Tuesday, October 17, 2017

NAJIB LANGSUNG TIDAK ADA TARIKH PRU14


Masa depan bergantung kepada wajah2 seperti ini yang mewakili 
lenggok
parti mereka..
Ganas..
Sederhana.
Sempit...



Najib langsung tidak ada cadangan tarikh pilihanraya, yang ada cuma bagaimana  nak kekalkan kuasa.

Sekurang kurangnya itu lah kepercayaan sebahagian pemimpin politik pembangkang dan sebahagian lagi di kalangan umno sendiri.



Masa
Depan
Bangsa
Malaysia


Tanpa pilihanraya pun ada baiknya, bagi umno mereka terus berkuasa, bagi berjawatan akan terus jadi Menteri, Timbalan Menteri etc.

Cuma bagaimana caranya????

Yang penting gimmik pilihanraya akan diadakan terus dan perlu dibuat....







Atau masih nak yang sama..





Banyak dan kerap sudah pegawai kerajaan dipalit dan terpalit dengan pelbagai skandal yang tidak sihat.






25 comments:

  1. Satu cara mengalahkan musuh di dalam satu-satu peperangan adalah bermain dengan tempoh masa peperangan tersebut. Pihak mana yang mempunyai bekalan peluru dan senjata, bekalan makanan dan air, bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan-kelengkapan yang mencukupi pasti lebih bersedia mengharungi apa jua keadaan di medan peperangan dan seterusnya memenangi peperangan tersebut.

    Itulah yang terjadi kepada unit Panzer Jerman di Rusia. Habis dikerjakan bukan saja oleh tentera Rusia tetapi kesejukan melampau yang membunuh mereka.

    Jika Stalin tidak sabar dan tenang, Rusia pastinya tersungkur kalah dan Jerman berkemungkinan besar ia memenangi perang dunia ke-2.

    Yang sabar, tabah dan tenang akan menang. Yang memburu pula kini menjadi buruan.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro. Tukang mandrem tengah sibuk uruskan " hantu" ALTANTUYA, hantu Morais dan hantu Bos Arab Malaysin Bank.

    ReplyDelete
  3. Apa yg kau kecoh KD ooii kalau pun Najib belum ada tarikh PRU 14. Tunggu je la, dah tak sabar nak tengok PH lingkup ke. Salah satu tanda PH nak lingkup ialah perhimpunan kelentongkrasi anjuran Bang Mat Sabu yg mendapat sambutan satu juta penyunjung.

    ReplyDelete
  4. Harga minyak naik lagi...

    Kalau dulu Pak Lah kecundang disebabkan minyak naik sehingga RM1.90 seliter...

    Adakah rakyat masih memilih Najib ketika minyak naik sehingga RM2.17 seliter... adakah rakyat dibutakan mata sekarang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilih sebab harga minyak di Malaysia jauh lebih murah daripada negara-negara jiran sehingga minyak kita diseludup keluar.

      Delete
    2. Masa era Pak Lah minyak pernah naik sehingga RM2.80 seliter bukannya RM1.90 seliter. Periksa fakta dulu sebelum tulis.

      Delete
    3. Walau apa alasan najib berikan, rakyat dah muak dengan umno hari ini.

      Cukup2lah umno najib, dah lama dah.

      Delete
    4. Samada rakyat muak atau tidak muak, tunggu keputusan PRU-14 nanti.

      Bila PRU-14 hendak diadakan?

      Itu terserah kepada Najib bila beliau hendak memohon perkenan YDPA bagi membubarkan Parlimen atau tunggu saja habis tempohnya.

      Hendak bercakap tentang muak, kami pun dah muak dengan 22 tahun pemerintahan orang tua itu. Inikan pula dia nak berkuasa semula. Selisih!

      Delete
  5. Anonymous yg pro PH boleh disiarkan, yang anti PH boleh blah, itu lah SOP blog ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaga standard komen, jangan macam taik kucing.

      Delete
    2. Semakin gelabah.. Kecut dn takut.
      Yg ada cuma reka cerita.. Ulang berkali kali.. Membina persepsi dn fitnah adalah tujuan utama.

      2-3 tahun dulu ramai yg termakan dgn taktik jahat mcm tu. Tp alhamdulillah sekarang ramai yg celik dn boleh berfikir.. Penyiasatan yg tak pernah menemui jalan pendakwaan sedangkn dicanang canang telah ada bukti kukuh...

      Mana bukti pendakwaan setelah 3 tahun???

