3 Dzulhijjah 1437H
Isnin 2.30p.m.
PELANCONG CHINA KE MALAYSIA: ANCAMAN SISTEMATIK TERHADAP KEDAULATAN NEGARA
Malaysiakini Edisi 21 November 2005 melaporkan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Jabatan Imigresen dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengesan ke mana menghilangnya lima puluh ribu pelancong dari Negara China yang masuk ke Malaysia tetapi tidak pulang ke negara asal mereka.
Portal yang sama juga melaporkan bahawa pada tahun 2003, seramai lima ratus ribu (500,000) pelancong dari China datang ke Malaysia dan hanya tiga ratus lima belas ribu (315,000) sahaja yang keluar dari Malaysia atau kembali ke negara asal mereka. Ini bermakna terdapat seramai seratus lapan puluh lima ribu (185,000) pelancong dari China yang tidak dapat dikesan berada di Malaysia.
Apabila portal Sinar Harian melaporkan pada 2 September 2016 lalu, bahawa terdapat seratus ribu (100,000) kaum Cina masih belum memperolehi kewarganegaraan, penulis terpanggil untuk mengulas dan mengupas isu di atas.
Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil memberi penjelasan terhadap kehilangan pelancong Negara China yang tidak keluar dari Malaysia, samada mereka telah berjaya dikesan, kembali ke negara asal mereka atau menjadikan Malaysia sebagai destinasi terakhir kehidupan mereka.
Jika dikumpukan bilangan pelancong China yang tidak meninggalkan negara ini atau gagal dikesan semenjak 2003-2005 adalah seramai 235,000 orang (2003 – 50 ribu dan 2005 – 185 ribu). Ianya adalah data dan statistic 13 tahun lampau. Bagaimana sekarang? Penulis tidak yakin angkanya semakin berkurangan.
Apa yang boleh dibuat oleh bilangan seramai 235,000 orang pelancong China di Malaysia?
Mari kita lihat fakta di mana bilangan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menang dengan majoriti yang SANGAT BESAR di kawasan Parlimen yang mereka tandingi dan majoriti pengundinya adalah mewakili kaum Cina.
(i) Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menang dengan majoriti 51,552 undi.
(ii) Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong, menang dengan majoriti 43,063 undi.
(iii) Ahli Parlimen Serdang, Dr. Ong Kian Ming, menang dengan majoriti 42,206 undi.
(iv) Ahli Parlimen Bukit Gelugor, menang dengan majoriti 41, 778 undi.
(v) Ahli Parlimen PJ Utara, Tony Pua, menang dengan majoriti, 41,672 undi.
(vi) Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw menang dengan majoriti, 40, 307 undi.
Sayugia ingin saya perjelaskan bahawa isu ini merentasi sempadan antara kaum dan politik kepartian. Saya tidak berminat mengupas pertembungan, konflik dan strategi pelbagai pihak yang mempunyai pelbagai konflik kepentingan.
Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan negara yang telah, sedang dan akan terus diganggu gugat oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.
Saya sangat berharap agar kerajaan sedia ada mempunyai kaedah dan mekanisme yang bersesuaian serta konkrit dalam menghadapi ancaman pelancong-pelancong dari China ini.
Saya juga mengharapkan agar rakyat Malaysia lebih proaktif melaporkan sebarang elemen yang mencurigakan dari mana-mana pihak yang mungkin menjadi dalang kepada penyeludupan dan pemerdagangan manusia secara sistematik.
Lebih dari itu, saya tidak mampu bersangka baik bahawa kedaulatan dan keselamatan negara kini telah lama diceroboh secara sistematik melalui kaedah-kaedah sah perundangan negara (permohonan kewarganegaraan).
Saya yakin dan percaya bahawa tuntutan kewarganegaraan seramai seratus ribu (100,00) orang penduduk tetap (sebagaimana yang didakwa) mempunyai agenda tersirat dan dilakukan secara sistematik demi suatu misi dan visi yang panjang ke atas Negara Malaysia ini.
Kerajaan dan rakyat Malaysia perlu sama-sama bertanggungjawab dan memikul tugas membanteras aktiviti-aktiviti pemerdagangan dan penyeludupan manusia sebegini selain memperketatkan penguatkuasaan Fasal-fasal tertentu Perlembagaan dan undang-undang imigresen terhadap pemberian kewarganegaraan dan pemerdagangan manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Only this time you are bullseye perfect KD. Ini strategi China komunis yg Mat Sabtu puja. Anyway bagaimana boleh mengundi kecuali my-kad di manipulasi melalui penjualan oleh pengkhianat2 dalaman. Atau pon yang mampus tidak dilaporkan dan IC digunakan semula melalui pengubahsuaian.
ReplyDeleteSetuju . Mungkin firewall database Jabatan Pendaftaran overide dan di hack dari Hong Kong dan data lama dimusnahkan dengan data baru termasok gambar dimanipulasi dengan kemad dari Hong Kong. Macam kes mh 730 bila control dalam cockpit dipintas oleh satu pesawat lain dengan arahan dan data2 baru.
ReplyDeleteApahal KD dah cerita hal lain ni.......
ReplyDeleteMana hal topik MO1
Mana pergi cerita ke agongan Penjilat Kahak No 1 ni
Memang aku lari topik...tapi cun kalau blog ni tak sebut hal TDM
Orang tanya hal DSAI dan TDM dan beri komnen.....sonyap ajo
Beri komen straight forward tau....fakta bukan auta....
KD dah letih dengan negara ni . Serupa Rara Dap juga. Cerita MO1 simpan dulu. US pandai kacau daun dengan teka teki MO1 supaya rakyat Mesia ni sentiasa berbalah2 . Salam satu subject International Politics di universiti di US telah diterapkan satu kaedah pengurusan International policy dengan menjadikan negara lain di sekeliling US huru hara dengan dengan ini mencipta keamanan domestik.
ReplyDeleteTakde masaalah... suap 100,000.00 kpd ksu, atau ketua pengarah imigresen, pendaftaran, kdn, ... habis cerita... semua tunggu untuk disuap... kemewahan lebih di damba dari kecintaan kpd negara... kalau kena tangkap, cakap je derma ikhlas... kan MO1 dah tunjukan jalan...
ReplyDeleteRepot pun no point KD, cuma bagi peluang ada hantu yang buat duit dengan pow pendatang haram tu. Dia orang tangkap dua orang, pow, tahan sorang sebagai tebusan dan lepas sorang lagi untuk balik kongsi/rumah sewa untuk collect duit tebusan. Bukan begitu ke yang selalu terjadi?
ReplyDelete