Monday, August 27, 2018

JANJI DITEPATI...

TERKINI: FOREST CITY DAN SULTAN JOHOR DALAM PERANG MAHATHIR-CHINA  

1. Kontroversi hubungan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan China kini terus panas apabila beliau hari ini mengisytiharkan bahawa warga asing tidak akan dibenarkan untuk membeli dan tinggal di kediaman Forest City, Johor. Tindakan ini bakal memberi kesan kepada ribuan pembeli warga China. Malah, projek yang bernilai kira-kira RM400 bilion itu turut melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail. 

2. Pemilikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dalam projek Forest City dilaporkan wartawan MalaysiaKini, Nigel Aw dalam laporan bertarikh 14 Julai 2014 yang bertajuk ‘The Case of Forest City and the Johor Sultan’ (https://www.malaysiakini.com/news/268649) manakala dalam edisi Bahasa Melayu bertajuk ‘Alkisah Forest City dan Sultan Johor’ (https://www.malaysiakini.com/news/268658).

3. Forest City diusahakan oleh kerjasama China-Johor melalui Country Garden Pacific View (CGPV).  Sebanyak 66 peratus pegangan CGPV dikuasai oleh tiga syarikat gergasi China iaitu Country Garden Waterfront Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, dan Country Garden Real Estate Sdn Bhd. 

4. Baki 34 peratus pegangan CGPV dimiliki Kerajaan negeri Johor iaitu Esplanade Danga 88 Sdn Bhd. 

5. Baginda Sultan Ibrahim merupakan pemilik saham terbesar Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, dengan kawalan pegangan 64.4 peratus syarikat berkenaan.  Kerajaan negeri Johor melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) pula hanya menguasai sekitar 20 peratus saham dalam syarikat tersebut.  

6. Projek raksasa yang dibangunkan Country Garden Holdings Co. tersebut menyediakan kira-kira 700,000 unit kediaman di mana antara pembeli majoritinya (70%) adalah dari China menerusi skim ‘Malaysia My Second Home’ MM2H.  

7. Malah, Tun Mahathir turut menegaskan bahawa tiada sebarang visa akan diberikan kepada warga asing untuk datang dan tinggal di sini.  Hal ini bermakna bahawa ribuan pembeli dari China tidak akan dibenarkan untuk mendiami kediaman yang telah mereka beli di Johor.

8.  Tindakan agresif Tun Mahathir ini dikaitkan dengan lawatan beliau ke China baru-baru ini di mana beliau telah mengumumkan hasrat untuk membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan dua projek saluran paip trans-Sabah (TSGP) di Beijing.  Kemudiannya Tun Mahathir mengatakan bahawa keputusan akhir pembatalan ECRL tertakluk pada jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan kepada China pula.

9. Adakah langkah ini merupakan tindak balas Tun Mahathir kepada China yang dikatakan enggan mengalah kepada tuntutan beliau ketika lawatan ke sana minggu lalu? Perlu diketahui bahawa ketika lawatan Tun Mahathir ke China, China turut telah menghantar kapal ‘Coast Guard’ mereka ke Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia berhampiran Beting Patinggi Ali. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengirim dua kapal Kelas Kedah iaitu KD Selangor dan KD Kelantan sebagai reaksi balas.

10. Malah, Tun Mahathir sebelum ini turut mengisytiharkan bahawa ‘Tembok Besar China di Kuantan’ perlu dirobohkan – merujuk pada struktur projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).

11. Apa yang pasti, tindakan ini bakal memberi impak besar ke atas projek Forest City, imej negara, hubungan Malaysia-China, dan secara khususnya, ke atas hubungan Tun Mahathir dan DYMM Sultan Johor.

12. ‘Pertembungan’ antara Tun Mahathir dengan Sultan Ibrahim pada hakikatnya telah berlangsung secara terbuka sejak awal tahun 2017 lagi apabila kedua-duanya saling berbalas kenyataan.  Rujuk Sinar Harian ‘Sultan Ibrahim bidas Tun M’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/sultan-ibrahim-bidas-tun-m-1.612797) dan ‘Tun M jawab Sultan Johor isu Forest City’ (http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-m-jawab-sultan-johor-isu-forest-city-1.613190).

13. DYMM Sultan Ibrahim mempertahankan projek Forest City sebagai peluang untuk membangunkan hartanah Johor di samping mengatakan bahawa projek berskala 2000 hektar terbabit adalah lot antarabangsa yang terbuka untuk dibeli oleh sesiapa sahaja warga asing – bukannya dari China sahaja – malah tiada beza dengan projek perumahan mewah di Selangor dan Pulau Pinang yang turut dijual kepada warga asing.