      Tak siar pun takpe.. Yg penting Rakyat mahukn yg byk bekerja dr yg byk bercakap dn berpolitik...

      Delete
    3. 1.32 pesalah 1mdb dah dihukum di singapura, harta samun milik 1mdb sudah dirampas di amerika.

      Bermakna luar negara 2-3 tahun sudah banyak kejayaan dicapai merampas semula harta milik 1mdb.

      Cuma najib belum di dakwa kerana beliau adalah PM dan mempunyai imuniti politik.

      Jika najib berani lakukan sepertimana Tun, rela disiasat.

      Bukan kah berani kerana benar?

      Delete
    4. Bukti mana yg telah mensabitkn Najib?

      Adakah Najib telah dudakwa?

      Mahkamah mana yg didunia ini yg boleh menyembunyikn fakta kes jika benar Najib terlibat?

      Tun rela disiasat? Adakah di tahun tahun beliau menjadi PM tertubuhnya RCI Forex tersebut?

      Berapa kali usaha Tun utk membatalkn dn melengah lengahkn RCI Forex tersebut? Adakah itu tandanya rela atau terpaksa?

      Lapuran BNM tentang kerugian Forex telah diOSAkn. Adakah itu tandanya beliau "Tidak Tahu"?

      Beranikh Tun? ISA adalah senjata utama bg seorang pengecut utk melindungi kebejatannya dan menafikn hak kebenaran utk diketahui..

      Delete
    5. Ada bukti ke wang atau harta itu berpunca daripada wang 1MDB?

      Kalau ada mengapa tiada nota bantahan diplomatik daripada negara-negara di mana berlakunya jenayah pengubahan wang haram tersebut?

      Walaupun Najib mempunyai kekebalan diplomatik, negara-negara tersebut boleh melakukan perkara-perkara berikut:

      1. Menghalang Najib daripada memasuki negara mereka.

      2. Mengusir Najib jika beliau sudah berada di negara mereka.

      3. Memohon pembatalan kekebalan diplomatik Najib supaya pendakwaan jenayah boleh dilaksanakan.

      Mengapa tiada satupun negara-negara tersebut bertindak sedemikian? Malahan Najib dijemput untuk membuat lawatan ke negara-negara tersebut.

      Bukti-bukti apa yang sebenarnya yang diberikan semasa pengaduan-pengaduan jenayah di negara-negara tersebut? Fakta atau auta.

      Delete
  6. Selamat bertemu kembali bro KD dan lain-lain.

    Setuju dgn pandangan bro KD bahawa Najib memang tidak ada tarikh pilihanraya. Walau apa yang ia buat sekalipun konon untuk nampak mendahului Tun M ia tetap takkan berani membuka gelanggang. Pahlawan atau bahlawan? Semua boleh nilaikan.

    Najib adalah orang yang sedang kelemasan dan adat orang yang lemas ia akan mencapai apa saja yang ia mampu untuk mengelakkannya tenggelam walaupun untuk tempoh senafas dua.

    Sekiranya ia sanggup mempersembahkan ufti yang tidak diminta kepada pemimpin besar Nasrani hanya untuk berpaut barang senafas dua, maka profil Najib mengatakan bahawa ia akan menggunakan sehabis baik satu-satunya tempat berpaut yang ia pegang dalam tangannya sendiri iaitulah masa dan budibicaranya untuk membubarkan parlimen.

    Apabila saat terakhir itu tiba pun ia akan cuba menarik masa lagi selagi ia boleh. Jangan lupa Akta MKN memberinya kuasa untuk mengisytiharkan darurat dan memerintah melalui dikri.

    Teori psikologi juga mengatakan bahawa seseorang itu tidak akan menyediakan kubu untuk perlindungan di dalam rumahnya melainkan sekiranya ia merasakan satu hari kelak ia barangkali akan perlu menggunakan kubu itu. Ia ibarat satu back up plan.

    Walau apa pun mereka cuba beralasan hakikatnya Akta MKN adalah salah satu back up plan Najib.

    Walau apa pun yang Najib mahu lakukan silakanlah, saya masih tetap dengan 'bacaan' saya bahawa Najib akan diselamatkan daripada apa yang ia kelihatan sangat takut dengannya iaitulah mahkamah dunia, tapi ia akan dihadapkan dengan apa yang ia kelihatan sangat berani berhadapan dengannya iaitulah Mahkamah Yang Maha Agung lagi Maha Adil.

