Thursday, January 4, 2018

AZMIN CALON KEJUTAN


Berdasarkan perakuan Anwar http://www.keadilandaily.com/amanat-anwar-menjelang-konvensyen-pakatan-harapan/, penamaan calon PM Pakatan Harapan tidak akan menghadapi apa² pertelagahan malah Tun sendiri berjanji akan akur dengan keputusan empat parti.

Calon teratas paling layak elok dinamakan Tun sebagai PM dan Anwar sebagai Timbalan.
Calon layak yang paling sesuai elok dinamakan Muhyiddin sebagai PM dan Azmin sebagai TPM.
PH jika ingin membuat kejutan boleh namakan Azmin sahaja sebagai calon PM.

Siapapun yang dinamakan, Regim parti najib dan parti hadi sudah tentu akan mengorek dan menyulitkan calon tersebut dan dipalitkan dengan pelbagai tuduhan dan skandal  hingga nampak buruk, huduh dan hina. Itu tidak dapat dIelakan.

Sebab itulah calon yang paling tahan dan kalis peluru adalah Tun Dr Mahathir dan kelayakannya bertambah kerana mampu jawab dan membalas balik semua tuduhan.
Tiada kepentingan diri, tiada korup dan tiada skandal kecuali yang akan direkacipta...
Kelayakan berganda kerana berani disiasat, ditangkap, didakwa dan ke mahkamah..

Perjuangan Tun sekadar mengisi saki baki usia mencari keredhaan PenciptaNya... sanjungan manusia dari rakyat, pemimpin atau sultan bukan yang dicarinya.

Apapun PH tidak ketandusan calon.




65 comments:

  1. "Tiada korup dan tiada skandal kecuali yang akan direkacipta...
    Kelayakan berganda kerana berani disiasat, ditangkap, didakwa dan ke mahkamah.."

    Benar seperti diperkatakan oleh admin KD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Jilat... jilat... jilat... gasak koranglah.... mcm biasa sblum apa2 aka di gembar gemburkan konon berani dan tiada skandal.... tp kalau ada yang munculkan bukti... maka akan dikatakan sebagai fitnah dan rekacipta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bukti bawa ke mahkamah..
      Tun tiada kuasa pecat atau takut²kan AG.

      Kalau tak ada bukti, pendedak sekadar tin kosong..itulah kamu.

      Delete
    2. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI ALIH,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI ALIH DAN AKHIRNYA AKI ALIH MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI ALIH SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI ALIH …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI ALIH DI NO HP/WHATSAPP 082==313==669==888
      Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
      benar-benar merasakan yang namanya kemenangan 4D dan alhamdulillah saya dpat Rp 150 juta dan semuaini
      berkat bantuan angka dari AKI ALIH]
      karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
      goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
      bergabung hanya memasang 100 ribu karna
      saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
      tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk smemasang
      angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
      hubungi AKI ALIH] DI NO HP/WHATSAPP 082==313==669==888
      insya allah beliu akan menbatu kesusahan
      anda apalagi kalau anda terlilit hutang trima kasih.
































      Delete
  3. Awalnya suharli datang mengumpul dedak..

    Kikikiki3

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Setakat ini Alhamdulillah segala pertuduhan kezaliman yang dikatakan yang telah dilakukan oleh Tun selama 22th pemerintahan beliau telah keluar satu persatu dan ada yang dibicarakan.Tetapi sesungguhnya Allah itu maha adil kerana segala pertuduhan itu telah dijawab oleh Tun dengan penuh ilmiah dan jujur bersedia dengan saksi yang masih ada.Sesungguhnya Allah memanjangkan umur Tun untuk Tun menjawab sendiri segala tuduhan jahat yang dilemparkan kepada beliau selama ini.

    Dengan saksi2 yang telah tampil memberi keterangan tanpa apa2 bayaran atau dedak dari Tun apakah masih ada lagi manusia bangang yang tidak mempercayainya??...bukankah makin terserlah bahawa manusia 92th.yang bernama Tun Mahathir itu seorang yang sanggat jujur dan prinsip hidupnya amat jelas dan berwawasan??....pemimpin macam mana lagi yang ingin dicari??....

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat,

    Setuju 100% dgn bro KD. Tun M telah terbukti kalis tuduhan dan fitnah. Kebanyakan tuduhan mereka hanya menampakkan ciri-ciri Yahudi pada UmNo hari ini yang memutar lidah menukar kata-kata di antara sebelum dan selepas sesuatu peralihan sokongan oleh Tun M. Maka jelaslah mereka adalah golongan pendusta.

    Kita juga masih ingat lagi hampir semua agensi kerajaan telah menyelongkar fail-fail syarikat anak-anak Tun M untuk mencari kesalahan tapi satu kesalahan pun tak dijumpai. Bukan kata kesalahan jenayah, kesalahan lari cukai pun tak ditemui.

    Rupa-rupanya tindakan itu telah membantu membuat klarifikasi bahawa Tun M dan keluarganya memang bukan saja kelihatan bersih tetapi memang telah disahkan bersih.

