Saturday, May 26, 2018

PANGGONG WAYANG DI TERENGGANU TIDAK AKAN DITUTUP KATA MB

Tidaklah mengejutkan kerana PAS itu sendiri panggong wayang,  penuh dengan drama. 

Di Kelantan,  tiada. 

Soal hukum,  ostat dan lebai boleh justifikasikan ikut selera. 

Aku berkecuali,  pasu bunga. 




# Kepimpinan kerajaan PAS Terengganu diharap membawa contoh pengurusan Islam yang diterjemahkan melalui hasil kerja,  akhlak dan amanah, bukan melebihkan ungkapan dan slogan. Tidak perlu ada seorang lagi nik amar di Terengganu. 





4 comments:

  1. Kerajaan pas mana ade hasil...harapkan royalti minyak yg dah tak wujud lagi...

    Kerajaan pas tak reti mewujudkan peluang ekonomi untuk tambah hasil negeri...

    Kalo tutup panggong wayang akan hilang hasil cukai hiburan.

    ReplyDelete
  2. Pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan hutang negara dikatakan memberi implikasi negatif terhadap pasaran saham.

    Kesilapan tersebut bukan sahaja mendapat teguran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malah turut mendapat perhatian daripada orang Pakatan Harapan sendiri.

    Menurut Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A. Kadir Jasin, Guan Eng seharusnya berhati-hati di dalam membuat sebarang kenyataan dan hebahan kepada media massa.

    Beliau turut menasihati semua menteri dan pegawai-pegawai mereka untuk melakukan perkara yang sama dan menasihatkan wakil rakyat dan menteri yang baharu dilantik untuk melebihkan kerja demi rakyat.

    “Kesilapan Lim ialah dalam euforia dan keseronokan luar biasa menemui hal-hal yang membuktikan dakwaan HARAPAN selama ini benar, telah terlupa memikirkan semasak-masaknya apakah implikasi buruk pendedahan itu.

    Biar saya beri peringatan kepada semua menteri dan pegawai mereka agar lebih berhati-hati membuat kenyataan kepada media massa.

    Faedah politik (political milage) tidak sama dengan faedah ekonomi (economic milage). Yang baik untuk politik tidak semestinya baik untuk ekonomi dan pasaran,” tulisnya di blog The Scribe A Kadir Jasin dipetik MalaysiaGazette.

    Tambah A. Kadir, di dalam Pakatan Harapan, mereka menjanjikan reformasi maka setiap warganya perlu memulakan dengan mereformasi cara berfikir dan bertindak.

    “Kita tidak perlu sensasi atau menjerit di puncak suara lagi. Kita sudah menjadi kerajaan.

    “Hendak hukum Najib, Rosmah Mansor, Jho Low, Arul Azrul Kanda Kandasamy, Irwan Serigar Abdullah, Mohamed Apandi Ali, bekas IGP, bekas ketua pesuruhjaya SPRM, bekas (?) pengerusi SPR, Rizal Mansor, Riza Aziz, Isa Samad, Habibul Rahman Kadir, Abdul Azeez Rahim dan banyak lagi konco-konco era kleptokrasi – boleh, malah wajib.

    Tapi biarlah kita lakukan melalui proses undang-undang kerana itulah yang terbaik apatah lagi HARAPAN sendiri berjanji menjunjung kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  3. Kita kena paham pas menang di terengganu bukan kerana rakyat terengganu suka sangat dengan pas...

    Orang terengganu hanye kenal dacing dan bulan...bila marahkan dacing orang terengganu pangkah bulan...

    Pemimpin PH kena lebih aggerasif untuk nenarik minat orang terenggani...cara kempen Raja bahrin tidak memberi kesan...lebih baik lantik Rafizi anak terengganu mempromosi PH di pantai timor bagi rancangan pru akan datang...

    ReplyDelete
  4. Suka hati kamulah sama ada nak bukak ke tutup. Bukannya lama sangat kamu perintah.

    ReplyDelete

6ANGKA