Monday, November 9, 2015

Masih Ada Otak Geliga Kabinet Najib...

Ikut otak Menteri - Melayu kalau nak jadi jutawan jangan susah-susah, berniaga VAPE dah cukup..

VAPE adalah satu perangkap Yahudi sebagai satu lagi strategi tambahan selain rokok untuk melemahkan umat Islam.

Berapa ramai wanita Islam merokok hari ini khususnya di Malaysia?
Dan sudah ramai wanita Islam mula mengambil vape hari ini atas dasar halal(?) moden(?) wangi(?) dan akhirnya akan terperangkap dengan ketagihan.
Cecair yang digunakan juga akan mudah ditambah, disesuaikan dari masa ke semasa dan ini akan lebih cepat kepada penyalahgunaan.

Saolan terakhir untuk kali ini, asap ini makanan siapa (?)
Makin bertambah banyaklah selepas ini mereka di Malaysia (?)

Menteri jangan nak jadi hero pada bukan tempatnya dan menjahanamkan anak bangsa...
# Kita boleh faham kekosongan jawatan Naib Presiden yang diidamkan oleh sesetengah pihak tetapi agak- agak le sikit tentang apa yang ditonjolkan itu.

Kj dan anak zahid - tumpang semangkok ke isu ini (?)


Ramai yang marah dengan tindakan kerajaan Malaysia menyita vape dua hari lepas. Saya pun pada mulanya marah juga sebab saya juga banyak kawan yang bisnes vape. Jadi saya bertanya kepada seorang pegawai kanan polis yang berpangkat juga dan beliau menerangkan bahawa ada sebab kerajaan bertindak begitu tegas dengan penjual vape.

Beliau telah share beberapa artikel dari berita antara bangsa yang mengejutkan saya. Tak sangka vape ini juga di gunakan sindiket dadah antara bangsa untuk mengedar dadah sintetik. Rupa rupanya teknologi vape ini juga boleh di gunakan untuk vape dadah sintetik seperti ganja sintetik, meth(ice) sintetik dan pelbagai dadah sintetik yang jauh lebih ketagih dan merbahaya kepada pengunanya.

Tambahan pula asap vape yang mengandungi dadah ini juga akan menyebabkan mereka yang berada di sekeliling juga mendapat kesan high dadah itu dan lama kelamaan menjadi sakit dan ketagih dadah.

Pekara inilah yang cuba di sembunyikan penjual vape yang mengaut keuntungan berganda dengan menjual liquid vape spesial yang mengandungi dadah sintetik. Sebotol dadah sintetik berharga RM 400 ke 1500 bergantung jenis dadah dan kekuatannya. Margin keuntungan untuk pengedar adalah dalam 50 ke 70 peratus yang sangat lumayan.

Dadah sintetik juga sukar dikesan oleh pihak polis sebab ianya tidak ada apa apa bau atau lain lain yang sama dengan dadah tradisional.

Cthnya jika menghisap dadah vape ice, tiada bau biasa yang di kaitkan dengan aktiviti menghisap dadah ice. Anjing narkotik juga tidak boleh mengesan dadah dalam vape ini kerana molekulnya sangat berlainan dengan dadah tradisi.

Sila rujuk kepada sumber ini untuk mendapat kesahihan. Sumber CNN dari USA.

http://edition.cnn.com/2015/09/04/us/vaping-abuse/
dan
http://wwlp.com/2015/09/04/vaping-of-new-synthetic-drugs-poses-new-threat/







Apa citer Ismail Sabri?

Apa yg diperkatakan dek Rahman Dahlan sebenarnya perlu dijawab dek Ismail Sabri yg tak buat kerja dgn baik.



Banyak peluang pekerjaan boleh dicipta di kawasan kampung. Netizen yg kata "kerja kampung tu tanam sayur", anda boleh pelangkung kepala dia sebanyak tiga kali.

Somehow, ada benarnya point di atas. Menteri Kemajuan Luar Bandar yang ada kini gagal, yang dulu pun dah terbukti gagal untuk wujudkan keberdayasaingan penduduk bandar dan luar bandar dengan secara seimbang.

