Tuesday, January 6, 2015

Memburukkan..umno tak cantik secara auto

secara ikhlasnya nak tanya - apa cara untuk menjadikan umno lebih baik (?)
mahathir sendiri dah tegur secara berhemah, secara tetbuka dan akhirnya tarik  balik sokongan kepada Najib.
Mahathir tu bangun semula untuk apa - untuk rampas kuasa nak jadi PM semula (?) atau boleh juga fitnahkan untuk angkat Mukhriz jadi TPM (?)
Tentulah bersebab Mahathir terus bersuara....

Kesimpulannya memang umno merasakan perjalanannya sekarang di landasan yang betul..Najibs way...

Satu lagi kegemaran penyokong umno ialah memburukkan pembangkang, dilondeh segala hal, tak mungkin tak ada sedikit sebanyak yang mereka reka dan fitnah, dibesar dan dilebihkan...diulangtayang.
contoh ulangtayang terbesar ialah vedio anwar...

Aku setuju satu perkara, pembangkang itu memang sudah huduh dan buruk, tak war-warkan pun, memang pembangkang kaki busuk...

Tetapi adakah memburukkan pembangkang secara lebih-lebih, besar-besaran yang sudah sedia huduh itu menjadikan umno itu molek secara auto (?)

untuk menjadikan umno molek, apa kena buat (?)
Ampu (?)

Monday, January 5, 2015

Ujian Kerajaan Berterusan..mulakan dengan TNB

Penurunan harga petrol tidak disusuli dengan penurunan harga barang seperti sebaliknya menunjukkan
mekanisme harga barang tidak berfungsi kerana dipengaruhi faktor tamak di kalangan peniaga dan kelemahan kerajaan mencorakan ekonomi domestik.

Kerajaan sendiri harus menunjukan contoh terbaik dengan mengurangkan kadar tarif elektrik sebagai langkah permulaan diikuti dengan penurunan harga barang terkawal lain seperti gula, gas dan sebagainya.

Keputusan semua itu perlu dibuat segera tanpa menunggu Najib pulih dari ecoli.

Sunday, January 4, 2015

Banjir juga menghanyutkan hudud (?)

Rakyat Kelantan kena lebih terima bahawa banjir besar yang berlaku di sana adalah satu peringatan supaya jangan salah pilih pemimpin dan parti untuk menjadi kerajaan negeri. Islam jangan jadi alat, hudud jangan jadi mainan bibir.

Sampai ke takat ini mereka masih hipokrik untuk mengaku pemabalakan yang berleluasa adalah punca utama penghapusan kawasan tadahan hujan yang menurunkan banyak lumpur ketika hujan lebat. Keadaan banjir lebih sederhana jika bukan atas faktor tersebut.

Rakyat tidak didahulukan, tidak diutamakan..tetapi PAS masih mahu berpolitik untuk menjaga kepentingan DAP, melindungi pentadbiran lalu dan kepentingan mereka sendiri kononnya untuk menang lagi di PRU akan datang.

Apakah salah tadbir dan rasuah serta penyelewengan hanya berlaku di negeri lain tetapi tidak di Kelantan (?)

Apakah kemenangan mereka ditentukan oleh mereka sendiri semata-mata (?)

Soal Najib tidak berada di dalam negara ketika banjir bukan satu isu besar negara, masalah kredibiliti Najib adalah masalah dalaman UMNO itu sendiri. UMNO juga akan senasib dengan PAS jika terus mengkhianati rakyat.

Saturday, January 3, 2015

Desakan Untuk Najib berundur sudah tidak relevan

Persaolan masih berlegar samada umno masih mahukan Najib sebagai Presiden dan PM (?)... Dari reaksi
pemimpin UMNO setakat ni jawapannya sah and yes mereka menyokong kuat Najib sepenuhnya.

Oleh itu persaolan dan desakan untuk Najib berundur sudah tidak relevan, tidak mewakili ahli umno, elok hentikan sebarang gesaan tersebut.

Tetapi kritikan terhadap Najib atas kelemahannya sebagai PM masih boleh diteruskan atas kapasiti rakyat dan pengundi.

Menolak Najib sudah tidak sesuai, yang perlu ditolak adalah umno keseluruhannya sepertimana PKR ditolak kerana Anwarnya, DAP ditolak kerana rasisnya yang melampau.

Thursday, January 1, 2015

Doakan Kebebasan Anwar 2015

Begitulah sikap yang wajar kita tunjukkan jika dalam masa yang sama kita diminta doakan dan bercakap yang baik-baik belaka untuk Najib oleh para penyokongnya yang budiman dan bijak-bijak belaka.

Adalah salah mengkritik Najib kalau sekadar persepsi tanpa bukti atau andaian - itu fitnah. 
Kalaupun fakta - jangan persoalkan, tutup mulut - jangan kritik, jangan bagi pendapat.

Oleh itu method yang sama perlu digunapakai untuk semua pemimpin..

