Friday, April 24, 2015

Blogger anti Tun kepanasan sendiri...

Hakikatnya Blogger Anti Kebenaran sudah kepanasan, mereka terima hakikat penyokong dan pembaca blog mereka kini sudah bertukar membantah dan menentang mereka apabila bersikap anti kebenaran.

walaupun mereka berpendapat Tun keseorangan dan Najib dipenuhi sokongan tetapi nyata suara kecil dan individu kini sudah membentuk volume yang besar dan berpengaruh.

di bawah adalah salah satu kesan sehingga blogger tertentu menggunakan alasan untuk tidak menyiarkan komen pembacanya.
Asalkan ianya bukan makian dan tidak biadap melampau kenapa takut untuk disiarkan ???

hakikatnya blogger yang sealiran kalau menyerang pembangkang sudah tidak ada susilanya tetapi apabila kena batang hidung dan kem sendiri, menggelupur jadinya...

APABILA PEMIMPIN UMNO DISERANG OLEH PENYOKONG SENDIRI, BERMAKSUD MEBEGUR DAN TIDAK BERERTI SOKONG PEMBANGKANG.

Kenapa hakikat ini disalahertikan sehingga pihak yang menegur seperti Tun yang menegur secara berhemah di awalnya dan menegur secara terbuka sekarang, dengan sopan, tiada bahasa kasar, penuh dengan huraian dan fakta tetap juga diserang dan dituduh secara biadab.

Kenapa mereka yang lebih kecilian sedangkan yang makan lada orang lain. 
apakah ia ada kaitan dengan upah lumayan yang sukar ditolak?


apapun dalam beberapa contoh blogger anti kebenaran, blogger mykmu antara yang lantang dan aktif tetapi pujian boleh diberi kepadanya kerana masih menyiar komen yang tidak sehaluan.

Dibawah salah satu contoh kepanasan yang sedang dihadapi oleh  blogger seumpama...
( Kalau blogger tu sendiri sebok nak jadi tukang jawab, serang Tun, kenapa pula dia tidak boleh diserang...)




" Mutakhir ini ramai sangat komentar tak mahu komen atau debat pasal isu tapi lebih menyerang penulis dalam usaha untuk discredit kami. Caranya dengan melabel blog ini sebagai blog si polan dan sipolan, dibayar duit dan lain-lain label negatif.

Semua komen demikian tak akan dibenarkan keluar walaupun panjang lebar dan berisi komen ditulis. Nak komen atau persoalkan teruskan tapi komen melabel negatif psywar taktik ini tak payahlah nak lakukan ke atas kami. Paham benor niat jahat kamu. 

Mutakhir ini penyerangnya sesama BN. Hai ... kalau BN serang sesama BN, sukalah pembangkang. Siapa nak serang pembanglang macam gini. Game gitu kami tak campur.




31 comments:

  1. salam,
    selepas pru13, denial sindrom dah jadi darah daging umno. kita tak sokong pun pembangkang, tapi kita kritik dan komen pemimpin kita. salah ke? masa tdm, beliau anggap kritikan itu membina dan menguatkan kepimpinannya. sekarang kritikan dikatakan membangkang. kalu seiring dengan pembangkang, dah sah la tak betul tindakan itu. kalu pembangkang jer yang cakap, memang la kita tahu tak betul. sahaja nak lemahkan team bn. tapi yang kita lihat ialah tindakan tak betul sejak dari cerita lembu, kapal terbang pribadi, bekerja sehingga luar negara, sokongan kepada tindakan pembangkang, melebihkan kepada yang tidak menyokong, dan banyak lagi sehingga la 1mdb.dalam banyak tu, dah sah la ada yang sama dengan pembangkang. jawab la bila dah tanya, tapi jawapan tu tak berapa berfakta. cukup untuk didengari seolah tiada perkara buruk berlaku. cam bersih jer, cam betul jer, pemimpin kita selama 22 tahun menegur, mesti la ada yang tak kena. dan ramai rakyat yang tak senang dan mula marah. apa tindakan pemimpin, kasi duit lagi, marah, kasi duit. apa jadi, harga barang naik melambung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teguran apa?

      1.Altantauya? bukankah mahkamah dah putuskan...isu ini adakah DEB akan tercapai 30%....
      2.1MDB...? Kenapa tidak serahkan kepada Parlimen,,Audit dan PAC..Adakah isu menjadikan orang melayu pemilik sebenar tanah melayu?

      p/s...Zaman TDM hanya minta 30% sahaja hak melayu dikembalikan itu pun gagal teruk...

      Setakat bagi saham tak payah cerita la..tahun 1999 tergadai semua saham melayu apa cerita? TDM perlu sedar kekayaan melayu bukan main saham...kereta mewah atau rumah 2 tingkat.

