Google+ Followers

Wednesday, January 11, 2017

SO MANY THINGS TO HIDE (?)

Siri : 635

LANGKAH AWALAN PENDEDAHAN LAPORAN AUDIT NEGARA BERJAYA !!!

PERJUANGAN TERHADAP KEBATHILAN MESTI DITERUSKAN !!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam sejahtera :

1. Sepanjang tempoh 2 tahun lalu, satu siri epilog drama telah berterusan ditayangkan kepada orang awam berkaitan SAGA LAPORAN AUDIT NEGARA (LAN) 1MDB, dari masa ke semasa, tentang apa yang pada mulanya dihajatkan sebagai misi peroleh maklumat untuk pengetahuan umum, telah kemudiannya diklasifikasi dan "dipenjarakan di dalam kotak besi" yang dilabel OSA !!

2. Jangan dilupa. Saudara Rafizi Ramli telahpun menjadi mangsa peng"OSA"an LAN 1MDB itu, apabila didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14.11.2016, untuk kononnya mendedahkan sebahagian daripada kandungan LAN 1MDB itu kepada umum, dek pemakaian OSA !!

3. Rentetan peristiwa dalam siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MB" ini adalah secara ringkasnya seperti berikut :

BABAK PERTAMA -

(a) Pada sekitar Mac 2015, dalam kehangatan paluan kritikan berkaitan alegasi SKANDAL 1MDB terhadap pucuk pimpinan Kerajaan yang diketuai NAJIB RAZAK, satu kenyataan telah diberi bahawa Jabatan Audit Negara telah diarahkan Kerajaan untuk menyiasat, menyemak dan menyediakan Laporan Lengkap berkaitan 1MDB itu, supaya segala kegusaran Rakyat dapat dijawab dengan telus dan profesional !

(b) Pada lingkungan masa yang sama juga, satu BADAN TINDAKAN KHAS (Special Task Force) telah ditubuhkan merangkumi kesemua agensi siasatan jenayah utama,  dan diketuai oleh TAN SRI ABDUL GANI PATAIL, mantan PEGUAM NEGARA pada ketika itu, bagi tujuan untuk melakukan siasatan jenayah menyeluruh bersabit SKANDAL 1MDB itu !

(c) Pada 11.05.2015 pula, Mantan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC - sebuah institusi di bawah seliaan Parlimen), NUR JAZLAN MOHAMED mengumumkan bahawa PAC akan memulakan siasatan melalui inkuiri ke dalam isu SKANDAL 1MDB, kerana 1MDB, ditubuhkan melalui dana dari PERBENDAHARAAN, yakni wang Rakyat !

(d) Setakat isu "Special Task Force" dan PAC, masakan kita boleh lupa, akan salah satu klimaks awalan siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" pada tayangan 27.07.2015 dan 28.07.2015, pada tarikh-tarikh yang mana ABDUL GANI PATAIL telah dihentikan perkhidmatan sebagai PEGUAM NEGARA atas alasan kesihatan, dan NUR JAZLAN MOHAMED pula terhenti sebagai PENGERUSI PAC disebabkan perlantikannya sebagai TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, di dalam Jemaah Menteri Kabinet NAJIB RAZAK, masing-masing !!

(e) Dengan penampilan sesi klimaks awalan yang diringkaskan di para 3(d) di atas, maka karakter "Special Task Force" dan PAC, kedua-duanya telah dilumpuhkan oleh TUAN PENGARAH  siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, sehingga para penonton telah perlu akur hakikatnya pada masa itu, bahawa peranan kedua-dua "watak" itu, telahpun dikurangkan ke tahap tidak lagi relevan dalam pembongkaran misteri SKANDAL 1MDB !

BABAK KEDUA -

4. Rakyat, sebagai para penonton pada tahap ini telah menaruh sepenuh harapan agar "watak" LAN 1MDB inilah yang akan dapat membongkar misteri SKANDAL 1MDB, supaya segala kegusaran dan ketidaktentuan maklumat lengkap SKANDAL 1MDB itu akan berjaya dijawab dan diselesaikan dengan penuh telus dan profesional !!