    Kalau mereka benar-benar jumpa kesalahan sudah tentu mereka tak perlu guna kerugian Forex puluhan tahun yang lampau untuk dijadikan bahan ke atas Tun M, satu lagi boomerang ke atas Najib apabila fakta menunjukkan bahawa kerugian Forex si zamannya 5kali lebih banyak berbanding zaman Tun. Ditambah dengan fakta ringgit yang semakin kecil berbanding 25tahun lampau kerugian itu sebenarnya berkali-kali ganda dan yang lebih penting ialah kerugian 25tahun lampau itu tidak pula membebankan rakyat seperti hari ini.

    Isu Lanun Bugis juga tidak ke mana-mana. Akhirnya Tun M telah memulangkan darjah kebesaran Negeri Selangor dan menghentikan usaha mereka mengeheret Istana Selangor ke dalam pertikaian politik sempit lagi bodoh mereka. Mereka tergapai-gapai lagi, sedang rakyat negeri Selangor pula kelihatan makin solid akan terus memilih PH.

    Kini di dalam keadaan desperado nak putus nyawa mereka menyuruh seorang tua bergelar membuat laporan polis ke atas Tun M di atas kelasahan 'mahu menjatuhkan Najib dan kerajaan'. Mereka kini menjadi bahan lawak seluruh dunia. Tidak pernah lagi mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi di dalam dunia ini yang kerajaannya merepot polis ke atas pembangkang di atas tuduhan mahu menjatuhkan kerajaan. Memang itulah tujuan pembangkang. Malah selama 22 tahun Tun M menjadi PM tidak sekalipun Tun M mengarahkan sesiapa membuat laporan yang hanya menjadikan kerajaan sebagai bahan ketawa.

    22 tahun yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang, hero kepada NAM, jurucakap kepada OIC, dan pembela negara-negara dunia ketiga, tidak syak lagi Tun M adalah calon terbaik sbg PM Malaysia.

    Letakkan kesemua MKT UmNo dan PAS di sebelah dan letakkan Tun M seorang sahaja di sebelah lagi, nescaya yang seorang itu saja sudah memadai untuk mengalahkan berpuluh-puluh orang di sebelahnya.

    Dahulu seorang Imam Masjid Madinah pernah berkata 'Mahathir akan mati sebagai pemerintah'. Ketika Tun M meletakkan jawatan, kata-kata itu telah dilupakan, dan kini selepas hampir dua dekad, kata-kata itu tidak mustahil lagi akan menjadi nyata. Hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk Tun M dipilih sebulat suara oleh PH sebagai calon PM, dan kemudian hanya selangkah saja lagi utk PH mengambil alih pemerintahan negara daripada BN.

    Sekiranya ini berlaku maka Malaysia akan berada pada tahap yang sama dengan Turki yang dipimpin Erdogan di mana penerimaan dan ketaatan rakyat kepada Erdogan hampir sangat menyeluruh dan hampir menyamai ketaatan rakyat dan bangsa Turki kepada Sultan-sultan mereka semasa mereka memegang amanah sebagai khalifah Islam.

    Dengan Tun M sebagai PM, Malaysia akan kembali menjadi negara yang dipimpin seorang pahlawan berbanding pada hari ini ia jelas kelihatan dipimpin oleh seorang bahlawan.

    Selamat tinggal Najib, Hadi, UmNo, PAS, BN dan selamat tinggal zaman fitnah, ucapan awal (in advance) dari saya pada hari Jumaat yang mulia ini.

    John Doe

    ReplyDelete
    Replies
    1. JD, apakah Pemimpin tidak bertanggungjawab bila harta rakyat 'lesap'? Ini lagilah beratus billion yg hilang melalui skandal dan projek ego yg membebankan rakyat. Forex sahaja dah lebih 100 billion nilai kini. Belum campur PKFZ, Perwaja, BMF , Maminco-Makuwasa dan banyak lagi....
      Apakah saudara akan lantik manusia yg lesapkan harta rakyat yg begitu banyak dan tidak mengaku bertanggungjawab? Apakah cukup bagi rakyat yg merana kehilangan harta alasan 'saya lupa', 'bukan tanggungjawab saya' dan 'salah orang lain'? Di mana hilang pertimbangan kita lantik balik manusia yg tidak bertanggungjawab pada harta rakyat? Apa yg akan halang kehilangan ini dibawahnya lagi? Negara hampir bangkrap bawahnya dulu. Kali ini mungkin bangkrap betul kalau pisang berbuah dua kali. Tambah manusia ini hanya akan salahkan org lain dan tidak akan bertanggungjawab pada kehancuran negara. Belum serik lagi ke politik kronisma dan korupsi waktunya. Bukankah RCI Forex dapati dia terbabit CBT? Masih butakan mata dan halalkan dosa??

      Delete
    2. Mr J tak perlu lah mereka cipta

      Siasat tangkap dakwa..

      Jika itupun pemimpin kamu tak boleh buat, berundurlah.

      Jual temberang takkan kekal berkuasa.

