Monday, January 16, 2017

BILA AGAKNYA NAJIB DAN MAHATHIR AKAN KEMBALI BERPELUKAN..

SITUASI & TIPS : Ijtima' Tabligh Sedunia di Tongi, Dhaka, Bangladesh.

Sesi Pertama : 13 - 15 JAN 2017
Sesi Kedua : 20 - 22 JAN 2017

Sesiapa yang berminat boleh beli tiket flight
Malindo
Airasia
Mas
Biman
Thai Airways
(harga sekitar RM800 - 1200 pergibalik)
KL - Dhaka bersesuaian dgn tarikh yang ada.

Satu²nya perhimpunan raksaksa yang aman oleh umat Islam sejagat selepas Haji walaupun berbagai mazhab.

Setiap kali solat berjemaah, saf bertebar sepanjang 3km dari kanan imam ke kirinya, dan dari saf awal hingga akhir pun ±1km. Jemaah dianggarkan seramai 4juta orang. Dua sesi ijtima' terpaksa dibuat kerana tidak mampu menampung lebih dari 4juta.

Servis volunteery yang diberi sangat bagus,
Setibanya di airport Dhaka, ada kaunter khas untuk Ijtima' sahaja. Apa² masaalah ada ahli jemaah tempatan yang akan bantu.
Boleh beli simcard di airport.
Boleh tukar duit di airport atau di medan ijtima'.

Bagi yang tiada duit atau bukan kaki shopping,  tak perlu pun bawa duit. Satu sen pun tak perlu belanja sampai balik ke airport semula.

Keluar dari airport, kenderaan sudah disediakan secara percuma terus ke medan ijtima'.

Di Ijtima' diminta lapor diri untuk simpan passport dan duit di Simpanah Amanah, boleh ambil bila² masa dengan menunjukkan kad yang diberi.

Perlu bawa bedding sendiri, tapi beli di Medan pun ada harga dalam RM30 - RM50 mengikut kualiti dan ketebalan.

Teh O atau Teh Susu disediakan 24jam di Tea Corner secara percuma sepanjang ijtima'

Makan pagi, tengahari dan malam disediakan percuma di dewan makan.

Sama ada menu Asia atau menu Arab. Makan dalam talam. Sederhana tetapi sedap InsyaAllah. Beratus² anak² pelajar² universiti dan kolej akan serving makan.

Selepas makan, orang tempatan beratur untuk beri khidmat lidi cungkel gigi😊, ajiiib!

Cuaca musim sejuk, perlukan baju sejuk tetapi dalam khemah panas selesa.

Ribuan bilik air dan bilik mandi disediakan. Tekanan air bagus dan suam!

Khemah hanya berlapikkan tikar dan, berbumbungkan zink bagi foreigner tetapi untuk local, rumput dan kain guni

Tiada kawalan ketat oleh polis, ahli jemaah yang mengawal kesesakan.

Alhamdulillah  semuanya bersemangat tolong menolong,  tiada suasana pertengkaran atau tengking menengking.

Orang local sangat menghormati tetamu² luar negara. Mereka sebolehnya ingin bersalam dengan anda.

Sejam sebelum subuh, akan kedengaran Chai³! (teh) untuk diminum.

Ada khemah² besar yang menampung tetamu² luar negara yang mencecah 30 - 40ribu orang.

Setiap kawasan ditentukan nama negara² seluruh dunia.
Anda merasakan dari negara ke negara dengan beberapa langkah sahaja!

Jika anda pergi ke dapur, anda akan lihat beratus² kawah.

Ada khemah khas untuk para masyaikh dan syura² negara² seluruh dunia.

Anda juga akan kagum melihat orang² arab di sini dengan sikap yang sangat merendah diri.

 Dengan semangat dakwah yang ada, mereka hebat mirip para sahabah!

Raja² Arab juga ada yang mengambil bahagian. Mereka sangat bersederhana dan menikmati kesederhanaan yang ada. Jemaah berkenal²an dengan rakan² dari pelbagai negara. Saksikan sendiri keajaiban dan keindahan
persaudaraan dalam ijtima' ini 👥👥👥 walaupun tak faham bahasa

Pada hari Ahad, doa ijtima' akan berlangsung. Akan kedengaran ratusan ribuan suara² tangisan, terasa rahmat Ilahi menyelubungi.

