Tuesday, September 6, 2016

BILA ADA NAMA BESAR, KELUAR ANGIN PUN DISANGKA TROPEDO...

Baru dua tiga kali aku tak tulis politik,  dah ada yang nangis dan merayu aku tulis semula,  katanya rindu... kahkakah

Sebenarnya apa yang aku tulis lebih kepada kepuasan diri,  santai tulis,  santai baca... Kalau ada yang kata kurang fakta, merapu, hambar,  muflis idea....aku bersetuju untuk tidak bersetuju.

Sebab itulah juga sesekali terselit bab ugama,  lebih untuk ingatan sendiri andai tersasar.

PERTEMUAN MAHATHIR ANWAR

Tun memaklumkan pertemuannya dengan Anwar atas sokongan beliau kepada kes MKN yang didaftarkan Anwar.

Aku rasa elok kita anggap pertemuan itu sekadar alasan dan sebab itu.

Anwar pun memberi sebarang kenyataan balas.  Tun bukan jenis hidung tak mancung pipi tersorong.

Bila terlalu banyak mentafsir dan baca politik, bayang disangku hantu, pencuri tentu takut bila tengok kelibat polis,   sendiri yang keliru dan panik.

Sebab itu lah pihak yang  terlibat mengeluarkan kenyataan kenyataan yang melampau dan tidak masuk akal atas tafsiran politik takut mereka sendiri...

Tidak ikhlas - zahid
Pengkhianat besar - salleh
Politik terdesak - blogger prepaid

Jika sendiri tafsir sendiri ulas - kenapa pula Tun dipersalahkan.

Apakah sebagai TPM,  Zahid kini merasakan dia lebih besar dari bekas bossnya (anwar)  sendiri sehingga perlu tergesa gesa mengelusrkan kenyataan.

Bagaimana pula nanti jika Najib jumpa Anwar ....
Berjiwa besar (?)
Negarawan (?)

Jangan buat ramai yang tergelak...

BERAPA ORANG YANG SANGGUP MEMBACA SAMPAI HABIS.

*Zaman Yang Paling Ditakuti Rasulullah SAW*

*Orang Yang Tak Sedarkan Diri*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

*Ahli Ibadat Yang Jahil Dan Ulama Yang Fasik*
@Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]

*Menjual Agama Kerana Dunia*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

*Pendusta Dan Pengkhianat*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

*Kefasikan Berleluasa*
@Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

*Penindasan Terhadap Umat Islam*
@Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

*Namanya Saja Islam*
@Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Beliau berkata, telah bersabda Rasulullah SAW “Telah hampir tiba suatu zaman, di mana tidak ada lagi dari Islam kecuali hanya namanya, dan tidak ada lagi dari Al-Quran kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah langit. Daripada merekalah keluar fitnah, dan kepada mereka jua fitnah itu akan kembali ” (HR Al-Baihaqi)

*Budaya Barat Ikutan Umat Islam Kini*
@Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak sekalipun kamu akan mengikut mereka” Sahabat bertanya “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang Tuan maksudkan?” Nabi SAW menjawab “Siapa lagi?” (HR Muslim)

*Ulama Tidak Dipedulikan*
@Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam, lidah mereka seperti lidah orang Arab” (HR Ahmad)

*Ulama Agama Semakin Berkurang*
@Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)

*Golongan Anti Hadis*
@Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku maka dia berkata “Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

*Berbangga-Bangga Dengan Masjid*
@Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)

*Tak Ada Imam Untuk Solat Berjemaah*
@Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)

*Penyakit Umat Islam Masa Kini*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah,
1.Terlalu sombong,
2.Terlalu mewah,
3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin,
4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi,
6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

*Perangkap Riba*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang pun kecuali dia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau dia tidak memakannya secara langsung, dia akan terkena debunya” (HR Ibnu Majah)

*Manusia Tak Peduli Mengenai Sumber Pendapatannya*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah saw, “Akan datang suatu zaman seseorang tidak mempedulikan daripada mana dia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram” (Riwayat Muslim)

*Banyaknya Sumber Galian*
@Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata “Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ” (HR Baihaqi)

*Khamar*
@Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. Katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)

*Banyaknya Perzinaan*
@Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

*Berpakaian Tetapi Telanjang*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda ”Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka, keduanya belum pernah aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, lenggang-lenggok sewaktu berjalan, mengayun-ayunkan bahu. Kepala mereka bagaikan bonggol (belakang unta). Kedua golongan ini tidak akan masuk syurga, malah tidak akan dapat mencium bau harumnya. Sesungguhnya keharuman syurga itu akan terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh (HR Muslim)