      Delete
    3. Si Jebon nie mencanak2 kebodohan dia... Xcukup di blog shahbudin kini merapu kt blog KD. Kalaupun ada kesalahan & kerugian di era Tun kami sukarela memaafkannya berbanding dgn kemakmuran & kejayaan Tun meletakkan Msia sbgai negara bermaruah d persada dunia. Bukan spt kepala bapak ko skrg yg telah menghancurleburkan segala yg Tun usahakan hingga menyusahkan rakyat. Xmustahil satu Msia akan digadainya klu terus memerintah. Rakyat majoriti Xbodoh utk menilai laaa wak jebon!!! Saya dulupun Xprnah gagal memangkah umno/bn tapi kini haiii haiii bye bye laaa yea....Ko ni jebon memang dasar bengong tahap gaban... Shuuuhhhh... Shuuuhhhh....

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Komen balas Mr J di atas sana telah membenarkan komen awal saya bahawa di dalam menyalahkan Tun M, UmNo telah menunjukkan ciri-ciri pendusta yang memutar lidah seperti kaum Yahudi.

      Kaum Yahudi dikenali suka memutar belit setiap perkara. Salah satu sejarah putar belit mereka ialah ketika mereka memuji-muji pendita mereka ketika ia masih Yahudi dan kemudian mereka menyerangnya ketika ia meninggalkan agama Yahudi.

      Di manakah orang seperti Mr J ini dan isu-isunya tersebut ketika Tun M masih bersama UmNo? Tiada bukan? Dan tiba-tiba saja Mr J wujud dan menyalahkan Tun M selepas Tun meninggalkan UmNo. Inilah ciri-ciri jelas pendusta berlidah Yahudi.

      Mari ikuti sejarah kaum Yahudi di dalam kisah berikut:-

      Abdullah bin Salam berterus terang kepada Rasulullah tentang perangai kaum Yahudi:

      يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ الْيَهُودَ قَوْمٌ بُهُتٌ وَإِنَّهُمْ إِنْ يَعْلَمُوا بِإِسْلَامِي قَبْلَ أَنْ تَسْأَلَهُمْ يَبْهَتُونِي

      “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kaum Yahudi adalah bangsa yang gemar mengada-adakan kebohongan. Jika mereka mengetahui ke-Islamanku sebelum diberitakan kepada mereka, pasti mereka akan membuat kebohongan ke atas diriku.”

      Abdullah bin Salam bersama Nabi pergi bertemu kaum Yahudi untuk bertanya pendapat mereka berkenaan Ibnu al-Harith (Abdullah bin Salam). Lalu kaum Yahudi menjawab:

      خَيْرُنَا وَابْنُ خَيْرِنَا وَسَيِّدُنَا وَابْنُ سَيِّدِنَا

      “Dia adalah orang yang baik di kalangan kami, datang dari salasilah generasi yang baik di kalangan kami, dia juga seorang pemimpin di kalangan kami, datang dari generasi yang memimpin kami.”

      Kemudian itu Rasulullah mengajukan persoalan lagi:

      أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَسْلَمَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَلَامٍ

      “Bagaimana pendapat kamu, jika Abdullah bin Salam masuk Islam?”

      Lalu kaum Yahudi menjawab:

      أَعَاذَهُ اللَّهُ مِنْ ذَلِكَ
      “Allah melindunginya (Abdullah bin Salam) dari perbuatan itu.”

      Kemudian Abdullah bin Salam pun mengaku tentang keIslamannya kepada kaum Yahudi di hadapan Rasulullah. Berubah wajah kaum Yahudi ketika itu lalu mereka memaki dan mengherdik Abdullah bin Salam dengan kata-kata berikut:

      شَرُّنَا وَابْنُ شَرِّنَا وَانْتَقَصُوهُ

      “Kamu ini yang terburuk dari kalangan kami, anak lelaki terkeji dan kamu tidak tahu membeza mana yang betul mana yang salah.”

      Mereka terus memaki hamun Abdullah bin Salam tanpa henti sehinggalah beliau dan Baginda Nabi berlalu pergi. Ketika itu Abdullah bin Salam memberitahu kepada Rasulullah:

      فَهَذَا الَّذِي كُنْتُ أَخَافُ يَا رَسُولَ اللَّهِ

      “Inilah yang aku khuatirkan (mengenai bangsaku) wahai Rasululllah.”

      Kesimpulan dari kisah di atas ialah Mr J dan pemimpin2 UmNo hari ini termasuklah mereka dari JASA yang ketika dahulu menyokong Tun M dan mengambil faedah darinya, memuji-muji dan bahkan mencium tangannya tanpa membangkitkan perkara2 tertentu, sedangkan pada hari ini mereka membangkitkan perkara2 itu dan berkata; "ini adalah bukti Tun M adalah seorang yang teruk dan keji", adalah bukti yang nyata melampaui apa-apa keraguan bahawa UmNo sudah menjadi pendusta berlidah Yahudi yang memutar belit.

      Kepada Mr J; selamat jalan dan selamat tinggal in advance. Kami akan meninggalkan zaman fitnah tanpa kamu, memandangkan telah jelas kamu telah memilih untuk kekal di dalam zaman fitnah ini.