Bertuahlah mayat yang berkesempatan untuk disolatkan jenazahnya.

Setakat ini saya pernah menyediakan jenazah seorang pakcik Melayu, arwah Abu Bakar Mansur yang meninggal di medan Ijtima' beberapa tahun yang lepas. Jenazahnya disolatkan oleh jutaan manusia. Cemburunya!

Selepas doa ijtima', sama ada nak pulang ke negara asal atau nak tambah masa keluar belajar bertabligh. Terpulang!
Yang pasti akan gembira dengan layanan yang diberi InsyaAllah

24 comments:

  1. Sebagai muslim sini kita mempercayai perjalanan hidup kita telah tertulis di lohmahfuz.Namun begitu Allah subhanawataala tidak menzalimi ummat ciptaanya...Kd ko tlg lengkapkan berdasarkn pehaman ko akn hint yg tlh aku berikan.

    ReplyDelete
  2. hehehehe
    ......in shaa Allah
    mudah-mudahan boleh walaupun mahathir-kit siang nak buat benda yang sama mengambil masa lebih 20 tahun...

    ReplyDelete
  3. Najib kena msk jel dulu sekurang nya 200 tahun..Pastu cerita lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni pun, jangan la berlebih2 pulak. lebih hakim dari hakim. apa2 hukuman mestilah berdasarkan jenis kesalahan yang telah diadili secara saksama dalam mahkamah. ko bukan tak tahu, orang bunuh orangpun, selagi belum ditangkap dan diadili, mana boleh ditentukan apa hukuman kepada dia. so, cergaskan diri, cerdaskan otak untuk bercakap rasional, menulis secara rasional serta nak bergebangpun rasional jugak. jangan main balun tak kira depan belakang janji emosi amarah dapat dilampiaskan.

      Delete
  4. Salam. Adakah bumi itu tergolong dalam kategori Bumi Ambiya? Berbezakah berjemaaah dibumi sendiri berbanding bumi itu? Adakah kita mahu mencicpta tanah lain berbanding Mekah dan Madinah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju dengan anda.

      saya melayu muslim tetap percaya pada rukun islam, rukun iman, pada alquran, hadith yang betul2 sahih, dan sunnah yang betul2 diterima. Selainnya saya percaya pada ajaran guru2 agama zaman dulu dari apa yang ada sekarang

      wallahuaklam

      Delete
  5. Betul 833.
    Islam sudah byk version. Apakah ini cubaan upgrade Islam sekali lagi?
    1. Apakah, asas Islam itu sudah dpt dipastikan sampai kejituannya ?
    2. Akan berlakukah percambahan pd rhetorik yg mungkin dh byk termasuk yg tersasar itu sekarang?
    3. Tidak kah akan ada unsur selit ambil kesempatan, dan beban komersial baru yg diperkenalkan pd umat?
    4. Bukankah apa2 penambahan hanya patut berpandu utk memudah agar Islam itu jadi lebih menarik sebagai tuntutan asas dlm berdakwah?
    5. Apakah kepala keretapi dilandasan betul?
    Sy hanya tanya, kot ada yg mahu kongsi jawapan disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalam anon 8:53 yang respon anon 8:33
      kebelakangan ini ramai umat Islam malaysia yang mempertikai kerja2 jemaah tabligh. mereka dipersenda malah diherdik oleh umat Islam sendiri kerana dianggap melakukan amalan yang berbeza daripada umat Islam melayu malaysia. bila diajak ke masjid, mereka kata mereka juga ke masjid. ok, katakan begitu sahaja, bukan rasa seolah-olah jemaah tabligh menyangka mereka tidak pernah ke masjid. ok, saya teruskan dgn isu.