*Perilaku Manusia Masa Kini*
@Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

*Anak Menjadi Tuan Kepada Ibunya*
@Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka Nabi SAW menjawab “Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan” (Riwayat Muslim)

*Peperangan Demi Peperangan*
@Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau mengucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

*Perang Di Sekitar Sungai Furat (Iraq) Kerana Berebut Kekayaan*
@Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu” Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Terdapat sebahagian pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum ]

*Waktu Terasa Pendek*
@Daripada Anas bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi kiamat sehingga waktu terasa pendek, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu kilatan api” (HR Tirmizi)

*Hilangnya Sifat Amanah*
@Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)

*Islam Akan Pudar Secara Perlahan-Lahan*
@Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)

*Bilakah Akan Terjadi Kehancuran?*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata “Pada suatu hari ketika Nabi SAW sedang berada dalam suatu majlis dan berbicara dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “Bilakah akan terjadi hari Kiamat?” Nabi SAW terus saja berbicara. Sebahagian yang hadir berkata “Beliau (Nabi SAW) mendengar apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disenanginya” Sementara yang lain berkata “Sesungguhnya beliau tidak mendengar pertanyaan itu” Sehingga apabila Nabi SAW selesai berbicara, beliau bersabda “Di mana orang yang bertanyakan mengenai hari Kiamat tadi?” Lalu Arab Badwi itu menyahut “Ya! Saya wahai Rasulullah” Maka Nabi SAW bersabda “Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari Kiamat” Arab Badwi itu bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu?” Nabi SAW menjawab “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari Kiamat” (HR Bukhari)

*Kebinasaan Umat Islam*
@Daripada Ummul Mukminin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata,”(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, LAILAHAILLALLAH, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Yakjud dan Makjud seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?” Lalu Nabi SAW bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak” (Riwayat Bukhari & Muslim)

*Punca Kebinasaan Seseorang*
@Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali apabila dia lari membawanya dari puncak bukit ke puncak bukit yang lain, dan dari suatu gua ke gua yang lain. Maka apabila zaman itu telah tiba, segala sumber pendapatan tidak dapat diperoleh kecuali dengan melaksanakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah SWT. Apabila ini telah terjadi, maka kebinasaan seseorang adalah disebabkan memenuhi kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau dia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya disebabkan memenuhi kehendak kedua ibu bapanya. Dan jikalau ibu bapanya sudah tidak ada lagi, maka kebinasaannya disebabkan mengikuti kehendak keluarganya atau disebabkan mengikuti kehendak jiran tetangganya” Sahabat bertanya “Wahai Rasulullah SAW, apakah maksud perkataan engkau itu?” Nabi SAW menjawab “Mereka akan menghinanya dengan kesempitan hidupnya. Maka ketika itu sesungguhnya dia telah menceburkan dirinya ke jurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya” (HR Baihaqi)

*Perselisihan Yang Banyak*
@Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. Beliau berkata “Telah menasihati kami Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berikanlah pesanan kepada kami” Lalu baginda pun bersabda “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekali pun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

*Golongan Yang Selamat*
@Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah jemaah” (HR Ibnu Majah)

*Orang Asing*
@Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW “Islam mula berkembang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing” (HR Muslim)

*Kepayahan Orang Yang Beriman*
@Daripada Anas r.a. Berkata Rasulullah SAW bersabda ”Akan datang pada manusia suatu zaman di mana orang yang berpegang teguh di antara mereka kepada agamanya laksana orang yang memegang bara api. (HR Tarmizi)

*Kesusahan Itu Lebih Baik Daripada Kesenangan*
@Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya), dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?” Maka jawab sahabat “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “Tidak! Keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

*Golongan Yang Sentiasa Menang*
@Daripada Mughirah bin Syu’bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang. (HR Bukhari)

Sumber : peribadirasulullah.wordpress.com

BERAPA ORANG YANG AKAN MEMBERI KOMEN DALAM BAHASA YANG PALING SOPAN,  IKHLAS..

