Saturday, April 23, 2016

Terkini: Wakil Najib hilang gelaran...........Adnan Satem Dikejar hantui 1MDB (?)

TERKINI



Wakil Najib di peringkat Negeri, Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat



1mdb kini menghntui Adnan Satem sehingga minta komromi isu tersebut serta isu isu nasional tidak dijadikan bahan brkempen PRU..


Kalau 1MDB itu manusia, bolehlah  juga Akta Imigresen menghalang kemasukannya ke Sarawak tetapi kalau 1MDB dan 2.6B itu sudah jadi hantu, Adnan Satem hanya setakat boleh merayu..

Jika itu maksudnya, apakah lawatan Najib ke Sarawak selama ini hanya lebih menjadi negatif dan ditolak oleh rakyat Sarawak (?)

Apakah sejarah akan berulang seperti di Rompin dan Permatang Pauh, poster Najib tidak akan kelihatan !!!

Sedangkan hakikatnya Sarawak adalah fixed deposit UMNOBN dan kali ini tentulah perutukan lebih besar bagi memastikan kemenangan yang sangat penting, hidup mati politik Najib !!!

Jika isu 1MDB, 2.6B memberi kesan kepada PRU di Sarawak, nyatalah dakwaan selama ini ia tidak menjadi kudis di PRU Semenanjung hanyalah syok sendiri - go fly kite..



PRN Sarawak: Adenan takut isu nasional jejas kedudukannya.

Oleh: NADIA HANAFI
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar pembangkang untuk tidak memainkan isu nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) akan datang jelas menunjukkan kegusaran beliau terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tahu sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memainkan isu nasional terutamanya skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) sepanjang tempoh berkempen diadakan, ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan .DEMI SARAWAK
“Cabaran ini menunjukkan bahawa Adenan Satem takut.
“Isu 1MDB adalah isu besar yang akan menjatuhkan Najib, dan sudah tentu ia liabiliti kepada BN dan Adenan sendiri.
“Isu nasional terutama skandal berkaitan 1MDB contohnya adalah merupakan isu ‘good governance’ , ia jelas menunjukkan di bawah pentadbiran Najib memang tiada ketelusan,ia memang satu isu besar,” katanya ketika dihubungi.
Adenan dalam satu perjumpaan bersama pekerja pembalakan di Miri pada 20 April lalu dilaporkan menyuarakan cabaran agar pembangkang hanya berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.
Beliau  mempertahankan Najib dan menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno itu secara terbuka.
“Adenan sebenarnya tunduk kepada Najib untuk mendapatkan semua peruntukkan, duit dan jentera pilihanraya yang kebanyakkan datang dari Umno,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru lagi mengulas tindakan Adenan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68859

10 comments:

  1. Mungkin admin atau pembangkang mempunyai strategi betul kalau kempen pilihanraya berkaitan dengan pemilihan parlimen tetapi bukan dalam pilihanraya DUN. Rakyat Sarawak hanya mahu mendengar isu tempatan. Pembangkang takkan dapat meraih undi rakyat Sarawak jati yang banyak melalui strategi tersebut. Itu perlu difahami. Kami yang berdiri atas pagar hanya mahu mendengar isu tempatan sahaja. Hal 1 MDB dulu main dengar dengar tapi sekarang dah 'lejuk' dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saryblues, pembangunan tempatan adalah melalui strategi pusat termasuk pruntukan.

      Kalau duit habis bayar hutang, bayar pemakan dedak, guano !!!

      Delete
  2. To All My Sarawakian brothers & sisters..

    A true leader is to be seen and not heard.

    BN Najib has contributed nothing but rhetoric talk & empty promise only. The Pan Borneo Express Highway will stood tall for along-long period with the Batu Asas only. Where & how on earth will Najib get the fund to build it when the country is already dead-stricken with 1MDB heavy debt and shameful scandal.

    ReplyDelete
  3. Hairan juak ..... apa yang isu tempatan orang Sarawak? GST bukan isu orang Sarawakkah? Apa yang menyebabkan kita orang Sarawak macam ketinggalan lamak tok dah berpuluh tahun? Siapa yang memerintah Sarawak? Siapa yang berkuasa?

    Kamek orang Sarawak pun udah lejuk dengar kata-kata manis sidak BN berpuluh tahun. Bila skuad bolasepak Sarawak jarang-jarang live dalam TV, malar jak sidak sukad Malaya nun. Tanggar jak prasarana di Semananjung nun. Dengan keretapi canggihnya, LRTnya, highwaynya dan banyak lagik mauk di liat. Setegal PAN Borneo lalu nak melambong bintang BN ya, memanglah PAN Borneo hak rakyat Sarawak/Sabah. Kalau parti pemerintah tukar, sikkanlah PAN Borneo di batal. Nang bodolah kalau sik ada BN di Sarawak, maka balitlah kita ke zaman James Berok. Negara maju macam UK, US, Japan, German, Korea Selatan kerap tukar parti pemerintah sik juak hancur lebur jadinya, makin bertambah maju sains teknologinya.

    Maka ya banyak isu di Sarawak tok mesti juak isu nasional. Ne ada isu tempatan dalam Sarawak. Semua bangsa bersatu padu sik berkelahi. Semua respect adat masing-masing.

    Maka ya siapa yang bertahun-tahun bertenggek atas pagar tok, tanggarlah ulah sidak pemimpin korup BN. Udah jelas . Lagik nak nutup mata. Udah-udah lagik melayan kerenah BN yang sik abis-abis kelentong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear my brother and sister in Sarawak..

      Undi ditangan anda dan undi itu milik anda...undilah dgn BIJAK agar anda tidak kecewa...Biar kami disemenanjung berikhtiar agar Kebenaran akan Tiba...

      Kurangkan Majoriti pun sudah CUKUP utk kerajaan Membuka Mata tentang SUARA2 Rakyat yg kian KECEWA...

      Delete
  4. Dear Sarawakian Brothers and Sisters, hampa semua pikiaq habis habislah kali nie utk sokong BN bawah najib...jangan ulang kesilapan utk pangkah BN lagi...banyak sangat yg susahkan rakyat and case 1mdb and lain lain case lagi....think carefully...
    Go fly Kite...Lusa hari Selasa....

    ReplyDelete
  5. Sekadar bertanya.. Berapa banyak hari kemerdekaan serawak?...adakah kerajaan persekutuan sama sama meraikannya...

    ReplyDelete
  6. keh keh keh....

    orang semenanjung boodoooh... kamek mintak apa pon kamek dapat, keh keh keh....

    kamu semua gagal ikut perasaan sokong pembangkang maok longkang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu hari fumakilla ni juga cakap loghat pantai timur, umputih berterabur dan terbaru bahasa org sarawak.

      Dah kronik pencacai sekor ni...bertaubatlah chai.

      Delete
  7. Kesian kat MB Teganu kitee, dok sampai setahung jadi MB, mcm2 masalah timbul..
    Lain Kali bila buleh naik pangkat jgn dok SOMBONG sangat...
    Nak BODEK Boss pung pandai2 lah...
    Kang doh kena tarik Gelarangg dgn Tuanku Sultan...
    Tuhan baru tunjuk sikit jer tuuu...
    Lepas ni berpijak lah dibumi yg NYATA, kalu Boss buat salah Tegur lah, Jangan buat dok tahu setaghangggg....Hukum Tuhan WAJIB ditegak kangg, bukangg Taat & Setia dengangg CIUM Tanganggg Boss..

    ReplyDelete