      berkumpul beramai-ramai sehingga jutaan orang disatu tempat yang bukan bumi madinah atau tanah haram bukan bermakna ada bumi anbiya' yang lain. jangan sampai diniatkan begitu. bila berada dalam jemaah yang ramai begitu, 'feel' yang berbeza akan terbit dari dalam diri. rasa insaf, merendah diri, tidak emosi akan ada. selain itu inilah ruang untuk terus muhasabah diri dan menuntut ilmu. saudara, jangan pernah rasa bahawa ilmu agama yang kita ada ini sudah cukup. bidang ilmu itu luas, amat luas beb! Allah minta kita menuntut ilmu walaupun hingga ke negara china. so, sesuailah dengan apa yang Allah suruh, menuntut ilmu walaupun hanya di bangladesh. Islam itu mudah tapi janganlah sampai kita mempermudahkan Islam. kita berdakwah, bukan semestinya dakwah kepada orang lain, dakwahlah kepada diri sendiri dahulu. orang lihat tabligh dari luar memang selalunya nampak berserabut, tak ada disiplin. kaulau nak tahu, masuklah dan lihat dari dalam. tak ada paksaanpun, cuma ajakan-ajakan untuk memeriahkan jemaah. jangan anggap jemaah tabligh mewujudkan agama baru, upgrade agama Islam yang diajar oleh rasulullah. tidak, tidak sekali-kali. nilai2 negatif yang selalu orang luar lihat adalah nilai2 negatif yang dibawa individu jemaah tabligh, bukan ajaran Islam yang diamalkan oleh jemaah tabligh. Islam telah memfatwakan merokok itu haram, tetapi masih ada jemaah tabligh yang merokok. itulah sebabnya individu2 itu kena tetap terus berdakwah, dakwahkan diri sendiri sampai boleh berhenti merokok dan sentiasa istiqomah solat berjemaah.

      #bukan jawapan lengkap tetapi berkongsi cerita.

      Delete
    2. Jawapan yang baik daripada 9:23.

      Jemaah tabligh hanya mengajak kepada penumpuan kepada ibadah dan penyucian jiwa melalui penumpuan kepada ibadah. Ia sama sekali tidak mereka-reka perkara baru dalam agama dan tidak pula mengubah apa-apa hukum di dalam agama.

      Memang benar ia bukan jemaah yang syumul tapi ia adalah disebabkan ia memberikan penumpuan kepada satu hal sahaja. Kalau jemaah syumul sekalipun di dalamnya diambil kesempatan melakukan pengkhianatan apa gunanya.

      Ia juga tidak mengingkari jemaah Islam secara keseluruhan. Hanya sekadar memberi penumpuan kepada satu bahagian sahaja. Tidak sampailah ia mengingkari atau menghalang bidang yang lain pula.

      Ia juga tidak mengkafirkan jemaah lain dan tidak memberikan apa-apa hukum ke atas orang-orang yang tidak menyertainya.

      Tidak sepatutnya mereka dihukum dengan berbagai hukum yang tidak sepatutnya.

      Delete
    3. 923, bibit protes negative bro terpancar sedikit dlm membalas pernyataan 853. Padahal soalan2 jelas tersusun dan sgt mudah dibalas hujah dgn susunan.
      Sifat overconfident dan sikap atas tgk bawah juga sgt elok dipadamkan dlm hujahan sensitif begini.
      Tambah satu soalan:
      Kata saudara: "Islam itu mudah,jgn kita mempermudahkan Islam".
      Kontradik disini agak mudah memerangkap sesiapa pun sebab-
      Apakah usaha elak mempermudah Islam boleh akibatkan ianya 'mempersusahkan' Islam pulak?

      Delete
    4. 11:57,
      terima kasih kerana respon walaupun dalam bentuk menidakkan. takpe, berkongsi pandangan. sesuatu yang digalakkan dalam agama kita. kontradik atas ayat "Islam itu mudah, tapi jangan mempermudahkan Islam". simple sebenarnya tetapi sebab anda rasa ayat saya itu kurang jelas maka saya sebolehnya cuba memberi faham. ambil contoh solat 5 waktu. sesuatu yang wajib kepada penganut Islam. solat sebenarnya mudah dan juga bukan ambil waktu yang lama. tapi apa yang kita lihat dipersekitaran kita ialah segelintir umat Islam ambil mudah pasal solat. sibuk sikit dah tak solat. mata mengantuk dah malas solat. lebih dahsyat, "tak payah solatlah, lambat lagi nak mati". so, sebenarnya mudah nak faham ayat saya tu. saya harap anda jelas dan "apakah usaha elak mempermudah Islam boleh akibatkan ianya 'mempersusahkan' Islam pulak?" tak perlu dijawab atau dijelaskan sebab sepatutnya selesai.
      terima kasih.

      Delete
    5. 1253, Terima kasih atas respond. Kita kongsi pandangan, tapi sy tidak mahu 'stereotype' kan akidah pihak lain dlm mengerjakan ibadat masing2. Sy tidak rela meletak diri diatas kuda yg tinggi.

