Thursday, November 26, 2015

Nak Ke Muhyiddin Cemarkan Tangannya...

Kata cai..Muhyiddin tidak dihalang bersuara cuma disekat memecahbelahkan perpaduan UMNO...

Begitulah rapuhnya UMNO di tangan Najib...tak kuat iman, tak tahan cubaan.


Atau lebih tepat Muhyiddin tidak dihalang bersuara cuma disekat dari menyatakan kebenaran...


Sebaiknya Muhyiddin tidak perlu hadir di Perhimpunan Agung UMNO untuk berdepan puak hipokrik dan bersalaman dengan Pengamal Rasuah






















THURSDAY, 26 NOVEMBER 2015



MUHYIDDIN TIDAK PERLU GUNA PENTAS UMNO

PEJUANG YANG AMANAH TIDAK  AKAN ADA DI PWTC

OLEH: KU SEMAN.
Khalayak atau pejuang pemimpin yang amanah tidak akan ada di PWTC semasa berlangsungnya perhimpunan agung UMNO Disember ini. Saya yakin kalau ada pun yang datang untuk menegakkan kebenaran, jumlahnya amat kecil dan tidak mampu mencetuskan gelombang perubahan.

Oleh yang demikian Muhyiddin Yassin tidak perlu menggunakan pentas perhimpunan agung UMNO kali ini untuk menyuarakan pendiriannya. Beliau akan tersilap pentas apabila sebahagian besar para perwakilan yang terdiri daripada ketua bahagian telah disihirkan dengan wang, jawatan dam pelbagai imbuhan.

Saya bimbang pejuang kebenaran macam Muhyiddin akan diketawakan oleh puak oportunis yang datang menanguk peluang dan bermuka-muka di depan Najib ibnu Razak dan rejimnya. Puak oportunis sudah lihat apa yang berlaku kepada Muhyiddin yang akhirnya bukan sahaja dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dinafikan secara paling tidak demokratik sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Jangan terkejut kalau tahun lepas Muhyiddin dijulang dan didendang semasa perhimpunan agung UMNO walaupun keras mengkritik sikap UMNO tetapi kali ini ketua bahagian UMNO sudah tidak kenal lagi dengan Muhyiddin. Mereka takut untuk bersalam kerana bimbang terlepas peluang daripada rejim yang memerintah. Inilah dunia UMNO.

Muhyiddin kena mencari pentas lain, pendekatan lain dan khalayak lain kerana bukan semua orang UMNO telah termakan nasi kangkang. Banyak yang ada prinsip dan kenal agama. Banyak yang tidak buta membaca semiotik yang kerapkali ditayangkan di depan mereka. Maknanya banyak orang UMNO yang mahu hidup secara bermaruah dengan menjauhkan diri daripada perbuatan yang tidak amanah. Mereka inilah yang akan bersama-sama Muhyiddin,
http://zamkata.blogspot.my/search/label/utama




3 comments:

  1. Sudah2la dgn tsmy...
    Too late..slow poke..
    Tsmy xde kualiti, kecut,x bran, xde tindakan
    Die pon sm jela dgn mana2 umno pro diktator najib..
    Semuanya selesa dlm jawatan,xde jawatan,xde pengaruh,takut dipecat??
    Abes selama ni apa tsmy buat dlm umno?? Berjuang utk rakayat dulu atau umno dulu??
    Mampukah tsmy hidup tanpa umno?
    Lembik betol la..merintih sana sini,no action..ucapan berapi je lebih..
    Kecuali tun..tiada siapa lg dlm umno pejuang rakyat!
    Tsmy pon sm sj..suka x suka itu beza tsmy dgn tun mahupon anwar..
    Tiada karisma..masih konon2nya setia bersama parti
    Luar parti..im nothing.as ordinary as us..puiiiiii
    Patotl umno jahanam skrang

    ReplyDelete
  2. masa pak lah nak di gugurkan siapa yang kuat main wayang kulit,..dah lupa ke, tok dalangnya Mahathir...ingattak..sudah sudah lah politik kotor ni...

    ReplyDelete
  3. bukan ke ini balasan kepada tsmy orng yg berperanan besar menjatuhkan pak lah... lupakah kita.. balasan allah itu dibagi sebahagian nya di dunia ini dan bakinya disana nanti...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...