Sunday, August 26, 2018

KALAU ADA FAKTA SALAH TOLONG NAFIKAN?


Meor Fauzi:

Koleksi 'MUDHARAT KECIL' UmnoBN - 100 hari  kerajaan PH

1. Aset bernilai RM1.04 billion hasil gubahan wang haram dirampas dari rumah Najib/Rosmah.

2. Najib didakwa di mahkamah atas 7 pertuduhan.

3. Najib guna RM7 billion wang negara bayar hutang 1MDB.

4. RM19.2 billion duit refund GST lesap.

5. Najib luluskan gaji Arul Kanda RM5 juta untuk perkhidmatan 6 bulan.

6. Najib bayar RM8.3 billion (88% kos projek) kepada kontraktor China walaupun hanya 13% kerja siap.

7. Najib minta share/komisyen 30% dari syarikat China bagi kelulusan projek2 mega.

8. Bekas Pengerusi PAC mengaku edit repot PAC siasatan 1MDB.

9. Rosmah Mansor tidak diistihar barang kemas kepada jabatan kastam bernilai puluhan juta ringgit.

10. Khazanah rugi RM80 juta kerana gagal dalam bisnes menjual coli dan seluar dalam wanita.

11. Dana LTAT berjumlah RM555 juta digunakan untuk membayar kos 40 buah kamera AES yang menguntungkan 2 kroni Najib.

12. Harga sebenar kamera AES RM25 ribu sebuah, Najib beli harga berjuta sebuah.

13. Perjanjian bodoh dengan syarikat2 China Komunis : nilai projek melebihi kos sebenar & perjanjian tanpa exit clause.

14. LHDN tidak refund RM16.04 billion kutipan lebihan cukai kepada pembayar...wang lesap.

15. Dana reserve Felda RM9 billion hangus.

16. Dana reserve Felcra RM1.5 billion hangus.

17. Dana KWAP RM4 billion hangus ditelan 1MDB.

18. Kapal 'Equanimity' bernilai RM1 billion diserahkan kepada Malaysia.

19. Akaun bank Umno pusat & beberapa negeri dibekukan. Akaun bank beberapa pemimpin Umno & Pas dibekukan.

20. Beberapa individu termasuk Najib Razak dilarang keluar negara (senarai hitam Jab Imigresen).

21. Kebanyakan pegawai elit utama kerajaan korup (lihat video).

22. Beberapa pemimpin tertinggi Umno mahu Najib menjauhi Umno, KJ menyesal pertahankan Najib (lihat video).

Jika ini semua adalah 'mudharat kecil' hasil kerja kerajaan UmnoBN, maka rakyat tertanya-tanya apakah 'mudharat besar' yang kerajaan PH telah lakukan ??

Kedudukan agama Islam & keistimewaan kaum Melayu/Bumiputra telah terjamin dalam perlembagaan.

Kedudukan Raja2 Melayu tidak tergugat.

Jadi mengapa Pas mahu bekerjasama dengan pelaku 'mudharat kecil' bagi menjatuhkan kerajaan PH ??

Adakah kerana Pas kuatir skandal 'ana tahu...ana tahu' RM200 juta dibongkar & terdedah kelak ??

LONDON MELAMBAI SANG LEBAI, SEGALANYA NANTI BAKAL TERBURAI.

25 comments:

  1. Masih dibelengu pemikiran sbg pembangkang... perlu bergerak bina negara ke arah Malaysia Baharu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belenggu?
      Bukan itu yg rakyat mahu?
      Umno takut kesalahannya diburu?
      Lalu dialihkan isu ke arah msia baru?

      Delete
    2. Pupuskan umno dan pas itulah malaysia baru..

      Cukuplah BERSATU DAN AMANAH ..pakat2 sokong

      Delete
  2. Sukar untuk dinafikan bahawa sesungguhnya rakyat Melayu sudahpun meluat dengan Pakatan Harapan. Tepuklah dada tanyalah hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepuklah dada tanyalah hati.
      60 tahun memerintah pahamkah erti meluat?
      Tiap2 kali pru baru kali inikah wujud manifesto?
      Jadi kenapa rakyat memilih meminggirkan bn?

