Friday, April 30, 2010

Kerja Orang Tidor dan Kabinet YESman..

KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.

Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

``Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

Rakan kongsi Petronas iaitu Murphy Sabah telah ditendang keluar hasil tandatangan Paklah.

Brunei mengesahkan permohonan mereka ke atas Limbang berterusan walaupun selepas penyerahan Blok L dan M.

Saolannya kenapa Malaysia perlu lepaskan tuntutan ke atas Blok M dan L tanpa mendapat apa apa keuntungan dari perlepasan itu.

Jemputan Brunei kepada Petronas adalah jemputan biasa usahasama komersial dalam kata mudah keuntungan kena dibahagikan 50/50 sedangkan bukankah Malaysia layak untuk mendapat 100% jika tanpa tandatangan Paklah tersebut.

Apakah ada keuntungan kroni anak menantu di sini secara langsung atau tidak langsung???


6 comments:

  1. kluangdiamond,
    saya tak terkejut dgn kabinet yesman, sebab di banyak negara itulah yg berlaku (termasuk temasek). boss decide, kita semua kata 'good decision boss!' sebab semua takut hilang kerja, lagi2 duduk di kerusi empok kabinet.
    ini bermakna tanggungjawab boss (sama ada pm atau syarikat apa pun) ialah utk menjadi ketua yg cekap dan amanah.
    cekap - mesti ada helikopter view dlm isu-isu yg nak diselesaikan.
    mesti ambil feedback dari semua pihak.

    tapi dlm isu ini nampaknya boss kasi percuma saja sesuatu yg harganya berbilion dolar. sedangkan kalau beri tanah felda kat tengah hutan perak atau pahang orang berebut, yg ini kasi orang lain hasil minyak-gas percuma apa hal ni?
    sedih dan malu.

    apa peranan foreign affairs adviser? foreign minister?
    dlm gambar ini foreign minister masa tu sedang sibuk petik gambar sedang negara telah diberi jiran.
    lihat gambar ni:
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/17/nation/3495431&sec=nation

    sedih saya.

    ReplyDelete
  2. Tapi salah seorang kabinet 'yesman' masatu sekarang dah jadi PM sekarang - tupasal kena cover line atau lambat sikit nak jawab.

    Dan jangan lupa masa tu, 'barter sistem' main peranan. Kes Altantuya sedang panas, Anwar sedang berkorbar nak jadi PM, peralihan kuasa dah hampir sangat..semuanya kena 'cool', asal jangan tak jadi.

    Saya percaya dalam semua semua isu dahulu, sekarang dan akan datang, yang penting ialah 'apa nak jawab dan cara nak jawab' itu lebih penting dari 'cara nak selesaikan dan tegakkan kebenaran'.

    Dah banyak kali dah paklah masukkan bola dalam gol sendiri, tak salah saya 3-0.

    ReplyDelete
  3. tok...
    Ada la pertimbangan tu...
    petronas ni pun sekarang dah hura hara,duit anak anak yatim pun mereka dah telan..
    mai kita TANYA SOALAN KEPADA PETRONAS.. APA SEBAB SAYA ,TOK, DAN RAKAN RAKAN ,SELURUH RAKYAT MALAYSIA TAK EPRNA TENGOK AKAUN PETRONAS,MENGAPA TIADA SATU PUN KES RAHSUAH PETRONAS..AWAT PETRONAS NI KEBAL SANGAT.. BAGI LA MINYAK KAT DEPA SERATUS BLOK PUN ..TIADA SIAPA TAHU AKUAN PETRONAS.

    ReplyDelete
  4. Seperti yang saya katakan, dalam menjawab isu, yang penting bukan memberi penerangan sejelas dan telus, YANG PENTING ialah apa yang hanya perlu dijawab dan bagaimana menjawab supaya isu sesuatu isu nampak 'bersih'.

    Dalam hal ini, PETRONAS telah menjawab dengan tepat, padat mengikut selera mereka. Rakyat yang melopong depan media perdana tentunya puashati...kerajaan tak rugilah..itulah kesimpulannya.

    Rakyat cepat telan bulat2 dan lupakan, pemimpin tidor lena peluk bini mimpi bidadari.

    ReplyDelete
  5. http://thoughtsintangents.blogspot.com/2010/04/questions-post-revelations-of-pak-lah.html

    Pendedahan kena terus dibuat walaupun Malaysia sudah tidak mungkin mendapat semula blok tersebut hasil tandatangan Perdana Menteri Malaysia ke 4 yang 'BERWAWASAN'.

    Adalah tidak logik Paklah tergesa gesa terbang ke sana dan menandatangani perjanjian tersebut selepas sebulan dipersetujui kabinet dan dua bulan sebelum peralihan kuasa (kenapa tergesa gesa) tanpa mendapat untung 'peribadi'.

    ReplyDelete
  6. betul 3-0
    1-0 pada minit 10
    ( batu putih p sgpore)
    3-0 2 gol dijaringkan dlam masa duaminit 89,90.
    ( hilang limbang, bg plantar myk kt brunei)
    ckp la pe-pun nanti sy ttp tuntut kt akhirat paklah!

    ReplyDelete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...