Monday, September 5, 2016

TONGKAT KUASA

_*```KITA TAK NAMPAK الله??```*_

*```Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*

*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*

*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Utk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*

*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله dan balik kepada الله.```*

TANYA MCA DAN DAP TENTANG ISU INI, DAN AKHIRNYA APA KATA ZAHID

3 Dzulhijjah 1437H
Isnin 2.30p.m.

PELANCONG CHINA KE MALAYSIA: ANCAMAN SISTEMATIK TERHADAP KEDAULATAN NEGARA

Malaysiakini Edisi 21 November 2005 melaporkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesan ke mana menghilangnya lima puluh ribu pelancong dari Negara China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.

Portal yang sama juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, seramai lima ratus ribu (500,000) pelancong dari China datang ke Malaysia dan hanya tiga ratus lima belas ribu (315,000) sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka. Ini bermakna terdapat seramai seratus lapan puluh lima ribu (185,000) pelancong dari China yang tidak dapat dikesan berada di Malaysia.

Apabila portal Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016 lalu, bahawa terdapat seratus ribu (100,000) kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan, penulis terpanggil untuk mengulas dan mengupas isu di atas.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong Negara China yang tidak keluar dari Malaysia, samada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka.

Jika dikumpukan bilangan pelancong China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003 – 50 ribu dan 2005 – 185 ribu).  Ianya adalah data dan statistic 13 tahun lampau. Bagaimana sekarang? Penulis tidak yakin angkanya semakin berkurangan.

Apa yang boleh dibuat oleh bilangan seramai 235,000 orang pelancong China di Malaysia?

Mari kita lihat fakta di mana bilangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menang dengan majoriti yang SANGAT BESAR di kawasan Parlimen yang mereka tandingi dan majoriti pengundinya adalah mewakili kaum Cina.
(i) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi.
(ii) Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong,  menang dengan majoriti 43,063 undi.
(iii) Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi.
(iv) Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi.
(v) Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi.
(vi) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40, 307 undi.

Sayugia ingin saya  perjelaskan bahawa isu ini merentasi sempadan antara kaum dan politik kepartian. Saya  tidak berminat mengupas pertembungan, konflik dan strategi pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai konflik kepentingan.

Apa yang saya  cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara yang telah, sedang dan akan terus diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Saya  sangat berharap agar kerajaan sedia ada mempunyai kaedah dan mekanisme yang bersesuaian serta konkrit dalam menghadapi ancaman pelancong-pelancong dari China ini.

Saya  juga mengharapkan agar rakyat Malaysia lebih proaktif melaporkan sebarang elemen yang mencurigakan dari mana-mana pihak yang mungkin menjadi dalang kepada penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara sistematik.

Lebih dari itu, saya  tidak mampu bersangka baik bahawa kedaulatan dan keselamatan negara kini telah lama diceroboh secara sistematik melalui kaedah-kaedah  sah perundangan negara (permohonan kewarganegaraan).

Saya  yakin dan percaya bahawa tuntutan kewarganegaraan seramai seratus ribu (100,00) orang penduduk tetap (sebagaimana yang didakwa) mempunyai agenda tersirat dan dilakukan secara sistematik demi suatu misi dan visi yang panjang ke atas Negara Malaysia ini.

Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sama-sama bertanggungjawab dan memikul tugas membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia sebegini selain memperketatkan penguatkuasaan Fasal-fasal tertentu Perlembagaan dan undang-undang imigresen terhadap pemberian kewarganegaraan dan pemerdagangan manusia.

MELAYU DISERU BERSATU, ADA YANG HALAL ADA YANG HARAM

Jom kita tengok perangai satu kaum.. Persepsi mereka:

Najib bekerjasama dengan Hadi - halal dan bagus., Islamik.

Anwar dan Mahathir berdamai - moron dan haram, yahudi le kot (?)

Mana datang kaum ini (?)

Apa yang ditulis oleh zamkata hampir menepati keseluruhannya. Apapun Anwar pasti akan salam sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya termasuklah Mahathir tetapi apa "penerimaannya" belum lagi dikenalpasti.
Adalah lebih menguntungkan jika Anwar bekerjasama dengan Najib (!)

Lebih lebih lagi Najib pun dah pinjam ungkapan Anwar - LAWAN TETAP LAWAN





Blogger taik unta sakit jiwa.. 


Sunday, September 4, 2016

LAWAN TETAP LAWAN, SETAKAT MANA AUTA NAK LAWAN FAKTA


Penulisan blog tidak menyelesaikan masalah negara.  Bohong dan fitnah lebih banyak dari betul dan benar.

