Friday, April 16, 2010

Jenayah Yang Dimaafkan....

KUANTAN 16 April – Remaja yang menyamar sebagai “Tuan Muda Pahang” telah menghantar surat memohon maaf serta akujanji kepada pihak Istana Pahang untuk tidak mengulangi perbuatan itu.
----------------------------------------

Hak memberi pengampunan kepada 'Tuan Muda' dalam isu 'penyamaran' mungkin hak mutlak Kesultanan Pahang tetapi hasil penyamaran itu, menipu penjawat awam dan masyarakat bukanlah di bawah kuasa bidang Sultan, bagaimana boleh dimaafkan atau dilepaskan begitu sahaja kerana ia sudah melibatkan perbelanjaan dari wang rakyat, maruah Agensi dan Badan Kerajaan.


Apakah penipuan secara penyamaran suatu jenayah kecil, boleh dimaafkan begitu sahaja - ini semua memberi galakan kepada yang lain.

'Something wrong somewhere' - apa sebenarnya???

4 comments:

  1. Pertama, saya pohon maaf kerana akan menyatakan sesuatu yang kurang diminai didengarai oleh kakitangan awa, khasnya dan orang plitik amnya.
    Ini adalah perkara benar yang saya alami semasa bertugas dengan sektor awam.Setiap majlis yang akan diadakan, penganjur memberi prioriti kepada VVIP, makan minum, tempat duduk, parkir kenderaan, penyambut tetamu dll. Jemputan-jemputan lain ala kadar saja. Maka ini melahirkan perasaan untuk orang muda ingin menjadi VVIP supaya mendapat layanan istimewa da luar dugaan itu. Kakitangan kerajaan awam apabila mendengar saja VVIP tidak banyak ckap, semua red carpet. Budaya ini telah menjadi satu budaya yang amat mengecewakan. Di Masjid pun sama, saf depan sentiasa dikhaskan kepada VVIP makmjum lain yang datang awal kenalah duduk saf belakang.
    Sindrom VVIP perlu dikikiskan atau dikurangkan agar jangan menjadi satu perbuatan riak dan satu pebuatan berdosa dalam ajaran Islam. Masyarakat juga muak dengan layanan yng terlaluan.

    Anak angkat Guard Istina.

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah.

    Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. "Tuan Muda' dimaafkan berdasarkan laporan polis oleh Istana Pahang. Jangan salahkan Istana Pahang. Penjawat awam dam masyarakat terlibat juga boleh buat laporan polis.... kalau nak. Silakan...

    ReplyDelete
  4. Dikhabarkan juga bahawa tuan muda adalah datang jua dari keluarga berdarah raja Pahang dan Kelantan...
    jadi xhairanlan kalo kes ditutp mcm ni je....dan peregerakan di mana tuan muda dan siapa sbenarnya kita xtau dayh..dan xboleh cam dah,,huhuhu

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...