5. Namun, TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, telahpun menyediakan skrip baru untuk mencetuskan klimaks kedua dalam siri epilog ini, iaitu pelan untuk mencorak dan mencoret rangkaian peristiwa lanjut, supaya "watak" LAN 1MDB ini pun akan juga dilumpuhkan sebagai "watak" yang tidak dapat membongkar SKANDAL 1MDB itu daripada terjawab kepada para penonton, melalui penggunaan label OSA, supaya LAN 1MDB itu akan akhirnya "dipenjarakan di dalam kotak besi", dan tidak dapat menyumbang kepada tujuan "watak" ini kononnya diwujudkan sebagai "penyelamat" SKANDAL 1MDB, sama-sekali !!

6. ALAS !!! Skrip TUAN PENGARAH siri epilog drama  TV TIGA SUKU yang berjudul "SAGA LAN 1MDB" itu, kini besar kemungkinan, akan melalui rombakan besar apabila 2 individu yang mengambil "watak" baru,telah dalam satu sesi tayangan pada 11.01.2017, berjaya melalui halangan pertama dalam pembongkaran keluar LAN 1MDB dari  "dipenjarakan di dalam kotak besi", apabila berjaya peroleh Perintah Kebenaran untuk meneruskan dengan TINDAKAN SEMAKAN KEHAKIMAN bagi tujuan perolehan Perintah agar LAN 1MDB itu dapat didedahkan kepada umum, seperti yang pada awalnya diumumkan akan hajatnya oleh Kerajaan, iaitu pendedahan telus dan profesional SKANDAL 1MDB, agar Rakyat dapat peroleh hakikat dan kebenaran masalah yang sudah sekian lama membelengui negara tercinta ini !!

BABAK KETIGA  - ?? !!

IN SHAA ALLAH !!!

PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN !!!

In GOD we have faith...
In COURTS we have trust.. ,and
In OUR SUITs we are confident !!!...

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!

(Sila lihat Siri : 634)

(Sila lihat Siri : 5, 7, 9, 11, 12, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 25, 26, 27, 28, 35, 36, 37, 57, 58, 85, 87, 88, 90, 95, 98, 99,106, 110, 117, 121, 131, 147, 152, 153, 164, 165, 166, 201, 212, 213, 214, 216, 217, 218, 219, 220, 221, 222, 225, 226, 228, 229, 230, 233, 237, 238, 239, 240, 256, 257, 258, 259, 260, 263, 266, 268, 270, 276, 282, 283, 285, 290, 291, 292, 294, 296, 297, 299, 300, 301, 303, 304, 311, 312, 318, 319, 323, 365, 368, 375, 381, 418, 422, 430, 432, 452, 453, 457, 474, 478, 481, 482, 483, 484, 487, 489, 492, 500, 501, 502, 539, 556, 558, 560, 561, 563, 564, 567, 569, 570, 572, 573, 575, 576, 577, 580, 581, 582, 583, 584, 587, 588, 595, 596, 597, 600, 601, 602, 603, 604, 605, 606, 607, 608, 609, 610, 612, 613, 615, 618, 619, 620, 621, 622, 623, 624, 626, 627, 628 & 633) - Najib Razak

31 comments:

  1. Siri 634????? Macamana melimpat ters ke airi 635...... mana siri 5 7,9, dan seterusnya? Jangan beaok maauk siri 639 atau 640.... ada plak yang dikatakan kena bayar plak.... bila ada maklumat yang memaksa orang tu masuk gear reverse..... Dahsyat hasutan nih.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..
      Suharli mngajak org berfikir dan menggunakan akal.

      Patutnya dia sokong status sulit laporan audit dicabar.
      Supaya kebenaran dapat diketahui.
      Kalau wsj, sr dan lain2 lagi semuanya fitnah saman selasa depan, apa masalahnya utk rakyat ketahui laporan audit negara.
      Adakah ianya juga fitnah.
      Bkn ke najib xbersalah, hairan juga kenapa nk OSA kan benda yg membuktikan beliau suci lagi mulia.

