Saturday, May 26, 2018

REFORMASI MASIH KAH RELEVAN?

Sepanjang perjuangan PKR,  aku anggap ia lebih kepada perjuangan pembebasan dan mensucikan Anwar.. Aku tidak terlibat.

Reformasi itu apa untuk siapa?

Sedikit sokongan kepada PKR bermula hanya selepas melihat kepada pengurusan Azmin menerajui Selangor walaupun pada masa yang sama cakap² mengenai pembebasan Anwar masih ujud.

Hari ini Anwar sudah dibebas dan diampun sepenuh dan total. Menghargai dan menghormati pengampunan tersebut adalah wajar kes dan pemenjaraan wajar tidak diungkit lagi.

Lim kit siang baru,  muhyiddin baru,  mat sabu baru,  mahathir pun baru cuma anwar terlihat masih ditakok lama.. Perlu sedia baru, setaraf setara untuk dihormati dan disanjung secara pakatan harapan.

Bukankah juga lebih sesuai laungan reformasi disimpan rapi dan hanya suara Malaysia Baru diperdengarkan dengan satu nakhoda.

Cakap siang pandang², kerana pulut santan binasa.

Mohon pandangan.


42 comments:

  1. betul kd..aku sokong tun m..aku di selangor sokong azmin

    aku x sokong reformasi..aku rasa dah basi..aku sokong azmin jadi next pm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sokong sepenuh nya kata kata KD di atas.

      Saya sokong pendapat yang mahukan Tun Dr Mahathir pegang jawatan PM sepenuh penggal - 5 tahun.

      Amat banyak perkara mahu di baik pulih di negara ini. Bukan sahaja politik, juga ekonomi, undang undang dan di bidang sosial.

      Hinggakan ramai rakyat tidak hormatkan undang undang terafik. Tidak hormatkan authority. Ramai yang tidak indahkan lampu merah. Tabiat kasar di jalan raya, road rage dan seperti nya melanda landa.

      Hal itu menjadi ia lah akibat rakyat tidak hormatkan Najib dengan skandal 1MDB dll. Pemikiran begitu perlu di tukar dan memakan masa. 2 tahun tidak mencukupi.

      Delete
    2. 11 das temvakan di lepaskan di traffic light di bkt mertajam semlam. Jenayah mula rancak.

      Delete
  2. Tak relevan. Perjuangan untok brader anwar jer tu. Tak percaya suruh dia panggil refomasi jalanan lagi... zaman dah berubah.

    ReplyDelete
  3. Maaf.
    Saya tak boleh menghormati pengampunan yang diberi.
    Bagaimana dengan hak si mangsa?

    Insya Allah, doa semua mangsanya akan maqbul... aamiiin

    #anwarwillneverbemypm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ni..
      Apa mathir dah tarik balik ckp anwar peliwat?
      Adakah pemgampunan di raja tu anwar mengaku peliwat?
      Ada magsa tarik kenyataan..
      Anwar seorg peliwat?

      Delete
    2. Kat dunia bole la nak mintak pengampunan diraja, dia Tak ingat Ada raja yang lagi besar Kat Alam lagi satu.

      Delete
    3. Yer ade rahe yg kebih besar...kalo ingat ade raja yg lebih besar tak de orang sanggup nerompak...tak de orang sanggop mereka reka bukti...

      Delete
    4. Sefool dah happy....bapak sefool sendiri dah sahkan sefool tak pernah liwat...jubo sefool digunakan oleh cash is king untuk penjarakan anwar...

