Friday, April 15, 2016

BOLEHKAH PM DIBELI...





Lebih baik beli perdana menteri daripada beli pengadil, kata TMJ





Ramai yang bertanya tentang kewangan JDT, sebuah kelab kecil dengan impian besar.

Tetapi bagaimana dengan wang negara yang hilang (?)






13 comments:

  1. Duit bukan segalanya,tApi segalanya perlukan duit, buat beli cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejauhmana atau berapa lama agaknya kerajaan dan UMNO Najib dapat bertahan, ianya tergantung pd keazaman & kesungguhan kita berjuang walaupun dia dibentengi oleh KPN, AG & Ketua UMNO Bahagian.

      Kita yg selama ini bertungkus lumus kempen untuknya tapi billion2 diselewengnya untuk habuan dirinya, Rosmah & puak2nya saja. Kita dah cukup 'fed up' dengan sikap MKT UMNO g yg sedia ada, sikap yang korup, menunjuk-nunjuk kekayaan, masih tidah faham2 keinginan rakyat, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat Melayu masih sokong kerajaan.

      Rasa'fed up' atau 'jaki' semakin hari semakin menebal kerenah Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN, Menteri Kewangan, Penasihat 1MDB dan PM Malaysia yang KORUP, GUNA PAKAI KHIDMAT yAHUDI, isteri yg boros, hilang hormat, gila kuasa, membohong, merapu dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang, semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

      Semak bagaimana kerajaan tangani isu 1MDB, GST, maruah negara, Nama Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, tenaga luar, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu rasuah, pengangguran, isu pencerobohan Sabah, belum nampak sesuatu yang meyakinkan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya. Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan.

      Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini sekiranya pentadbiran masih diterajui oleh Najib & Rosmah.

      Berjuanglah terus berjuang.

      Delete
  2. Sesiapa saya yang bertuhankan duit bukan sekadar boleh dibeli .
    Secara peribadi dia sanggup menjual dan mengadai apa saja termasuk maruah hargadiri hatta negara dan rakyatnya..
    Janji masyukkkk...yang lain peduli apa.Halal haram belakang kira.Rakyat menderita mampuih pi kat depa.

    ReplyDelete
  3. Saya mahukan konsep Raja Berperlembagaan" (Constitutional Democracy) di praktikkan seperti dulu. Perlembagaan Malaysia membolehkan bersuara bersuara dan bertindak melalui Majlis Raja Raja.

    Berikutan suatu "pre-council meeting" di bulan Oktober 2015, Majlis Raja Raja telah keluarkan suatu kenyataan mahukan isu 1MDB di selesaikan, mereka yang bersalah di ambil tindakan di atas nya.

    Di konvensyen "Selamatkan Malaysia" di Shah Alam di bulan Mac lalu, Tun Dr Mahathir meminta perhatian Raja Raja di atas keadaan yang tidak bertukar dan perlu nya "Selamatkan Malaysia".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Alor Star pada 7 Februari 2016, Mukhriz telah merayu kapada Majlis Raja Raja supaya mengarahkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara Governor dan lain lain agensi yang berkaitan supaya melaporkan dengan benar kemajuan siasatan mereka ke atas 1MDB - dengan tidak melindungi mana mana pihak.

      Jika ini tidak boleh di lakukan, atau jika ada gangguan dari mana mana pihak yang di siasat, makan suatu Suruhanjaya Siasatan (Commission of Inquiry) perlu di tubuhkan untuk mendedahkan kebenaran berkenaan 1MDB secepat mungkin.

      Delete
    2. Bernama laporkan pada 17 February 2016 -

      Suatu mesyuarat Raja Raja telah di adakan pada hari itu di Istana Negara.

      Mesyuarat itu telah di hadiri oleh semua Raja Raja melainkan Sultan Pahang, yang telah di wakili oleh Tengku Mahkota Pahang.

      Takda kenyataan di keluarkan. Mungkin masih menilai kemajuan ke atas kenyataan yang mereka buat di bulan Oktober 2015 itu.

      Dalam pada itu, gerakan Selamatkan Malaysia melakukan roadshow, menerangkan keadaan di sana sini.