      Delete
    2. Apa la bodoh anon 6.44 ini otak letak kat lutut ke ,1. kes pompuan monggolia itu siapa pun tak pertikai pun keputusan makamah memang dua polis utk tu buat , tapi rakyat nak tau juga siapa yang arah atau upah , itu pun payah ka najib arah peguam negara siasat tu saja , apa ka bodoh nya . 2. Serah ke parlimen , audit atau pac kepala toya kau , sampai hari ini dah dua bulan dok diam , kita nak jawapan dari 1mdb dan najib mana duit 27 billion hilang itu pun susah nak cakap , sebab duit rakyat ,walaupu loan tapi atas jaminan kerajaan kalau lingkup 1mdb kerajaan kena tanggung .3 saham melayu semua gadai bukan salah TDM tapi salah orang melayu sendiri perangai macam kau , bagi projek jual kat cina , bagi lesen pajak kat cina , bagi saham jual kat cina , bagi loan MARA dia tambah bini dan beli kereta jadi mana nak maju ini kenyataan.

      Delete
  2. Anda bebas memihak kepada sesiapa sahaja..

    Anda mewakili akhlak pemimpin anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak setuju la ayat mewakili akhlak pemimpin..

      Semua bergantung pada diri masing2 ..cuma sekiranya anda mewakili UMNO jagalah akhlak. Komen2 ayat2 makian kita anggap sahaja dari blok pembangkang dari akhlak ahli2 UMNO.

      UMNO ada undang2 ...bacalah undang2 tersebut ..Masa persidangan ikutlah mana ada ayat2 makian macam ini...

      Delete
    2. Tapi perkataan bangang termaktub keluar dari tutur ucap presiden umno. Yang ditujukan khusus kepada bloggers.

      Delete
    3. http://mykamus.com/free/2010/09/bangang/

      Itu bukan mencarut..

      Delete
    4. Ayat Kluangman..
      Biasalah tu.. x nak bg org hentam bos dia..
      Bila kebenaran terungkai.. pahit bro..


      May Umno Pendang

      Delete
  3. Blogger anti kebenaran pulak dah. Apa2 sajalah kd. Yang penting kita faham kumpulan mana yang dimaksudkan. Di antara top blogger pun ada yang termasuk dalam kumpulan ini agaknya. Memang sumber rezeki boleh mematikan hati hingga kebenaran jadi kabur dan lebur. Yang kita pernah minum semeja pun bila kita nampak dah cenderung ke arah lain kita komen. Bukti dia dah berubah arah ialah bila komen kira tidak tersiar. Bolehlah kita kenal wajah sebenar mereka. Bukan prinsip yang diperjuangkan tapi projek dan periuk nasi sendiri sahaja.

    ReplyDelete
  4. Sdra KD,

    Saya rasa saya tahu blogger mana yang saudara maksudkan. Komen saya tentang 1MDB pernah dipilih2, hanya yang kurang menyengat disiarkan walaupun langsung tidak menggunakan perkataan dan atau ayat2 yang kesat dan lucah serta kasar.

    Kalau tak silap saya, blogger ini pernah bertanya diri sendiri dalam blog beliau patutkah beliau berhenti rehat daripada menulis blog sebab misi untuk "menyumbat anwar ibrahim" telah berjaya dan berakhir....... Kalau tekaan saya salah, minta maaf

    ReplyDelete
  5. Rasanya ayat tu macam Blogger The fuc*kingspinner???the moneyspinner???the bangangspinner????the rosmahspinner???....blogger bangang mcm ni sebab duit matahari pun boleh spin kata planet Pluto!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan ayat diatas kerana inilah sikap dengki penghasut agar bloger pro UMNO dihancurkan....

      Delete
  6. Saya x sabar2 nk tgk salleh ketiak selepas kejatuhan najib...
    Adekah beliau akn menjadi seorg negarawan bermaruah & sama2 berundur secare kehormat
    Demi pertahankan najib...
    Ataupon akan menjadi anjing gonggong yg setia kpd tuan nya yg baru...bagi tulang skit hapi lah dia...
    Bloger mcm the f*ckingspinner,mykmu dll pon sama la nanti...
    Mana nk buh muke bila dah checkmate...
    Awal2 lg strategi vietnam umno ni dah salah...salah 1 sb amerika sukar menang di vietnam adelah krn mereka tidak dpt membezakn antara victims of war dgn vietcong...
    Pd depa semua sama sj...bunuh sana sini,rogol anak gadis,bakar rumah petani,sembur agent orange dll yg hanya menyebabkn rakyat vietnam lebih membenci amerika...
    Sekarang mereka (termasuk blogger) sudah terjerat, menyebabkan mereka dlm 1 sudut mengasingkan diri,menjadi option sama ada disukai atau tidak.
    Malangnya rakyat sudah x suke...lagi malang mereka membawa nama umno...lagi malang lagi...nama umno yg membusuk & dibenci rakyat jelata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1mdb dah lama checkmate bila mana Najib bawa ke Audit..PAC dan Parlimen.
      PAKATAN pun dah senyap tak tahu nak goreng macam mana..

