Tuesday, June 12, 2018

RAMADHAN KALI INI SANGAT BANYAK FITNAH SESAMA KITA...

Antara pemimpin dengan pemimpin agak berkurangan... Tetapi antara penyokong dengan penyokong sesama penyokong sangat banyak,  sangat mudah melemparkan tuduhan...

Apakata Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita...


13 comments:

  1. Proton yg dijual tu adalah kepunyaan DRB Hicom, bukan hak kerajaan lagi. Kerajaan dah tak sanggup nak tanggung lg, Owner DRB Hicom ialah TS Syed Mukhtar, dia buat keputusan utk perniagaan dia, tapi difitnah kononnya kerajaan yg jual.
    Semalam fitnah, pagi ni elok je mintak maaf. Kesan dari fitnah tu mcmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I remembered very well back then when Japan first manufactured 'Honda' car in the early 60s, no one would even want to look at it. Today Honda cars are the most popular in the world. I've had 8 years working experience with 2 Japanese Multinational Corporations and it is their policy that the Companies strictly purchased & kept Japanese & Proton cars only.

      Likewise, Malaysians and oppositions in the beginning made fun on idea having own national car by giving such name as Musabishi or Yamahathir (during Mahathir and Musa era). Miraculously, in the span of short years, Proton became the best selling cars and pride of the nation - but then when Tun Dol became pm, Proton started having problem due to no support and lack of interest from Tun M successor, the zzzzz pm.
      Tanpa bantuan & dukungan kerajaan, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari pula tidak mahu berterusan menanggung kerugian & DRB-HICOM perlu melakukan perubahan untuk kelangsungannya tanpa mempertahankan identiti nasional.

      It became worst when the penyamun menteri/pm najib sold it off to The Red Chinese Communist Company.

      Delete
  2. Betul tu kd. Ramadan ke bukan ramadan ke sama je fitnah ni. Setan dh dibelenggupun, dna setan masih juga ada bisanya. Kalau dulu sblm pru14 ph adalah pembangkang, watak antagonis sesuai dgn ph. Fitnah siang malam menjadi kudapan, lunch dan dinner. Kini ph adalah kerajaan yg dipilih rakyat utk menjadi kerajaan. Namun watak antagonis masih belum diserah kpd pihak yg kalah. Dah menang tp masih gunakan fitnah utk dpt kuasa (?) sampai lupa bahawasanya kuasa telahpun dianugerahkan kpd rakyat. Bagi pendokong bn pula, berhentilah dpd menyokong fitnah² dgn menyebarkannya. Paska pru14, kita sama² bina semula negara yg dikatakan oleh kerajaan ph sebagai hampir bankrup. Kalau asyik fitnah sana fitnah sini sesama sendiri, tiada yg menang hakiki sebenarnya. Cuma setan dan iblis yg menang. Kpd kerajaan, selamatkanlah negara sebagaimana yg dijanjikan. Jgn hanya selamatkan ds anwar, lim luan eng dan rafizi semata-mata. Jgn sekat rezeki rakyat terbanyak, jangan ada politik dendam dsb. Laksanakan amanah sebaiknya. Kalau mahu jd pemerintah yg kekal lama, jgn culas dan dan kedekut pahit dgn rakyat. Lebih² utama, jgn tipu @ kencing rakyat. Janji tetap janji, kena hormat dan laksanakan janji. InshaaAllah, jika kerajaan dan pembangkang tahu peranan masing², fitnah akan jd suram, lesu dan akhirnya mati.

    ReplyDelete
  3. Ada penyokong lebih sudu dari kuah. Ditambah pula dgn sifat baling batu sembunyi di sebalik 'anonyMOUSE' takut untuk bertanggungjawab, guna bahasa kesat, maki carut - sampai2 merepek melalut kalut tanpa nas & bukti menonjolkan kebodohan.



    ReplyDelete
  4. Salam sdr KD

    Berkenaan isu fitnah yang masih belum berhenti selepas kemenangan PH, bahkan makin berkecamuk di bulan Ramadhan ini, ulasan dan jawapan saya sama dengan ulasan saya kpd entry sdr berkenaan bagaimana dan di manakah perpaduan Melayu patut dimulakan.

    Jawapan saya tentang fitnah ialah fitnah tidak akan berhenti selagi kumpulan-kumpulan yang bathil dan ahli-ahli fitnah ini tidak dilenyapkan sama sekali untuk memberi laluan kepada zaman terakhir kaum Muslimin iaitulah zaman khilafah manhaj Rasulullah yang selalu saya sebut sebagai zaman baru.

    Kebathilan itu pasti lenyap, dan masa yang sedang berjalan ini sebenarnya adalah tempoh dan peluang buat ahli-ahli fitnah untuk berhenti dari berterusan melakukan fitnah.

    Walaubagaimanapun disebabkan ahli-ahli fitnah ini sudah pun diperbodohkan oleh Allah, maka mereka tidak akan berhenti melakukan fitnah dan pembohongan selagi mereka masih bernyawa.

    Sebaliknya mereka akan berterusan melakukan fitnah tanpa mereka sedari bahawa mereka hanya sedang membawa zaman fitnah ini ke klimaks.

    Kekalahan mereka di dalam PRU 14 adalah peluang untuk mereka bermuhasabah tetapi yang berlaku ialah mereka melipatgandakan lagi fitnah itu.

