Monday, May 18, 2015

SEMUA ISU DAH SELESAI - NAJIB DAH JAWAB SEMUA..

Folks..Najib dah jawab semua www.najibrazak.com  atas apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan rakyat, blog ini anggap semua dah selesai..

Sekarang kita boleh bersatu hati, boleh tidor lena kerana negara under control Najib.

Kalau ada lagi saolan, itu semuanya fitnah.

Ok kot ayat-ayat di atas..




#Alhamdulillah, dengar khabarnya Pandir-kar Bujang Lapok pun dah dapat perabot baru pejabatnya, tupasal tak jadi letak jawatan.

Sunday, May 17, 2015

LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB (2)

Apabila diutarakan tajuk LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB, apa yang pembahas kata? (Baca Bawah). Saolan ditujukan kepada ahli UMNO secara jujur untuk mereka jawab tentang kedudukan parti mereka untuk mengharung PRU kelak.. Hanya sedikit yang memberi jawapan yang relevan....

Tidak boleh lari dan elak atau berbohong, faktor dan ikon Mahathir mempunyai pengaruh tersendiri dan kuat. Jika tidak masakan ia mampu menggoyangkan suasana sehingga Najib sendiri rasa tergugat. Anwar Ibrahim setakat nak terbalikkan kerusi meja kedai kopi tetapi belum mampu menterbalikan kerusi PM..

Samada Mahathir betul atau silap... sejarah yang lepas menunjukkan Mahathir banyak betulnya, sikit silapnya....kali ini bagaimana? Harap-harap Mahathir silap, kalau Mahathir betul...memang UMNO akan hanyut dan lenyap..

Bagaimana dengan Najib, sejarah menunjukkan Najib sangat bagus sehingga Mahathir sedia membantunya ke tahap setinggi ini dengan izin Allah. Sekarang bagaimana? Harap-harap Najib betul, kalau Najib salah...memang UMNO akan hanyut dan lenyap..

Ada sesiapa yang mahu memprtikaikan faktor Mahathir sangat penting, signifikan dan relevan dengan izin Allah terhadap masa depan UMNO (?) Jika ada, itu bukan sesuatu yang tidak normal kerana pembangkang jauh lebih tahu, Kalau Hang Tuah kebal dan kuat pada Taming Sari nya...UMNO kuat dan bertahan kerana Mahathir nya terutama pada waktu sekarang.

Oleh itu pembangkang melakukan pelbagai serangan untuk melemahkan Mahathir, mereka akan bersekongkol dengan mana-mana musuh untuk memburukkan Mahathir di kacamata ahli UMNO sendiri. Tujuan ini lebih tercapai jika serangan dibuat dari dan di dalam UMNO sendiri samada secara sedar atau tidak....dan perkara ini sedang berlaku sekarang.

Di blog ini sendiri serangan ke atas Mahathir bertalu-talu secara membabi buta. Banyak persaolan mereka sebenarnya sudah menjadi sejarah, sudah dijawab Mahathir, sudah selesai di eranya? Tidak ada untung sesen pun kecuali dapat mencemar reputasi Mahathir di kalangan UMNO itu sendiri...Pembangkang sudah berjaya dan yang menjayakan ialah puak yang sering mengutuk samada mereka ahli umno,menyamar ahli umno atau memang bangangg upahan yang sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Apabila utarakan tajuk LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB, terlalu sedikit jawapan yang diterima menunjukkan mereka ahli UMNO selebihnya bangsat-bangsat inilah  copy paste dan ulang perkara yang sama - memburukkan Mahathir.

Selepas ini Blog ini tidak akan mengizinkan lagi mereka menjadi pengadu domba bertaraf syaitan lima bintang.

Apa yang Mahathir lakukan, bertanya dan kemudiannya menggasak Najib lebih kepada kelemahan kerajaan sendiri menangani, mentadbir dan mengurus ekonomi dan politik negara. Banyak itu yang menjengkilkan rakyat dan pertanyaan Mahathir hanyalah sebahagian kecil sahaja, pernah di hebohkan pembangkang tetapi tidak terkesan.

Apa yang peliknya sangat kalau Najib berundur sahaja kalau itu lebih mengharmonikan parti. Apa yang dilakukan Najib sekarang, mempertahan atau menyerang balas - yang rosak adalah dirinya,partinya dan rakyatnya.

Apakah Najib mengulang perkara yang sama Anwar lakukan- perjuangan politik untuk diri dan kroninya !!! Di mana akhirnya (?)

Apakah Mahathir sekarang dalam situasi membuat fitnah dan hasutan(?) Jika benar..ramai lagi rakyat yang sedang melakukan perkara yang sama dengan Mahathir, mereka ingin tahu, mereka bertanya dan mereka mahu jawapan yang cukup telus dari seorang menteri Kewangan, Perdana Menteri dan Penasihat 1MDB. Rakyat mahu ianya diselesaikan dengan baik...

Sehebat manapun hujah kita, baliklah kepada saolan yang perlu dijawab secara jujur..

Bolehkah parti ini survive di PRU akan datang...
Bolehkah tawan semula dengan 2/3 majoriti dengan sokongan komponen lain...
Atau kekal dengan keadaan sekarang...
Atau sedikit merosot..
Atau kalah teruk...