      Delete
    6. Anon dan JD, fikirlah kembali siapa yg ikut jalan kebenaran dan siapa sebenarnya yg ikut jalan andaian dan fitnah. Siasatan Forex dapati TDM dan AI boleh disabitkan CBT. Manakala siasatan PAC dapati DSN tiada bersalah dan 1MDB tidak hilang duit. Ikutlah kebenaran saudara dan jangan ikut nafsu benci yg dipupuk. Sedarlah sebelum terlambat.
      Anon 1050, banyak lagi RCI boleh dibuat namun bak kata Tun Musa tunggu lepas PRU14. Takut dituduh sebagai dorongan politik. InsyaAllah lepas PRU rakyat akan tahu pasal Memali dan skandal yg lain.
      JD, putar belit hadith untuk pertahankan yg batil tidak akan bawa kebaikan baik di dunia atau di akhirat.

      Delete
    7. J, siapa yang sebenarnya memutar belit telah jelas seperti cahaya matahari di siang hari yang cerah di tengah padang yang kosong.

      Hanya masa yang memisahkan kamu dengan pengakuan kamu bahawa kamu adalah seorang pendusta yang memutar belit.

      Sayangnya ketika kamu mengakuinya, aku kira ia sudah pun terlewat. Pada masa itu kamu sudah berada di peringkat 'berputus asa' kerana kamu sendiri akan sedar dan tahu kamu tiada harapan lagi di sana.

      Bersaksilah kamu J bahawa kamu telah pun diberikan peringatan.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

      Delete
    8. MB & isteri kaki ice cream. MB dayus membenarkan isteri berkhalwat bersama DSAI

      Delete
    9. Mr.J yang bangang lagi sesat......buat apa nak dengar cakap Musa Hitam.....siapa Menteri Dalam Negeri masa itu??...Mahathir ke??....kalau ya pun Mahathir ada dalam negeri pada masa itu (kalau tak silap aku Tun dalam urusan kenegeri Cina).Musa Hitam yang ada dalam negeri dok buat apa??.....dok kepit batu ka??.....lepas itu pandai pulak cakap kata Tun ada dalam negeri.Habis tu kamu yang bertugas sebagai Menteri Dalam Negeri tu dok ternganga je makan gaji buta??....sedangkan puak2 Memali sesat tu sedang mengamok dan ramai mati katak dek kesesatan dan ketaksupan mereka dengan amanat Hadi yang sesat dan bangang.Malangnya Musa Hitam demi dedak telah berpaling tadah dan cuba menyalahkan Tun dan cuba lepas tangan.Dimana pendirian kamu wahai Musa Hitam??....sedangkan beberapa orang anggota polis telah terkorban!!....bangang sungguh Musa Hitam.

      Delete
    10. harta pa yang lesap Mr. J.kalau harta 1mdb confirm le lesap...korek Mr J, korek la kes2 lama...lepas tu buat RCI lagi..memali pulak bila nak buat RCI..hari tu kecoh sgt?

      Delete
    11. Anon 502, tanyalah diri apa dosa org Memali? Adakah mereka merompak atau membunuh? Ada buat kesalahan lain? Yg berlaku TDM nak tahan Ust Ibrahim Libya bawah ISA secara zalim - tiada bicara dan tiada penghakiman. Sebagaimana dia menahan orang lain bawah ISA. Cuma UIL tidak mahu diri dianiaya. Polis kepung kg memali dan org kampung keluar dgn parang untuk pertahan UIL. Polis tembak dan bunuh org kg dan dua polis juga mati diserang org kampung. Akhirnya kedua dua org kampung dan polis jadi mangsa diktator ini. InsyaAllah RCI akan cerahkan isu ini. Namun bak kata TMH biar lepas PRU. Nanti dituduh RCI politik. Mungkinkah segala dosa dan kekejaman TDM akan dizahirkan pada rakyat sebelum dia dikembalikan? Hanya Allah yg tahu. Tapi naif sangat sangatlah mereka yg percaya buta segala tutur TDM sebagai jujur dan ikhlas. Mereka hanya rugikan diri sendiri.

      Delete
    12. Anon 513, sebenarnya harta 1MDB dikonfirm tidak kesap oleh PAC. 1MDB kini hidup segar dan bereskan pinjamannya. Yg memang sah lesap adalah harta rakyat melalui judi forex. Sampai 31.5 billion dikonfirm RCI. Kenapa tak terima bukti dan kebenaran? Kenapa mesti ikut jalan andaian dan fitnah?

      Delete
    13. Hj hadi dan pas cakap Ibrahim libya mati syahid? Betul ke? Korek kubur ada brani?

      Delete
    14. Sdr anon,

      Tidak syak lagi Mr J adalah seorang pendusta yang sedang diberi tempoh. Tempohnya akan berakhir bersama-sama dengan berakhirnya tempoh UmNo. Mereka takkan diberi peluang meninggalkan zaman fitnah kerana mereka adalah sebahagian daripada fitnah itu sendiri.