      Cuma TDM bersuara berbelit-belit.

      1 43 billion sekarang 27 billion...

      a) Yang rakyat masih terfitnah isu anak tiri Najib yg songlap duit...aku yakin isu ini akan ditutup (jenis muka tak malu)
      b) Petro saudi- kita tengok cara belitnya

      Delete
    2. Kalau matematik mudah pun sukar dihadam, bagaimana nak buat perakaunan kreatif. 27bilion itu hutang yang tidak tahu di mana dihabiskan, 42bilion itu jumlah hutang dalam ringgit malaysia. ( Kalau tulis RM nanti orang ingat rosmah mansor)

      Delete
    3. Maksud aku dah main game lain la bkn lagi 47 billion..itu aje

      Maknanya apa?kita tunggu lagi apa TDM nak sembang...

      Sekarang papan catur TDM main sorang..Najib tunggu Auidt dan PAC lepas tu tahu la siapa pemenang..

      Aku harap engkorang semua jangan buat2 lupa ya isu Anak tiri Najib yg korang tuduh songlap duit..Aku nak tengok siapa berani taubat atau nak masuk neraka...

      Delete
    4. Jangan bodoh memang asal Rm47 billion tapi depa tunjuk bukti beli semua projek janakuasa TNB , beli tanah untuk pelaburan , beli saham beli itu beli ini konon untuk yang depa ingat macam lembu , jadi lepas tolak pembelian aset jadi RM 27 billion la kemudian RM 8 billion labur di cayman island , yang jadi persoalan ialah semua baki RM 27 billion ini termasuk labur kat cyman mana pi ini yang najib dan 1mdb tak boleh jawab la dah deman .. itu saja jangan buat kalut bodoh.

      Delete
    5. Masih papan yang sama, buah yang sama juga cuma semakin mara untuk mengunci lawan.

      Delete
  7. Assalamualaikum KD

    Satu sudut saya pertahankan unspinner kerana terbukti beliau sehingga kini masih terus berjuang di medan maya PRK Permatang Pauh dan Rompin .

    Unspinner melihat bloger anti najib yg menikam belakang melaksanakan perang memalukan dan bukan anak jantan.
    Umum mengetahui UMNO sedang berusaha merampas permatang pauh kawasan kubu terkuat PKR.Semangat juang Unspinner memang sudah terbukti tetapi bagaimana bloger anti Najib ?

    Bayangkan Din Turle pada waktu 2 pagi yg tersiar adalah propaganda murahan mengaitkan banner penipuan utk merosakkan majlis TDM.Cukup Cukup memalukan dan tahap propaganda paling teruk.Mana mungkin pihak pro Najib akan buat perkara seperti ini.

    Hanya kerana melihat begitu kukuh bloger Pro Najib maka dimalukan berbagai-bagai cara dengan harapan UMNO berkubur di 2 PRK ini.

    KD

    Bersifat jantan la dan kalau marahkan Najib sekalipun kenapa sanggup musnahkan UMNO? Bila 5sekawan pemuda mula ingin melakukan sabotaj terserlah bagaimana sifat tamak haloba dengki mendengki...Ini lah sifat kep[impinan lama TDM yg tidak pernah ditinggalkan...Taubatlah.

    UMNO perlu dipertahankan.....Ahli menilai siapa yg berjuang bukan merosakkan perjuangan.
    Kemenangan UMNO di 2 PRK bknlah kemenagan Najib tetapi UMNO.UMNO ada undang2 patuhi lah walaupun hanya 2 minggu.

    KD...

    Tidak perlu cakap banyak tetapi hakikatnya kalau lah team kamu naik TIDAK AKAN ADA TAAT SETIA yg ada adu domba..percaya tak?

    Mana mungkin pemimpin yg suka melanggar undang2 berjanji akan mempertahankan Undang-undang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang diserang ialah perdana menteri iaitu ketua kerajaan, bukan umno /bn pun. Ada perbezaan di situ. Jika umno/bn yang diserang, kd paling hadapan pertahankan macam biasa. Sekarang ini perdana menteri yang buat pelbagai tindakan yang dianggap sebagai ancaman terhadap umno. Sebagai mempertahankan umno, ancaman itu perlu dihentikan serta merta demi kelangsungan umno/bn.

      Delete
    2. Ancaman apa kpd UMNO?

      1.Adakah Najib bankrapkan negara?
      2.Adakah sistem percukaian GST bankrapkan negara?
      3.Adakah isu Altantuya membuktikan Najib campurtangan didalam Mahkamah.

      Jadi apa yg bahaya kepada UMNO?

