Wednesday, November 4, 2015

GELAGAT 1MDB MENCURIGAKAN

Dalam isu 1MDB secara logiknya kita tidak perlu tunggu untuk lihat dokumen yang memberi fakta menyeleweng atau menunggu keputusan mahkamah 1MDB diurus tadbir yang salah, memadai jika kita lihat gelagat gelagat mereka yang menguruskannya.

2. Keberanian Arul kononnya tanpa syarat sangat palsu apabila tiba tiba dilindung dengan pelbagai statement menghalangnya berdebat.

3. Sebelum ini juga kita lihat beberapa pembubaran Task Force, perpindahan pegawai, pertukaran malah ada yang dapat habuan, masakan pokok bergoyang tanpa digoyang.

4. Najib sendiri enggan bercuti atau melepaskan jawatan tertentu sebagai pra syarat bersih dan telus.

5. Banyak lagi maklumat, peristiwa dan gelagat menunjukkan 1MDB memang bermasalah, bukan kecil tetapi sebesar bangkai gajah.

6. Ia bukan melibatkan seorang dua tetapi secara sekongkolan besar besaran dan dua nama yang sangat terserlah,  Shahrir dan Salleh Said Keruak dilihat sangat brrpengaruh dan sentiasa ke depan.

7. Dalam masa yang sama nasib Muhyiddin semasa menjadi TPM yang sentiasa tertinggal "news dan knowledge" tentang 1MDB kini berulang kepada Zahid.

8. Tidak banyak kenyataan intelektual tentang 1MDB yang keluar darinya kecuali amaran untuk menyiasat dan.menangkap penyabotaj ekonomi !!!!

2 comments:

  1. Dua syarikat asing dilapurkan sedia membida endra energy power sedia membida diantara 16 ke 18 billion bagi mendapatkan hak milik keatas cabang perniagaan 1mdb itu.apa citer ni tuan kd jika syarikat ini tidak berdaya maju mana mungkin ada syarikat dari luar yg berani mengambil resiko.betullah yg dikatakan menang sorak kampung tergadai.Laknat Allah lah keatas orang2 yg fasik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh.. 2 syarikat asing dilapurkan sedia membida..
      Najib juga dilapurkan menyalahgunakan kuasa beliau..
      Amacam?

      Delete

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...