14. Tun Mahathir pula mengkritik projek Forest City sebagai menggadai kedaulatan negara dengan anggaran 700,000 warga asing yang membeloi kediaman di sana akan memperoleh kewarganegaraan, sedangkan warga tempatan tidak berkemampuan sama sekali untuk memiliki kediaman tersebut.

15. Selain daripada kebimbangan demografi dengan kemungkinan kemasukan 700,000 warga asing (khususnya China di bawah skim Malaysia My Second Home MM2H), terdapat juga kebimbangan akan impak projek Forest City ke atas alam sekitar dan juga Pelabuhan Tanjung Pelepas.

16. Dari sudut pandang geopolitik, langkah pelaburan infrastruktur dan hartanah besar-besaran di luar negara oleh China ini adalah sebagai pelengkap kepada strategi agung (grand strategy) mereka iaitu Inisiatif OBOR (kini dikenali sebagai BRI): “Kebanyakan projek pelabuhan akan digabungkan dengan penciptaan bandar-bandar satelit gergasi di Johor dan Melaka, seperti Iskandar Malaysia di Johor dan Melaka Gateway yang turut disertakan dengan pelabuhan yang baru dibina.  Di Melaka, akan ada empat buah pulau buatan daripada tanah yang ditambak, yang dibahagikan kepada (1) pulau pelancongan, hiburan, dan pembangunan hartanah, (2) pulau zon ekonomi perdagangan bebas, (3) Pulau pelabuhan Melaka Gateway, dan (4) taman perindustrian maritim” (Evers 2017).

17. Hakikatnya, projek Forest City sudah menjadi persoalan sejak tahun lalu apabila kerajaan China mengetatkan pengaliran modal keluar dari negara China – sekali gus memberi impak negatif ke atas pembelian kediaman Forest City dalam kalangan warga China.  Ditambah dengan langkah terbaru oleh Tun Mahathir ini, dijangka lebih banyak isu dan permasalahan yang akan timbul.  

18. Bagaimana dengan pemilikan kediaman warga asing di Selangor dan Pulau Pinang? Apakah masa depan projek Melaka Gateway? Adakah imej kita akan merosot di mata dunia korporat kerana ‘mengganggu’ persetujuan pembelian warga China di Forest City? Ataukah imej kita akan melonjak dengan laungan ketegasan mempertahankan kedaulatan tanah air?

19.  Dari sudut politik dan geopolitik pula, apa akan jadi pada hubungan Malaysia-China selepas ini? Adakah China akan menghentikan projek mereka seperti projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP)?  Adakah China akan menghukum kita dengan pampasan yang tinggi dalam kes pembatalan ECRL? Bagaimana pula dengan hubungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor dan Perdana Menteri Tun Mahathir susulan kes terbaru ini?

Semoga Allah peliharakan negara kita menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-61 ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)





ARTIKEL TERBAIK DUNIA DAN AQIRAT..

Agak mustahil Tun Dr Mahathir akan beserban ketika mengajak rakyat tentang korup.
Agak kekok untuk Hadi Awang tanggalkan serban untuk berkuliah ☀ di Rusila.
Tetapi mungkin biasa sahaja bagi Najib atau Zahid untuk berserban atau tidak bergantung kepada keperluan.

Apa moral of mungkin dan kalau ini?

ARTIKEL TERBAIK DUNIA DAN AKHIRAT?

Sunday, August 26, 2018

APA SUDAH JADI NI, SEMUANYA TIDAK BENAR..

Lim Guan Eng dilarang masuk ke China - tidak benar.. 

Hubungan Malaysia/ China tidak baik - tidak benar.. 

China marah kerana ECRL dibatalkan - tidak benar.. 






Sampai bila orang Melayu Islam nak berhenti bawa fitnah..  



China akan marah lagi? 



LAWATAN TUN KE NEGARA CHINA DENGAN CEPATNYA MEMBAWA BANYAK HASIL PATRIOTIK DAN BERMARUAH UNTUK NEGARA. MENEPATI SUARA DAN KEHENDAK RAKYAT.. . 











APA ULASAN DUTA ARAB SAUDI? APA TINDAKAN WISMA PUTERA? DI ATAS KENYATAAN NAJIB?