Doakan kebebasan Anwar.. Usaha membebaskannya secara diplomasi di peringkat antarabangsa  sedang dilakukan..

Berbaiksangka dengan Lim Guan Eng...dia tak ada jentik pun telor kalian

Muliakan Lim Kit Siang....dia juga turut membangunkan negara tanpa rasis

Ziarahlah kubur Karpal Singh..penentang hudud tegar.

Bagaimana sikap pemimpin dengan rakyat.....kategori pembohong atau penipu. atau mereka memang jadi pemimpin yang cukup bermaruah dan amanah.

Banjir besar dan ribut taufan yang melanda adalah kejadian alam sebagai satu tanda peringatan secara langsung dari Penciptanya.
Masihkah perlu dapatkan pandangan dan nasihat dari Obama !!


Wednesday, December 31, 2014

2015 merbahaya untuk Melayu dan Islam..

Salam hormat dan Selamat Tahun 2015..

Tahun 2014 adalah satu tahun yang ditinggalkan dengan penuh sejarah suka duka dan saki baki serta kesannya masih berterusan dan dijangka 2015 akan lebih mencabar.

Bagaimanapun permulaan 2015 adalah lebih baik berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya - rakyat sedang saling bantu membantu kepada mangsa banjir, ada rasa perhambaan dan jauh daripada sambutan tahun baru yang penuh dengan pembaziran pesta dan pertunjukkan bunga api serta anak muda liar membuat onar seperti sebelum-sebelum ini  !!

Kedudukan politik masih kekal dengan Melayu berpecah kepada tiga - UMNO, PAS dan PKR
Berpecah secara fizikal dan rohani. Walaupun tampak mesra dan ada potensi untuk bersatu selalunya di saat akhir ada saja alasan 'tak jadinya'.
Perpecahan ini bukan sahaja ketara di kalangan pemimpin tetapi turut berlaku di kalangan akar umbi yang membahagi-bahagikan diri mereka mengikut parti atau pemimpin.

Kaum Cina terus merapatkan barisan mereka walaupun DAP, MCA dan GERAKAN dilihat berpisah secara fizikal tetapi hati mereka tetap bersatu. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

Begitu juga orang India yang masih terus selesa dengan MIC walaupun ada sedikit perpecahan secara fizikal dan kepartian.

Pendekatan Najib ialah cuba untuk mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN dengan pelbagai dasar dan strategi dilihat gagal bukan kerana kelemahannya tetapi orang cina sudah menggunakan pendekatan ABU.

Belum nampak petanda jelas Najib berusaha secara bersungguh, jelas dan lantang untuk menyatukan Melayu dalam pelbagai bentuk sebagaimana usahanya untuk mendekati kaum cina.
Bagaimanapun sudah ada petanda Najib tidak lagi beria-ia memujuk rayu kaum cina sepertimana di awal pentadbirannya selepas PRU14 - satu petanda yang baik.

Begitu banyak kritikan dilemparkan kepada Najib atas kelemahan dan kesilapannya sendiri dan jika ini tidak diperbaiki, kura-kura akan memanjat jika batangnya condong !!

Bagaimana untuk mula bersatu (?) Kompromi dan saling menyokong... mulakan dengan menyokong hudud di Kelantan ..royalti minyak kepada Kelantan, hentikan penguasaan asing ke atas tanah di Johor dan Melayukukan liberalis dalam UMNO...

2015-2016 adalah tahun hidup matinya UMNO untuk PRU15...jika tidak bermula sekarang secara betul...semuanya nanti sudah menjadi terlalu lewat.

Ekonomi - kita terus ditinggalkan semakin jauh..
Sosial - kita sedang sebok berpolitik, berebut harta dan mencari pekerjaan..


Tuesday, December 30, 2014

Pemimpin OK Penyokong KO

Mentaliitinya kita bersetuju bahawa segala usaha kerajaan adalah baik samada Kerajaan Negeri yang dikuasai BN atau Pembangkang atau Kerajaan Pusat yang dikuasai BN dalam apa hal yang dislogankan 'demi rakyat' oleh kedua-dua pihak.

Berlaku adil lah kepada kedua-duanya !!

Tetapi sejauh mana pulak kedua-dua kerajaan tersebut tidak boleh dikritik (?) hingga penyokong masing-masing menganggap segala kritikan adalah fitnah ?


Apakah pembaziran bukan satu kesalahan !
Apakah kelemahan perlu dibiarkan !
Persaolan dan pertanyaan kena batang hidung sudah dianggap fitnah..sedangkan apa yang perlu ialah jawapan dan penjelasan.

Yang menjadi masalah sekarang mungkin bukan atas pemimpin yang sedia dikritik tetapi lebih kepada penyokong mereka yang lebih sudu dari kuah.  !!

Bukankah kejayaan pembangkang sekarang hampir menguasai Putrajaya atas dasar sedia dan terdedah dengan kritikan hebat, apakah kritikan akan membawa kekalahan (?)

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...