Sunday, April 26, 2015

Bila cerdik dipuji, bila tak cerdik kenalah komen...Bila Ahmad Maslan akan pohon maaf,,,



Mulianya Ahmad Maslan tidak boleh dinafikan...
Memberi kemaafan kepada si mati yang memakinya..




Bagaimana pula simati - Apakah si mati sudah memberi kemaafan kepada Ahmad Maslan yang berbohong, bersubahat menzalimi diri dan keluarga si mati dalam perlaksanaan GST.



Persepsi si mati bahawa dia dizalimi tidak boleh ditolak mentah-mentah. Hatta Mahathir yang cerdik tu pun Ahmad Maslan kata tak faham, apatah si mati...



Yang patut memberi kefahaman itu siapa? Kalau dia gagal memberi kefahaman itu salah siapa? Kenapa dia laksanakan jika benar-benar belum sedia dan ketika majoriti rakyat sampai sekarang pun membantah dan mahu kerajaan mengkaji semula?



Hinggakan Pegawai Kerajaan pun sendiri tak faham habis?



Apakah Ahmad Maslan tidak ada kesedaran dan rasa bersalah dalam soal menzalimi rakyat Malaysia, berbohong mengatakan barang akan lebih murah, kemudiannya mengambil sikap menyalahkan perniaga sedangkan dia di pihak kerajaan tidak mengambil segala tindakan yang perlu.



Meletakan kesalahan kepada pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri bukan budaya orang yang dapat CGPA 3.85.



Apakah menzalimi itu lebih mulia dari bermakian antara individu dengan individu.



Ahmad Maslan kena ingat, Nik Aziz yang dikatakan ulama dan tinggi egonya itu pun akhirnya sedar dan memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahannya apatah lagi Ahmad Maslan yang sudah dikenali seenterio alam.



APA KATA MUFTI


“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara daripada Tun M akan lebih faham tentang GST?
“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Mohd. Asri berkata, dalam fekah orang yang safih atau bodoh serta kurang cerdik tidak boleh diserahkan mengendalikan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri.
“Persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai? Patutkah golongan sufaha diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya,” katanya lagi.


Kalau Ahmad Maslan masih nak beralasan atau menyalahkan pihak lain, dia masih boleh berbuat begitu. Sudah tentu bukan salahnya, yang salah ialah orang yang melantiknya. 
Elok benor jika Ahmad Maslan balik kawasan, Pontian - masih ramai lagi orang kampong tak faham Gomen Suruh Tax (GST)

4 comments:

  1. GST baik untuk Negara tetapi tak baik untuk Rakyat. Kaya atau miskin, semua kena bayar cukai. Nak free jer tumpang kekayaan orang lain, mana boleh. Orang lain belajar dan bekerja tungkus lumus jadi kaya, yang malas, tiada otak jadi miskin lah.

    Samalah jugak PM dan 1MDB baik untuk Negara tetapi tak baik untuk Mahathir dan Mahathirisma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul aku pekerja yg yg membayar income tax dn aku tk dpt Wang brim.kawam2 ku ramai gak yg tk dikenakan income tax dn dpt Wang brim.mereka berbelanja saka dgn ku jadi aku rasa adillag gst kn korangkan selalu cakap sama rasa.

      Delete
  2. Tajuk tu apa? Lain ditanya...lain dijawab...dah serupa antara pemimpin dan penyokong..

    ReplyDelete
  3. Sokong gst maka sokong bn. Tak sokong gst jgn undi. Pembangkang pun tak kata akan batal gst kalu menang.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...