      Dengan izin Allah hanya di dalam tempoh beberapa purnama lagi saudara anon akan melihat Mr J menuai apa yang telah ia tempah dan pada ketika itu saudara anon, saudara KD dan kesemua orang lain akan berkata "Sesungguhnya Allah tidak menganiayai Mr J sedikitpun tetapi Mr J lah yang telah menganiayai dirinya sendiri". Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

      Mudah2an sdr Suharli Masrop sebagai seorang ruwaibidhah yang hanya kebingungan berjaya melepasi zaman fitnah ini dalam keadaan selamat dan bersama-sama kita yang lain memasuki Dunia Baru Islam. In shaa Allah.

      Delete
  7. Mr.J boleh guna pintu Doraemon utk hidup kemabli zaman Forex dulu-dulu. Dapat jadi taraf pegawai am rendah pun jadi le..kah.kah.kah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, kenapa butakan mata pada siasatan RCI? Kan duit rakyat 31.5 billion zaman tu suatu jumlah yg sangat besar? Negara lain seperti Taiwan, Singapura dan Korea melonjak maju tinggalkan Malaysia jauh kebelakang walau masa tu perbezaan tak ketara. Akibat dari korupsi songlap duit rakyat dan kapatalisma kroni. Kini DSN kena betulkan segala hasil korupsi zaman tu - dari betulkan MAS, IPP dan Proton ke buang tol dan buang subsidi Petronas untuk kroni. Secara sedar atau tidak saudara taksub pada manusia yg banyak songlap duit untuk kepentingan keluarga dan kroni. Kini berkomplot dgn kafir evengelis untuk teruskan agendanya rompak negara. Lihatlah pada bukti siasatan.

      Delete
    2. Sdr anon 11:21,

      Sekiranya itu mungkin terjadi saya kira ketika J sedang melalui 'tempoh berputus-asa' itu, ia akan sanggup tukarkan segala-galanya yang ia ada hanya untuk masa dibawa balik dan ia tidak menjadi pendusta sepertimana dirinya sekarang ini.

      Sayangnya perkara seperti itu tidak mungkin boleh berlaku.

      Yang ada hanyalah penyesalan orang-orang yang berkata "wahai diriku, sungguh aku berharap kamu dulunya ketika dikeluarkan ke dunia ini hanyalah diciptakan sebagai tanah.".

      Sesal kemudian sungguh-sungguh tiada gunanya.

      Sesungguhnya Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun tetapi manusialah yang menganiayai diri mereka sendiri.

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

      Delete
    3. JD, siapa menang siapa kalah ketentuan Allah. Tiada guna kita berdebat mengenainya. Bila nak buta mata pada kebenaran dan bukti? Kenapa kempen jumhur kafir, evengelis, dan liberal ambil alih kuasa? Kenapa bermusuh dgn jumhur Islam PAS dan UMNO? Apakah tidak ada yg mengetuk iman JD atas perbuatan yg sangat mungkar ini?

      Delete
    4. Buat sekalian kalinya Mr J telah muncul di bawah saya yang menandakan bahawa ia telah pun menerima peringatan itu.

      Kelak semua orang yang menyaksikan Mr J menuai apa yang ia tempah akan berkata "sesungguhnya Allah tidak menganiayai Mr J sedikitpun tetapi Mr J lah yang telah menganiayai dirinya sendiri."

      Innalillahi wainna ilaihi raji'un

      Delete
  8. Balik semula tadika..
    Rugi itu apa dan apa hukumnya..
    Curi itu apa dan apa hukumnya..

    Panggillah lobai, kot kot curi tu halal.
    Hukum harus kalau darurat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, kan dah jelas dari siasatan PAC dan RCI Forex siapa yg bersalah dan siapa yg tidak? Apakah yg menghalang kita dari terima kebenaran ini?

      Delete
    2. Mr j
      Apa fungsi rci dan pac?
      Itu pun kau kena belajar dan faham dulu bidangkuasa masing²..

      Mereka sekadar siasat dan lapor dan propose..tak ada kuasa menghukum pun..

      Omputih kata no value kalau tiada tindakan lanjut.

      Delete
    3. Mr J dah baca laporan PAC ke?

      Delete
    4. Anon 514, dah baca. Sila rujuk www.parlimen.gov.my untuk lapuran tersebut...

      Delete
    5. Bentangkan lapuran PAC tu disini?

      Delete
  9. "Anon 1050, banyak lagi RCI boleh dibuat namun bak kata Tun Musa tunggu lepas PRU14. Takut dituduh sebagai dorongan politik. InsyaAllah lepas PRU rakyat akan tahu pasal Memali dan skandal yg lain."

