Thursday, May 21, 2015

UMNO PATUT BERSYUKUR KERANA MASIH ADA ORANG YANG ADA OTAK

Isu rakaman ucapan Muhyiddin dalam satu majlis kelolaan Zahed Hamidi yang didedahkan kini memperlihatkan betapa tidak rasionalnya sesetengah pihak yg lebih mempertikaikan si perakamnya berbanding isi ucapan Muhyiddin yang tepat ke batang hidung Najib.

Persaolan kedua..apa yg mereka takutkan sangat? Sedangkan Muhyiddin kata, dia hanya takut pada Allah sahaja...

Orang UMNO patut bersyukur sebab masih ada orang UMNO yang masih ada otak seperti Muhyiddin.

Jika ada seorang lagi Naib Presiden bersuara...Najib sudah tahu kapal bugisnya sudah dimasuki air..

Yang jahat dan khianat ialah mereka yang merupakan mastermind tetapi masih bebas. BOD sekadar kambing hitam.

Wednesday, May 20, 2015

DAP PALING GEMBIRA JIKA PEMIMPIN MELAYU BERBOHONG, LEMAH, LEMBEK, KORUP, BODOH SOMBONG DAN MUDAH DIUGUT



Siapa yang buang sampah
Siapa yang buat sampah
Ada ke tidak akta sampah
Siapa suka buat sampah...

Itu cerita lama
Ulang cerita lama, kita humban dalam tong sampah, tempatnya..
Buat fitnah, cerita rekaan, cerita penglipur lara, cerita syiok sendiri, cerita merapu, cerita lender pandir, ampu bodek....pun tong sampah juga tempatnya.

Cerita baru yang perlu dilaksanakan ialah mengatasinya dan adalah penting untuk rakyat, jika pemimpin terdahulu buat salah atau silap, rakyat perlu pastikan pemimpin sekarang dan pemimpin akan datang tidak ulangi lagi kesalahan dan kesilapan itu, jangan jadi goblok...

Kesilapan dan kesalahan pemimpin terdahulu tidak menghalalkan kesilapan dan kesalahan pemimpin sekarang untuk melakukannya sekali lagi.....realiti kena lawan dengan realiti, bukan bernostalgia atau ungkit cerita lama...

Jika rakyat terhidu bau busuk pemimpin, jangan tungu lama-lama....mereka perlu dikritik, diperbetulkan dan perlu undur jika itu boleh meminimakan risiko..

Dalam membersihkan sampah, itu bukan kerja orang keling atau bugis sahaja, bukan isu UMNO sahaja, tetapi kepentingan seluruh rakyat Malaysia..sama-sama kena suarakan. Bukan sokong kerana pemimpin itu lemah untuk mencapai cita-cita peribadi.

Bukan sokong pemimpin yang lemah untuk mudah tawan Putrajaya.
Keputusan kena dibuat sekarang atau ini hasilnya...




# MCA akan lenyap dan DAP akan jadi parti tunggal suara orang cina yang perlu diterima sebagai rakan untuk sebuah kerajaan campuran samada DAP/BN atau DAP/PKR/PAS.
NAJIB AKUI 1MDB BERMASALAH
PUTRAJAYA, May 19 (Bernama) — Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the Finance Ministry would take the appropriate measure to reduce 1Malaysia Development Bhd (1MDB)’s debt.
Najib who is also Finance Minister said issues surrounding 1MDB would be answered when the Auditor-General presents the audit report to the Public Accounts Committee (PAC) soon.
“I hope everyone will wait for the report,” he said at the finance ministry’s monthly assembly here Tuesday.
On March 4, Najib directed the auditor general to verify 1MDB’s accounts.
“We believe with this measure, we can reduce 1MDB’s debts. I’m confident of the finance ministry’s ability to execute it amidst all the criticisms.
“We will prove with this move, we can achieve the objective. From time to time, we will take the necessary measures,” he said.