      Delete
  4. Tidoq dululah kd..kejap lagii nk bangun tgk final bola RM vs LIV..sembang hal politik sampaii esok pun xhabis..ramalan kd sapa mng..⚽⚽🏃

    ReplyDelete
  5. Brader anwar dapat sokongan padu ke? Mat sabu dan gobind anak karpal tahu banyak hal. Dulu untuk jatuhkan bn, ok la utk lupa perkara personel. Ni dah jadi kerajaan, kena fikir banyak dan panjang. Negara perlu diutamakan daripada agenda personel utk jadi pm. Yg beria nak jadi pm, brader dan penyokongnya, tapi pengundi tak semua yg sokong. Terbukti sejak reformasi ditubuhkan. Kemerosotan umno kerana pemimpinnya. Pru11 menyebabkan umno lupa diri kerana menang besar. Mrk lupa bahawa itu tanda penghargaan rakyat kpd tdm yg bersara sebagai pm. Rakyat tunjuk sokongan kpd tdm, ph menang dan dapat tumbangkan bn. Allah merahmati dan memberkati negara malaysia dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  6. Sedih beb, sedih. Sejak sblm pru bising tabur janji supaya ph dipilih jd kerajaan. Janji macam² sehingga tiada yg lebih baik berbanding ph. Sejak 10 mei, kerajaan baru adalah kerajaan ph pilihan majoriti rakyat namun ahli politik ph lupa mereka menang dan membentuk kerajaan. Saban hari sejak menang mereka masih seolah berkempen dgn kata² yg menakutkan pelabur sehingga ramai yg cabut lari membawa bersama modal. Stock market jatuh merudum dan nilai matawang jatuh teruk! Inikah yg rakyat nak? Pasti bukan! Rakyat nak sebagaimana yg dijanjikan. Rakyat nak negara yg bertambah makmur, bukan makin ekonomi KECUT spt spt skrg. GST sewajarnya dh lama padam, tp oklah, buat sementara mulai 1 jun di'zero'kan. Bukan dihapuskan. Bila SST diaplikasikan nanti, jangan sampai harga barang makin mahal ok. Jangan menipu rakyat. Jangan lupa pasal harga minyak dan tol. Itu agenda utama rakyat swing undi dgn memilih ph. So, rentikan mulut² busuk dgn menjaja cerita ekonomi malaysia ni teruk. Pak menteri kena beraksi spt menteri, bukan mentaliti pembangkang. Jangan sampai pak kadir jasin bercakap 2 x pasal jaga mulut. Kerajaan adalah utk rakyat, bukan melampiaskan nafsu membalas dendam krn 100 hari yg dijanjikan semakin hari hari semakin susut. Berhenti bertindak bangang dgn menakutkan pelabur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..
      Cai najis kalau bohong senang je kantoi.
      Mcm idola dia jgk.

      Apabila xberani sebut psl 1mdb, mmg sah cacai najis.

      Matawang jatuh ni suruh najib cermin diri.

      Pelabor xtakot kalau kerajaan transparen. Malah lg berminat.

      Yg takot ni pemimpin umno takot kes kena selongkar..
      Kikikikiki

      Delete
  7. maaf cakap lah, pengundi bukan tak mengenang jasa bn cuma sekadar beri peluang pada ph untuk mentadbir negara dgn lebih baik spt yang dijanjikan. reformasi ala pkr sudah ketinggalan zaman. malah semakin kerap dilaungkan semakin meluat pula rasa orang yang mengundi ph dalam pru14. nampaknya ada yang lebih sudu dari kuah..

    ReplyDelete
  8. KD, kau sengaja bakar line ke? Kau bukak aje tajuk ni, berlumba macai najib mengeluarkan komen mcm ayam berlari mengejar dedak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dedak? Dedak Br1m ker?
      Yg pakatan cedok semula?
      Nak rebrand jadi BLim ke?

      Delete
  9. Dulu brim@ dedak/rasuah..sekarang tukar nama bgrm@ gandum bantuan gandumrakyat m'sia ki ki ki..awat bagi lagi rasuah..

    ReplyDelete
  10. Pakatan Haramjadah... madey kepala penyangak adalah bala musibah buat kita.. selagi dia hidup selagi itulah kerosakan demi kerosakan akan terus berlaku kepada negara ini dan Melayu Islam

    ReplyDelete
  11. Masihkan releven agenda reformasi? Perlu di fahami apa erti reformasi agar kalimat itu sendiri tidak disalah erti sebgai perjuangan peribadi! Tercetusnya reformasi kerana pemecatan anwar pda 1998 dan beliau menginginkan sebuah negara yg ditadbir urus mengikut rule of laws dan pemisahan kuasa secara total diantara tiga badan utama negara! Itu intipati utama reformasi! Tidak dinafikan, sebilangan besar pada ketika itu melaungkan reformasi hanya utk pembebasan anwar semata mata, bukan apa yg anwar perjuangkan!

