Wednesday, April 13, 2016

INGATKAN DAH BOLEH LENAAAA....

Pada 30 Mac 2016 yang lalu sekitar jam 2 petang, saya telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.
Saya membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.
Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB. Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku.
Sehingga kini saya tidak nampak pihak polis mengambil tindakan menahan Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB untuk mempercepatkan siasatan. Malah, saya tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan dari Arulkanda Kandasamy atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB.
Ini berbeza dengan layanan polis terhadap saya.
Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April 2016. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu 5 jam selepas laporan polis dibuat. Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat.
Oleh itu, saya ingin mengingatkan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat. Jika saya boleh ditahan 7 jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda Kandasamy juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana tepat jam 2 petang hari ini, 2 minggu telah berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB.
Lebih penting lagi, oleh kerana Jabatan Audit Negara mengesahkan bahawa dokumen yang saya dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih. Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka.
Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April 2016 ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

15 comments:

  1. lapuran polis dari manusia yg paling tiada kredibiliti di Malaysia.. sorong lapiji... prooott .. go fly kite ... tido sentiasa lena demi kesihatan diri ;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai mangkuk 1132, aku dulu pun berbulu dgn rafizi neh... malah semua pemimpin pembangkang neh... aku sangkakan mereka ni kaki fitnah dan adu domba.... sebijik macam hang skrg la... tapi dgn PM 1mdb, aku tak boleh nak bohong diri sendiri... biar kita dibodoh sekali, bukan berkali2 (mcm hang?) malu lah kat anak cucu weiii

      Delete
    2. Aku tak suka Najib tapi tak suka Fizi lagi lebih. Gantikan Njib, UMNO dan Malaysia mesti boleh merintah dgn bagus.

      Nak kasi Pembngkang merintah? Pigi daaaaaaaaaa

      Delete
    3. Sesiapa yang menipu rakyat dan mereka yang menyokong penipuan terhadap rakyat memang besar punya haram jadah. Benih tak 786

      Delete
    4. Dual aku pon tak percaya Rafizi ni... rupa2nya dia berjaya jadi wisel blower... banyak dakwaannya yg dulu aku rasa mengarut, rupa2nya benar..seperti kes 1mDB, skandal 2.6B dan mungkin kes cincin 24j pon betul. Kalau tengok 24j berbanding 2.6B... bagi mereka itu...pwanut aje

      Delete
  2. Rafizi 1000 times better than any other umno leaders..
    muda, bertenaga, berani, berjuang, berilmu...

    Najib pun tak ada qualiti tu.
    Yang ada idea setakat..go fly kite

    Memang 100% bangang.
    Agaknya time kempen pilihanrraya, bila orang kampong tanya saolan...
    dijawabnya...go fly kite
    tak bangang ke tu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tak nya - baca rekod siasatan PAC di Parlimen (Hansard) aja dah tahu banayk tahi 1MDB. Tapi bebudak main kite nak baca pun tak reti. Tak boleh fokus. Penyakit loww attention span.

      Biorkan le depa selalu main kite. Siuh, korang yg main kite, main le jauh2 dari sini. Jangan kacau org dewasa nak bincang.

      Delete
  3. Sekarang ni dah mula skrip baru...1MDB jadi mangsa penipuan..
    dah mula nak tunjuk muka sardin, minta simpati...konon kena tipu, kena sabotaj..

    adoi... nasib baik lah rakyat tak bangang dan fly kite macam bangang di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak tadika tersilap tulis nama ketika buat pembayaran, saya boleh terima. Ini masing2 dah tua bangka nak mampos, berpelajaran tinggi2 pulak tu, what the heck man....??? Arul Kandasamy nak klentong tak kena tempat.

      Dey Arul.... 27 juta rakyat don't buy that sort of nonsense, except your Crime Minister cum 1MDB Kaki Bangku (Chairman) & his Kayu Kabinet plus the corrupted Ketua2 Bahagian Sewel. You guys are so corrupted that you only see Dollars & Cents instead of common sense.

      Delete
  4. Kluang man.kartun punya cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ngata fizi punya cerita tu kartun ye? Aku stuju

      Delete
    2. sian tengok korang masih dibodohkan ke atau sukerela untuk dibodohkan...xkira umno ker melayu ke kalo salah wajib kita tentang...jgn kita tergolong dalam golongan munafik yang mempertahan kebatilan pemimpin kita kerana tak mahu pemimpin lain yang mungkin lebih berkaliber untuk naik...

      Delete
  5. Aku tak peduli sangat si rapiji ni.Tapi ahjib mesti diturunkan dengan kadar segera.Kes penyelewengan berpuluh billion semakin terserlah.Bangkai yg busuk sudah tidak dapat ditutup dengan nyiru dah.Bau busuknya sudah semerbak ke seluruh dunia.Nama Malaysia sudah busuk di seluruh dunia.Tak tahu mana kita nak letak muka.Pemakan dedak dan penjilat buta-tuli ahjib biarkan terus main layang2.

    Arul pun sudah mula goyang,sudah kata 1mdb kena kencing selepas aabar dan ipic menafikan aabar bvi anak sykt mereka.Maknanya aabar bvi sykt palsu yg ditubuhkan semata2 untuk menipu.Duit usd3.5billion hilang masuk akaun siapa?

    Ini yg sprm,pdrm,bnm kena siasat.AG apandi jangan perbodohkan rakyat.Ini kes yg sangat terang lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  6. Aku dulu memang tak percaya dengan Rafizi ni tapi semenjak akhir2 ni aku rasa dia ni makin benar-benar tak boleh dipercayai.Sumber maklumat drp nya memang lagsung tok leh pakai Muka dia memang betul2 muka tembok, tidak ada moral langsung dalam bab berbohong dan menfitnah...selamba je

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...