#  https://www.thethirdforce.net/raja-arab-saudi-kesal-dengan-tindak-tanduk-kerajaan-ph/

# Campurtangan Arab Saudi ke atas Malaysia? 

# Arab Saudi tidak hormati undang² negara dan keputusan hal ehwal dalaman dan dasar luar negara kerajaan Malaysia? 

# Atau ada yang terdesak sengaja untuk mengeruhkan hubungan dua negara? 


Belum pernah terjadi dalam sejarah negara kita sejak merdeka. bilamana pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi

Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara

Baginda turut kesal terhadap kerajaan PH hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa king Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu 

Ramai tidak tahu hubungan saya dan baginda bagaikan anak dan bapa. Sebab itu segala perancangan saya akan ditanggung oleh baginda sendiri untuk saya. termasuklah isu perangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia barat

Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya

Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional dapat ditumbangkan

Apapun saya ucap tahniah kepada DS Ahmad Zahid Hamidi bagi mewakili saya.

Datuk Seri Najib Tun Razak

PENULIS DAN PENGKAJI SEJARAH, PENERBIT DAN PENGARAH FILEM.. DAH BOLEH MULAKAN USAHA MENULIS DAN MENERBITKAN FILEM SKANDAL 1MDB..

Ramai pelakon berbakat dan watak² utama yang terlibat masih hidup. 

KALAU ADA FAKTA SALAH TOLONG NAFIKAN?


Meor Fauzi:

Koleksi 'MUDHARAT KECIL' UmnoBN - 100 hari  kerajaan PH

1. Aset bernilai RM1.04 billion hasil gubahan wang haram dirampas dari rumah Najib/Rosmah.

2. Najib didakwa di mahkamah atas 7 pertuduhan.

3. Najib guna RM7 billion wang negara bayar hutang 1MDB.

4. RM19.2 billion duit refund GST lesap.

5. Najib luluskan gaji Arul Kanda RM5 juta untuk perkhidmatan 6 bulan.

6. Najib bayar RM8.3 billion (88% kos projek) kepada kontraktor China walaupun hanya 13% kerja siap.

7. Najib minta share/komisyen 30% dari syarikat China bagi kelulusan projek2 mega.

8. Bekas Pengerusi PAC mengaku edit repot PAC siasatan 1MDB.

9. Rosmah Mansor tidak diistihar barang kemas kepada jabatan kastam bernilai puluhan juta ringgit.

10. Khazanah rugi RM80 juta kerana gagal dalam bisnes menjual coli dan seluar dalam wanita.

11. Dana LTAT berjumlah RM555 juta digunakan untuk membayar kos 40 buah kamera AES yang menguntungkan 2 kroni Najib.

12. Harga sebenar kamera AES RM25 ribu sebuah, Najib beli harga berjuta sebuah.

13. Perjanjian bodoh dengan syarikat2 China Komunis : nilai projek melebihi kos sebenar & perjanjian tanpa exit clause.

14. LHDN tidak refund RM16.04 billion kutipan lebihan cukai kepada pembayar...wang lesap.

15. Dana reserve Felda RM9 billion hangus.

16. Dana reserve Felcra RM1.5 billion hangus.

17. Dana KWAP RM4 billion hangus ditelan 1MDB.

18. Kapal 'Equanimity' bernilai RM1 billion diserahkan kepada Malaysia.

19. Akaun bank Umno pusat & beberapa negeri dibekukan. Akaun bank beberapa pemimpin Umno & Pas dibekukan.

20. Beberapa individu termasuk Najib Razak dilarang keluar negara (senarai hitam Jab Imigresen).

21. Kebanyakan pegawai elit utama kerajaan korup (lihat video).

22. Beberapa pemimpin tertinggi Umno mahu Najib menjauhi Umno, KJ menyesal pertahankan Najib (lihat video).

Jika ini semua adalah 'mudharat kecil' hasil kerja kerajaan UmnoBN, maka rakyat tertanya-tanya apakah 'mudharat besar' yang kerajaan PH telah lakukan ??

Kedudukan agama Islam & keistimewaan kaum Melayu/Bumiputra telah terjamin dalam perlembagaan.

Kedudukan Raja2 Melayu tidak tergugat.

Jadi mengapa Pas mahu bekerjasama dengan pelaku 'mudharat kecil' bagi menjatuhkan kerajaan PH ??

Adakah kerana Pas kuatir skandal 'ana tahu...ana tahu' RM200 juta dibongkar & terdedah kelak ??

LONDON MELAMBAI SANG LEBAI, SEGALANYA NANTI BAKAL TERBURAI.

BENARKAH PH TAKUT UMNO DAN PAS BEKERJASAMA?

Soalan syok sendiri dari macai umno? 

Aku pun takut juga,  takut tak jadi...
Sembang dah lama,  kahwin dah,  nikah je belum. 

PAS dan UMNO perlu bekerjasama, tiada pilihan untuk pemimpin² mereka survive. 
Bangsa Melayu dan Islam akan berdepan dengan cabaran baru dan pendekatan baru. 






3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...