      Paham erti meluat?
      Lokamn adam berdemo dpn parlimen konon2 org melayu telah dipinggir kuasa raja2 melayu telah disekat.
      Prk sg kandis kaw majoriti melayu, rakyat humban umno lg.

      Pahamkah erti meluat?
      Yg dirampas bernilai ratus juta smp billion tapi yg diungkit kasut cucu yg dirampas dan coklat yg dicuri.

      Pahamkah erti meluat?
      Disuruh tubuh RCI utk pembatalan ecrl tapi psl perjanjian bodoh yg dibuatnya xnk komen.

      Smp bila nk bergayut atas nama melayu sambil ekor masih bergelumang tahi?

      Delete
    2. Hahaha.. Sebab tu BN menang sorak.

      Delete
  3. Setau aku pm7 adalah pm4 kaki sebat jugak....

    Pas kerjasama ngan umno psl kerjasama pembangkang .... Kenapa kamu takut sangat

    Takut ph terlungkup?

    Pas dah byk kali suruh buat rci kes 1mdb...kenapa tak nak buat

    Setakat list yg kamu buat tuh aku rasa list zaman mahathir lagi panjang dan lagi mahal

    Google jer lah kalu nak tahu

    Takkan pakai selipar bata bulan puasa terus mahathir tu zuhud....

    Bodohnya geng ph

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas dan umno dah nikah belum..
      Satu dah menopaus satu lagi andropause..
      What take you so long?

      Rakyat dah muak, tak berahi..

      Delete
    2. Zuhud bukan di selipar..
      Ulama pun bukan setakat lilit serban untuk hiasan..

      Allah ukur taqwa..
      Sesiapapun jANGAN wayang dengan Allah

      Delete
    3. Kahkahkah

      Pls stop talking rubbish...are u scared of pas-umno collaboration? U re scared, right?

      Fyi, ph and umno have been committing incest in kedah and perak..pls check the fact u moron..by the way i am anon 4.14

      Dont talk about takwa if ur pm 4 is the pm7..i bet ure either from ikram or stupid malay muslim who gets paid by dap's red bean army...

      Boddo

      Delete
    4. Berapa negeri umno pegang?
      Berapa negeri pas pegang?
      Kalau sungguh bagai dikata, berapa lama lg nk tunggu pas masuk bn?
      Alang2 dh sokong mca, apa nk malu2 politik suku agama suku.

      Pas kaw tumpuannya adlh majoriti islam a.k.a. melayu.

      Umno kaw tumpuannya adlh majoriti melayu a.k.a. islam.

      Umno dan pas mempunyai target kumpulan pengundi yg sama. Utk apa rasa takut?
      Kasihan umno.
      Ada pakar strategi kelaut.
      Sebab tu dh kalah masih teraba raba jln nk kembali.

      Nnt cai ambik komen aku tu pi tunjuk kt tauke. Tnya tauke boleh menang ka kalau ini macam?

      Delete
  4. KD bodoh...kalau apa yg kau senaraikan tu betul, kenapa tak dakwa dan tangkap Najib atau mereka yg terlibat.
    Takkan dh jadi kerajaan pun takut nk ambil tindakan...
    Jawapannya senang ajer....
    Sbbnya ialah semua yg tersenarai tu memang tak betul. Hanya fitnah atau mereka tak tahu perkara yg sebenarnya...
    Ada faham ka.!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau empunya badan pun tak berani tampil menafikan..

      Takkanlah pendapat kau taraf macai boleh pakai..

