Monday, May 28, 2018

KEMANA HALATUJU POLITIK NURUL IZZAH SELEPAS BAPANYA BEBAS..


Sewajarnya dalam kabinet, Wan Azizah dan Anwar menarik diri dan memberi peluang NURUL diposisi kabinet sebagai Menteri untuk terus menggilap bakat kebolehan dan.potensinya.

Melihat kepada Anthony Loke Dr Maszlee Sallehudin yang pertama kali dilantik, nyata NURUL juga patut diberi peluang yang sama kalaulah wan azizah bukan TPM dan Anwar PM menanti.

Kematangan berpolitik terutama  masa² kepayahan yang dilaluinya dan hujah²nya di Parlimen sudah cukup untuk meletakkannya sebaris di kepimpinan.kabinet baru.

Malah adalah lebih baik NURUL dapat berkhidmat semasa Tun masih PM untuk menimba pengalaman pengurusan negara dengan lebih lancar dan cekap.

Malaysia perlu segera membariskan pemimpin wanita yang benar² berkualiti berpotensi seperti Rafidah Aziz yang pernah kita ada, daripada sekadar memenuhi kehendak politik agihan kerusi. 


# wan azizah dan anwar tidak lagi perlu mengejar nama,  mereka sudah ada,  punya sejarah punya jasa,  yang penting sekarang adalah legasi,  nurul. 

Sunday, May 27, 2018

RAKYAT MASIH MODE MENILAI

Tak tahu siapa yang tulis,tapi sangat bagus dibaca oleh semua. 

Kesimpulan PRU14:

Buat penyokong BN:
Orang bukan bencikan BN,  orang bencikan pemimpin kamu. Bencikan sistem pemerintahan kamu.  Kontraktor,  jurutera,  supplier,  GLCs,  mereka akan faham. Muhasabah diri,  dan be better for next time.  Pilih yg ikhlas dalam kerjanya.  Saya akui.  Masih wujud pemimpin kamu yg berjiwa rakyat. 

Buat penyokong PAS:
Tahniah kerana inilah rekod terhebat sepanjang anda berseorangan.  Tapi jika tanya orang PAS,  mereka rasa patut menang PRU14 nie (please check the reality 😌). Bagi saya,  tidak akan menang orang PAS,  jika masjid belum dipenuhi ketika setiap waktu solat fardhu, trrutama subuh. 

Sebab misi dan visi kamu jelas,  tapi berat.  Check realiti,  anda tahu.  Jadi, kekalkan perjuangan membentuk muslim yg sejati.  Jangan menyimpang dgn arus negativiti dalam dunia politik.  Kepimpinan melalui teladan.  

Buat penyokong PH:
Tahniah kerana berjaya membentuk kerajaan baru.  Tapi jangan ikut perangai macai. Jadilah penyokong yg berilmu,  berintegriti,  dan berwawasan tinggi.  Keep calm.  Jangan jadi sama macam penyokong kerajaan lama. 

Dan ingat,  bukan semua penyokong PH,  adalah orang PH.  Kemenangan kamu,  hasil dari undian sesetengah orang PAS,  dan BN sendiri,  yg inginkan perubahan.  Jadi,  buat yg terbaik.  Mandat yg diberi,  jangan disia-siakan. 

Orang PAS dan BN yg undi kamu,  inginkan pembersihan RASUAH,  pembersihan sistem kotor dalam pemerintahan..  Be the best for this 5 years.  Dan insya Allah,  kami undi kamu lagi jika terbukti kamu yg terbaik. 

Buat semua rakyat Malaysia:
Sekarang bukan lagi waktu nak meroyan.  Nak tuduh sana sini.  Nak sebarkan fitnah sana sini. Nak cuba bukak aib individu sebab tak puas hati.  

Bukan juga masanya nak menganjing.  Nak sindir sana sini. Sekarang masanya kita bina balik Malaysia.  Tak tercapai wawasan negara jika kita masih di tahap ini. Bagilah kerajaan langit sekalipun,  jika rakyat tak bersatu,  tak ke mana kita.  

Saya tahu ramai troopers BN tak puas hati dgn kekalahan mengejut nie,  tapi di sinilah baru kamu tahu,  peritnya jadi pembangkang.  No power,  no money,  no gov support.  Muhasabah diri,  dan jadilah pembangkang yg membina. 

Troopers PAS?  Mereka dah biasa jadi pembangkang.  😁. Lagipun PRU14, adalah kejayaan, bukan kegagalan.  Kekalkan dakwah,  hindarkan fitnah.  

Penuhi Masjid,  Surau,  Madrasah dan Seumpamanya Bgi yg Mencintai Islam dan Kasih Sayang Sesama Kita.. 

Doa berterusan Moga Allah Memberkati Negara Tercinta ini. 

Be better Malaysian.  Sayangi Negara Kita.  

C & P

SYOR DEBAT: ADAKAH INI KALI PDRM SEKALI LAGI AKAN SELAMATKAN.NAJIB (?)


Jika keselamatan masih jadi satu isu, mungkin Mat Sabu boleh mengarahkan anak buahnya turun bantu kawal....



CADANGANNYA DI SINI

Bawa bersama arul.



NOH SAY NO TO JAMAL




Setakat mana benarnya?

APAKAH SHAHIDAN YANG KEMALUAN AKAN MENGAMBIL LANGKAH KEMENGALAHAN..

Zahid dan Hisham tikam belakang Pengerusi Perhubungan umno Perlis? 
Mereka bersetuju Azlan semasa perjumpaan dengan Raja Perlis dan bukannya Ismail tetapi tidak memaklumkan kepada Shahidan.

Itu satu versi. 

Untuk menutup malu,  Shahidan boleh memohon ampun dari Tuanku atas alasan salahfaham. 

Versi 2

Bagaimana pula sikap Zahid dan Hisham membelakangkannya? Maafkan juga? Atau
Shahidan dan 9 ADUN boleh istihar keluar BN,  jadi ADUN BEBAS dan membentuk kerajaan baru dengan semuanya bersetuju mencalonkan Kassim sebagai MB. 

Dengan sendirinya,  Azlan gugur. 
(Rujuk prescedent Sarawak) 

Saturday, May 26, 2018

WALLAHU'ALAM - MORAL OF THE STORY, DOAKAN YANG BAIK BAIK..

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.

Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut. 

Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.

Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.

Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..

Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.

LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup, 

Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak? 

LGE dalam proses Tun. 
Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.

Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..

Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??

Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.

Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.

Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

PANGGONG WAYANG DI TERENGGANU TIDAK AKAN DITUTUP KATA MB

Tidaklah mengejutkan kerana PAS itu sendiri panggong wayang,  penuh dengan drama. 

Di Kelantan,  tiada. 

Soal hukum,  ostat dan lebai boleh justifikasikan ikut selera. 

Aku berkecuali,  pasu bunga. 




# Kepimpinan kerajaan PAS Terengganu diharap membawa contoh pengurusan Islam yang diterjemahkan melalui hasil kerja,  akhlak dan amanah, bukan melebihkan ungkapan dan slogan. Tidak perlu ada seorang lagi nik amar di Terengganu. 





life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...