      Delete
  6. Selagi tidak melanggar hukum Allah, tabligh adalah salah satu mekanisme beribadah. Mungkin agak asing bagi kita dan tidak asing di tempat lain.

    Contoh: Talkin di Malaysia perkara biasa tetapi tidak dan tiada di tempat lain (?)

    ReplyDelete
  7. KD,

    I beg to differ with you though not totally

    Selagi tidak melanggar hukum Allah,

    ..... Pernah tak KD dikerumuni ahli tabligh dari india/pakistan? Saya terpaksa lari ke tempat lain kerana tak tahan tahap bau pakain dan badan mereka ini. Ini zaman sekarang, banyak bau-bauan yang boleh digunakan. Allah menyuruh umatnya berbau harum apatah lagi nak pegi beribadah...ini pengalaman saya di tempat saya di malaysia.

    tabligh adalah salah satu mekanisme beribadah.

    ........Betul. Namun the approach is not practical. Di korea saya bersolat di bandaraya seoul dekat Itaewon. Berjumpa dengan orang dari pakistan dan malaya. Setelah solat berjamaah asar, kami berbual bertanya khabar. Saya terkejut mereka telah meninggal anak isteri kampong halaman negara lebih daripada setahun. Saya tanya mereka 2 soalan namun jawapan lebih mengecam saya tak takut Allah swt. Pertama mengapa anda semua ke korea selatan sedangkan kalau nak berdakwah, lebih baik buat dalam keluarga, komuniti, dalam negara dan sebagainya....sunnah nabi kata mereka......bila ditanya bertubi2....mula terasa malu tak dapat jawab terus condemn. Kedua saya tanya tidak kah dalam islam kalau kita tinggal isteri lebih daripada 3 bulan berturut, isteri boleh minta cerai ikut hukum syariee. Jawapan mereka mudah, ISTERI REDHA dan takut Allah. Saya tanya, benarkah dan apa buktinya.....kami 3 orang dari sebuah GLC terkejut....ANDA SEMUA JAHIL AGAMA.....

    Saya kata tak apa, Allah jadi saksi.

    ........Mungkin agak asing bagi kita dan tidak asing di tempat lain.

    Itu bukan isu. appraoch tak kena. ZAman Rasullah berdakwah bukan cara zaman sekarang, lebih klit dari isi.

    Contoh: Talkin di Malaysia perkara biasa tetapi tidak dan tiada di tempat lain (?)

    .........betul.....di saudi tiada. Qunut pun tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 11:20 saya setuju pendapat tuan. Personally saya berkawan dengan beberapa x gevermant servant dan x korporat, mereka ni tabligh, jubah wangi, approach pro, pi musafir pun bekal anak bini serba cukuo..
      Ues, majoroti macam u kata seperti di atas

      Tetapi di sini mungkin kurang sesuai kita nak berhujah.. Dan saya sendiri tidak berani berhujah panjang, kurang ilmu

      Delete
    2. Saya setuju dengan KD.

      Kalau ada jemaah yang busuk pakaiannya, tinggal anak isteri lebih tempohnya dan tanpa nafkah pula, itu adalah disebabkan mereka terkhilaf beramal sehingga menyalahi sunnah dan keutamaan.

      Sama seperti mana2 jemaah pun akan ada ahli yang terkhilaf, tapi untuk meletakkan kekhilafan itu sebagai disebabkan oleh jemaah adalah tidak wajar.

      Kalau dalam pasukan polis ada polis yang makan rasuah tentulah tak wajar kita salahkan rasuah itu di atas nama pasukan. Kekhilafan adalah perbuatan ahli itu sendiri dan bukan perbuatan pasukan.

      Ada banyak cara untuk beramal, baik amal ibadah ataupun amal kebajikan. Kalau kita pilih mana2 satu tak wajar kita rendahkan jemaah yang lain.

      Sekadar berkongsi pandangan.

      Delete
    3. Sekadar untuk klarifikasi dan berkongsi cerita sendiri juga.

      Saya bukan ahli jemaah tabligh dan tak pernah ikut 'keluar'.

      Walaubagaimanapun saya berkawan baik dengan ahli-ahli tabligh dalam qaryah saya.

      Mereka ini ada yang berniaga dan bekerja sebagai pensyarah. Penampilan sentiasa terurus dan tak pernah busuk. Yang berjanggut juga ada yang trim kemas janggutnya.

