Sebenarnya apa yang aku tulis lebih kepada kepuasan diri, santai tulis, santai baca... Kalau ada yang kata kurang fakta, merapu, hambar, muflis idea....aku bersetuju untuk tidak bersetuju.
Sebab itulah juga sesekali terselit bab ugama, lebih untuk ingatan sendiri andai tersasar.
PERTEMUAN MAHATHIR ANWAR
Tun memaklumkan pertemuannya dengan Anwar atas sokongan beliau kepada kes MKN yang didaftarkan Anwar.
Aku rasa elok kita anggap pertemuan itu sekadar alasan dan sebab itu.
Anwar pun memberi sebarang kenyataan balas. Tun bukan jenis hidung tak mancung pipi tersorong.
Bila terlalu banyak mentafsir dan baca politik, bayang disangku hantu, pencuri tentu takut bila tengok kelibat polis, sendiri yang keliru dan panik.
Sebab itu lah pihak yang terlibat mengeluarkan kenyataan kenyataan yang melampau dan tidak masuk akal atas tafsiran politik takut mereka sendiri...
Tidak ikhlas - zahid
Pengkhianat besar - salleh
Politik terdesak - blogger prepaid
Jika sendiri tafsir sendiri ulas - kenapa pula Tun dipersalahkan.
Apakah sebagai TPM, Zahid kini merasakan dia lebih besar dari bekas bossnya (anwar) sendiri sehingga perlu tergesa gesa mengelusrkan kenyataan.
Bagaimana pula nanti jika Najib jumpa Anwar ....
Berjiwa besar (?)
Negarawan (?)
Jangan buat ramai yang tergelak...
KD pun terpengaruh dengan perkataan Kentut dah. Ini semua bahana Ted Kentut Proo00tt yg suka Kentut di CTS dan dia pula pakar pencuri identiti orang lain
ReplyDeleteTerima kasih, sudah dikemaskini
ReplyDeleteItu lah tanda2 UMNO goyang dengan kehadiran Bersatu!!!
ReplyDeletemmg goyang ... ikut tempo pembangkang ... lagi kuat sabotaj kerajaan .. lagi kuat kerja lah parti-parti kerajaan .. tubuhlah seribu parti pun .. lawan tetap lawan !!
Deletetak respon kata tak responsif ... ini hal politik bukan hal peribadi .... aktiviti ahli politik yg mendapat perhatian rakyat sentiasa ditafsir oleh pihak seteru politik .. tiada maknanya ex boss bagai... its over in the pass .. sesiapa jadi musuh UMNO mmg akan dihentam... sama je dari pihak sana ...tak suka ? then go fly kite !!
ReplyDeletekelibat umno ni mmg lawak dr dulu..merekalah plg hebat konon..
ReplyDeletesebenarnya umno sdh terdesak..maka keluarlah kenyataan mcm2..termasuklah blogger prepaid dan beberapa menteri yg kaki ampu..oppps cari makan bro
dah naqmpak sdh goyang..rata2 bila bercakap pasal parti byk yg tolak dan benci umno..turunlah padang sembang di kedai2 kopi.
umno yg bangang skrg cuba mempertahankan yg salah..
jom sokong bersatu..
jommm pakat hancurkan pembangkang boleh lah ... jgn syok sendiri bro .. go fly kite !
DeleteTak payah la yg tak berkenaan nak buat andaian itu, andaian ini. Kalau andaian2 tu tak betul macamana? Kan ke berdosa. Baru saja lepas kutbah... dah nak buat dosa balik. Entah lah...nak menggeleng kepala pun salah,nak mengangguk kepala pun salah.
ReplyDeleteTu lah KD. Sat sat hang jadi kolumnis politik berapi2. .lepas tu manipulasi hadis hadis. Tak lama lepas tu jadi balik kolumnis politik. Macam orang pening je
ReplyDeletebukan pening .. tunggu bahan spin .. sumber semua tertumpu dgn madey .. bila madey kutty kojol .. semuanya akan terkubur !!