      Itupun kalau suharli nk berfikir...

      Delete
  2. Jangan terburu2.... tidak semua hak kerajaan adalah hak rakyat. Itu kita kena akur. Hal2 yang berkaitan dwngan perjalanan sesebuah 'kerajaan rakyat' adalah atas tanggungkawab kerajaan yang memerintah dan selama ini itulah akta yang melindunginya.
    OSA bukanlah jalan mudah untuk menghalalkan cara kerana ianya bukanlah sesuatu yang dikawal oleh seorang individu. Itu adalah asasnya... maksud saya di dalam akta rahsia raami terdapat kriteria2 tertentu yg membolehkannya di osakan sebagai benteng kedaulatan sesebuah kerajaan untuk mengelakkannya dari dipelagiat oleh musuh dalam negara mahupun luar. Dari segi politik ataupun keselamatan.
    Mengenai OSA ini sendiri terdapat peringkat tahap2 keaelamatannya iaitu : Rahsia besar... rahsia... sulit...dan terhad - mengikut tahap kerahsiaannya dan perkara yang hendak dirahsiakan.
    Ya, memang rakyat secara keseluruhannya seperti mahu tahu hampir semua perkara hal urusan kerajaan.... namun seperti yang penulis perkatakan ... kerajaan mempunyai hak ke atas maklumat yang perlu unthk kestabilan negara.
    Menyentuh hasil siasatan 1MDB dan keputusan Dan temuan oleh PAC yanag diOSAkan... Perlu di ingat... bahawasanya anggota PAC telah didedahkan ketahap maklumat penuh negara didalam urusan kewangan dan ekonomi negara.... ekses ketahap sehingga hampir semuanya di telanjangkan. Namun kita perlu ingat... pemilihan anggota PAC buaknlah pemilihan yang tidak seimbang atau semberono... hampir keaemua wakil mana2 entiti tertentu mahupun parti politik menganggotainya dan menjadi wakil dan orang harapan rakyat untuk membongkar kepincangan. Namun... keberhasilannya adalah satu keputusan sebulat auara dan inclusive dimana pada akhirnya mereka dapati sememangnya tiada penyelewengan. Kecuali beberapa teguran dan cadangan pembaikan. NAMUN KENAPA di OSAkan?.... perlu jelas..... bukan PENEMUAN yang dirahsiakan.... tetapi adalah maklumat2 yang tidak mungkin boleh didedahkan sepertimana awal tadi saya katakan seperti capaian2 data dari sumber bank negara misalnyya.... kewangan kerajaan misalnya.... dana2 sedia ada kerajaan misalnya.... sumber2 darimana datangnya kewangan misalnya..... dan bermacam lagi maklumad terhad paling kurang sehinggalah ke tahap rahsia besar.... yang bukan boleh sewenang2nya di kertas putihkan untuk tatapan semua. Jangan tanya penulis apa ajer yang rahsia bagi kerajaan.... kerana by now... pembaca seharusnya sudah boleh sedar akan kepentingan rahsia dalam urusan kerajaan.
    Maka adalah jelas faktanya adalah: penemuan PAC sebagaimana dilapurkan dan dibentangkan adalah tiada yang boleh dianggap sebagai penyelewengan.
    InshaAllah di tahap ini penulis yakin keputusan untuk diOSAkan adalah wajar berdasarkan sumber capain maklumat untuk tujuan siasatan yang telah diputuskan. NAJIB tidak mencuri duit rakyat..... cuba Lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau jangan pura2 bodoh suharli..kang pura2 bodoh kau hari ni akan turun kepada keturunan kau baru kau tahu!

      Jangan terburu2? Rahsia besar? Kestabilan negara? Jika kau betul2 sayangkan negara ini...kau sendiri pun minta laporan itu didedahkan. Asalnya pun memang untuk didedahkan kepada rakyat kan??? Itu kan janji najib..dan TUNGGU AUDIT itu juga yang kamu orang canangkan sebelum ini...