    Bagitau Najib gunakan kuasa berbaki yg Masih tinggal nyawa2 ikan, siasat Dan dakwa tun, kerana selepas PRU, dengan macai2 akan kami cari hingga ke Lubang cacing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon, kenapa hidup taksub pada manusia hingga tolak kebenaran siasatan? Kan manusia yg saudara taksubkan itu sebenarnya berusaha untuk nafsu sendiri. Betapa ramai orang yg dipergunanya kemudian sepah dibuang. Ingat TRH, TGB, TMH, AI dll? Manusia ini masih belum berubah - mereka yg membantunya tubuhkan PPBM ramai yg dibuang dan dipanggil sampah. Apakah saudara dapat taksub padanya? Tiada untung dunia dan akhirat. Dulu jelas pemimpin pembangkang panggilnya korup, kronisma, Mahafiraun dsb. Kita boleh buat lupa sejarah tapi sejarah tak lupa kita. Macam mana kini TDM boleh suci bersih melepak? Mana pergi dosa dosa besarnya yg dilaungkan oleh pembangkang sendiri?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Jangan lupa cari aku.... sebab aku nak ludah kahak ke muka sekor2 yang kata aku makan dedak.... kalah menang urusan Allah.... kalau belum menang pun korang begitu kuat nak menyokong kebathilan taksub dan takjub menggila.... rasanya inshaAllah aku tak kisah untuk terus kekal berkeyakinan dan bertahan atas tiang kebenaran walaupun ditakdirkan UMNO kalah.... sebab pasti ada hikmahnya.... so jangan lupa cari yer. Nanti aku belanja minum kopi o kosong sebelum korang ganyang aku... belum menang dan memerintah dah TUNJUK PERANGAI SAMSENG DAN ZALIM .... cakap macam orang takder iman.

      Delete
    4. Sdr Suharli

      Itu dari anon. Ada pula dari saya ialah ucapan 'maka bertasbihlah (bagi yang dibuktikan di pihak yang benar dan diberi kemenangan) dan beristighfarlah (bagi yang dibuktikan di pihak yang salah ditunjukkan kebenaran).

      Sekiranya selepas kebenaran ditunjukkan dengan sebenar-benarnya dan saudara terbukti sebagai seorang ruwaibidhah yang hanya kebingungan semasa masih di zaman fitnah dan demikian tidak ditimpa kebenaran itu, maka tangan saya akan terbuka luas menyambut saudara sebagai seorang saudara seagama yang sebelumnga terpisah di dua pihak yang berlainan disebabkan kebingungan pada zaman fitnah.

      Maka barulah pada ketika itu akan benar-benar adanya perubahan masyarakat 'daripada pecah belah kepada ukhuwah'

      In shaa Allah ia akan berlaku.

      Delete
    5. kasi le alamat en suharli..suruh cari tapi alamat tak kasi pun..sembang kencang dengan tiang elektrik boleh le..aik siapa yang samseng taik kucing tu..org nak g hantar surat jemputan pun dikepung, diherdik, diancam..org PH ke???

      Delete
    6. Ni namanya samseng taik kucing..... kasi menanv dulu lah.... pasfu pandai2lah.... takkan semua nakmkena suap. Bodoh dari lembu.

      Delete
  10. SOKONG SAJA MAMAK JADI PM 10 KALI
    DOLU CKP ANWAR DAH TUA JDI PEDANA MENTRI
    ARI NI YG RENTUNG RENTA JUGA PEDANA MENTRI
    KIKIKI...OHH SI RENTA NI KAN MUDAH LUPA KINI




    KIKIKIKIKI... BERAMBOSSSSS ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mamak pun org islam jugak..org islam kan bersaudara..lepas ni mamak2 dalam umno jgn dok simpan..buang le..rezal merican tu, kat penang lagi ramai..dia org pun mamak jugak

      Delete
  11. Psst...pssst...pssst.... nak baca tak acaner orang munafik buat statement.... nyanyhk neh:
    http://khairulryezal.blogspot.my/2018/01/hutang-negara-dan-nilai-ringgit-lidah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tanya en suharli,...
      Siapa kah org yang mula2 tak mengaku duit ada dalam akaunnya sebanyak 2.6b..lepas tu mengaku pulak?

      Delete
    2. Anon 519, tak payahlah sebarkan temberang PH. Kalau ada bukti DSN tak mengaku sila kepitkan. Lagipun Menteri Luar Saudi sendiri dah konfirm. Apa yg belum puas hati lagi?

      Delete
    3. 535 dah lupa kenyataan pejabat perdana menteri? Mrnteri luar saudi ada beri kenyataan rasmi tak? Setakat sambil berjalan beri komen, lebih baik dengar cakap si semah.

      Delete
    4. Anon 519.... kalau orang amanahkan untuk rahsiakan sesuatu kau suka2 ker nak buka rahsia. Atas pertimbangan kemudiannya kalau nak mengaku tidak jadi masalah.... lagipun menteri luar saudi dah cfmkan kemudiannya... so what now.

      Delete
    5. Anon 552, sila kepitkan kalau benar. Nak tenguk juga mana kenyataan rasmi PM....

      Delete
  12. "Anon, kenapa hidup taksub pada manusia hingga tolak kebenaran siasatan?"

    Jika najib tidak menolak kebenaran, saman doj, lakukan inquiry, siapa MO1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 253, patut sebaliknya. DOJ namakan M01 tanpa sebut nama. Nak saman atas dasar apa? DOJ yg buat PC berapi api nak saman akhirnya tarik balik saman. Bukankah bukti dah berlambak lambak? Kenapa tak teruskan saman? Begitu juga CRB, sampai 3 kali naik mahkamah belum ada satu butir buktipun. Apakah saudara nak terus percaya da sebar fitnah dan dusta ini? Baik pelihara diri.

