Tuesday, October 20, 2015

SIAPA YANG KEHABISAN MODAL (?)

Saya memilih untuk mengulas isu ini di sini kerana komen yang sama sukar di siarkan oleh pahlawan mereka sejak duamenjak...



1. Siapa yang kehabisan modal...

2. Modal Tun akan langsai (selesai) jika jawapan telah diberi dengan betul, ikhlas, jelas dan N2H dan dilihat bersih oleh rakyat.

3. Rasionalisi dan tempoh demi tempoh menunjukkan 1MDB memang big problem, big isue, big headache dan bigmama.

4. Rasionalisasinya kaberap, how to kaberap... kaberap di sini, bocor pula di sana...satu demi satu muncul... anyway, please try  all your level best to kaberap... b4u tertiarap...

5. Sebelum ini dah ramai yang berebut rebut jadi tukang jawab melalui media prima tetapi nyata bakat mereka setakat maharaja lawak.

6. Ulangan dakwaan menunjukkan kemantapan asas dakwaan yang tidak dinafikan dengan "saman".



USUL UNDI TIDAK PERCAYA SENGAJA DIRANCANG UNTUK GAGAL...

Usul undi tidak percaya kepada PM di parlimen bukan suatu usul yang gagal jika dibuat tetapi usul itu sengaja dirancang untuk digagalkan demi kepentingan politik DAP.

Najib perlu kekal sebagai PM sehingga PRU14 kerana Najib akan jadi deposit  dan sumbangan besar ke atas kegagalan UMNO kelak. Itulah mainan dan harapan DAP untuk Najib kekal.



Jika usul undi tidak percaya berjaya, yang akan naik dan dilantik ialah orang UMNO juga dan ini memberi satu kekuatan baru dan kelak boleh menjahanamkan impian DAP untuk menjadi abang besar dalam kerajaan baru selepas PRU14.

Isu ekonomi 1MDB dan isu peribadi 2.6B dan banyak lagi "J" jangan dipolitikan. 
Najib telah mengheret parti dan kerajaan menjadi beban kepada rakyat dan negara.

Inilah rasionalnya kenapa sebahagian rakyat yang dulunya menyokong dan memberi undi kepada UMNO mahu Najib berundur.


No wonder ramai benar ahli baru dari orang Melayu yang dibawa masuk, akan jadi calon parlimen di kawasan majoriti cina tetapi dimenangkan (wayang untuk dinyatakan DAP tidak racist)  kelak berpotensi dilantik menjadi PM mewakili DAP... seterusnya digilap untuk menjadi boneka.

Oleh itu jika usul itu gagal atau undi masih menyebelahi Najib selaku PM, kena ingatlah itu bukan kekuatan Najib sebenar tetapi lebih kepada nasib baik untuk seketika atas mainan politik DAP.



Monday, October 19, 2015

Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?) Pengerusi baru PAC.......... dan APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...

Berdasarkan persepsi pembangkang, semua benda yang kerajaan buat tak betul tetapi mengikut penyokong Najib - isu 1MDB dan 2.6B masuk personal akaun Najib hanyalah fitnah dan ditafsirkan pula sebagai sabotaj ekonomi negara !!!

Dalam hal ini pendapat golongan atas pagar sangat penting !!! golongan ini biasanya ahli UMNO atau penyokong UMNO pada suatu masa dulu tetapi kini mempunyai pandangan tersendiri.
Pandangan mereka lebih sederhana tetapi ala mirip pembangkang. Yang pasti mereka mahu UMNO selamat dan menang tetapi pemimpin yang tidak amanah dilontar jauh-jauh.
Najib dan penyokong kini bertembung dengan golongan sederhana ini, suatu yang lebih sukar berbanding jika bertembung dengan pembangkang !!!
Kumpulan sederhana ini sukar dibeli, sukar dijual... Pengaruh tak nampak tetapi kesannya ada.

Isu 1MDB sebenarnya sudah jauh meninggalkan fakta sebenar kerana ia sudah dikuasai persepsi kekal. Masa untuk membuktikan telah disia-siakan oleh Najib. PAC ditangguh, Task Force dipenyap dan Bank Negara diperkecilkan. Yang tinggal nyawa ikan pada nama sahaja ialah PSRM.

Oleh itu perlantikan Pengerusi PAC baru Datuk Hassan Ariffin tidak banyak membawa perbezaan lebih-lebih lagi nama tersebut bukanlah nama besar. Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?)
Suruhanjaya Di Raja jika ditubuhkan lebih mendapat kepercayaan rakyat termasuk kumpulan sederhana ini.

Mungkinkah kalau ditanya kepada Mat Maselan - 1MDB kini sudahpun diterima oleh rakyat sebagai bersih dan suci...



APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...


Tuesday, October 20, 2015


[MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejarah negara: Ahli akademik


BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.
Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah negara mahupun sejarah kewarganegaraan.
“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum bukan Melayu tidak dipersoal.
“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.
“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.
Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.
“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.
Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.
“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa Melayu.
“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita tidak persoal pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi. - ismaweb

DARI SATU TONG SAMPAH KE SATU TONG SAMPAH



Tak banyak beza !




Sunday, October 18, 2015

INGATKAN DAH DISEKOLAHKAN NAJIB, INGATKAN DAH DIINSAFKAN, INGATKAN DAH CERDIK RUPANYA BANGANG BELUM LAGI HABIS...



Raja Perlis mahu pemimpin kerap turun padang fahami masalah rakyat

download
KANGAR, Isnin — Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu semua pemimpin lebih kerap turun padang untuk menyelami masalah yang dihadapi rakyat dan membantu mereka.

BLONGANG MULA SEDAR....


Dalam ketika melihat perangkaan sokongan kepada Najib yang terus merosot melalui bancian...

Ada yang boleh nafikan sebagai bancian itu tidak ada integriti dan kredibiliti....
Apakah yang mempersoalkan juga mempunyai ketelusan?

Perhatikan juga beberapa blog penyokong Najib yang mula membuat sekatan 100% asal saja tidak senada dengan mereka. Jika blog itu bertaraf sekupang dua mungkin kita boleh mengerti....

Bagaimana kalau setaraf Rocky...
Cubalah beri komen di sana kalau bernasib baik untuk disiarkan...

Anggap itulah petanda apa yang mereka tulis bukanlah realiti sebenar...mereka sedang hadam hakikat sebenar.


BETULLAH KATA AININA....KENA BAWA PI BERUBAT..



life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...