Saturday, January 27, 2018

KOMEN TERBAIK - POTONG KEPALA

Yang berlagak sombong nak boikot PRU elok baca, sendiri punggong penuh taik ada hati nak berkokok...

Kenyataan boikot secara terbuka harus bersandar kepada keutamaan untuk kebaikan rakyat dan negara bukannya pandangan peribadi atas kesumat dendam.

Dan yang nak sentuh pasal usia, dan yang meratib pasal dosa konon semua boleh cuci sekadar di atas sajadah - dengar baik²..

Penyokong lanun WAJIB baca..

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/01/27/pesan-asri-pru-kali-ini-antara-potong-kaki-atau-potong-kepala/

KUALA LUMPUR: Pilih parti yang paling kurang memberi mudarat, pesan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin kepada seorang peserta forum yang meminta nasihat untuk pilihan raya umum akan datang.

Beliau secara peribadi berkata demikian memandangkan tiada pilihan yang benar-benar bagus pada pilihan raya kali ini.

“Saya pesan (pada) diri saya, kita boleh sokong sesiapa. Ini adalah ijtihad. Saya rasa pilihan raya ini bukan ada sesiapa yang bagus tetapi siapa yang kurang teruk.
“Pandangan saya, melihat mudarat yang lebih ringan, antara potong kaki atau potong kepala, itu sahaja. Dua-dua kena potong juga, tetapi satu mati dan satu lagi sakit,” katanya di program Bicara Ilmu di Pusat Konvensyen Sime Darby hari ini.
Pemerhati meramalkan PRU14 akan diadakan pada Mac atau April ini, dan perlu dipanggil sebelum tempoh penggal berakhir pada Ogos.

Kempen #UndiRosak menjadi subjek perdebatan hangat di media sosial baru-baru ini dan dikritik oleh beberapa pemimpin pembangkang dan kerajaan.
Cerita peribadi bukan isu rakyat

Dalam soal memilih calon pula, Asri menyarankan pengundi supaya melihat kualiti hujah calon-calon yang bertanding.
“Tidak perlu bawa isu peribadi calon lawan ke dalam ceramah. Kalau hendak beritahu, beritahu isu yang ada kaitan dengan awam, seperti kehilangan RM50 juta atau bilion.

“’Come on lah’, kalau nak cari benda itu, semua kita ada. Kita sedap cakap urusan peribadi orang sedangkan kita sendiri banyak masalah.
“Jadi ‘gentleman’ lah apabila pilihan raya. Kenapa pilihan raya cakap urusan itu, sehinggakan adik dia pun masuk campur dan lebih teruk lagi, adik buat perangai tidak elok pula,” katanya tana menamakan mana-mana individu.

Asri turut menyelar sikap masyarakat yang asyik dengan dosa peribadi calon berbanding kesalahan-kesalahan
yang memberi kesan pada masyarakat.

“Masyarakat kita memang macam itu, dosa peribadi itu walaupun berdosa tetapi dianggap sebagai isu besar, manakala dosa yang membabitkan umum itu kita biar.
“Kalau orang itu berkhalwat, masuk dalam surat khabar, 6 tahun cerita tidak habis, tetapi kalau mencuri RM5 bilion, ‘relax’, senyum-senyum dan cium tangan lagi,” katanya.

Pengundi harus adil, jangan fanatik
Tambahnya, rakyat harus bersikap adil dalam menilai parti-parti politik dan jangan menyokong secaara membuta tuli.
“Kadang-kadang kita tidak suka, tetap kena nilai juga. Adakah penilaian kita itu adil ataupun tidak adil?
“Kadang-kadang kita tidak suka pada seseorang, dari awal dia bercakap walaupun benda betul juga kita tidak suka. Kalau betul dia cakap, cakap betul. Kalau salah dia cakap, cakap salah,” katanya.
Asri turut mengingatkan rakyat jangan fanatik terhadap parti-parti politik kerana sikap seperti itu bukan ajaran Islam.