      Delete
  4. Peguam Negara Pandi mengarahkan hentikan siasatan ke atas RM2.6 bilion tak lama salepas dia di lantik dan mengata Najib tak bersalah.

    Tapi selepas itu badan2 penasihat SPRM sudah kasi go ahead kpd SPRM meneruskan siasatan ke atas 1MDB. SPRM sudah sahkan depa buat gitu. Mana boleh setop - kita mahukan Najib undur atau di ganti sebelom PRU14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kata Tun Madey. Kalau tak cukup bukti, cari le bukti sampai cukup. Apekedarah nye tak boleh? Kan berbagai deals 1MDB buat di dalam dan di luar negara?

      Kalau bank statements pun testimony di PAC hearing kata susah nak dapat, "separuh" dokumen yg di mintak tak dapat hingga sekarang - kata Ketua Odit Negara - dah mengarut le tuh.

      SPRM dan PDRM ada kuasa penuh. Geledak pejabat pejabat depa. Bukan saja dalam Malaysia, di luar Malaysia jugak. Pihak2 spt AG Switzerland mesti sentiasa mahu bantu, sebab depa pun sedang siasat US4 billion dlm ekaun2 bank di Switzerland yang depa percaya berkaitan dgn 1MDB. Depa sangat anti-korapsi, si korap2 di FIFA yang berpusat di sana dah kena.

      Delete
  5. PDRM pun meneruskan siasatan ke atas 1MDB. Keua Polis Negara kata 1-2 hari lalu dia dah tubuhkan Pasukan Khas menyiasat, di antara Criminal Investigation Dept dan Commercial Crime Dept nya.

    Harap dapat tahu apa keputusan nya. Aku tak terbaca apa keputusan Polis interbiu Xaviar Justo di Bangkok dulu tuh.

    ReplyDelete
  6. Syarikat kacang putih 1MDB harus dibekukan. Dan segala penyata kewangan harus didapatkan dan diperiksa semula sebelum keputusan sesuatu siasatan itu diumumkan. Jangan jadi seperti PAC yg buat kerja tanpa maklumat yg lengkap. Maka timbullah berbagai alasan yg dangkal dan meragukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah nya, Bang, ia lah Najib yang mulakan 1MDB jadi begini, M&A nya kata segala apa keputusan memerlukan kebenaran bertulis dari nya. Ketua Setiausaha Kementeriam Kewangan - yang punyai 1MDB - kata begitu di PAC hearing. Kementerian nya tak di wakili di Lembaga Pengarah pun, pendapat Kementerian nya tak di mintak, bila cadangkan ada briefing, jawab pun tak.

      Pulak nya Najib Menteri Kewangan, dia jugak Perdana Menteri. Polis dan SPRM angkat sumpah taat setia kapada PM. Tak macam angkatan tentera dan RELA - depa angkat sumpah taat setia kpd YDP Agong.

      Peguam Negara pulak di lantik dek Najib jugak, ikut Perlembagaan yang tak sebut macam mana nak tamatkan lantikan nya. Jadi, main ikut suka si najib aaje le.


      Amat teruk betul keadaan di negara ini sekarang. Itu pasal Tun Dr Mahathr minta perhatian Raja Raja bila berucap di Konvension Selamatkan Malaysia bulan lalu.

      Delete
    2. Betul tu. Kadang2 kita sendiri cuba menipu diri kita dgn harapan yg tak masuk akal. Tun M yg mintak campurtangan luar pun sebab dah mati akal camne nak turunkan Mohd Najib ni.

      Camne kalau mintak TMJ beli Mohd Najib? Tapi aku rasa Mohd Najib berkali2 ganda kaya dari TMJ kot, dah tak heran dgn duit. Yg dia nak kawal sangat ni ialah KUASA. Dan kuasa juga akan jatuhkan dia, di PRU14 nanti. Harap negara kita tak dikenakan perintah darurat sebelum tarikh itu.

      Adushhh... 'One Malaysia Dah Bengong' dgn perangai Mohd Najib ni...

      Delete
  7. PRU14 nanti beringatlah sikit.
    Kita pakat kaleh la.
    Itu pengajaran bagi pemimpin yg korup.

    ReplyDelete