      Delete
    3. kita serang bukan serang bangang , tapi terbukti najib ada masalah besar dibelakang yang dia patut berhenti demi bangsa dan negara

      Delete
    4. Nak tunggu negara bankrap batu nak sedar.. susah lah bro
      Kena sedap dan minta Najib turun sblm bankrap

      Delete
  8. Penyokong sejati TDM tidak mempunyai agenda lain atau menyerang Najib berlebihan, apa yang mereka fokus hanya satu - Najib jawab Mahathir.
    Jika hari ini Najib jawab dengan betul - besok semua akan berada di belakangnya.

    Jangan lupa Mahathir masih UMNO, menyerangnya juga bererti memusnahkan UMNO dan serangan berlebihan kepada Mahathir menyebabkan pengundi rasa benci kepada calon UMNO..

    Tentang PKR Rompin dan Permatang Pauh, UMNO ada potensi menang tetapi jika majoriti kecil atau sebaliknya ia seperti kata TDM - UMNO akan tewas selagi Najib PM dan Presiden dan mungkin ia terpakai pada PRK ini juga tanpa perlu menunggu PRK14.

    Usaha dan doakanlah UMNO menang besar.


    Saya tidak merujuk atau sebut langsung blog unspinner, saya hanya beri pujian pada blog mykmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TDM seorang pakar persepsi...Sekiranya tiada 2 PRK ni kita sudah maklum TDM akn sentias melaungkan UMNO bakal kalah pru 14..

      Isunya kenapa UMNO kalah?

      1.Fakta menunjukkan semua pilihan raya kecil membuktikan BN semakin mendapat kepercayaan rakyat.
      2.PAKATAN semakin teruk semenjak DSAI dipenjarakan.

      Antara asas negara adalah negara stabil. BN membuktikan partinya stabil.

      TDM melaungkan Najib perlu berundur kerana apa?

      1.Adakah 1mdb bankrapkan negara? Ini lah isu yg sentiasa dikumandangkan seolah2 1 MDB kriis kewangan negara..Beginilah sikap kita meneliti isu 1 mdb.?

      Saya adalah rakyat yg lahir dizaman DEB.Saya memahami cara TDM berpolitik.
      Zaman TDM audit negara hanya setaraf kerani.
      Badan Pencegah Rasuah hanya digunakan utk menjadikan pemimpin UMNO lembu. yang ada kes diikat hidungnya.

      Saya tetap menyukai cara pemerintahan Najib yg memberi kuasa kepada SPRM...Audit Negara ..Parlimen dan PAC.
      Biarlah pihak ke tiga putuskan siapa yg bersalah.TDM mesti ingat zaman UMNO CONTROL semua dah berakhir.Rakyat inginkan kebebasan mahkamah..parlimen dan undang2.

      p/s

      Kenapa semua jenis pelahap ya tak sabar menunggu kep[utusan...Sabar la itu pun susah ke?

      Delete
    2. Kita belajar dari sejarah kejatuhan negara lain yang musnah disebabkan oleh pemimpin kerajaan yang korup. Filipina dengan Marcosnya dan Suharto di Indonesia mengamalkan skim dan skrip yang sama. Penglibatan Goldman Sach sebagai perunding juga boleh diperhatikan di beberapa negara yang dimusnahkan oleh Amerika. Apabila Najib membuat langkah yang serupa, caturnya telah diketahui dari sejarah negara lain. Jika dibiarkan, rakyat yang akan menanggung padahnya. Peranan penggilap kasut pun tertulis dalam sejarah.

      Delete
  9. Apabila Mahathir meneruskan kritikan dengan huraian angka dan fakta walaupun berada di luar 1MDB, ia membawa maksud sewajarnya sebagai seorang PM, Menteri Kewangan dan Pengerusi 1MDB mempunyai segala acces dan maklumat untuk menjawab tanpa perlu menunggu Odit Negara.

    Peranan Odit Negara lebih kepada tatacara perakaunan dan selebihnya mungkin boleh mengesahkan bahawa segala fakya yang Najib kemukakan adalah tepat dan betul.

    Najib mesti mendahului integritinya, membentuk keyakinan rakyat kepadanya tanpa memberi ruang dan peluang persepsi negatif. Sebab itu Najib mesti pro-aktif dan menjawab dan menjelaskan semua perkara dengan telus. Jika ini dilakukan sejak awal - Mahathir sudah tidak ada ruang doubtfull.

    ReplyDelete
  10. Pelik juga Mahathir tak suruh seluruh MT UMNO letak jawatan? Mengapa ia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MT UMNO ada terlibat dengan 1MDB ke?

      Delete
  11. UMNO Tewas di Rompin, Tapi Menang di Permatang Pauh sebab PAS tak bertanding di PPauh.ISU Hudud jadi keutamaan dan GST buat rakyat rasa teraniaya. Betulkah ?

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...