“Kita hendak sokong tidak mengapalah, kita hendak mengundi juga tidak mengapalah, hendak jadi calon juga tidak mengapa. Tetapi fanatik ini tidak mungkin boleh berlaku.
“Ramai jenis macam itu. dia kira tengok lambang sahaja. Orang kadang-kadang tengok lambang, sebab mahu dapat duit,” katanya.


Kita nak.potong kepala bapak !!!








# Jangan komen kalau tak baca link sampai habis.

37 comments:

  1. suka hati pengundi klu nk boikot. tu hak dorang. apasal PH takut ni? tak konfiden letew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ,sokong lagi.Faedah bank sudah Naik 0.25 % , siapa punya Ada pinjaman kena bayar lagi sikit loh

      Delete
  2. Aku terpaksa undi potong kaki sebab nak potong kepala bapak kau ��

    Tak mengundi bermakna potong akal sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pulak, terpaksa sokong parti najib sebab hanya dapat sakit je. Kalau sokong parti mahathir nanti mati pulak. Tak caya tanya mufti perlis...

      Delete
  3. Boikot tak boikot
    Dua atau tiga penjuru
    PH tetap menang..

    Mendidik netizen untuk mengambil tanggungjawab mengundi adalah sikap kerajaan baru yang cemerlang.

    Memang disarankan supaya yang boikot, kembali mengundi, undilah umno, jangan sampai calon umno hilang deposit.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. undi boikot sbb ada org brunei nk bertanding & berangan nak jd PM.

    ReplyDelete
  6. Boikot tak boikot
    Dua atau tiga penjuru
    PH tetap menang..

    Mendidik netizen untuk mengambil tanggungjawab mengundi adalah sikap kerajaan baru yang cemerlang.

    Memang disarankan supaya yang boikot, kembali mengundi, undilah umno, jangan sampai calon umno hilang deposit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sombong dan bongkaknya kau kd. Nanti lepas pru jgn sorok kepala bawah katil dah la...

      Delete
    2. Memang blogger ni bongkak.
      Dr MAZA ckp jgn pilih yg songlap 50b. Setahu aku yg songlap 50b bukan Najib.

      Delete
  7. UUUUYOOOOOOOOIINKKKKK

    YER LA.. YER LA KLUENG MEN PAKATON MENANG
    MENANG MAMAK KUTTY YER LA DALAM IMAGINASI
    DUA OR TIGA PENJURU PH TATAP TRRLENTANG
    UNDI ROSAK PUN BN TATAP MENANG SUMA NIGRI


    KIKIKIKIKIKIKI.... YER LA.. YER LAAA... BN TARAP MENANG... YG LAIN TUUU......










    BERAMBOSSSSSS.....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun MAHATHIR is a rare gem VINTAGE ​of high quality and lasting value, classic, old, veteran, historic, heritage, enduring, antique, timeless, ageless.

      Whereas Jibby boy is the antonym of Tun Mahathir's World Class quality.

      Sebab itu, hingga hari ini dunia luar masih mengiktiraf beliau sebagai The 'Only Surviving & Still Active Grand Old Statesman'.

      Delete
  8. Pakatan Hopeless makin gelabah!!
    1. Lebih sejuta ahli pasti akan tolak Parti MahaKutty!
    2. lebih sejuta kaum Muda dan pejuang reformasi akan #Undi Rosak PH MahaKutty

    Belum tutup parlimen, PH dah masuk kubur!! Memang puak PH MahaKutty suka langkah mayat selepas kehamcuran projek Langkah MAYAT Kajang oleh Lafizzy Raspussy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah pakatan gelabah....Najib Rosmah bole terus memerintah......apa yg baaggio kelamkabut disini... Pegi komen kt mykemut lagi bagus....

      Delete
    2. bn-umno dah tak keruan macam cacing kepanasan bila menyedari P HARAPAN pimpinan 'Vintage Tun M' semakin hari semakin power, berikutan sambutan hangat & bertambah semarak baik dalam negeri maupun di luar negara.