    Masa telah berlalu, sepanjang 20 tahun, banyak yg berlaku. Sesiapa yg berjuang hanya utk pembebasan anwar, ramai yg telah balik kepangkuan umno spt ezam, lokman adam dan lain lain termasuk zahid hamidi sdiri yg dri awal lgi berpaling tadah! PKR itu sdiri melalui zaman kekeliruan dimana ada ahli yg tidak btul2 memahami apa yg anwar perjuangkan, tetapi menyertai pkr atas dasar perjuangan peribadi yg meyangkakan pembebasan anwar adalah agenda utama! Sedikit demi sedikit, tanggapan itu berjaya kita betulkan dan selama 20 tahun pkr masih lagi berdiri dan bertambah kuat disemua peringkat akar umbi dimana pru lepas menyaksikan pkr mendapat jumlah kerusi yg terbanyak diantara 4 komponen parti yg membentuk pakatan harapan! Tapi dlm masa yg sama saya mengakui kemenangan PH dlm pru yg lepas juga bukanlah kerana pkr lebih popular dr bersatu atau sebaliknya, tetapi kemenangan itu adalah kemenangan rakyat yg inginkan perubahan! Tetapi apakah perubahan yg rakyat mahukan? Selain dri kos sara hidup, mereka inginkan perubahan dlm pentadbiran yg semakin mereput dgn korupsi dan salahguna kuasa yg mana ini adalah asas kepada perjuangan pkr itu sendiri?

    Jika pembebasan anwar itu tujuan utama pkr, mana mungkin mereka terutama keluarga anwar sanggup berkerjasama dgn Tun dan sanggup melupakan sengketa antara mereka! Sudah tentu dlm kerjasama sebegini, ada permintaan yg bersifat peribadi yg timbul, tetapi ianya atas asas kepincangan badan kehakiman terdahulu dan pembebasan anwar adalah permulaan kepada "reform" dlm pentadbiran yg dipersetujui oleh Tun dan anwar, dan kita sendiri dpt melihat usaha2 yg dilakukan Tun dlm mereformasikan seluruh institusi berkaitan!

    Adakah ceramah yg giat dilakukan anwar utk meraih populariti beliau yg mungkin sedikit malap akibat tersisih dri politik arus perdana? Populariti anwar tidak pernah malap, kerana roh perjuangan beliau dan apa yg beliau perjuangkan! Walaupun jasad beliau terpenjara, tetapi pkr tetap berdiri dan semakin mendapat tempat! Tetapi keadaan telah berubah dan anwar perlu meneutralisasikan sebilangan penyokong2 beliau yg masih beranggapan pembebasan beliau adalah utk menduduki tampok pemerintahan dgn kadar segera! Kalau kita lihat dlm ceramah yg diadakan, dua perkara utama yg beliau tekankan! Satu drpnya ialah supaya penyokong2 beliau berdiri dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Tun dlm menguruskan negara dan yg keduanya ialah melupakan persengketaan antara beliau dgn Tun! Adakah ini tampak seperti lebih sudu dri kuah?? Perkara ini perlu utk anwar jelaskan kepada penyokong2 beliau supaya usaha2 memecahbelah pakatan dpt dibendung dan perosak2 yg menyusup masuk dpt dikenal pasti! Dan dri apa yg saya fahami,anwar sdiri tidak keberatan utk membiarkan Tun menguruskan negara ini lebih dri yg dipersetujui sekiranya perlu!!