Ko wujudkan sistem jaringan pengangkutan yang berat sebelah, memajukan negara secara berat sebelah, mewujudkan peluang pekerjaan secara belah sebelah, membina rumah secara berat sebelah dan sebagainya hingga menyebabkan mereka2 yang nak  kepada 'perkhidmatan, kemajuan, pendidikan, pekerjaan, kesihatan & tempat tinggal' perlu berhijrah agar dapat menikmati kemudahan-kemudahan tersebut secara selesa dan effective.

Sebagai menteri, yang patut kau jaga kau tak jaga, kau sibuk citer VAPE.
Kau tengah gosok menteri mana dok beria-ria bahas VAPE?
Kelakar kan.

Ketika rakyat dilanda kesulitan dek pelaksanaan GST dan masih bergelut tentang itu, di manakah kau dalam 'USAHA MEMBANTU MELAYU?'

Sekarang rakyat dok fikir tentang TPPA. Apa tindakan kementerian kemajuan luar bandar neh?

Tolong la jangan bayangkan semua melayu gila nak meniaga VAPE.


5 comments:

  1. Vape seharusnya diharamkan, kepada yg berniaga vape cari lah bisness lain..apa tak ada Vape tak boleh hidup ke, dulu mana ada semua ni...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...ko ni kd, apapun yang berlaku mesti menteri kabinet najib punya salah. mungkin nanti bila isteri ko terbeli nasi lemak basi, simail sabri yang punya salah. nak buat sesuatu janganlah gelojoh, gopoh dan kurang akal. vape ni dah lama ada kt malaya ni, bukan ko tak tahu. sejak dua menjak harga rokok sama tinggi dengan harga sekampit beras, tiba2 vape jadi mangsa. kenapa kkm, pdrm, kastam dsb tak ambil tindakan lebih awal membenteras vape? merapu je kkm kata sebab vape ada nikotin, kena jual di farmasi sahaja. rokok bernikotin yang dah jadi makanan golongan vip kerana mahal tidak pula arahkan hanya dijual di farmasi? step by step la kalau nak bertindak apapun. tinggalkan dungu tu sikit untuk bekalan hari tua....hahahaha

    ReplyDelete
  3. anak tpm ikon vape kata kerajaan buat kerja bodoh pi srang pusat vape buat apa, vape adalah cara untuk orang melayu tunjuk lagak kaya dan hebat. alat vape tu mahal wooooo, air pun mahal. tu pasal tempat vape tu kasi classs hebat bila masuk sana. dengan adanya vape, orang melayu lebih kaya. pusat vape menjana billion ringgit untuk kerajaan. kalu masuk farmasi, berapa jer farmasi melayu, ini akan menyebabkan orang melayu tak hebat sebab kena beli kat farmasi, macam beli ubat ajer. nampak macam orang melayu sakit, kalu beli kat pusat vape, baru nampak hebat. kalu melayu hebat, sapa yang patut bangga ? orang melayu juga. kat benda lain tak boleh hebat, kat vape pun dah kira ok la. hidup melayu untuk vapor. tanpa vape sapa la melayu hari ini. usahawan vape melayu bakal menjana billion ringgit di pasaran antarabangsa. masa tu baru tau langit tinggi atau rendah. kaki vape akan berbangga dengan asap vape keluar ikut hidung mulut.

    ReplyDelete
  4. Tuan blogger, Pengalaman saya diPasar malam jalan Reko Kajang, Selangor beberapa hari sebelum menjelang AidilFitri yang lepas, saya orang utara yang berkunjung keKuala Lumpur bersama keluarga teringin juga kePasar Malam Kajang yang sering diperkatakan orang kemurahan pakaian wanita disana, memang pakaian nya murah, tetapi sayang, penghisap2 vape telah mecemarinya dgn asap2 dimeja-meja makan seolah-olah asapnya keluar dari serombong kilang beras, tidak memperduli kanak2 atau orang2 perempuan & orang2 tua yang berada disebelah mereka dgn menghembus asap ikut suka hati mereka, pihak berkuasa perlu memantau mereka2 ini, mereka cukup melampau & kurang ajar.

    ReplyDelete
  5. Aku sokong kalau kerajaan turut haramkan rokok dan arak di malaysia ni. Kerana keduanya bahaya yg dihalalkan sekian lama. Barulah fair. Bukan mati pun kalau tak isap.

    Jika dadah synthetic dlm cecair tak boleh dikesan pastinya dlm pepejal juga sama. Kerana teknologi dadah sgt berkembang.

    ReplyDelete