Ada kah baik untuk Barisan  jika Tun Mahathir di suruh berdiam ?” Tanya seorang wartawan, kepada soalan ini Datuk Wee Ka Siong menjawab 
“ Ia tentu sekali kelihatan seperti tidak beradap untuk menyuruh seorang Negarawan berusia 89 tahun untuk berbuat begitu” .

Tak Salah Kalau Beri Masa Pada Najib..

Admin sudah sediakan 7 artikel lagi untuk diterbitkan berkaitan dengan Najib teapi akhirnya tak sampai hati untuk siarkan. 

1. Simpati dengan DS Najib

2. Jika disiarkan pun, komen-komen cai langsung tak relevan dengan tajuk sebaliknya komen serabut tak tahu hujung pangkal, fakta tunggang terbalik dan ada yang bertelagah sesama sendiri di laman blog ini, cukup meloyakan.

3. Sudah banyak blog lain mula bertukar angin dan menyebelahi Tun Dr Mahathir dengan artikel-artikel yang lebih bagus - kita hanya perlu baca dan enjoy.

4. Lewat kebelakangan ini pula DS Najib sendiri sudah rajin menjawab segala bentuk saolan termasuk yang tidak ditanya - just baca dan enjoy.

5. Yang lebih menarik kenyataan-kenyataan DS Najib itu jika kita rajin selak dan bandingkan, ianya berbeza dan saling bercanggah dengan kenyataan sebelum.

6. Admin percaya, buah yang cukup ranum atau ditebuk tupai lambat laun gugur juga bila sampai masanya - just wait and see.

7. Jika jatuhnya ke bumi dan bersepai - tiada siapa lagi akan peduli.



# Beberapa pihak mula memberi tekanan supaya Najib di ambil tindakan kerana didakwa berbohong di dalam Parlimen berhubung simpanan wang di Singapura yang ditebus dari Kepulauan Cayman (?) - mengelirukan !!!


Masih Relevankah Pandirkar Sebagai Speaker..


Atau orang ini lebih layak dan sesuai citarasanya .....

Tuesday, May 19, 2015

Polis, Tentera, Rakyat Lahad Datu - Said Keruak Tentu Boleh Bantu

4. And the aircraft for security. Is it going to stop the kidnapping and casual invasions of Sabah or the smuggling of arms from across the northern border? Or is the security confined to people flying in private jets only.
5. This country is being attacked repeatedly by


terrorists who killed our police and soldiers. Is this the normal state of things or is this a security problem? If we care for security do we buy luxury private jets.
6. It is shameful that we cannot even ensure the safety of our citizens.


Ini petikan dari seseorang yang selalu memikirkan kepentingan rakyat dan negara tetapi dituduh nyanyok.

( Said Keruak, awak, awak kat mane ? )

# Perhatikan ayat dan saolan yang simple, short tetapi bernas.
Agaknya berapa bulan pula akan kita mendapat jawapan.
Apakah jawapan akan berjela jela dan kita dipaksa tunggu satu lagi Kajian/Laporan/Audit berhubung dengan saolan tersebut.



Monday, May 18, 2015

Telco pun belum selesai...ada hati ke nak jadi King Cash 22 Tahun..

Najib kata, Mahathir main game perlindungan untuk terus kekal Presiden 22 tahun dan dia juga
kalau mahu boleh buat macam tu.

Tapi Najib ni berhati mulia, dia mahu dipilih dengan ikhlas, tak ada pertandingan bermaksud sebulat suara, kalau ada yang nak bertanding - takut pula perpecahan. Agak-agak nak kalah pangil raja bola campurtangan.

22 tahun nak jaga Malaysia bukan senang beb, 5 tahun pun dah hutang keliling pinggang, berucap pun kena boo...Dana Awam dah kering dan busuk macam tandas awam..... kerusi PM asyik panas bergoyang..

Jangankan nak jaga negara, nak jaga syarikat telco pun tak selesai selesai lagi... kena gst ke tidak ni bila top up?

Kalau itupun masih terhegeh-hegeh..jangan cerita yang lain le, buat malu Bugis je !!!

SAY NO TO DEBAT ....Jawapan Kepada Din Turtle dan Dato' Kadiaq..