      Ekonomi negara memang dah tak stabil pun akibat skandal 1mdb tu..kat luar negara dah ada org kena hukum tau tak?

      ...ingat lagi telus dan profesional? Itu janji kerajaan jugak!

      Tup tup..osa lah pulak...

      So jangan pura2 bodoh...sebab ia akan balik kepada kau dan keturunan kau!

      Delete
  3. Nampak gayannya Si KD ni teringin nak makan nasi dalam tray plastic mcam kat Dewan Makan HEP dan Kolej Kenanga untuk pelajar2 NR neh..... dah macam gaya pengkhianat negara dah ni....mencari alasan untuk mendedahkan sebahagian Rahsia negara..... Cuba Lagi

    ReplyDelete
  4. Suharli,

    Tak payah cuba lagi...hahaha

    2 episod yang berlaku semalam tanda2 the truths will prevail. Coretan awak di atas langsung tak dapat tutup bangkai gajah yang dah berulat.

    1. Leave given by court to azminand zahid.....

    2. Guilty pleas by jens fred on 6 charges and 10 taken as read.

    These stuff are too heavy for you, suharli. Even AG Apandi has to put his head in the sand.

    One thing good of late is stupid excuses like fitnah, donation, cinadapig etc dah berkurangan. Namun isu baru adalah DEFINASI TERBARU PASAL DUIT RAKYAT....

    If mohd faiz subri has his goal shot that defies law of physic, you suharli is an expert in alih tiang gol that defies the law of stupidity....ada award kah? No award but reward with dedak.....hahaha

    Bukan cuba lagi tapi dedak tambah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro 1,07,dia nak jual temberang dia kat sini la bro.dedak tambah lagi bro mesti lah kena kerja kuat..nanti dia keluar kan crita merepek meraban nak suruh orang percaya hasutan dia.

      Delete
  5. Macam mana pulak kna AKUR -bukan semua hak kerajaan hak Rakyat?
    Kan yg kena AKUR- semuanya hak Rakyat.
    Kerajaan itu pun hak Rakyat.Dipayung Raja berdaulat.
    Jauh sekali hak tikus2 yg berpakat.
    Rakyat paymaster yg beri kontrak ,setiap 5 tahun kontrak tamat.
    Suharli mcm panas tak bertempat.
    Tak kan haKikatini pun tak dpt nak ingat?
    Kesian la sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah belitlah..... kalau nak ikut apa yang hang cakap... maka ibarat hidup di rimba. RASIONAL SIKIT.... paham perlembagaan dulu.

      Delete
    2. Kalau kita kat sini ikut apa yang kau ckp pulak confirm biol sebab mana boleh hitam bertukar jadi putih.hehehe belum berjaya lagi hasutan anda.kena keje kuat lagi dongibab kipidab.

      Delete
  6. ......tidak semua hak kerajaan adalah hak rakyat - isytihar suharli untuk tujuan menagalih tiang gol apabila bola sepakan dari mohd faiz subri defies the law of physics

    demokrasi - pengertian demokrasi adalah sistem pemerintah yang diselenggaran dari rakyat, oleh rakyat dan untuK rakyat.

    Suharli

    A is for Apple, B is for Ball, C is for Cat.......

    ReplyDelete
  7. Suharli,
    D is for Dedak...

    ReplyDelete
  8. mana keris...pakar fuck......?
    mana kejora ....pakar jilat....?
    mana unknown....pakar putar belit....?
    mana nek tempoyak....pakar kes lgbt, yahudi, pluralisma.....?

    nampak gayanya suharli saja penjaga gol yang tinggal....asyik alih tiang saja.....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si perli daun terup standing in for all other donkeys...yang lain tuh mc kut so jadi lah dia punching bag yang temberang gaya mega tapi hasil tembelang....

      Delete
  9. Topic ditukar "Everything must hide"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita rewind balik....PM01 kata tunggu audit dan siasatan.....errr........mana si pahlawan-penyamun-malaun-bugis tuh ekkk?

