Sunday, June 24, 2018

LOKMAN ADAM. KEMARUK SANGAT NAK MENANG TU... UNDILAH DIA, KESIAN, JOBLESS



Kekayaan tidak boleh dikumpul dalam sehari dua,  kalau kaya sekarang,  sekurang kurangnya sejak 5-10 tahun yang lampau. 

Masa ada kuasa dulu kenapa tak fitnah,  nampak sangat busuk hati,  bankrap hujah...... Agaknya inilah pecacai yang Kj maksudkan,  pecacai longkang,  kutip info tepi parit.. 

Kenapa report PDRM,  ada gang kat sana ke?  Report le SPRM,  AG atau gesa le buat IRC..... 


PENDEDAHAN PANAS DAN SIDANG MEDIA BERHUBUNG LAPORAN POLIS KE ATAS SHUKRI ABDULL, ZETI AZIZ DAN KEKAYAAN AZMIN ALI YANG LUAR BIASA DILUAR NEGARA 24/6/2018
https://www.facebook.com/lokman.n.adam/videos/1939647426079507/

LAPORAN POLIS KEATAS YB DATO SRI AZMIN ALI, DATIN SRI SHAMSIDAR TAHARIN, JOHAN TAHARIN DAN MUHAMMAD GHADAFI KAMAL YANG MEMPUNYAI AKAUN DIBEBERAPA NEGARA DENGAN JUMLAH JUTAAN RINGGIT
Oleh Lokman Adam
24 Jun, 2018

Pemantau Malaysia Baru hari ini telah membuat satu laporan polis, bertujuan utk meminta pihak polis menyiasat berkenaan dgn satu laporan yang ditulis di dalam satu laman sesawang  (https://toyolofselangor.wordpress.com) pada hari ini bertajuk "toyol of selangor".

Didalam portal ini,  penulis tersebut telah mendakwa bahawa beliau merupakan seorang pegawai YB Dato Sri Azmin Ali dan beliau telah mendapati terdapatnya salah laku, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang serius oleh YB Dato Sri Azmin Ali semasa beliau bertugas sebagai Menteri Besar Selangor. 

Mengikut laporan tersebut YB Dato Sri Azmin Ali telah didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengumpul kekayaan bagi diri beliau, isterinya Datin Shamsidar Taharin, adik ipar beliau Johan Taharin dan proxy beliau Muhammad Gaddafi Kamal.

Mereka didakwa mempunyai akaun-akaun bank di beberapa negara selain daripada Malaysia seperti di Singapura, Hong Kong, Indonesia, Dubai, India, Shanghai, Abu Dhabi, Australia, Zurich dan Amerika Syarikat.

Laporan itu juga menyenaraikan nama- nama bank, nombor-nombor akaun, jumlah yang terdapat di dalam setiap akaun-akaun tersebut dan nama tuan punya akaun-akaun tersebut secara terperinci. 

Oleh yang demikian saya ingin meminta pihak PDRM untuk menjalankan siasatan ke atas kandungan laporan ini yang mendakwa kekayaan luar biasa yang dipunyai oleh YB Azmin Ali dan juga oleh isteri dan saudara mara serta proxy beliau. Jika terdapat penyalahgunaan kuasa dan / atau rasuah dipihak YB Dato Sri Azmin Ali, isteri, adik ipar dan proxy beliau seperti di dakwa.  Adalah diharapkan agar mereka yang terbabit dihadapkan ke muka pengadilan sekiranya terdapat bukti yang kukuh.




11 comments:

  1. Kenapa semasa UBN masih gagah berkuasa, "pegawai" Azmin tu takut nak bersuara?

    Kenapa bila UBN dah tewas, dah lemah, dah takde kuasa, barulah dia nak dedahkan semua tu?

    Kenapa ya????

    ReplyDelete
  2. Hai kd, knp panas? Kalau jd kerajaan memang tak boleh diusik ke? Dulu masa bn jd kerajaan, pg ptg siang mlm kena geletek, kena maki kena carut. Kini dh ubah posisi. Yg dulu kerajaan dh jd pembangkang, so kerja pembangkang adalah highlight apa shj isu yg boleh menggeletek kerajaan. Baru sikit aje tu. Lagi pulak, tak manis rasanya kalau asyik nak jilat bontot individu tertentu sbb mereka bukan maksum, betul tak. Pernah tengok gambar individu tertentu suapkan 'aiskrim' kpd seseorg di dlm tandas? So, itulah sebabnya jgn taksub sgt. Nak jadi kerajaan, skrg dh jadi kerajaan, pastikanlah kerajaan ni bersih dan terhindar dr gejala tidak sihat aka rasuah. Tak perlu jilat² lg sbb skrg masa utk check & balance. Tak betul tegur, bukan jilat mcm anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iri hati ke bro? Cerita tepi longkang pun kau kutip.
      Muahahahahahahahaha....

      Delete
  3. Dia nii bangsa johor kalau tk silap..org muar..klh rebut jawatan dlm pkr dulu terus lompat parti bila diberi jawatan dlm umno..bila tun tamatkn jawatan lantikan politik meroyan terus dia nii..dia dgn ezam kotak mmg xboleh pakai kd..

    ReplyDelete
  4. Masa berkuasa tak pulak korek
    Pemimpin AmeNo masyuknya molek
    Diri sendiri perut dah terik
    Jilat bos tuah bergolek!

    Dah hilang kuasa semakin sasau
    Entah apa mahu dipantau
    Konon tajam nak jadi pisau
    Pakatan buat semua nak kuntau!

    Kakitangan bawahan ramai sengsara
    Hilang kerja nak tanggung keluarga
    Ada yg susah, dia beraya
    Asyik memantau, kakitangan tak jaga!

    Masih mahu meninggi diri
    Jawatan politik Jibbo dah beri
    Kakitangan bawahan ditinggal sendiri
    Dia sendawa menjilat menteri!

    Gendang gendut tali kecapi
    Kenyang perut suka hati
    Walau Klepto bermain api
    Dia angguk buat tak reti!

    Kerajaan Pakatan dia nak pantau
    Dengan Klepto bertepuk bergurau
    Masyuk banyak buat tak tau
    Orang Melaka sebut,'ini ulau'!


    ReplyDelete
  5. Masa ada kuasa seblm pru kenape tak ade laporan polis?...dah kalah baru nak lapor polis...taktik lama...

    ReplyDelete
  6. Polis pon patut siasat puak ni kutip dari tong sampah mana...sengaja nak susahkan kerja polis...

    Azmin dah beberapa kali dilapor kpd sprm...

    ReplyDelete
  7. Relax la KD kalau tak salah tak payah la takut..Takkan nak diam je kat kerajaan baru ni..dulu hari2 cari salah najib ni baru nak usik sedikit dah gabra..tak macho la KD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh... Begini rupanya org kalau sakit hati. Nak menang buat fitnah. Tak menang pun masih sibuk nak fitnah. Mmg patut pun kalah.
      Muahahahahahaha.....

      Delete
    2. Dia buat report utk siasatan, bkn biat fitnah tp laporan xbuat mcm sbl election tempohari..dah menang baru tercungap cari bukti..itu barula fitnah namanya..dulu isu pengundi hantu pun xde bukti itu pun fitnah namanya..jd sbl ckp soa fitnah belajar dulu fitnah itu apa dia ok..takkan ph ckp semua tu wahyu bn ckp itu firnah..bl bercakap pastikan otak ditempatnya, jgn ckp dulu br fikir ya..

      Delete
  8. APA HAL YG KAU SEBOOK SYAITAN!!!!

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...