Monday, October 19, 2015

Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?) Pengerusi baru PAC.......... dan APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...

Berdasarkan persepsi pembangkang, semua benda yang kerajaan buat tak betul tetapi mengikut penyokong Najib - isu 1MDB dan 2.6B masuk personal akaun Najib hanyalah fitnah dan ditafsirkan pula sebagai sabotaj ekonomi negara !!!

Dalam hal ini pendapat golongan atas pagar sangat penting !!! golongan ini biasanya ahli UMNO atau penyokong UMNO pada suatu masa dulu tetapi kini mempunyai pandangan tersendiri.
Pandangan mereka lebih sederhana tetapi ala mirip pembangkang. Yang pasti mereka mahu UMNO selamat dan menang tetapi pemimpin yang tidak amanah dilontar jauh-jauh.
Najib dan penyokong kini bertembung dengan golongan sederhana ini, suatu yang lebih sukar berbanding jika bertembung dengan pembangkang !!!
Kumpulan sederhana ini sukar dibeli, sukar dijual... Pengaruh tak nampak tetapi kesannya ada.

Isu 1MDB sebenarnya sudah jauh meninggalkan fakta sebenar kerana ia sudah dikuasai persepsi kekal. Masa untuk membuktikan telah disia-siakan oleh Najib. PAC ditangguh, Task Force dipenyap dan Bank Negara diperkecilkan. Yang tinggal nyawa ikan pada nama sahaja ialah PSRM.

Oleh itu perlantikan Pengerusi PAC baru Datuk Hassan Ariffin tidak banyak membawa perbezaan lebih-lebih lagi nama tersebut bukanlah nama besar. Kenapa tidak Muhyiddin atau Shafie Apdal dilantik (?)
Suruhanjaya Di Raja jika ditubuhkan lebih mendapat kepercayaan rakyat termasuk kumpulan sederhana ini.

Mungkinkah kalau ditanya kepada Mat Maselan - 1MDB kini sudahpun diterima oleh rakyat sebagai bersih dan suci...



APA KATA AHLI AKADEMIK TENTANG NAJIB YANG SEDANG DESPERADO UNTUK MENDAPAT UNDI CINA...


Tuesday, October 20, 2015


[MAIN POLITIK ADA HADNYA] PM tak boleh ubah sejarah negara: Ahli akademik


BANGI, Selasa – Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.
Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah negara mahupun sejarah kewarganegaraan.
“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum bukan Melayu tidak dipersoal.
“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di negara ini.
“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.
Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.
“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.
Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa Melayu.
“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa Melayu.
“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita tidak persoal pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi. - ismaweb

9 comments:

  1. Apabila sokongan berkurangan, mereka mengambil jalan mudah dan singkat, rakyat Malaysia bukannya bodoh seperti sesetengah orang, kalau melayu tetap melayu dan tak akan jadi bangsa yang lain, Kita semua tak akan terperanjat dengan ungkapan itu..jangan pula jadi sesumpah..akan bertukar wajah bila ia muncul disuatu termpat yang berlainan warnanya...Sejarah tetap sejarah dan ia nya tak akan dapat diubah-ubah..

    ReplyDelete
  2. Najiblah PM yang mengkhianati bangsa dan negaranya disamping menjadi seorang pengemis kuasa dari orang2 asing. Dia sepatutnya sudah lama disingkirkan dan kalau dibiarkan dia terus berkuasa kita semua akan merempat

    ReplyDelete
  3. Muhyidin dan Shafie mana ada kelayakan... mereka bukan orang Pahang.. emm..emm...

    ReplyDelete
  4. SALAM BRO,KENAPALAH PERDANA MENTERI KITA NI BONGOK SANGAT ?

    ReplyDelete
  5. Bila kata anak watan ... mereka mestilah mampu berbicara dalam bahasa melayu dan memahami budaya melayu dan Agama Islam ... Apabila ketiga2 perkara ni tak ade, mana mungkin mereka ini dipanggil anak watan Malaysia.. Kasihan demi Undi politik Maruah Rakyat boleh digadaikan..

    ReplyDelete
  6. Ambil Muhyiddin atau Shafie Apdal jadi pengerusi PAC?? Takkan najib nak gali kubur sendiri.... Pengerusi baru PAC ni pun kalau tak sama pun kira lebih kurang je kualiti dengan AG baru.... hehehe... tak percaya..?? masa akan tentukan... hehehe....

    ReplyDelete
  7. Berapa kerat sangat la pendatang yang diberi kerakyatan ni boleh berbahasa Malaysia..... Ramai yang pelat banding ngan fasih.... kalau yg umur 50 tahun ke atas lagi teruk... ada yg tak reti cakap pun.... Sepatutnya kerakyatan diberi pada yang fasih saja.... yang tak fasih tu bagi juga la... bagi la penduduk tetap....

    ReplyDelete
  8. Apa biol nya kau ni KD,
    Kalau kau pun takkan nak lantik orangx yang melawan arus dengan matlamat kau
    Patut lah hingga ke hari ini nak masuk setahun dah Najib masih lagi PM,sebab kau dan caix kau ada mentaliti macam ini,harapkan menyalak aja,strategi elek,macam pemikiran Mr Bean Malaysia.......teka sendiri.....

    ReplyDelete
  9. Btul tu kd..aku antara org atas pagar tu.. penyokong umno tp nk najib berambus..

    ReplyDelete

6ANGKA