      Mereka sedar 'Vintage Tun M' ada kelebihan luarbiasa mencipta rekod dunia di mana beliau adalah satu2nya pemimpin tunggal lagi unggul yg meraih kemenangan cemerlang 5X berturut-turut p/raya dgn majoriti 2/3 pulak tuu......!!

      Menyedari hakikat ini, bn-umno berura-ura mensabotaj PRU 14 dgn mengajak pengundi2 memboikot (kejora juga tak putus2 darah berbuat sama di blog ini) untuk menyelamat diri mereka dari terhumban dari Putrajaya....dan
      terkini (BN) begitu terdesak hingga dianiayanya seorang pangkat nenekanda berusia 93 tahun kerana beliau adalah isteri tersayang kpd 'Vintage Tun Mahathir'.

      Benar2 satu taktik & tindakan pengecut puak umno-bn......!!

      It's crystal clear now that 'Vintage Tun M' is sending shivers down spine to Najib's camp.

      Delete
  9. Bn pulak yg beria' sokong undi rosak kejadah apa nya,kta dulu dr m baling glass tk pecah sekarang getaq lutut, konon otai Reformasi tapi sebenarnya mereka org' bn yg menyamar jadi otai kononya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pun sama kaki tembirang,la ni mereka nk buat group hasut rakyat jgn keluar mengundi.bn akn buat apa saja utk kekal kuasa.kalau rakyat semua keluar mengundi bn takut kalah.stok bangla dh stanby dekat klia

      Delete
    2. Basah kuyup sendiri tulis sendiri komen. Serabut la tu. Siapa yg nk rosakkan undi kalau bukan geng pakatan yg bosan @ anti mahathir. Itulah, rasa diri tu kuat sgt, baru kena gempak budak muda nk rosakkan undi bg ph, dah gelabah beruk. Sombong la lg, esok lusa lepas pru boleh sorok kepala dalam reban ayam.

      Delete
    3. Takdenya nk serabut, dari tadi nk bls tapi im not robot buat masalah,traffic jem katanya.xde makna dr m nk takut mereka bkn siapa' pun,sekadar sampah.

      Delete
  10. Kau tak dengar ke apa najib cakap itu hari abdul ghuyub.Ada kah dia sokong undi rosak.Yang dok nak undi rosak ni geng kamu yang tidak gemar dengan pemimpin yang usia nya hampir 100 tahun tapi masih gian nak jadi PM.Kalau bab putar dan auta ni PH dan macai nya memang class...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayarkkk mcm mana boleh slh hantar atas plk.


      Kau pun sama kaki tembirang,la ni mereka nk buat group hasut rakyat jgn keluar mengundi.bn akn buat apa saja utk kekal kuasa.kalau rakyat semua keluar mengundi bn takut kalah.stok bangla dh stanby dekat klia

      Delete
    2. Kalau rosakkan undi salah atau tidak abd kuyup? Kalau tak ada akta nak tangkap pengundi yg rosakkan undi, boleh aje kalau nak rosakkan undi. Penyokong ph dah goyah tu, biar terus goyah kasi tumbang...hahaha.

      Delete
    3. Wahai Abd ghuyup kepala serabut

      Sebelum ni tak ada undi rosak ke dlm mana-mana PRU atau PRK? Knp tetiba jd gelabah beruk? Kau dan blogger pun serupa je... gelabah beruk. Harap jgn perangai macam beruk sudahlah.

      Delete
    4. Harimau mati tinggalkan belang
      Ular pula tinggalkan bisa
      Najib mati berlonggok hutang
      Mahathir pula tinggalkan jasa

      Delete
  11. BN dalam keadaan cemas,,, pendaftaran HARAPAn masih tidak di luluskan. Sedang kan sewaktu zaman TunM pendaftaran parti PKR tidak pernah di sekat atau di halang
    Kalau BN kuat kenapa tidak terus adakan pilihan raya kanapa di tangguh hingga santak,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori la kalau aku kata kau bodoh. Maafkan aku. Nak menang ada la strateginya. Bukan sembrono mcm yg kau kata tu. Antara starategi ialah pilihan tarikh. Ada bnyk lagi isu2 yg wajib dibereskan sblm bubar parlimen. Dakyah2 jahat pembangkang juga perlu dijawab dan dijelaskan kpd rakyat sblm tarikh tu sampai. Bila dah betul2 sedia, barulah declare parlimen dibubarkan. Santak ke tak santak, itu hak parti yg memerintah la nak isytihar bila. Selagi belum melampaui tempoh, apa yg kau royankan?

