Thursday, June 28, 2018

TERKINI SURAT SIRUL KEPADA TUN, APA ISINYA?

*SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT BERTEMU SERTA BERBUAL SECARA PANJANG LEBAR DENGAN SIRUL AZHAR UMAR DI KEM TAHANAN VILLAWOOD, SYDNEY!! BELIAU TURUT KIRIMKAN SURAT PERIBADI PADA YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD!!*

*Setelah beberapa tahun terputus hubungan dengan sirul azhar umar; kini syukur alhamdulillah pada 28 jun 2018 saya telah dapat bertemu semula dengan beliau di villawood detention camp, sydney!!*

*Perjumpaan di bulan syawal ini amat bermakna dan kami telah berbual panjang lebar secara ikhlas dari hati ke hati selama lebih kurang sejam setengah.*

*Sirul azhar umar kelihatan sihat serta tenang di kem tahanan villawood yang mana beliau telah ditahan hampir selama 5 tahun sehingga kini*

*Insya-Allah, saya amat yakin kebenaran mengenai kes* *pembunuhan altantuya shaaribu akan menyebelahi pihak yang teraniaya akhirnya!!*

Hakikatnya, kebenaran yang hakiki pasti menjelma pada keseluruhan rakyat malaysia mahupun warga luar dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah!!

Dalam pertemuan ini juga; sirul azhar umar telah mengutuskan sepucuk surat kepada yab perdana menteri malaysia yang mana saya sendiri tidak tahu apa isi kandungannya!!

Surat peribadi tersebut telah diletakkan di dalam sampul yang tertutup dan akan saya sampaikan     kepada yab perdana menteri malaysia apabila pulang ke tanahair dalam beberapa hari lagi.

Beliau yang pernah bertugas sebagai     salah seorang anggota pdrm di bawah unit tindakan khas turut menzahirkan perasaan rindu pada ibu, ahli-ahli keluarga serta kampung halaman khususnya di saat kita meraikan bulan syawal yang indah ini.

Dalam pertemuan ini juga, sirul azhar umar telah membayangkan bersedia untuk memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak penguatkuasa undang-undang malaysia kerana yakin secara sepenuhnya terhadap institusi kerajaan Pakatan Harapan yang amat telus serta professional.

Kini, sirul azhar umar kelihatan amat bersemangat dan tidak lagi dibelenggui oleh sebarang perasaan takut kerana beliau amat yakin dengan sistem perundangan baru di malaysia yang diterajui oleh Pakatan Harapan yang mampu membela kalangan yang teraniaya!!

Semoga kebenaran yang hakikat dapat diketengahkan seterusnya juga akan ditegakkan demi kepentingan warga tempatan mahupun keadilan manusia sejagat!!

Kes pembunuhan altantuya shaaribu ini juga harus diselesaikan secara sepenuhnya kerana ianya membabitkan isu pembunuhan kejam sesama manusia!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
28 Jun 2018

https://www.facebook.com/379029638934666/posts/984325745071716/

11 comments:

  1. jangan lupa Pembunuh syuhada Jalil Ibrahim dlm kes skandal BMf pembunuh syuhada Jalil masih bebas dan bersuka ria di dunia ini.. siapa yg membunuh dan atas arahan siapa pembunuh menerima arahan masih bebas dan bersuka ria du dunia ini..

    hampir 22tahun berlalu pembunuh dan yang atas arahan siapa masih belum dijumpai.

    alfatihah mangsa dan kaum keluarga yg dianiya masih menunggu keadilan ilahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes pembunuhan Jalil dlm bidang kuasa siasatan polis hongkong dan mahkamah hongkong...malaysia tak boleh campor tangan...sama jugak kerajaan Monggolia tak boleh campor tangan kes altonya...

      Masa najib berkuada kenape ko desak najib siasat kes Jalil?...

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Semoga Cahaya KEBENARAN muncul di hujung terowong akhirnya

    ReplyDelete
  5. Sirul terima arahan dari DSP Musa Safri supaya bunuh altonya...sirul mungkin tak tahu siapa yg arahkan musa safri sampaikan arahan kpd sirul...

    Hanya musa safri yg boleh sahkan siapa dalang yg upah sirul bunuh altonya....kunci mencari dalang terletak ditangan musa safri...siasat musa safri...

    Musa safri tidak disiasat polis dan tidak dipanggil memberi keterangan semasa perbicaraan kes bunuh altonya....ghani patail dan musa hassan pon patut di siasat kenapa tidak siasat musa safri..siapa yg arahkan musa safri tidak di soalsiasat oleh polis dan tidak dipanggil memberi keterangan di mahkamah...ketua pengarah imigresen jugak patut di siasat untuk jelaskan siapa yg arahkan rekod kemasukan altonya ke malaysia dipadamkan oleh imigresen..

    Kalo kes ini dibuka semula ianye menjadi menarik ubtuk bongkar drama tutup menutup kes pembunuhan ..

    ReplyDelete
  6. sekiranya tiada keadilan pada arwah syuhada jalil ibrahim di dunia bersabarlah azab berganda diakhirat menunggu yang komplot yg membunuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaddi ko tahu dan ada bukti siapa yg arahkan bunuh Jalil?...tak usah tunjuk pandai laa..

      Delete
    2. Kaitan kes kematiannya dengan BMF dan bagaimana Carrian boleh lumpuh, masih tidak dapat diselesaikan hingga ke hari ini. Ahli perniagaan dari Klang, Mak Fook Than didapati bersalah dalam komplot pembunuhan itu dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup disana.

      Ketika perbicaraan, Mak mendakwa hanya membuang mayat Jalil sedangkan orang yang membunuhnya disebut sebagai warga Korea Selatan bernama ‘George’.

      Mak juga menarik balik kenyataan awalnya bahawa dia bekerja dengan Kementerian Kewangan dan ditugaskan ke Hong Kong untuk mengutip sejumlah wang bagi seorang pegawai tinggi kerajaan.

      Pengerusi BMF ketika itu, Lorrain Osman berkata Jalil mungkin mangsa peras ugut. Daripada maklumat yang diterimanya, Jalil sering menerima kunjungan pelawat tidak dikenali di bilik hotelnya walaupun selepas tengah malam. Pada hari pembunuhannya, Jalil dikatakan mengambil Hk$20,000 kononnya untuk seorang yang bernama ‘Ibrahim’ walaupun orang berkenaan tidak berada di Hong Kong.

      Delete
  7. Jangan lupa Sirul Azhar tu bodyguard siapa dulu...jeng jeng jeng

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn lupa musa safri belom disiasat...ms ikut arahan sape ya...jeng jeng jeng

      Delete