    Dan soalan kepada tajuk posting apakah reformasi itu masih releven? Tidak jika sekiranya tanggapan reformasi itu adalah utk menggulingkan umno dan najib, tetapi reformasi yg kita inginkan sedang mengambil tempat dan belum lagi selesai sehingga apa yg kita betul2 inginkan dri pentadbiran baru ini menepati erti reformasi yg sebenarnya, bukan dri sudut kefahaman sebilangan laungan penyokong2 anwar shj!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro macy...jarum2 umno nak gunakan perkataan reformasi untuk pecahbelahkan PH...semua orang perlukan reformasi untuk semua hal dan keadaan kalo nak maju..

      Delete
  12. Tajuk "anwar" kena disentuh kerana itu lah realiti, ada beberapa blog menyentuhnya secara agak kasar, serang?

    Ertinya selagi anwar aktif road show, selagi itulah komentar ke atasnya berterusan. Tentulah bukan kerana road show tapi kerana intipati ucapannya????
    Ada ayat yang kalau tidak mengusik Tun pun, ada ayat yang meletaknya di depan.

    Jika anwar kurang aktif, sekadar sebulan sekali dan atas tajuk yang lebih akademik, sudah tentu tidak ada sangat perhatian ke atasnya.

    Jika tidak dikawal, jika ucapan anwar disanggah oleh mana² pemimpin pakatan harapan, pasti akan bersahut sahutan... Itulah yang musuh tunggu.

    Dalam masa yang sama, salakan jiban di blog ini tak akan ke mana, anggap hiburan dari mereka yang kecewa kerana umno sedang huruhara, belum bangkit sejak terbenam.

    ReplyDelete
  13. Dah jd kerajaan pun masih berperangai spt pembangkang.
    Anwar Ibrahim... boleh tak kau diam dan biarkan Tun buat kerja dulu. Ini kau sibuk buat road show dgn agenda reformasi apa kejadahnya?
    Anwar Ibrahim...kau harus ingat, kau diberikan pengampunan oleh SPB Agong atas kesalahan seksual kau, Bukan nak mengungkit tapi gerak kerja kau sekarang boleh menimbulkan huru Hara kpd kerajaan. Berhenti lah buat kerja bodoh kau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade kah anwar dlm jelajah menghasut supaya benci dan jatuhkan tun?...anwar nak jumpa penyokong2 nye...kebape dipandang dari sudut negatif?...adekah ini kenyataan dari puak umno nak cucuk jarum?...kalo nak cucuk cucuk lah...jarum tumpul..

      Delete
  14. Selesai kantoi wang negara.
    Bukannya dia kesal air mata.
    Dgn sinis lg nk mengata ada.
    Bukan senamg nk baiki keadaan negara.
    Umno Najib dan Pas Eddy mmg telah bawa celaka.
    Masih nk bising, mengadu domba.
    Ganggu kacau lari,salal, takut dipenjara.
    Keja kotor mereka, tak ada siapa pun yg lupa.

    ...tunggulah masa

    ReplyDelete
  15. Anwar ini ada macam macam hal... sudah sudah lah..
    Dok diam je atau jadi permehati atau penasihat
    Jangan ganggu pentabiran..
    Refomasi telah terbukti gagal bermakna Anwar juga gagal..
    Refomasi banyak menyusah kan Negara dan merosakan anak muda...
    Biar Negara kembali ke landasan yg betul
    Sokongan rakyat kpd pakatan HARAPAN adalah kerana Tun dan ini telah terbukti salah pun parti PPBM di beri kerusi di kawasan2 muat tapi berjaya juga memenangi beberapa kawasan sedang kan PKR dan DAP di beri kerusi di kawasan selesa jika di letak kan monyet pun mungkin menang
    ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun m punya , jgnkan letak money, letak tunggu Kayu Pon bole menang. Anwar dah Tak relevant and so does reformasi.

      Delete
    2. Tak betul kalo kata sokongan kpd PH kerana tun...kalo faktor tun bersatu takkan menang 13 kerusi saje.. Umno menang 54 kerusi...

      Tun dah hidu bersatu tak mampu kalahkan umno...sebab tu tun nak join PH dan sanggup mohon maaf dari anwar.....

      Kemengann yg diperolehi kerana gabongan Tun dan Anwar...jangan pandai2 buat teori bodooh...