DeleteSIAPA ZAHID INI KD TK PENTING, YG PENTING DIA ORANG KAMPUNG KD JUGA JOHOR HEHE,SIAPA TAHU DIA AKN BERGANDING BAHU DGN MUHYIDIN SINGKIR NAJIB!
ReplyDeleteya lah tu siapa tahu ... yg dah berambus dari UMNO tu better go fly kite !!
DeleteSebenar nya iklim politik di Malaysia ini suasana nya hanya ditentukan oleh dua tiga orang individu sahaja.Samaada suasana nya aman sentosa mahu pun haru biru ianya sangat bergantung kepada perhubungan diantara mereka.Kalau baik perhubungan diantara mereka maka nyaman lah udara nya kalau bertelingkah pula maka kelam lah jawabnya.Dihangatkan lagi dengan kewujudan kaum pemuja yang tak henti-henti membakar semangat pemimpin pujaan mereka.
ReplyDeleteKeadaan ini tidak wujud di negara maju dimana jika pemimpin itu yang merasakan diri mereka berada dalam kedudukan bersalahan mereka tidak lokek untuk melepaskan jawatan manakala pemimpin yang telah bersara akan bersara secara mutlak begitu juga dengan pemimpin yang tewas dalam pilihan raya mereka tidak akan kembali lagi.Apa tah lagi jika pemimpin itu terlibat dengan skandal mereka akan terus mengucapkan selamat jalan kepada dunia politik.Tidak ada penyokong yang taksub kepada pemimpin jauh sekali untuk memusnahkan parti kerana pemimpin.
Yang membezakan kita dengan Afghanistan dan Ethiopia kerana pemimpin politik disana menjelmakan diri mereka sebagai warlord yang menjaga kawasan masing-masing tetapi tiada perbezaan sama sekali kita dengan negara mundur yang lain seperti Bangladesh dimana dua tokoh politik Syeikh Hasina dan Khalida Zia yang bertahun-tahun bercakaran merebut tampuk kuasa tanpa ada perasaan pun untuk bersara.
Kalau dikaji-kaji sebab apa terjadi demikian tak lain dan tak bukan kerana kaum pemuja dinegara mundur kecenderungan kepada ketaksuban dan simpatisme adalah sangat tinggi. Sebab itu emosi mereka sangat mudah untuk dimanipulasi.Tidak heran lah jika bergaduh rumah pun mereka sanggup bakar.Kalau begini keadaannya nampak nya masih jauh lagi kita untuk memasuki zon negara2 maju.
kelebihan utama pemimpin politik malaysia dia boleh mengubah pandangan pengikut nya mengikut apa yang dimahukannya.Sekejap dia kata itu baik tapi dalam masa yang lain dia boleh kata itu jahat pula dan yang aneh nya penyokong boleh menerima dan percaya dikedua-duanya tanpa ada apa-apa kemusykilan pun.Pelik bukan.
ReplyDeleteBeza antara penyokong najib dan Tun Dr Mahathir ialah..
ReplyDeletePenyokong Najib mempertahankan Najib supaya jangan lepaskan jawatan walaupun ada keperluan secara moralnya (obligation) untuk berundur, tidak perlu tunggu sampai dibuktikan bersalah.
Penyokong Tun Dr Mahathir tidak mempertahankan Mahathir kerana jawatan atau pengaruh sebab Tun sudah tidak ada jawatan dan pengaruh, ampu dan bodek Tun sampai ke langit pun, takkan dapat apa apa dari Tun.
Yang Tun ada hanyalah kewibawaannya dan apa yang disuarakannya adalah selari dengan suara rakyat.
Tanpa Tun pun, suara rakyat tidak akan padam.
KD betul la tu,tidak ada pemimpin atau pengikut pun yang mengaku bersalah atas tindakan dan keputusan mereka,semua nya yakin berdiri atas paksi yang benar.Kalau tidah masakan politik Somalia dan Afghanistan terjadi sedemikian rupa kerana semua nya yakin mereka adalah benar.
ReplyDelete