Ketua Cawangan mempunyai jawapan yang paling tepat...
( UMNO mempunyai lebih 20 ribu cawangan seluruh negara dan paling rapat dengan akar umbi dan rakyat setempat)
Ketua Bahagian mempunyai jawapan yang hampir tepat...
(UMNO mempunyai hampir 200 Ketua Bahagian)

Semakin tinggi kedudukan pemimpin itu, pandangan dan pendapat mereka kadang-kadang kepada lebih jawapan syok sendiri, merasa diri di sanjung.

Penyelesaian dan kepuasan akar umbi terjawab jika turun padang dan bukannya bermesyuarat di Jet Peribadi Mewah..

Menjawab saolan selepas berbelas bulan isu dibangkitkan memberi petunjuk lemahnya pemimpin sekarang. Orang tua berumur 90 tahun gagah bertanya di pentas, yang si muda menjawabnya di papan tikus..

Saturday, May 16, 2015

LUPAKAN MAHATHIR DAN NAJIB

Kepada ahli UMNO, sejauhmanakah di masa sekarang penerimaan parti anda di kalangan rakyat.

Jawablah dengan jujur.

Bolehkah parti ini survive di PRU akan datang...
Bolehkah tawan semula dengan 2/3 majoriti dengan sokongan komponen lain...
Atau kekal dengan keadaan sekarang...
Atau sedikit merosot..
Atau kalah teruk...

Ketua Cawangan mempunyai jawapan yang paling tepat...
( UMNO mempunyai lebih 20 ribu cawangan seluruh negara dan paling rapat dengan akar umbi dan rakyat setempat)
Ketua Bahagian mempunyai jawapan yang hampir tepat...
(UMNO mempunyai hampir 200 Ketua Bahagian)

PELUANG TERBAIK PENYOKONG NAJIB...

Apabila Najib menyerang Mahathir - tidak pasti apakah ini selaras dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO meminta Najib segera memberi penjelasan kepada rakyat (?)

Apabila Najib menyerang Mahathir apakah ini semua sudah mendapat perkenan dan perbincangan hati ke hati dengan Muhyiddin (?)

Apabila Di Ipoh Tun Dr  Mahathir membuat pengakuan bersedia berdebat dengan Najib.

Tentulah molek Najib  yang terkenal dengan darah pahlawan Bugis untuk tidak menolak cabaran tersebut.

Inilah peluang cai dan penyokong Najib untuk menyarankan dan menggesa Najib untuk sedia berdebat dengan Mahathir.

Cai dan penyokong Najib yang cukup galak membuat pelbagai tuduhan terhadap Mahathir sebelum ini sebagai taktik serang balas termasuk bailout, penyelewengan  dan sebagainya elok sangat bekalkan saolan itu kepada Najib untuk tanya direct.
Sudah tentu Mahathir terketar dan menggigil nak jawab saolan tersebut !!!!!


Eloklah cai dan penyokong Najib fokus kepada debat tersebut. Kalau Najib tak berani, elok selepas ini zip mulut masing-masing.

Tun diperangkap?

Adalah sangat tidak molek Tun mendahului empunya badan untuk mengumumkan perletakan jawatan Speaker Parlimen.

Pandangan ke atas Tun akan berbeza jika empunya badan menafikan !

Pandangan ke atas Tun juga tetap berbeza jika berita itu benar.

Sewajarnya Tun lebih bertenang...

CASH IS THE KING

Kemaskini: Semasa posting asal ditulis, admin sudah sedar kenyataan yg dibuat bahawa idea BRIM bukanlah idea asal Najib... baik atau buruk siapa yg setuju dan luluskan.
Apakah ada dasar baru - Kalau bagus itu idea Najib. Kalau kena kritik - itu ahmad albab yg punya.

Apakah 1MDB juga bukan idea Najib - siapa pula yang jadi jin ahmad albab..

POSTING ASAL


Apakah BRIM menyebabkan rakyat malas - orang malas (terutamanya Melayu) akan jawab, tidak.

Apakah BRIM perlu diteruskan...jawap mereka yang menerimanya, teruskan..

Saolan.bodoh akan dapat jawapan bodoh...
Yang memberi dan menerima.


Kita layanz sahajalah pemimpin yang lemah.
Cuma rakyat nak minta kerajaan tambah BRIM dari RM1000 ke RM5000 menjelang 2018 jika mahu "diundi".


PEMBETULAN: Bukan semua penerima adalah malas tetapi mereka menerimanya atas dasar layak dan atas dasar itu wang rakyat dan bukannya duit kerajaan.
Mereka juga faham dan sedar tujuan BRIM... tersurat dan tersirat.
/

Thursday, May 14, 2015

Bahasa Halus Datuk Sri Nazir Tun Abdul Razak..

“The immediate check for a responsible board is to appoint an independent (auditor) now … otherwise the board and management, in my view, should resign.

”It is your basic responsibility. There’s a complete mistrust in your financial situation. You have to
responsibly deal with that. But instead you sit there and wait for AG.

“To me that’s irresponsible. If you do that then it’s better for you to step down and let someone else come in and take over,” Nazir told the media over a luncheon at the Asean Business Club (ABC) forum.










Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...