      Delete
    2. Wow32x, goyang ke anon? Ckp berdegar' suruh bubar byk alasan,pui.

      Delete
    3. Sebab kau tak sokong gomen, apa hal nk ikut ckp kau...hahahahaha

      Delete
    4. Selagi tak langgar dateline yg ditetapkan oleh perlembagaan, ikut suka parti yg memerintah lah nak bubar bila pun. Kalau dah PH kuat, bila nak PRU pun apa yg kisahnya. Atau tak konfiden dan mula gelabah beruk?

      Delete
  12. Maaf saya tidak membaca keseluruhan topik diatas tapi nak tanya KD serta kawan kawan komentar yg sealiran dg beliau.....katakan Pakatan Harapan menang dlm PRU 14 nanti (kita bagi chance la sebab dah ber ia ia sangat nak menang)dan Tun M dilantik sebagai PM sementara. ..diulang PM sementara. Tempoh sementara tu boleh jadi enam bulan, sembilan bulan ,satu atau dua tahun. Lepas tu katanya akan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM ke 8....tak tahu lah berapa lama pulak untuk menyelesaikan proses perundangan sebab bekas banduan mana boleh bertanding dlm pilihanraya secara automatic.
    Soalan saya dalam keadaan "sementara", berapa banyak Tun M boleh buat,berapa banyak yang boleh dilaksanakan kerana banyak perkara yg melibatkan polisi perlu mendapat kelulusan parlimen? Dan satu soalan lagi kalau Anwar Ibrahim betul2 dapat jadi PM ke lapan ...dia nak ikut ke apa yg di cadangkan oleh Tun M, dia nak teruskan ke apa yg di mulakan oleh Tun M? Saya percaya Anwar Ibrahim sudah tentu ada agenda nya sendiri. Mungkin dalam hatinya berkata.. .." pasai apa aku nak ikut telunjuk oghang tua ni?".
    Jadi akhirnya perkara yang sama akan berulang saperti Najib tak nak ikut cakap Tun M .
    Fikir fikir lah pengundi2 sekelian ...jangan terus terima bulat2 manifesto PH yang di garap oleh Tun M setakat sebagai "PM sementara"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa yg kau susah', sukahati ph lah nk lantik dr m, yg penting sdh ade persefahaman diantara parti' dlm ph.soal berapa lama tu xjdi masaalah,ia sudh dibincang ,tunggu dn lihat saja.

      Delete
    2. Ikut suka aku lah kalau nak bagi pandangan mcmana pun. Sebabnya aku nak cari parti pengganti BN yg kuat dan berwibawa. Kalau setakat nak jd PM sementara, lebih baik tak payahlah. Kau ingat senang ke penyokong nak terima? Penyokong PPBM dgn senang hati nak bg PM pd PKR pulak?

      Delete
  13. Menangkan dulu PH, siapa PM sementara atau PM kekal bukan lagi urusan umno. Ikut dan patuh sahaja apa yang kerajaan PH arahkan.

    Yang lebih lebih utama dan penting bawa lanun ke muka pengadilan..




    ReplyDelete
  14. KD tulis tak paham,Tun atur strategi lagi tak paham tapi jibby sapu kau paham dan sokong pulak?
    Menjadi bangang ni pilihan...terpulanglah,dasar bangsat tiada maruah dan tiada kemampuan berfikir.

    ReplyDelete
  15. wow! banyak juga cyber Trooper UMNO dlm blog ni ya?

    ReplyDelete
  16. wow! banyak juga cyber Trooper UMNO dlm blog ni ya?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...