      Sepanjang bercampur dengan mereka tidak pula saya dengar mereka mencaci atau merendah2kan amalan orang lain. Kebanyakan majlis mereka anjurkan muhasabah diri dan bukan mencaci orang lain.

      Setiap hujung minggu selepas solat asar berjemaah mereka akan berkummpul membaca mutiara amal. Kekadang selepas solat maghrib juga berkumpul untuk berbicara hal muhasabah diri.

      Sekiranya ada majlis di masjid tempat saya, adakala saya join juga tapi saya tak pernah ikut 'keluar' ke mana2 tempat lain mengikut mereka.

      Walaupun saya dah nampak jelas mereka telah berputus asa untuk mengajak saya 'keluar musafir' seperti amalan mereka, tapi hubungan di antara kami tetap baik.

      Setuju dgn sdr 12:00 apa yang dilakukan oleh ahli jemaah tabligh ke atas saudara adalah tidak patut, tapi itu adalah kekhilafan mereka sendiri.

      Amalan jemaah tabligh sepatutnya adalah mengajak dan bukan menghukum.

      Biasalah, dalam setandan pisang adakala ada juga yang busuk. Kalau busuknya bebrapa biji janganlah seluruh tandan hendak dibuang.

      Sekadar berkongsi sedikit pengamatan.

      Delete
    4. Geng2 tabligh nie ada yg ok dan ada jugak yg keterlaluan. Pengalaman saya semasa belajar di UK, selalu join makan bertalam sama2 sebab lauk2 diorang masak mmg sedap...sama mcm kt Sri Petaling punya masjid yg jadi markas diorang. Mmg ada yg ajak keluar pergi merata2 masa cuti summer tapi saya menolak...tiada paksaan dan member2 yg join semua kata best sbb makan tidor semua free. Tang bau busuk...tak terurus...saya tak pernah nampak la. Maybe tabligh yg daripada india atau pakistan ada bau skit sebab mmg org2 dia semulajadi ada bau badan camtu kalau lambat mandi atau mungkin diorang takde duit sgt nak beli minyak atar atau dah lama keluar sampai tak terjaga badan. Yg tinggal anak isteri tu mmg ada...banyak sebab jugak...nak join sgt aktiviti tabligh sampai meletakkan keutamaan cara tak betul. Tapi secara keseluruhan kat malaysia nie kalau jemaah tabligh dtg ada yg lari sebab takut kena ajak keluar...takpun malas nak ke masjid bila dipaksa2 selepas di tazkirah depan pagar rumah. Mcm saya masa study A-Level dulu selalu dtg jemaah tabligh kasi tazkirah dan ajak ke surau. Ada jugak ajak buat ibadat malam qiamullail...senang cerita pengalaman saya jemaah tabligh nie selalu ajak ke arah hidup cara Islam berbanding dgn member2 saya yg bukan tabligh selalu ajak pergi main game kt bukit bintang dan main snooker. Buat abis duit dan masa saya aje...dosa pun dapat. Cit!

      Delete
  8. Abis, Bila Najib nak peluk Tun M?
    Kalu dh sah dipihak salah, apa guna panjang2kan...balik la kepangkal jln UMNu, berenti la budaya jilat menjilat. Tak gitu?

    ReplyDelete
  9. Salam sejahtera;

    Harap saudara2 sekelian tidak menjadi kan bau busuk pakaian jemaah tabligh sebagai satu alasan atau hukuman keatas mereka lantas tidak memahami pengorbanan mereka kerana mereka telah menggunakan wang mereka sendiri untuk menjalankan usaha dakwah dan tabligh semata2 kerana Allah. Biarlah Allah yang membuat keputusan keatas mereka. Peranan mereka sangat2 diperlukan di zaman ini yang mana zaman yang tiada Nabi/Rasul. Oleh itu mereka telah menggalaskan kerja dakwah ini sebagai tanggungjawab mereka walaupun mereka mempunyai banyak kekurangan.

    Bayangkanlah Nabi saw telah menjalankan usaha ini keluar dengan pakaian yang bersih tetapi balik rumah malam dengan pakaian yang kotor dan ada sesetengah riwayat pakaiannya dilontar najis. Siap lagi kena pukul, kena maki, kena macam2 lagi tetapi usaha terus dijalankan hinggakan kita kini dilahirkan dibawah keluarga Islam. Masya Allah.