      Delete
  16. Reformasi untuk perubahan...perubahan sudah berlaku...ape nak kecoh lagi...roformasi diperlukan bila ade masalah yg menyebabkan kita gagal kedepan...

    ReplyDelete
  17. BUTTERWORTH: Beberapa pembaharuan perlu dibuat, terutama membabitkan peralatan ketenteraan bagi memastikan kesiagaan anggota tentera berada pada tahap maksimum, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

    Beliau berkata, perkara itu akan dibawa kepada Kabinet untuk dipertimbangkan kerana pasukan keselamatan negara amat memerlukan peralatan ketenteraan yang moden dan canggih.

    “Bila mendengar taklimat tentera darat, laut dan udara, saya rasa perlu tindakan segera untuk kita memperkemaskan peralatan ATM. Saya harap perdana menteri dapat menyokong untuk membuat pembaharuan segera, terutama soal peralatan ketenteraan kita.

    “Inilah yang kita mahu supaya peralatan kelengkapan ketenteraan sama ada di peringkat persenjataan atau peralatan pengangkutan berada dalam keadaan terbaik supaya soal keselamatan negara menjadi keutamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama-sama anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Butterworth hari ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Sabu nak buat Reformasi kpd ATM supaya lebih cekap bila berhadapan situasi genting keselamatan negara...

      Delete
  18. ini soal negara.. Soal kerajaan baru, soal kena beri peluang, politik kepartian ketepi dulu..

    Ini bukan soal Tun atau Anwar. Tanpa mereka pun, kerajaan sekarang jalan terus.. Muhyiddin Azmin lim guan eng boleh uruskan.

    Kemenangan kerana "satu hati".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeap tepat ...bro kd...hati2 jarum umno...jangan pandang umno sudah berkubur...umno hanye blm ade pemimpin yg berwibawa seperti tun dan anwar...

      Delete
  19. Saya fikir Reformasi perlu ada. Makna nya menukar apa sahaja yang sudah tidak sesuai, tidak relevan dengan keadaan bahru, atau semata mata sudah lapuk.

    Bukan Reformasi yang di laung Anwar dan penyokong penyokong nya. Yang nampak nya ha nya bertujuan mendapatkan sokongan bagi nya menjadi PM.

    Jikalau Anwar, selepas di bebaskan dari penjara, mendiam diri, bercakap sekali sekala, menulis buku dan menunggu giliran nya, itu tidak membayang dia pelahapkan kuasa. Tapi mengata mahu pergi on roadshows melaung Reformasi dan memuji secara oblique diri nya sendiri, itu di curiga mahu melakukan one upmanship ke atas Tun Dr Mahathir. Malahan boleh di anggap suberting kedudukan Tun Dr Mahathir sebagai PM.

    Awasi lah Anwar ini. Kritik dia tiap kali dia mengata atau melakukan yang janggal. Selalukan menasihat dia supaya menunggu giliran nya. Di Pru15 - 5 tahun akan datang. Biarkan Tun Mahathir bawa negara ini ke peringkat di hormati semula dunia antarabangsa. Hingga di lihat ada maruah. Pulihkan imej kedaulatan negara (sovereignty) yang terjejas akibat dasar dasar pemerintahan Najib yang mengarut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abda telah menyampaikan dengan baik dalam bentuk tulisan seperti yang ada tersimpan di hati aku, terima kasih.

      Delete
    2. Naik finch rating pon ngarut? Reserve negara 430 billion pon ngarut? Itu tertinggi dlm sejarah negara ni?

      Delete
    3. Apa perjanjian atok ko dgn nuar masa dia pinjam logo mata lebam dajjal? Cer kaji. Jgn hantam keromo je menghasut.

      Delete
    4. Macam mana kau tahu mata dajal lebam? Kau pernah jumpa? Kalau pernah jumpa, aku nak tanya sikit, betul ke dajal tu jalan kepit? Kihkihkih

      Delete
  20. Harapan saya laungan reformasi itu bukan lagi ditujukan untuk jatuhkan tun seperti di tahun 97 dulu.

    ReplyDelete

6ANGKA