Saturday, May 26, 2018

WALLAHU'ALAM - MORAL OF THE STORY, DOAKAN YANG BAIK BAIK..

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut. 

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..

Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup, 

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak? 

LGE dalam proses Tun. 
Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

PANGGONG WAYANG DI TERENGGANU TIDAK AKAN DITUTUP KATA MB

Tidaklah mengejutkan kerana PAS itu sendiri panggong wayang,  penuh dengan drama. 

Di Kelantan,  tiada. 

Soal hukum,  ostat dan lebai boleh justifikasikan ikut selera. 

Aku berkecuali,  pasu bunga. 




# Kepimpinan kerajaan PAS Terengganu diharap membawa contoh pengurusan Islam yang diterjemahkan melalui hasil kerja,  akhlak dan amanah, bukan melebihkan ungkapan dan slogan. Tidak perlu ada seorang lagi nik amar di Terengganu. 





REFORMASI MASIH KAH RELEVAN?

Sepanjang perjuangan PKR,  aku anggap ia lebih kepada perjuangan pembebasan dan mensucikan Anwar.. Aku tidak terlibat.

Reformasi itu apa untuk siapa?

Sedikit sokongan kepada PKR bermula hanya selepas melihat kepada pengurusan Azmin menerajui Selangor walaupun pada masa yang sama cakap² mengenai pembebasan Anwar masih ujud.

Hari ini Anwar sudah dibebas dan diampun sepenuh dan total. Menghargai dan menghormati pengampunan tersebut adalah wajar kes dan pemenjaraan wajar tidak diungkit lagi.

Lim kit siang baru,  muhyiddin baru,  mat sabu baru,  mahathir pun baru cuma anwar terlihat masih ditakok lama.. Perlu sedia baru, setaraf setara untuk dihormati dan disanjung secara pakatan harapan.

Bukankah juga lebih sesuai laungan reformasi disimpan rapi dan hanya suara Malaysia Baru diperdengarkan dengan satu nakhoda.

Cakap siang pandang², kerana pulut santan binasa.

Mohon pandangan.


JAGA SEMPADAN MASING² HORMAT JIKA MAHU DIHORMATI...



Friday, May 25, 2018

MUSA AMAN BOLOS?


IMEJ UMNO MAKIN ROSAK


Jamal menghilangkan diri dari polis untuk menerima dokumen mahkamah.

Di Perlis,  ruam digaru dah jadi kudis dikeruk keruk dah membesar jadi kurap.

Azlan angkat sumpah MB Perlis tanpa kehadiran 8 DUN umnobn.
Raja Perlis murka.
Shahidan kata apa murka?
Shahidan umum Azlan dipecat dari umno diikuti 8 DUN membuat laporan polis ke atas Azlan.
Azlan menjalankan tugas sebagai MB seperti biasa dan memaklumkan tidak menerima apa² surat pemecatan.
Shahidan minta PM campurtangan!
Zahid nafi membuat kecaman keras ke atas Raja Perlis
Mufti Perlis cadang PRU Negeri semula.
Hishamuddin tidak setuju Azlan dipecat..
Next?


Keluarga 69

MAJLIS PROFESSOR KANGKUNG DIBUBAR..

Bukan sahaja pecacai marhaen dan middle class, upper midddle serta politician yang gemar dedak,  juga tetapi tidak terhad kepada yang paling berilmu,  melacurkannya secara ulung.

Kalau fungsinya menasihat,  ia umpama pagar makan padi. Sama dumno dengan yang melantik.
Lantik mesti bertujuan untuk nasihat membina (arkitek) bukan menjadi jurumekap.


3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...