    Setakat ini saya belum jumpa lagi jemaah tabligh yang berpakaian busuk. Kalau bau peluh memang adalah kerana mereka menjalankan usaha ini keluar berjumpa dengan orang ramai mungkin dalam keadaan panas. Harap tidaklah menghukum mereka kerana disebabkan itu.

    Yang penting marilah kita semua melapangkan masa, diri dan harta kita keluar ke jalan Allah menjalankan usaha dakwah dan tabligh. Niat untuk belajar2 buat pengorbanan ugama. Justeru itu saudara2 semua dijemput untuk menginfakkan selama 3hari buat permulaan untuk keluar tabligh. Boleh lah jumpa sahabat2 di kariah atau marhalah masing2 dan azam bagi nama.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semua atas perbahasan yang baik dan sopan.

    Pengalaman saya bergaul, mereka ini tidak berpihak kepada mana mana parti politik tetapi secara tidak langsung atau atas body langguage, majoriti tidak mengundi PAS.

    Dalam keadaan PAS sekarang, saya rasa akan bertambah majoriti yang menolak PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% setuju dgn KD.

      Hakikatnya ialah sesiapa sahaja yang menghayati falsafah dakwah dalam jemaah tabligh memang tidak akan menyokong PAS disebabkan pertentangan pada prinsip asas dakwah keduanya.

      Dakwah tabligh lebih kepada mengajak ke arah kebaikan dan bermuhasabah diri. Mereka sekali kali tidak akan menghukum orang di luar jemaah mereka sebagai kurang Islam dsbgnya melainkan mereka hanya mengajak sahaja (kalau ada yang menghukum mereka ini adalah golongan yang terkhilaf daripada falsafah jemaah ini).

      Tabligh hanya menganggap diri mereka sebagai satu biro (iaitu biro dakwah dan ibadah) dalam satu jemaah Islam yang besar. Bagi mereka berada di luar jemaah tabligh hanyalah tidak mengikuti biro ini tetapi masih tetap di dalam jemaah Islam.

      Ada pula dakwah (atau dakyah) PAS adalah mencari kekurangan orang lain dan menjatuhkan hukum seperti kafir, fasiq, taghut dsbgnya ke atas orang-orang yang tidak mendokong perjuangan (pemimpin) mereka.

      Pendukung PAS juga rata2nya menganggap partinya sebagai agama dan sesiapa yang di luar partinya adalah dianggap di luar jemaah Islam.

      Kalau dulu UMNO dianggap kafir, kini di atas kepentingan semasa AMANAH pula dianggap pengkhianat agama. Mereka hanya tahu dan mahu menghukum sahaja.

      Tidak sepert tabligh yang tidak membuat hukum dan mencipta perkara baru dalam agama, PAS pula akan menukar2 fatwa dan tindakan mereka mengikut kepentingan politik kepartian semasa tanpa mengikut usul.

      Sememangnya sesiapa sahaja yang menganggotai jemaah tabligh dan menghayati falsafah dakwahnya tidak akan tertarik untuk menyokong PAS.

      Saya percaya kisah sdr 12:00 di atas yang 'dihukum' oleh jemaah tabligh mereka itu adalah orang-orang yang baru berjinak2 dengan tabligh. Ada kebarangkalian mereka adalah penyokong PAS kerana hanya PAS sahaja yang suka menghukum keislaman orang lain.

      Memandangkan kedua-dua jemaah ini bertentangan falsafahnya maka ahli2 tersebut sama ada akhirnya akan menolak fikrah PAS yang suka menghukum atau akhirnya cemuih dan keluar dari jemaah tabligh yang hanya tahu mengajak sahaja.

      Agak mustahil untuk seseorang penyokong PAS beristiqamah dengan tabligh untuk jangka masa yang lama dan begitu juga sebaliknya melainkan salah satu akhirnya akan ditinggalkan. Kecualilah mereka yang menyertainya hanya didorong oleh rasa suka2 dan mengisi masa lapang atau tujuan2 lain seperti menabah kenalan, mencari pengalaman 'makan angin' di tempat orang dengan segalnat diatur dan seumpamanya tanpa menghayati falsafah dakwah jemaah ini.

      Sekadar berkongsi pandangan.

      Wallahu a'lam.

      Delete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...