Yang memberi komen jauh dan sangat teruk dengan mengusung master of makihamun dan sarjana ampu bodek dari satu blog ke satu blog.

Dedak makanan ruji mereka,  negaraku terus aman makmur kerana dijaga bangla dan myanmar.
Agensi keselamatan sudah ada biro politik.

Islam kini menjadi alasan waktu tersepit,  terdesak.
Pandai ugama kekadang pegang kayu tongkat kutbah kekadang kayu tongkat golf.
Islam The Way Of Life kekal jadi sticker cermin belakang kereta.

Semua adudomba,  hilang akhlak,  waras dan iman kerana politik ganas.

Mereka mereka yang membeli masa akan sampai juga ke satu masa and the rest of life akan menanggung segala dosa.

Seperti kertas yang tidak dapat membungkus api, begitulah juga bau busuk bangkai bangkai gajah yang ditiup angin  tidak dapat ditutup sekadar say no dengan air lior basi.
Pokok tidak bergoyang jika tidak ada beruk jantan dan betina yang buat angkara.

Fakta atau auta.

MB JOHOR TERTEKAN DITEKAN...



DARI SESI DIALOG BERSAMA TMJ:
APA PERANCANGAN TMJ MENGENAI BANGSA JOHOR DAN  PANDANGAN BELIAU MENGENAI KEMERDEKAAN MALAYSIA

• Dalam masa terdekat, tak kisah tahun ini ke, tahun depan atau tahun akan datang, Kerajaan Johor sendiri akan beri modul pelajaran kepada anak-anak Johor.

• Ada persoalkan kita ada Bangsa Johor dan Malaysia pun sudah ada 1 Malaysia. Awak beri saya 1 jawapan, dimana dia 1 Malaysia. Awak ada sekolah India, awak ada sekolah Cina, awak ada sekolah Melayu. Daripada kecik awak dah ajar mereka jangan bersatu. Lepastu dah besar awak nak suruh dia bersatu?  Pada masa akan datang, kita takde lagi sekolah India, Cina, Melayu di negeri Johor. Sekolah agama ada lagilah untuk agama kita. Kita ada Sekolah Bangsa Johor.

• Sekolah Bangsa Johor ni, daripada kecil awak akan diajar macamana bersatu, menghormati agama, menghormati kaum-kaum lain. Bagaimana kita nak mendidik dia dari kecil supaya jangan bersatu tetapi kita suruh dia bersatu bila nak pilihanraya. Mana boleh jalan? Di Negeri Johor lain. Pendidikan akan dijaga kerajaan negeri Johor. Yang mana belajar bagus-bagus, kita hantar luar Negara. Saya ada perancangan lebih besar untuk negeri Johor.

• Ada bertanya, kenapa page JST tak letak apa-apa pasal Merdeka? Nak buat apa? Takde kena mengena dengan sejarah kita. Takde kena mengena dengan asal-usul kita. Kita sentiasa merdeka. Kita tak pernah dijajah. Kenapa Johor nak sambut merdeka? Kita menghormati boleh. Kita wish boleh. Tetapi tiada motif untuk menyambut.

• Macam tu juga saya cakap kepada Menteri Besar. Tapi Menteri Besar cakap dengan saya, “tapi macam ni patik ni tertekan sikit.” Awak cakap jelah saya yang suruh. Awak nak risau apa. Kita ada sejarah kita. Kita patut menghormati sejarah dan asal-usul kita. Negeri lain terpaksa banggakan bendera tu pasal mereka takde apa-apa nak dibanggakan pasal negeri dia.

• Sini kekuatannya, adalah kerana raja dan rakyat berpisah tiada. Raja negeri lain, tak duduk KL, London, KL, London. Saya pun tak tau apa motif ada Mesyuarat Raja-Raja. Tak pernah dalam tu awak bincang isu-isu semasa, menegaskan kepada kerajaan apa mereka patut buat untuk rakyat.


#
Agak agak siapa pemimpin Johor yang akan ulas,  takkan nak suruh si pondan tu ulas.
Adakah Najib akan ulas... Lebih baik tunggu kucing bertanduk.

Akhirnya suruhlah wartawan tanya Tun Dr Mahathir,  pahit atau manis,  Tun akan ulas...
Lepastu barulah berpusu pusu pemimpin bangsat akan jadikan modal politik  kritik Tun Dr Mahathir yang dimurkai Sultan.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...