Seperti yang  diketahui umum Najib telah jawab Mahathir akhirnya walaupun mengambil masa berbulan-bulan untuk menjawab dan ada yang diantaranya sudah menjadi basi. Sikap berhati-hati dan teliti Najib sangat dihargai.

Yang lebih menghiburkan tetapi intelektual, ada bahagian-bahagian utama yang patut diberi perhatian untuk jawapan telah sengaja ditinggalkan, mungkin untuk memberi lebih mistri dan suspen.

Tentang pembunuhan altantuya, kita merasa cukup lega Najib tidak terlibat lansung malah proses undang-undang manusia (mahkamah) telah tamat. 
Meminta untuk dikorek semula sangat tidak patut samalah seperti meminta hantu altantuya menghantui dan mengejar kembali pembunuh sebenarnya.
Sirul dan Azilah sudah tentu tidak tidur lena saban malam !!!!!

Walaupun selepas itu ada suara-suara sumbang memberitahu jawapan itu tidak menjawab apa-apa, tentulah memeningkan kepala tetapi yang penting jawapan telah diberi. 

Yang tidak dijawab boleh dirumuskan sebagai menanti laporan audit negara. 
Media utama harus mencanangkan Najib Sudah Jawab Mahathir... rata-rata rakyat boleh percaya. 
Apa lagi Mahathir mahu !!! kan sedap sikit slogan tu...


Isu isteri PM bagaimana (?) ... admin pun belum ada idea nak tulis apa, cuma sarankan DS Rosmah sendiri menjawabnya melalui siaran berita atau kenyataan media. Mendiamkan diri ketika dibalun kurang tepat.
Aktiviti DS Rosmah seperti melalui Permata sepatutnya lebih kerap mendapat liputan berita dan media utama. 
Tiba-tiba hilang dan menyepi tentunya mendatangkan masalah kepada makcik-makcik di kampong yang dahagakan sentuhan semangat, kasih sayang dan kata nasihat seorang Wanita Utama.

Dengan jawapan-jawapan yang cukup jelas, mudah dan tersusun, sudah tentu skrip copy paste ini banyak membantu dan mencakupi sebagai jawapan kepada rakyat dan sekaligus alasan terbaik dan masuk akal untuk menolak sebarang perbahasan umum. SAY NO TO DEBAT !!!

Seperti yang diperkatakan di dalam jawapan tersebut , masalah serta urusan rakyat dan negara lebih cepat diselesaikan jika semua itu dirunding dan dimesyuaratkan dalam sebuah pesawat mewah. 
Masalah banjir, jalan berlubang, kemiskinan tegar dan jenayah akan dapat hayati, dilihat dan di atasi jika mesuarat dapat dijalankan di tempat yang lebih eksklusif dan nyaman.

Mana-mana pemimpin kerdil dan tempatan jika selepas ini dijemput untuk bersama Najib di pesawat mewah tentunya berbesar hati dan terhutang budi, jangan lupa berselfi. Tunjukan dan kongsi kepada rakyat di PRU akan datang.

Selain jawapan tersebut, rakyat perlu dihidangkan dengan segala bentuk penyelewengan, salah laku, keburukan, kelemahan, kuku besi dan segala mangkuk hayun yang telah dilakukan oleh mantan-mantan pemimpin untuk mereka membandingkan betapa untungnya memiliki kerajaan sekarang yang bertungkus lumus untuk majukan negara atas kepentingan rakyat.

Segala kebaikan yang ada sekarang termasuk kemudahan internet ini bukanlah dibina dan dihasilkan oleh mantan, semua pembagunan Malaysia termasuk Putrajaya yang menjadi rebutan dan tidak mahu dilepaskan dan segala kemajuan sedang kita nikmati ini terjadi dengan sendiri.

Kerajaan sekarang jauh lebih hebat dan maju, cuma hasilnya bukan sekarang, semuanya kena tunggu dan semata-mata percaya. Bukankah itu lebih mudah untuk rakyat dan pemimpin.



3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...