      Delete
  10. Ngaku ajerlah anda semua sudah tewas......

    P/s..- cuba kamu pergi ke kem tentera atau laling kurang pun pejabat kerajaan.... tengok kat kerusi tu ada cetak hak kerajaan.... cubalah amik bawak balik rumah buag macam harta sendiri..... sebab hang kata hak kerajaan adalah hak rakyat.

    Oh... hari ni 12/01/2017

    ReplyDelete
    Replies
    1. 12/01/17, suharli declare dia masih budak sekolah tadika dan tidak faham apa itu hak rakyat. Dia belum baligh dan tau apa itu kerajaan demokrasi.. kami faham, suharli.

      Nak lego set tak? Atau transformer yang terbaru?.. just prompt me..... anak saya berumur 13 tahun dah tak main set2 budak ini.

      Delete
    2. Hahahahahaha.... lawak.... paham benor kamu ngan erti kerajaan demokrasi. Kalau ikut istilah kamu.... keluar masuk parlimen bleh dilakukan oleh seaiapa sahaja untuk menggubal undang2 lah yek.harta gomen bleh pakai dan simpan suka hati.... dan yang paling best... rakyat adalah hakim boleh bagi arahan dan jatuh hukum....hehehehehe.... patutlah tak pernah menang.... syok sendiri...lena bermimpikan kerajaan demokrasi impian anon 8:07..... keaian... siapa yang sekolah tadika lagi ni?.. zaman korang mana ada "super trump" .... cuba lagi.

      Delete
    3. Suharli bangang...klu dia tulis hak kerajaan pada kerusi tu...memanglah tak boleh bawa balik sebab rakyat lain pun nak guna jugak. Itulah namanya KERAJAAN MENJAGA AMANAH DAN HAK RAKYAT.

      Tapi si mo1 ada jaga amanah rakyat ke? Juta2 masuk akaun peribadi dia boleh kata tak tahu sape punya? Donation bagai? Itu blm cerita akaun bini dia pulak tu...cuba kau huraikan duit2 itu hak kerajaan ke hak peribadi depa?

      Delete
  11. Suharli , awas nnt kna tarek stock dedak perisa taik low ko tu. Mana boleh ko ckp kersi sj hak kerajaan. nnt kna neh.
    Apa la rasinal ko. Ko bg kontrak 5 tahun utk bangla bersih rumah, lpas tu bini ko pun ko kata bangla punya. Ishhh lembab...kesian sunggoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni cerita apa ni... biollah.... analogi tak kena..... ooo kau nak lata rakyat bagi mandat 5 tabun lah yer.... abis lima tahun kerajaan tu bukan miliki harta tu.... pala hang mmg bodoh.... kau ingat ini cerita pramli kan.... ini harta bapak mertua aku yang pun.... kalau anta suka anta boleh ambil..... bapak marah takkkkkkkk??????.....

      Delete
    2. Ikut biol dia kerajaan bukan hak rakyat kalau cam tu suruh je big boss dia bayar hutang tu semua sendiri tak yah libatkan rakyat...kan senang.

      Delete
  12. Ramai yang bodoh dalam ni..... lebih baik gemuk makan dedak dari gemuk makan fitnah....... Cuba Lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tahu kat sini bodoh buat pe tunggu lagi..belah je la...tak kan berjaya nya hasutan kau.

      Delete
    2. Akhirnya kau makan dedak.... maka terlaknatlah mereka yg bersekongkol dgn perasuah...

      Delete
  13. Kita yang menghasut atau kamu? Memang gila.... pakar flip..flop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...yang pakar jual temberang dgn alih tiang gol sape pulak eh??Boleh tuan berok beritahu saya.

      Delete
  14. suharli, tam cukup hasut melayu jadi mekayu, ko juga ditugaskan timbus taik low. Esshhh hina la kerja ko suharlick. Tetap Kesian , elak la anak keluarga mak bapa dri hasil kerja ko ini. matlamat tetap tak halal cara.

    ReplyDelete