    Masih ingat doa Nabi Nuh a.s. yang berbunyi "Tuhanku janganlah engaku tinggalkan seorang pun di antara orang-orang yang kufur itu di atas muka bumi. Sekiranya engkau meninggalkan mereka (daripada dibinasakan), mereka akan (berterusan) menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidaklah akan melahirkan anak melainkan yang fujur (melampau batas) dan kufur (seperti mereka juga)." (Surah Nuh : 27).

    Selepas lebih dua puluh tahun nasyid berikut dicipta dan dinyanyikan kini saya dapat melihat satu fakta bahawa zaman fitnah ini hanya akan berakhir selepas kebathilan itu dilenyapkan sama sekali dan kebathilan itu takkan dilenyapkan selagi ia tidak mencapai klimkas... dan ia benar-benar sedang menuju ke arah klimaks tersebut.

    Ayuhlah para mujahid
    Ayuhlah para mujahidah
    Kita tinggalkan zaman fitnah
    Agar tertegak kalimah Allah
    Agar terbangun dunia baru Islam.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki fitnah tegar ialah puak2 munafik yg dikutuk Allah SWT. Puak2 ini suka mengunakan firman Allah dan hadis Nabi SAW demi untk kepentingan org politik yg disokongnya. Mulalah dia menakut nakutkan pihak yg tidak disukainya dng ayat al qura'an dan hadis kononnya dia shja yg betul dan berilmu, suka buat cerita mengarut padahal dia hnyalah munafik terkutuk yg bertopengkan manusia.

      Delete
  5. Ini Bukan Fitnah.

    Kebanyakan Melayu ketinggalan dibanding bangsa lain di bawah Parti Melayu dulu.

    Pemimpin Melayu yg perintah sekarang perlu BIJAK untuk majukan semula Melayu di Tanah Melayu. Walaupun pada masa yg sama. Terpaksa bekerjasama dengan BUKAN MELAYU kerana telah Melayu telah terima bangsa lain sebagai rakyat negara ini sewaktu merdeka.

    ReplyDelete
  6. Ramadhan sudah sampai ke penghujung..

    Masih ada puluhan komen yang belum jumpa jalan untuk balik ke pangkal jalan. .

    Bukan masalah untuk sokong dan pertahan siapa, lemah sangatkah najib hingga perlu ada pecacai rosak akhlak?

    Apakah mereka fikir dosa dan Ramadhan itu sekadar main² dan suka² dan meteka jauh dati ahzab Allah.

    Jangan begitu kawan² tidak berbaloi, jangan menangis di pagi raya.

    ReplyDelete
  7. Orang yg sudah terasa yg dia banyak buat fitnah pasti akan terasa yg dia telah banyak berdosa.. tu sebab dia minta orang berhenti buat fitnah.. does fitnah lebih besar dari dosa Zina.. sebab dosa Zina, hanya Kita dgn Allah.. buat taubat nasuha insyaAllah akan diampunkan dosanya.. tapi dosa fitnah orang, kena pi Cari orang yg Kita fitnah utk minta maaf... kalau dia Tak maafkan... akan tersedia azab samada di dunia atau akhirat... nauzubillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih teruk yang buat fitnah tidak rasa berdosa.
      Lebih teruk yang buat fitnah dia rasa dia paling bersih.

      Hatta Nabi yang maksum dijanji syurga masih mohon keampunan Allah.

      Delete
  8. Macamana nak kenal kaki fitnah tegar..
    1) sampai penghujung tak mengaku dia kaki fitnah.
    2) dengan Allah pun dia berbohong ,asyik tuding jari pada orang lain..
    3) jenis maki memang kaki fitnah sebab tu sikit pun dia tak takut Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tujukan pada diri sendiri jer....

      Kih... Kih... Kih

      Manusia kufur nikmat rasakan kos sara hidup yg lebih tinggi bila PH yg memetintah

      Gas memasak naik 77 sen belum lago lain2 barangan

      Mana dia janji kos sara hidup turun, minyak turun, free education, tol mansuh, ptptn mansuh gaji1,500,

      Kluangdimond kau tetmasuk org yg memberi janji jgn jadi manusia munafik ini bukan fitnah tapi fakta yg Ph sendiri janjikan

      Kalau dah tau kahwin hari ni bukan esom dapat anak ngapa janji hari ni tawan PUTRAJAYA esok mansuh GST, Petrol 1.50

      Penipu, pembohong, pembongak, manusia munafik KD kau tergolong manusia munafik jgn tunjuk Alim kat sini kau bertanggungjawab menjatuhkan pemerintah ISLAM dan menggantikan pemerintah BONEKA DAP KAFIR HARBI

      Adios....

      Tunggulah balasan allah pada manusia kufur nikmat macam kau KD.

      Balasan Allah adalah pasti kerana itu janji Allah pada umatnya

      Delete
  9. Allah SWT dah Firman dalam Al Quran.."Laaa inshakar tum..laa azidannakum..walaa inkafartumm..INNA AZABII..LASHAADIDD"

    Bukan sahaja nikmat diambil balik..tetapi tunggulah pula BALA turut menimpa!! Ini JANJI ALLAH TAALA.. Siapa tak percaya ia kufur.. Siapa loyar buruk macam blogger pencacai ph madey Kluandiamond dia terima jua balasan menghina Allah Taala..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...