Wednesday, July 27, 2016

PARTI BARU TUN...TINJAUAN AGAK MEMERANJATKAN.

Tidak disangka rupanya parti baru ilham Tun Dr Mahathir sedang ditungu tunggu.

Perjumpaan atas urusan bisnes tetapi meleret kepada cerita politik menunjukkan ramai yang menanti malah ada di antaranya ialah Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan, mereka janjikan parti baru ini akan "meletup" dan mendapat sambutan ramai.

Ramai yang sudah berangan untuk menggerakannya di tempat masing-masing.
Antara faktor parti baru ini akan mendapat sambutan adalah kerana bakal alternatif kepada UMNO apabila PAS dilihat gagal mengambil tempat.
Apakah orang seperti Husam yang belum berparti akan ke sini (?)...
Bahagaimana dengan ADUN dan MP UMNO...adakah ada beberapa yang akan berhijrah (?)

Tuesday, July 26, 2016

BACKFIRE

Isu makin berat.

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Bahu siapa?

Siapa individu yang sedang difokus sekarang?

Laporan polis oleh Khairudin Hassan,  dibalas dengan laporan polis oleh Khairun Azwan.  Sudah tentu laporan dibuat atas kapasiti peribadi masing-masing. !!!!???

Laporan polis bererti mendesak membuat siasatan?
Zahid sendiri mengaku Polis masih membust siasatan!
Siasatan tentang apa (?)

Apapun motif bagi mereka yang membuat laporan Polis ia membawa maksud akan membawa kepada pendedahan yang lebih besar selepas ini....
Melibatkan penjawat awam...merupakan pucuk dicita ulam mendatang!!!

Semua itu sedikit pun tidak meringankan beban kepada bahu yang menggalas.


Monday, July 25, 2016

AG PANDI WAJAR KE AMERIKA


KEMASKINI:
flykite atau langau atau lalat hijau cuba baca apa azmin kata....


Belum pernah rasanya mana mana PM Malaysia sebelum ini  menerima ucapan tahniah yang bertubi dan bertalu dari dalam dan luar negara sepertimana yang Najib nikmati sekarang ini.

Semuanya gara gara mempopularkan nama negara dalam penganugerahan tertinggi "kleptokrasi" yang dianugerahkan oleh DOJ Amerika Syarikat.

Makcik makcik di lampong dan peneroka felda khususnya di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tentulah gembira berganda atas penganugerahan tersebut yang menyokong ketepatan pilihan mereka ke atas kerajaan sekarang.

Rakyat Sarawak pimpinan Adenan kini boleh dianggap manusia paling cerdik dalam dunia.

Seruan PM supaya individu yang dinamakan oleh DOJ membersihkan nama mereka sangatlah tepat kerana jika gagal, risikonya sangat besar dan boleh melarat larat.

Sebagai pemegang jawatan paling tinggi di Malaysia, mewakili pemimpin yang mempunyai prinsip integriti yang diutamakan, PM Najib tentu nya tidak berkompromi dengan mana mana salahlaku.

Adalah wajar AG Pandi dihantar secara terhormat sesuai dengan kepakarannya untuk menjadi Peguam Pemerhati dan Peguam Mencelah mewakili kerajaan Malaysia.


Sunday, July 24, 2016

MO1. SIAPA MAKAN CILI...


Malas nak komen, kesian pada kawan kawan yang masih setia membuta...

Logiknya bila tiada hujah, Tun Dr Mahathir pula dikatakan mempengaruhi Amerika...

Hebat sangat ke Tun..
Tak rasa segan silu ke nak mengaku, nak angkat tinggi,  nak agungkan Tun begitu berpengaruh...






Saturday, July 23, 2016

NAJIB DAN GUAN ENG PERLU BERGABUNG...

Dalam menghadapi situasi yang lebih kurang sama, dikonspirasi? .... tetapi masing2 masih mengaku strong,  jadi elok benor Najib ikut langkah Guan Eng seperti yang dianginkan.. .. Adakan PRN dan PRU segera....

Inilah langkah molek yang akan disokong dan direstui oleh penyokong masing-masing.

Jika ada yang tak sokong  ...  go fly kite lah...

Friday, July 22, 2016

RAKYAT PERLU TENANG AMAN DAMAI... PM Makin Strong!

Apabila maruah pemimpin dan negara sedang diperkata diperhitung secara langsung atau tidak langsung di luar negara, rakyat diminta tenang aman damai dan jangan terpengaruh dengan pembangkang..

Siapa pembangkang?  Pakatan Harapan? ... Itu hanya sebahagian....

Pembangkang sebenar adalah 52% yang tidak mengundi BN di PRU13 dan dijangka peratus itu meningkat sekarang dan akan datang...

Yang sebaiknya kerajaan lah yang perlu dengar suara rakyat...

Najib berundur atau PRU untuk mendapat semula mandat.

Ada berani..

KALAU SAMAN SIVIL.... KENAPA PANIK MACAM PENJENAYAH

Ada juga yang tersepit dalam memahami realiti sebenar isu Saman Sivil Kerajaan Amerika untuk menyita beberapa hartanah milik 3 individu yang didakwa terlibat memilikinya secara haram.

Baca yang original dan ikutlah pemahaman masing masing, lepas tu bacalah yang di spin oleh kedua dua pihak.

Aku punya tak spin kahkahkah...

Beban pertuduhan kepada 3 individu yang dinamakan untuk mengesahkan samada hartanah yang terlibat Adalah milik mereka atau bukan. Jika ia... Dari mana sumber kewangan yang mereka dapat (?)

Elok kita berhenti setakat itu tanpa perlu membuat spekulasi dan andaian. Biar mahkamah tentukan.

Secara kebetulan ketiga tiga individu tersebut ada disebut dalam isu 1MDB di Malaysia.

Kes sivil ini merupakan satu titik permulaan kepada pelbagai lagi pendedahan...

Jika ianya sivil,  kenapa sesetengah pihak panik seperti penjenayah bila pokok mula bergoyang...

# Adalah sangat malang bila tindakann pihak berkuasa Amerika itu dianggap campurtangan asing, sedangkan ia satu proses mahkamah secara terbuka  !!!  PAS seumpama burung kakak tua,  masih kekal jadi alat murahan dan dipergunakan.

Kalau nak backing (barking) pun agak agaklah sikit,  jangan membabibuta dan semborono macam hilang skrip.


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...