menjulang puak kianat Islam yg sejamaah dgn aku. Waras kah aku? Betul dan benarkh tindakan aku?

      .

      Delete
  8. Yang mana lebih berotak..... politik matang (ala PAS) atau politik dengki mendengki (ala Pakatan Harapan)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan menyanyamun duit rakyat dah le..

      Delete
  9. Antara sebab-sebab menyokong Najib:

    A. Pemberian BRIM yang melibatkan peruntukan sebanyak RM5.41 bilion.

    1. 3,242,048 ketua keluarga berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah menerima RM1,200. Kalau purata tanggungannya adalah 2 orang, ia akan memberi manafaat kepada 9,726,144 orang.

    2. 291,918 ketua keluarga berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 menerima RM900. Kalau purata tanggungannya adalah 2 orang, ia akan memberi manafaat kepada 875,754 orang.

    3. 2,786,803 penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah menerima RM450.

    B. Pemberian bantuan kepada para nelayan.

    1. Bantuan sara hidup bulanan RM300 kepada 58,000 nelayan berserta insuran. Premium insuran tersebut hanya RM100 setahun yang boleh memberikan pampasan sehingga RM150,000.

    2. Peruntukan RM5,000-RM10,000 untuk membaik pulih rumah kaum nelayan di seluruh negara.

    C. Penghargaan kepada kakitangan awam.

    1. Menjamin mengekalkan pekerjaan kepada 1.6 juta kakitangan awam.

    2. Kenaikan gaji minima bulanan daripada RM700 kepada RM1,200.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa di zaman najib kemiskinan (penerima brim) makin meningkat tahun demi tahun (?)

      Inikah kemajuan (?)

      Delete
    2. Periksa dulu fakta tu. Bandingkan data 2016 dan 2017.


      Delete
  10. Dulu.kena hasut BRIM rasuah,kerana sombong dan malu kata sokong Oppo,tak daftar,la ni dah sedar akan temberang PH..mula senyapx daftar...poorah

    ReplyDelete

6ANGKA