      Delete
    2. Inquiry macai? Siapa mo1? Siapa malaysia official no 1? Adakah rosmah? Adakah YDPA? Adakah zahid hamidi? Adakah rahman dahlan mo1? Siapakah gerangannya?

      Delete
  13. "Jangan lupa cari aku.... sebab aku nak ludah kahak ke muka sekor2 yang kata aku makan dedak...."

    Macai harami, jangan gusar, gundah gulana kerana nafsu amarah hanya untuk golongan iblis.

    Tidak perlu marah2, jika berkata benar, kita berbincang dengan fakta, telus dan ikhlas, kenapa harus ludah kahak? Lawan aje la DOJ tu? Najib hipokrit, munafik apabila beliau berkata your enemy is our enemy too kepada trump,dikelilingi pengawal peribadi, di negara sendiri terpekik terlolong menyumpah amerika.

    Bukankah Allah sudah membuka minda dan hati setiap rakyat untuk melihat pemimpin kaum bani melayu bernama najib ini?

    Bertaubatlah macai harami.

    ReplyDelete
  14. Wahai.... umat pembanggang sekalian ketahuilah KAPAL PH akan karam,

    PH Berbelit dengan PENIPUAN dan FITNAH.

    Seperti aku kata TUN akan mengeluarkan berbagai statmen yang akan menjatuhkan PH

    HRI Ini JUMAAT minggu pertama bulan JANUARI jadi SAKSI apabila ALLAH membalas segala kritikan dan FITNAH yang dilemparkan oleh TUN sepanjang minggu ini terhadap pemerintahan NAJIB.

    KD dan JOHN DOE jangan kau nak nafikan rezeki, kesihatan, kesenangan dan keamanan serta kesusahan dan kematian juga JODOH adalah kekuasaan ALLAH.

    Saban hari TUN melemparka. FITNAH bagi mengkhianati, mensabotaj ekonomi MALAYSI dengan macam2 tomahan apa yang ALLAH tunjukkan bermula 2/1/18 hinggalah hari ini 5/1/18 KLCI menunjukkan pergerakan positif 1817, RINGGIT pada tahap RM3.99 bersamaan USD 1.

    Inilah yang aku katakan ALLAH nak tunjukkan pada RAKYAT MALAYSIA betapa besarnya penipuan dan FITNAH yang dilemparkan oleh TUN kepada tampuk pemerintahan NAJIB.

    ReplyDelete
  15. Terimalah hakikat bahawasanya TUN bukan membawa FAKTOR KEMENANGAN tetapi menjadi LIABILITI kepada PH

    Semakin banyak PC dan tulisannya makin teruk imej PH

    ReplyDelete
  16. Saya pernah memberi komen bahawa sdr Suharli yang sanggup barangkali adalah seorang ruwaibidhah yang wujud di akhir zaman fitnah.

    Sdr Suharli menjawab dan mengatakan golongan seperti saya juga banyak wujud di akhir zaman
    Entahlah, nas mana yang ia rujuk.

    Nas tentang ruwaibidhah ada dalam hadith berikut :-

    سَيأتي على الناسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ ، يُصَدَّقُ فيها الكَاذِبُ ، و يُكَذَّبُ فيها الصَّادِقُ ، و يُؤْتَمَنُ فيها الخَائِنُ ، وَيُخَوَّنُ فيها الأَمِينُ ، ويَنْطِقُ فيها الرُّوَيْبِضَةُ . قيل : وما الرُّوَيْبِضَةُ ؟ قال : الرجلُ التَّافَهُ ، يتكلَّمُ في أَمْرِ العَامَّةِ

    Maksudnya : “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipudaya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah. Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya : Siapakah golongan al-Ruwaibhidah ? maka baginda SAW menjawab : Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar”.

    (Riwayat Ibn Majah, kitab al-Fitan, bab zaman yang dahsyat. No. Hadith : 4026. Imam Ahmad, Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith, musnad Abu Hurairah. No. Hadith : 7571. Al-Hakim, Mustadrak ‘ala al-Sahihayn, 5 : 659)

    Terdapat banyak tafisran siapakah ruwaibidhah yg dimaksudkan di dalam hadith, tapi hakikatnya tafsiran yang betul hanya akan terbongkar apabila peristiwa yang dikahbarkan itu telah benar-benar terjadi (contohnya ulasan saya tentang khabar Nabi mengenai pembukaan Constantinople hanya jelas selepas ia dibuka oleh Sultan Muhamad Al-Fateh).

    Melihat sdr Suharli kini saya faham di manakah punca golongan ruwaibidhah ini menjadi bingung.

    Mereka bingung disebabkan tidak mampu melihat bahawa bab Pemimpin dan Kepimpinan di dalam Islam tiada kena mengena dengan parti politk. Parti politik hanyalah alat utk mencapai maksud pemimpin dan kepimpinan.