    Oh ya, saya tidak melihat kepada Zodiak mahupun Virgo (ini perkara syirik) apabila membuat 'bacaan' ini tetapi melihat kepada mode dan penceritaan kaum-kaum yang dibinasakan di dalam AlQuran dan saya percaya bahawa Najib sedang membawa Malaysia ke arah yang sama.

    Di bawah Najib kita benar-benar sedang menuju ke klimaks 'zaman fitnah'.

    Dan sekiranya / apabila ia benar-benar berlaku hanya doa Nabi Nuh a.s yang mampu kita semua panjatkan, iaitulah pengecualian daripada turut dibinasakan bagi golongan yang tidak bersubahat di dalam pelakuan-pelakuan orang-orang yang merasa aman dari kemurkaan Allah.

    "Sesungguhnya Nuh telah memohon kepada Kami dan Kamilah yang sebaik-baik memperkenankan. Dan Kami telah selamatkannya dan dan pengikutnya dari penderitaan yang besar. Dan Kami jadikan zuriatnya orang-orang yang berbaki. Dan kami abadikan untuknya bagi orang-orang yang terkemudian (doa ini); Kesejahteraanlah untuk Nuh di antara semesta alam." As-soffat : 75-79.

    'Bacaan' saya tidak betul? Barangkali juga, tapi bagaimana kalau ia betul dan mereka yang menjadi ahli di dalam pelakuan-pelakuan itu tidak sempat melompat keluar?

    Tepuk dada tanya iman. Sesal kemudian tiada gunanya.

    Salaamun 'ala nuuhin fil 'aalamiin.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjual agama dh mai. Bergurindam dgn kisah Nuh bertujuan dan penuh mengharap agar semua dapat sekapal dn mengtaati bersama DAP menolak bala dan kehancuran dr Allah. Mengkianati UMNO dn PAS adalah pilihannya yg terutama dgn mencungkil, mencipta walau apa pun dr UMNO dnPAS utk difitnah dn diaibkn. Misi mustahak dn wajib adalah DAP itu wajib dusokong dn perlu disekapalkn. UMNO dn PAS harus ditenggelamkn.

      Nilaikn siapa yg permainkn agama?

      Delete
  7. Hrp kd tak terikut-ikut trend pengkomen yg menulis ikut emosi. Ada yg mencarut, memaki dan menghina sampai ke keturunan juga disebut. Blogger yg baik dan bijak tidak emosional dlm menjawab komen. Yg baik terimalah, yg merepek jangan pedulikan. Biarkan pembaca yg lain menilai. Kalau blogger juga emotional, macam pasar borong la jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali kena juga biadab dengan pelawat yang biadab bertingkat tingkat apabila komen tidak ditapis.

      Sesetengah anon bukan datang berhujah tetapi niat memaki hamun menulis tanpa isi tajuk...

      Admin cukup pantang soal maki kepada ibubapa, kenapa sampai tahap melibatkan insan mulia.

      Tq usin, noted

      Delete
  8. Malaysia negara luar pertama bina hospital medan di Cox's Bazar untuk memberi bantuan rawatan kesihatan kepada pelarian-pelarian Rohingya.

    ReplyDelete
  9. Mana Mahyuddin Yasin, mana A Kadir Jasin. Setuju atau tak setuju dengan keceluparan Tun M mengenai Bugis keturunan lanun.
    Nasihat la sikit,tegur la sikit orang tua tu.... kelakuan dia diakhir akhir ini tak macam seorang negarawan pun. Macam igauan atau nyanyukwan ada lah. Macamana nak setanding dg Nelson Mandela.

    ReplyDelete
  10. Aikkk!!! Himpunan PH kurang sambutanpun masih tak berani nak buat PRU? Betullah tu...gembira dalam cemas..silap percaturan, penuh rombongan ke penjara esok2..ha.ha.ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar musuh menjadi lemah selemahnya sebelum serangan akhir dilaksanakan supaya kemenangan mutlak dapat direalisasikan.

      Delete
  11. Cash is King sedang merosakkan SISTEM PENTADBIRAN NEGARA dan MASYARAKAT JUGA. RUKUN NEGARA SEDANG RAKUS DICABULI DEMI UNTUK TERUS KEKAL BERKUASA. Ulamak dan Umarak yg memejamkan mata atas kerosakkan yg berlaku didepan mata. Tunggulah SAAT nya , JANJI ALLAH itu BENAR.

    ReplyDelete
  12. LEBIH BAIK BIARKAN BLOG KOSONG DARIPADA TULISAN YANG TIDAK MEMBINA DAN MENDATANGKAN DOSA...

    ReplyDelete

6ANGKA