      Tengok cermin le beb

      Delete
    2. Hoi boddo aka dap licker,

      Prior to ge14 mahathir shouted to the while world, almost everyday, that najib committed bribery of 2.6b thru 1mdb but after ge14 najib was only charged for 42 mil only..what does it tell u, moron....
      It goes to show that kluang diamond is stupid ...u should be careful of ur fitnah that u spread thru ur blog....this is cyberspace and once uve posted something, it s gonna stick there forever...
      Take alhusseyn who passed away recently...i was told, thru reliable source, that he sought forgiveness from pas leadership...if u think u wanna bring fitnah or slanders on pas leadership or umno leaders who hv yet found guilty, to akhirat then please go ahead...
      Aku risau kamu miskin kat sana...totally broke

      Delete
    3. Sabarlah cai.
      Dh bawak masuk court.
      Sikit2 akan mnyusul.
      Ini mahkamah, bkn pentas politik berceramah.
      Nnt kalau heret secepat mungkin pun, cai akan komen cepat sgt jatuh hukum. Mesti ada konspirasi.

      Umno dh kelaut.
      Najib dari liabiliti dh menjadi api dalam sekam.
      Semasa berkuasa pun xmampu nk bersihkan nama sendiri.
      Inikan pula dh xde jawatan.
      Selagi umno dokong najib, selagi tu umno xboleh bergerak ke arah pemulihan.

      Selamat menyalak ke bukit

      Delete
    4. Anon 6:48, apabila aku siarkan kau punya tulisan longkang..

      Itu tanda kau cerdik ke bangang bertingkat.

      Sedar diri.

      Delete
  5. Dalam banyak² nombor yg ko tulis tu kd, aku tertarik dgn nombor 20. Bagi musim haji kali ini, najib mendapat jemputan khas dpd raja salman utk menunaikan haji. Tetapi kerana imigresen menyenarai hitamkan najib dpd keluar negara maka najib dilarang pergi. Raja salman kesal kerana itu. Ok, itu bukan isu utama nak disampaikan. Anggap isu sampingan. Yang utama ialah tentang duit 2.6 bilion tu. Kalaulah najib berbohong tentang derma 2.6 bilion tu, tentu keluarga diraja arab saudi tersinggung dan pasti tak sudi mempelawa najib mengerjakan haji dengan jemputan khas. Mungkin najib juga disenarai hitamkan dpd memasuki arab saudi. Jadi, siapa yang berbohong? Najib dah pakat dgn raja salman utk membohongi duniakah? Satu lagi, kerajaan ph telah meletakkan rakyat malaysia dlm keadaan kerugian kerana arab saudi tidak meletakkan malaysia sebagai keutamaan untuk tambahan kuota haji. Dengan negara china dah tidak mesra, malah sentiasa bercakap pedas. Jepun tak layanpun nak pinjam yen. Dengan amerika juga tidak baik. Agaknya nak jadi mcm korea utara, hidup menunggal macam KERA tunggal. Oh ya, demi maruah rakyat tidak mengapa rakyat hidup makin terhimpit. Yg selesa cuma geng tomato 3k je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan china merah pun kau takut
      Dengan pak arab pun kau takut

      Tupasal jangan kepit

      Delete
    2. Kluangman boddo....

      Musang king dah mampus...minyak sawit dah mampus..fdi dah mampus...investor dah lari...ringgit jatuh

      Thn 90an blehlah kencing...jepun pun tak mau kasi pinjam...hahhaha

      Anon 4.14

      Delete
    3. Anon, otak beku memang tak boleh bina ngara, yg boleh hanya tambah hutang, komisyen 30%, rompak duit rakyat..

      100 hari kerajaan kau meroyan mcm hilang akal..

      Relax, tenang, let Mahathir run the show..

      Delete
  6. Adakah 'engkau' (Hei memanda) akan menyembahku (Tuhan palsu yang ditunggu²) yg dengan sembahanmu padaku (Tuhan palsu) akan memberi negerimu nikmat harta melimpah ruah!

    Doaku padaMu,
    Ya Allah, Engkau tetapkan hatinya (memanda) kuatkan jiwanya dan matikannya dalam istiqomah (hanya tunduk padaMu yang satu).

    ReplyDelete
  7. Nasihat buat kerajaan PH JANGAN BERNIAGA DENGAN RAKYAT

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...