    Disebabkan itulah apabila mereka mengganggotai sesuatu jemaah dan jemaah itu banyak berjasa mereka menyangka itulah jemaah yang betul selama-lamanya tanpa menyedari bahawa sesuatu jemaah yang berada di jalan yang lurus pun boleh berpaling drpd jalan yang lurus, dan demikian bertukar enjadi jemaah yang bathil.

    Golongan ruwaibidhah tidak memahami kewajipan beemufaraqah apabila Imam sudah melakukan perkara-perkara yang bathil. Mereka ini akan terus kekal di dalam saf disebabkan menyangka taat kepada jemaah adalah kewajipan mandatori yang tiada jalan keluar.

    "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang berpaling daripada agamnya, kelak Allah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengisihNya.. ".. (Al-Maidah : 54).

    Pernahkah kita cuba merenung ayat di atas dan befikir dari manakah datangnya kaum kedua yang muncul selepas kaum yang pertama 'berpaling dari jalan agama? ' di dalam ayat itu. Ayat bermula dengan wahai orang-orang yang beriman, menunjukkan kedua-kedua kaum adalah dari kalangan orang-orang yg beriman. Penjelasan yang paling munasabah ialah kaum kedua itu asalnya ialah daripada kaum pertama juga, hanya mereka telah bermufaraqah daripada kaum yang pertama selepas mendapati kaum yang pertama itu telah berpaling dari jalan yang lurus.

    UmNo dan PPBM siapa yang wujud dahulu, dan siapa yang wujud kemudian di dalam keadaan 'didatangkan satu kaum'? dan siapa pula kaum yang asal dan siapa pula kaum yang bermufaraqah. Siapa yang telah berpaling daripada agamnya apabila melakukan pengkhianatan, bersegera kepada Trump Nasrani dan APCO & Goldman Yahudi dan bersekutu pula dengan komunis China kafir harbi?

    Semakin lama ia kelihatan semakin jelas bahawa kita sememangnya berada di klimaks zaman fitnah dan hanya beberapa purnama sebelum zaman fitnah itu berakhir. Sdr Suharli menampakkan ciri-ciri golongan ruwaibidhah. Ruwaibidhah tidak semestinya orang yang tidak berilmu, bahkan mereka ada yang berilmu, hanya saja mereka kebingungan.

    Tunggulah apabila PPBM dibatalkan kelak saya akan berkongsi lagi.

    Ihdinassirotholmustaqim.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  17. "bermula 2/1/18 hinggalah hari ini 5/1/18 KLCI menunjukkan pergerakan positif 1817, RINGGIT pada tahap RM3.99 bersamaan USD 1."

    Macai oh macai, selagi najib simunafik, kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia mentadbir, matawang malaysia akan berterusan berlegar sekitar 4.00 hingga 5.00 = 1 usd.

    Matawang negara menunjukkan keadaan ekonmi negara dan keyakinan pelabur. Jika ingin bersaing, maka singapura dan negara asean lain adalah petunjuk sebenar.

    Semua pihak mengetahui ekonomi negara berada dalam keadaan meruncing dan kritikal, tiada daya saing berbanding negara lain, beratus ribu graduan mencari kerja sehingga sanggup merempat mencari nafkah sebagai pendatang asing di luar negara, berjuta belia malaysia lagi menagih kerja, ramai yg diberhentikan kerja, kilang mnc ditutup sehinggakan TB tiga suku menawarkan vss untuk kakitangannya.

    Pelabur melihat negara seperti korea taiwan hongkong singapura mempunyai nilai pulangan pelaburan matawang yg amat tinggi dan bukan negara seperti malaysia.

    Pelabur melihat negara Asean seperti vietnam, filipina dan indonesia menyediakan buruh yg lebih bernilai berbanding malaysia.

    Macai harami, kenapa mereka ingin melabur di malaysia apabila mereka melihat perdana menteri malaysia adalah merupakan ketua, merangkap kepala bapak kepada penyamun2 semalaysia?

    Pelabur gila mana nak serahkan wang mereka kepada ketua penyamun?


    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan..x payah bandingkan dengan USD tuan..bandingkan dengan bhat je..kasi rendah sikit martabat tu

      Delete
  18. Salah satu nya pelabur gila aramco yang melabur di Pengeran RM30 billion 4.24 am

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai harami, aramco melabur seluruh dunia,sebagai contoh aramco melabur di negara china lebih 60 billion

      Delete
  19. Tahukah macai2 harami setiap seorang rakyat malaysia berhutang 8,500 usd, berbanding indonesia 1,000 usd manakala vietnam 1,200 usd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hutang setiap seorang rakyat di Malaysia ni bukan disebabkan sara hidup tapi lebih kepada kos gaya hidup jadi jangan nak dibandingkan dengan Indonesià serta vietnam mereka lebih kepada hutang sara hidup kerana hutang mereka bertumpa kepada metrial yang perlu sahaja.

      Di Malaysia ni hidup rakyat Malaysia tak kalah kereta kalau boleh suami 1 isteri 1, anak tadika biasa ada tak nak hantar Yang standard anak kalau 5 semua smartphone sorang satu tak termasuk gadget lain lagi, cuti madangnya luar negeri. Macam mana tak tinggi hutang rakyat Malaysia cuba kau cakap

      Delete